Tuesday, January 18, 2011

Hikayat Sang Buaya & Sang Harimau Menentang Sang Garuda & Sang Kura-kura Emas

(atau dalam tafsiran animal genus: Tales of Crocodylus Porosus & Panthera Tigris Malayensis versus Garuda and Testudinidae)


Ini cerita lama, aku tau. Cerita 2010 AFF Suzuki Cup. Aku saja nak post cerita ni sebab nak kongsi aku punya side of story, sebab tu aku kasi tajuk dan cerita dengan nama-nama haiwan. Macam tengok kartun Filem Negara tahun 1970-an kan. Apa-apa pun, aku nak pecah cerita ni kepada dua parts, siap dengan gambar hiasan dan sebenar, iaitu:

Ceritera Satu:

EPIK SRIVIJAYA VS AU LAC 
(Menyelak Skirt Elly Tran Ha)

Ceritera Dua:

EPIK SRIVIJAYA VS MAJAPAHIT
(Threesome Galore! Asmirandah Zantman & Agni Pratistha)

Kejap nama haiwan, kejap nama kerajaan lama. Apa ni? Kecuali Sang Buaya (iaitu aku), lepas ni aku gunakan nama kerajaan-kerajaan lama yang prominent dalam sejarah awal setiap negara. Baru bunyi epik sikit. 

**********

CERITERA I

Pernah baca sejarah Vietnam? Pernah baca mitos Kerajaan Au Lac pimpinan Raja An Duong Vuong?


Kenal Elly Tran Ha, the current Viet hottie? She's an actress and model. My kind of girl-next-door.

 

Anyway, aku tak ambik pot sangat pasal 2010 AFF Suzuki Cup ni, maybe sebab takde match kat KL kot. So, bila Harimau Malaya layak ke separuh akhir menentang Vietnam, mulut berbunyi kata first leg main kat Bukit Jalil. Eh, takkanlah. Dalam website AFF kata takde pun. Tapi once confirmed, apalagi... beraturlah kitorang kat Wisma FAM membeli tiket.


Sebagai pengumpul jersi tegar, aku pun angkat dua-dua jersi home dan away baru. Aku lebih favour jersi away sebab jersi home dah macam landasan keretapi aku tengok. Siap ambik gambar ramai-ramai kat office dengan jersi semua.

 
Cun hari kejadian pada Khamis dan aku kerja pagi. Maka berbondong-bondong berjemaah naik LRT Petaling Line ke Bukit Jalil. Stesen sesak luar biasa, banyak pulak orang pakai kuning.

Dah masuk stadium. Sesak jangan katalah. Kekonon nak usha amoi Vietnam ala-ala Elly tapi takde pun. Satu sudut sebelah grandstand aku tengok 2,000 Vietnamese berkampung. Siap ada bendera besar lagi. Penyokong kita pun belum ramai lagi. Masih berpeleseran kat luar kot.


Tak banyak cerita best tang lawan tentera Au Lac ni. Kita menang 2-0, penyokong makin ramai, ada flares macam tengok match Liga Apertura Argentina, Safee Sali memang hero dan sebagainyalah. Keluar dari stadium, siap borak dengan a few Westerners yang pakai jersi Malaysia, naik LRT yang sesak tapi meriah pastu balik rumah keletihan tetapi puas. Bila main second leg kat Vietnam, kita ikat diorang 0-0 di My Dinh Stadium dan layak ke final. Cukup untuk membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu menentang amukan laskar Majapahit dan burung garudanya.

 


CERITERA II

Pernah baca sejarah Majapahit dan legasinya yang masih hidup sampai sekarang?


Korang gerenti kenal Nia Ramadhani, tapi kenal tak dengan Asmirandah dan Agni Pratistha? Tengok iklan-iklan bawah ni.

Asmirandah in AXE Effect - Sauce

Agni Pratistha in AXE Effect - Lost


Rentetan kejayaan Harimau Malaya di Vietnam, prospek pertemuan dua negara serumpun menggelegak. Di KL, OK jer suasananya, tapi di Jakarta... macam nak berperang! Ungkit- mengungkit kes lama la, sejarah la apa jadah semua tu. Persetan. Yang penting, dua-dua masuk final dan boleh tengok match di Bukit Jalil lagi.

Sebab dah nampak kemajuan yang dah lama tak maju, sekalian rakyat jelata pun jadi patriotik. Sampai bapa dan adik-adik aku pun beli jersi Malaysia! Siap kasi duit beli tiket siap-siap. Hebat. So, bila dah dapat tiket pada first day penjualan di Bukit Jalil, aku pun tayang laa kat office.


Bahang makin terasa. Paper dan media dah sabung-menyabung cerita pasal itu-ini. Siap posing ambik gambar lagi kat ofis dengan jersi semua... memang meriahlah. Lupa sekejap Serie A, EPL segala. So, bila hari kejadian, berlakulah pesta kenderaan raksasa di kawasan Bukit Jalil dan sekitarnya. Siap ada helikopter join sekaki, tak kira rombongan Kedutaan Indonesia yang dikawal ketat polis. Siap ada yang bawak bendera USA lagi. Merangkak dalam jemaah pemandu nak parking… dahlah Bukit Jalil sediakala sesak jadi hentian bas sementara. Nasib ada polis. Tapi still kena parking jauh kat area Endah Parade. Takpe, demi negaraku, kami sanggup. Ramai je orang parking tepi jalan tu. Apa-apahal, pergi toilet siap-siap dan off to war zone.

