Monday, December 27, 2010

Of Being Broke and (Heart) Broken

This is probably my longest entry of the year.

There have been many mishaps and unfortunate occurrences happened to me, but as the New Year is nigh, this is probably the biggest thing that happened to me. It was rather unexpected; previously I said to myself that everything would be fine. But I was not. And it was on Christmas.

Christmas 2010 will forever be remembered as the most sorrow I've experienced. Bukan nak kata 2010 ni melengkapkan tahun tak best aku, sebab aku tak percaya ramalan Cina dengan ramalan Tahun Harimau (tapi maybe berkesan untuk skuad Harimau Malaysia yang mengaum) tapi rasanya memang ada kebenaran bila dituruti setiap peristiwa. Atau mungkin aku dah menghampiri 30-an, jadi hormon aku merembeskan cetusan emosi dan jiwa melankolik. Entah la.

Krismas tahun ni juga 'meraikan' kesedihan aku dalam dua perkara: being broke (takde duit) dan heartbroken (patah hati/jiwa kacau). Gabungan kedua-dua elemen ini sudah cukup melumpuhkan semangat Krismas yang aku sukai... terutama sekali part patah hati walaupun suasana Krismas tahun ni agak meriah di shopping complexes, media massa serta aku juga memeriahkannya di pejabat persis Santa Claus.

Aku sukakan Krismas sejak kecil. Bukannya aku mengagungkan perayaan umat agama Kristian ni tetapi kalau korang tengok suasananya, memang meriahkan? Pergilah ke mana-mana shopping complex dan bandingkan dengan time perayaan-perayaan lain, ada setanding tak? Lepas tu pulak, aku ada hands-on experience dengan Christmas di UK dulu, jadi aku nampak keistimewaannya. Aku pernah merasai real English gingerbread, caroling, buat Snowman dengan snow, panjat pokok Krismas besar... suasana yang cukup terrific dan mystical. Dalam TV, semua cerita-cerita kekeluargaan yang best ditayangkan pada musim ni. Takde pulak aku tengok filem atau drama Krismas seperti "Krismas Terakhir," "Tersungkur di Pintu Gereja," "Sebening Krismas," "Syahdu Nyanyian Gospel," "Krismas Seorang Hina" dan sebagainya. Tak macam drama Melayu time Raya (Aidilfitri Terakhir, Tersungkur Di Pintu Masjid, Sehening Syawal, Syahdu Takbir Raya, Cahaya di Aidilfitri, dll).

Apa pulak cerita Krismas 2010 ni?

Being broke tu cerita biasa. Semua orang pernah rasa tak berduit. Tengok orang shopping sakan, kita makan hati je. So, let's talk about being heartbroken.

I have written a few entries on my One Love, which name I have yet to mention. I may not mention her name. Sekitar Julai, aku dapat tahu secara mengejut yang dia bertunang dengan ex-schoolmate dia. Aku terkejut; nafas aku terhenti, jantung aku berhenti, dunia aku yang baru nak mekar indah bergegar lalu runtuh. Yang bestnya, aku dapat tahu daripada seorang kawan yang juga kawan kami. Dan bila aku diberitahu yang gambar pertunangannya terpapar dalam Facebooknya, aku bungkam. Marah pun ada, kecewa lagi laa. Barulah semuanya masuk akal mengapa selama ni aku tak dapat menghubunginya lagi. Why weren't you telling me the truth, my dear? ialah persoalan yang bermain di benak pemikiranku.

Selama seminggu aku bermain perasaan kecewa. Aku tak pernah rasa sebegini sejak aku berpisah dengan bekas isteri aku beberapa bulan sebelumnya. Aku rasa seperti ditipu, hati disayat pilu, kekesalan melampaui batas. Makan tak kenyang, berhujan tak basah, kerja takde mood. Aku frust teruk masa tu.

Selepas itu aku dapat menerima hakikat yang dia bukan milikku. Tapi berapa lama aku boleh bertahan. Ah, dia baru bertunang Isz, kau masih boleh selamatkan lagi. Itu antara bisikan jahat yang membelenggu. So, aku kuatkan semangat dan meneruskan kehidupan sedia kala.