 

Kat dalam dah sesak, umpama praktis ke Makkah je. Puluhan ribu warna kuning membanjiri stadium. Macam-macam banner ada… Tanah Tumpahnya Darahku, Fight With Pride dan macam-macam lagi. siap ada giant size jersey lagi. Ni mesti kerja budak Ultras Malaya dan Nike. Lagu-lagu patriotik macam Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) dan Malaysia Berjaya bergema. Flares bernyala-nyala dan gelagat penyokong macam kat Curva Sud, San Siro dah. Kat satu side, lautan kecil berwarna merah beraksi dengan gelagatnya. Siap ada poster Bapak SBY lagi. Yahh… memang meriah match ni. Dalam 20,000 rakyat Majapahit merah berkubu disitu, nak lawan dengan 80,000 penyokong Srivijaya kuning. Kitorang yang berasak-asak akhirnya kena duduk kat tingkat atas sekali, hampir selari dengan grandstand bersebelahan border polis yang guard penyokong Majapahit. Trofi rebutan berwarna keemasan sudah siap diletakkan di tengah-tengah balapan.

 

Apa yang seantero Nusantara nantikan mulai tiba. Bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih dibawa masuk, diikuti pengumuman perarakan pemain yang menggamatkan penyokong. Kemudian, lagu The FIFA Anthem dimainkan mengiringi perarakan masuk bendera FIFA Fair Play, pengadil dan pemain ke padang. Dan yang paling mengujakan, penghormatan kepada negara bertanding dengan laungan lagu Indonesia Raya dan Negaraku. Nyanyi siap emo kuar air mata lagi. Patriotik habis! And so, the first leg of the Final starts.


Bila kita score tiga bijik tu, memang gamat stadium. Aku kalau dah gol tu memang baju tak melekat kat badan. Habis aku buka buat bendera siap curah air mineral atas badan. Punyalah menggila. Pastu jerit sampai hilang suara. Then, celebrate berpelukan dengan penyokong lain (yang lelaki saja!). Macam tempat tu aku yang punya. Aku tak peduli dah masa tu. Kalau aku berperangai macam ni kat area Ultras Malaya rasanya habis kena balun kot. Tu baru aku. Kalau semua macam ni habis runtuh stadium tu. Bila tengok kat side Indonesia pulak, diorang sokong pun, bila kena titik 0-3, diam terus. Ada yang dah angkat kaki even sebelum Bambang Pamungkas masuk. Kesian pulak kat diorang ni. So, bila match dah habis, lautan kuning tak berganjak menyaksikan hero-hero kita berarak di sekeliling padang. Kitorang pun salute laa bebudak ni. Nak keluar pun satu hal, berasak-asak dengan macam-macam perangai manusia. Rasa macam join rusuhan reformasi pun ada. Aku dengan tak berbajunya berjalan pulang. Memang malam yang menggilakan!


The second leg was quite exciting as well, but at the same night, we had a company party. All of us that night watched the match with great euphoria. Aku yang pakai pinafore malam tu (see previous entry here) hilang feminin dibuatnya. Siap bawa bendera dan nyanyi lagu patriotik ramai-ramai kejap. Memang kali ini Malaysia best!


Dan sepanjang tournament yang tak lama tu, aku mendapat pengajaran. Pengajaran bermakna agar sentiasa yakin dan percaya pada kemampuan diri serta berusaha memperolehi kejayaan. Lepas ni, aku berharap Harimau Malaya Srivijaya tidak leka dengan kejayaan ni. Teruskan perjuangan, dan buat aku pulak, ianya satu pengajaran agar jangan sesekali menidakkan kemampuan pasukan negara sendiri; bila kalah komen macam-macam tapi kalau menang bersorak macam nak rak. Lepas ni, aku harap sinar kejayaan terus gemilang… walaupun kalah, tapi still kalah dengan bermaruah.

So, syabas dan tahniah, Harimau Malaya!

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti! 



Khallas.

Friday, January 7, 2011

SEKOLAH, PINAFORE DAN WIG LADY GAGA



Baru aku ada mood nak tulis pasal benda ni. Ini cerita minggu lepas.

Hujung tahun 2010 seharusnya menjanjikan sesuatu yang blasting untuk staf syarikat kan? Tak kisahlah parti Krismas ke, parti tahun baru ke, parti hujung tahun atau apa saja yang boleh buat staf sentiasa happy dan energetic. Kali ni rasa macam kurang mood pulak.

Well anyway, seperti kelaziman setiap hujung tahun mesti ada bermacam jenis majlis penutup a.k.a pesta akhir tahun. Tahun ni penganjurannya agak lambat dan agak last minute. Memang takde kedengaran langsung pasal annual year-end party yang dinamakan sebagai Advertising Night or AdNite, sampailah the very last moment.