Since itu, aku sebenarnya ada jugak berusaha nak get her back. Tapi permainan perasaan tu sesungguhnya maha hebat. Tarik tali. Jika benar aku menyayangi dan mencintainya, adakah aku perlu melepaskannya agar dia gembira? Adakah kegembiraannya bukti kegembiraanku, jika benar aku menyayanginya? Atau perlukan aku berlagak seperi Patrick Dempsey dalam cerita Made of Honor? Atau bertindak seperti Fernando Jose menaiki kuda dalam telenovela Rosalinda? Atau seperti Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai? Aku buntu. Aku tak dapat membuat keputusan.

Yes. Love doesn't necessarily end with happiness or marriage. Love is eternal. You can't extinguish the flame of love even if one dies. Love never dies.

Sudahnya aku mendapat tahu yang tarikh perkahwinannya ialah pada Krismas. Aku membuat keputusan untuk hanya pergi ke majlisnya jika dijemput secara peribadi olehnya. Jika undangan dibuat secara am (macam ayat aku jemput kengkawan sume datang ke majlis kahwin aku ye), aku takkan pergi. Aku menghormatinya, and I have an honour to keep. Pada masa yang sama, dia menghubungiku semula melalui emel. Oleh kerana dia hanya mahu kami berkomunikasi melalui emel, maka aku hormati permintaannya atas dasar sayang dan cinta. Aku membantunya dalam persiapan perkahwinannya. Aku gembira kerana dia gembira. Dan dia menjemputku secara rasmi.

Aku mengambil keputusan to let her go for her happiness, for I am happy for her.

Aku sediakan sebuah hadiah buat mereka berdua. Sesuatu yang boleh mereka manfaatkan untuk perkahwinan yang bahagia. Aku belikan sebuah buku besar, sesuai dengan kemuliaan mereka. Aku siap buatkan kad khas dan ucapan peribadi. Aku sediakannya persis hadiah buat raja.

Krismas, 25 Disember 2010.

“On the First Day of Christmas gets married and a diamond ring of wedding.”

Aku paraphrasekan bait pertama lagu 12 Days of Christmas. This appeared in my Facebook status.

Untuk wedding dia, aku mahu kelihatan in my very best, elegant yet kingly. Untuk majlis ni, aku assumed diri aku sebagai Dato' CEO. I dressed up in my finest Baju Melayu, a well-brushed velvet songkok and matching accessories. Off I went to her wedding, alone.

I passed through familiar views. Actually, rumah aku dengan dia taklah jauh. I have no trouble finding her home, after all, rumah orang kahwin kan ada kanopi. I made my move to her house and to the inside with confidence (albeit a little nervous).

The theme was white and silver. There she was on the dais with her husband. OMG, she looked gorgeous, so pure, regal and angelic. As if a spell deceived me, she was majestic. Aku terpana dengan dirinya. Aku membayangkan diriku bersanding bersamanya. Ah, cukup. Dia melihatku dan tersenyum riang memanggilku. Aku mengucapkan tahniah buatnya. Dan ketika itu juga aku berkenalan dengan suaminya. Aku juga mengucapkan tahniah padanya. Aku persembahkan hadiah buat mereka. Aku siap doakan mereka di depan pelamin dan mengambil gambar. Dan aku dijemput untuk bersantap.

Aku makan sorang. Hati dah mula rasa semacam, tapi aku lepak dulu. Lagu-lagu oldies perkahwinan Barat kedengaran. Aku senyum sendirian. Masih terkenang apa yang aku lihat dan lakukan tadi. Hidangan memang first class punya, tapi kenapa aku tak rasa apa-apa? Untuk memujuk diri, aku makan je. Dah nak habis pun. Tetiba pulak aku dengar satu lagu... boleh ada pulak lagu tu. Lagu yang kami sukai... Born To Make You Happy by Britney Spears.

I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
'Coz you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy

DANG! That's it, I'm done.

Aku berjumpa dengan ibunya dan saudaranya, thanking and congratulating them. Dengan sekilas pandang, aku melihat di sebalik pelamin dimana dia duduk bergambar. Aku senyum. Aku cepat-cepat melangkah keluar, masuk ke kereta dan keluar dari situ. Aku mula terluka. Parut lukaku pada Julai berdarah semula, walaupun sudah dirawat dengan kekuatan dan azam diri.

This can't be happening, I said to myself.

I found myself driving out from her neighbourhood to Tasik Biru, Kundang, the place where we last dated. Entah camne aku boleh tergerak memandu ke sana. Aku dah parah masa tu. Aku rasa mataku panas. Fikiran berkecamuk. Camne ni boleh terjadi? Bukankah aku dah berjanji untuk happy demi dia? Adakah aku perlu lepaskan perasaan aku secara klimaks?

Aku parkir di tepi tasik. Tasik yang tenang tidak menggambar ketenangan jiwaaku. Melihatkan tasik itu, aku seperti dapat melihat kami berpegangan tangan di situ pada date kami yang terakhir. Aku tak keluar, tapi duduk dalam kereta. Aku mainkan lagu-lagu kami. I kept questioning myself repeatedly. Aku mula marah. Dan aku tewas dengan diriku sendiri. Aku lemas dalam air mataku sendiri. I broke down emotionally. Aku terperangkap dengan jerat perasaanku sendiri.

Why, Isz; why didn't you get her back? The same question in July came back buzzing my mind.

I cried unstoppably. Aku dah tak peduli. I wept uncontrollably. Aku tak kisah dah. Perhaps it's the best way to let go my feelings. That was the first time I wept since the elimination of Italy from 2010 FIFA World Cup in June. Tak caya, baca entri ni.

Aku lepak lama di tepi tasik tu. Memainkan lagu-lagu kesukaan kami. Aku memang nak kasi lepas semuanya. Biarlah sekarang daripada kemudian hari. Aku tak nak simpan lama-lama, takut memakan diri. Bukannya aku takde perempuan yang lekat dengan aku, tapi setiap kali itulah relationship tak menjadi disebabkan teguhnya cinta aku pada dia. Dah puas, aku keluar. Aku berdiri di tebing tasik. Mahu saja aku terjun berenang sepuasnya. Tak pun terjun jadi Ultraman. Aku masih ingat, at the very same spot, aku kata jika dia jatuh hanyut ke tengah tasik, aku akan terjun selamatkannya. Aku tak peduli orang yang ada kat situ. Aku diam dan termenung. Bila dah OK sikit, aku balik rumah.

Aku kesian kat famili aku di rumah. Masa keluar rumah, aku happy. Balik rumah, aku diam. Adik aku perasan mataku bengkak. Aku cuba senyum, tapi tak jadi. Aku mandi lama, merelakan air pancuran meredakan kemarahan hati. Membiarkan air mengalirkan perasaan. Lama aku dalam bilik air sampai mak aku bertanya. Lepas mandi, aku memencilkan diri dalam bilik kecil. Aku cuma mahu bersendirian buat seketika. Habis sekotak puffy Rave.

Malam itu kami sekeluarga keluar ke Mid Valley. Aku perlu keluar untuk menghiburkan hati. Mak dan ayah risaukan aku. Adik-adik aku memujukku. Aku gagahkan diri untuk mereka, tapi hatiku masih sebal. Aku cuba, dan mencuba. Tetapi memang malam itu serba tak kena. Aku bawak kereta pun senyap je.

Aku bersendirian melayan perasaan tatkala mereka semua seronok membeli-belah. Aku nak shopping? I'm BROKE! Kena lagi dengan patah hati... HEARTBROKEN! Kenalah tu... BEING BROKE AND HEARTBROKEN!

Aku mundar-mandir sendiri. Mak dan ayah shopping, adik-adik aku lesap entah ke mana. Aku tengok orang happy, aku cuba happy, tapi aku rasa kosong. Aku tengok sekali-sekala kelibat mak ayah, adik-adik aku menjinjing shopping bag, aku sedih. Aku tumpang happy untuk mereka. Aku tengok pasangan bercouple berjalan happy dan shopping, lagi hati aku sakit! Setiap pasangan aku dapat bayangkan directly aku dan dia. The idea of aku dan dia shopping Krismas, jalan-jalan ambik gambar, berpegangan tangan, memeluknya erat mengguris perasaan betul. Nasib baik aku tak gila dibuatnya. Mengapa aku teruk diuji begini? Ya, ada hikmah disebaliknya.

Hati ini selalu sepi, tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini, yang selalu pupus.

Tuhan, kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
Yang mencintaiku, apa adanya.

Nak pujuk aku? Korang kirimlah Im YoonA, Elly Tran Ha, Scha al-Yahya, Ai Saikawa, Natthaweeranuch Thongmee, Nia Ramadhani, Scarlett Johansson, Mara Carfagna sekalipun aku tak bersemangat punya. Chances for them to be sent back home agak tinggi. Biarkan aku menangis kekesalan dan menyalahkan diri sendiri diatas kegagalan aku.  

I wished that I was Ultraman, so I can transform out and fly out of this Earth to seek solace. But where would I go? To the void of the universe? To the farthest constellation? Or just standing above Earth watching over the city? Entahlah.

Ini tak boleh jadi. Hati semakin sakit, aku semakin marah dan frust. Aku boleh jadi very mean and ruthless dalam keadaan camni. Aku macam nak bakar Mid Valley ni dengan lighter Cricket. Aku perlukan emotional therapy. So, where do I start? OK, let's go buy something. Or laugh at something really funny. Or have a chocolate nut cookie. At the end of the day, aku menggagahi jugak membeli sehelai baju mandarin untuk Chinese New Year karang. Tak puas lagi, aku beli kasut kerja. Aku swipe je kad. Aku tak kira, janji emosi aku pulih. Bil belakang kira, I don’t give a damn. Bila dah nak balik untuk supper at Bubba Gump Shrimp, aku rasa pulih sikit. Nasib aku tak order Hoegaarden, or worse, Romanian Slivovitz.

Malam tu aku bermimpi. Mungkin mimpi terakhir tentang dia.

**********

I was at a golden abyss, wearing black outfit with a tan (or brown) vest and a white scarf. I felt powerless, and at lost. I was sitting on a hill when a bright white light came to me. The light transcended and revealed its true form: a beautiful woman in white, so pure and angelic. She was wearing a white bridal gown with silver linings.

She walked to me graciously. She called my name. I waved at her. We met under that tree in the golden abyss. She was happy.

We walked together, holding hands; sometimes we wrapped our arms on each other. We talked a lot, play and chasing each other until we reached a golden meadow. There, we held hands and she gave me a white sparkling jewel for me to keep forever. As for her, I gave her a phial of infinity, reddish hue and golden fire for her to keep forever.

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu...

Then, a clock struck loudly at the abyss.

“Darling, forgive me; I must go back to the wedding.”
“My love, I shall not forget you as I will always love you.”

Our eyes met. I can see happiness and sadness in her eyes at the same time. She shed tears, and I captured her sparkling tears that ran over her sweet cheek.

“You must go, my love; I’ll take you to the wedding.”

With that, we kissed passionately for the final time. I took her hands and revealed my true form as a golden fire as I ascended her to her wedding.

Boy I've missed your kisses all the time but this is
Twenty-five minutes too late

Though you travelled so far boy I'm sorry your are
Twenty-five minutes too late

**********
And with that I woke up.

Sekarang aku sudah rasa OK. Terapi emo aku menjadi kot semalam dan dalam mimpi. Atau mungkin malam ni aku nak tengok Harimau Malaysia mengganyang Garuda Indonesia di Bukit Jalil dengan penuh semangat dan berhantu sambil menyimbah air di seluruh badan.

Selamat berbahagia buatmu. Akan kukenang dirimu di mana jua. Namamu terpahat utuh di jiwa ini.

When no one's around then I have you here
I begin to see the picture, it becomes so clear
You always have the biggest heart,
When we're six thousand miles apart

Too much of no sound
Uncomfortable silence can be so loud
Those three words are never enough
When it's long distance love

You always love me more, miles away
I hear it in your voice, we're miles away
You're not afraid to tell me, miles away
I guess we’re at our best when we're miles away

So far away...

Anyway, Christmas has passed. A new life is breathed in me. Thank you, Allah for Your Gracious and Mercy. And with my blessing and love, I congratulate the newlyweds on their nuptials and hoping the best for them both in eternal bliss and harmony.

I can rejoice now.

3 comments:

alhariesz said...

God... Seriously, you're tough as nail, bro. I'm sure you'll get thru' this.

I'm sure, Scha-and the-rest-of-the-chic-chick-clan tengah tunggu ko pinang diorang.

Cheer up! :D

cik puan olympus said...

be strong babe... 2010 is not soooo gud year for me n almost all of my loved buddy...

Rocco Iskandar said...

ya, aku sudah OK. memang ianya tamparan besar buat aku tapi aku still boleh survive. maybe one day aku bertemu gadis macam dia, who knows kan? hehehe.