Bayangkan tarikh AdNite nak buat pada 29 Disember 2010... masa tu ada lebih kurang seminggu lebih sebelum event. Gila dowh! Dengar cerita, asalnya nak anjak party ke tahun ni (2011)... tapi Big Boss kata kena buat jugak sebab kalau tak, budget untuk tahun 2010 akan masuk dalam akaun 2011, thus tak boleh digunakan. Sayang laa kan. So, kena buat jugak. Lagipun, kasi boost morale bebudak ADV (Advertising) yang sedia kala crack ni. Dah berhempas-pulas hit target, buat QC (aku punya job) dan reached RM100 million in three months memang memenatkan. They deserve a break.
Macam biasalah, ada event ADV, muka aku muka fotostat. As one of the committee members, the privilege is always there. Macam-macam boleh dapat. Time off pun dapat. Lepak dengan orang yang jarang jumpa pun dapat. Borak sambil minum dengan CEO pun dapat. Walaupun ada beberapa benda yang tak best, tapi aku akan tetap mengbestkannya. Membahagi masa antara tugasan wajib dan tugasan jawatankuasa memang memeningkan kepala. Nak siapkan copy untuk poster, bunting, sampaikan memo pun aku buat dan sign (pergh, siap sign! Kalah CEO). Anyway, bekerja dalam suasana yang keseluruhannya best memang best, walaupun short notice.

Tahun ni malam berparti tahunan pengiklanan diadakan di The Ruai Supperclub, Borneo Rainforest, Bandar Sunway setelah meeting dan perbandingan tempat dikaji. Bertemakan Back To School, parti ini sah akan jadi parti budak sekolah istimewa di kelab malam. Apa orang kata tang budak sekolah pergi kelab malam? Jadi GRO? Budak bawah umur buat hal? Lantak la. Tu cerita kemudian. Bila sebut Back To School ni terus orang ingat baju sekolah, pasukan beruniform, cikgu disiplin, tukang kebun, makcik kantin, pengawas kerek sampailah ke jaga sekolah. Kitorang kept the theme quiet sampai the first poster naik. Gimik.


Yang pastinya parti ini bukan di dewan sekolah, tapi di nightclub. Borneo ialah tempat aku suka hangout sebab aku ada member kat sana. So, pada satu tengah hari yang nyaman kitorang pun pergilah nak discuss menu, budget, semuanyalah. Pastu buat inspection dan estimation. Petang tu, meeting lama gak nak buat itu ini. Siap boleh snap pix bebudak ni meeting. Sambil tu, tengah fikir apa nak buat untuk performance tahun ni.

Dengan event kurang seminggu dicampur hujung minggu, memang sesak la semua orang. Kitorang bajet tahun ni tak ramai yang datang sebab ada yang dah cuti dan last minute notice. However, the party must go on. Kitorang bekerja keras nak pastikan semuanya siap: kad jemputan untuk bosses, kelengkapan teknikal, bahan permainan, hadiah, tagging semua in order.

Untuk performance, tema ialah Dance Musical. I have to admit that with the time given, agak impossible nak rekrut member untuk buat show for my unit. Lagi parah bila tak ramai yang mahu join. Idea takde apa semua, aku hampir cancel show... but sehari sebelum party, aku dapat inspirasi lepas dengar lagu Korea favourite aku, Gee by SNSD (Girl's Generation). Pasal lagu ni powerful daripada Nobody (Wonder Girls) dan sure hit punya, aku dan Amin Si Metal Kuntom kenalah mengajar bebudak baru seramai 5 orang ni menari tarian Gee secara intensif.


Oh yes, tema sekolah kenalah pakai baju yang berkaitan sekolah, kan? So sehari sebelum event, aku dan Jane menapak ke Kamdar Mid Valley time lunch nak cari baju sekolah. Jadi committee ni best sebab ada special allocation untuk costume. Aku memang dari zaman sekolah dulu memang suka tengok amoi pakai pinafore dan itulah yang aku dapatkan sampai mamat kat Kamdar hairan dengan aku nak beli pinafore. Peduli apa aku. Aku kan tak betul sket. Aku kena beli pinafore paling besar sebab dia punya zip tak lepas hips aku dan oleh kerana saiz besar, skirtnya pun labuh dan aku dengan penuh selambanya memotong pendek agar lebih seksi dan slutty.

Ada orang tanya: mana ko dapat idea pakai pinafore? Aku jawab senang je... sebab masa AirAsia punya company annual dinner bertemakan sekolah in 2009, Datuk Seri Tony Fernandes pakai pinafore! Tak caya?


OK, ini cerita hari kejadian.

Malam sebelumnya, aku balik lambat sebab uruskan beberapa kerja. Dengan memo time-off, aku sempat buat last practice and siapkan beberapa barang. Pukul 3 petang cabut terus pergi Bandar Sunway. Sempat temankan Hanis shopping kejap di Sunway Pyramid (ceh, sempat lagi teman anak dara!). Bila Hanis pakai kasut tu, aku dah imagine dia macam budak cute kawaii anak murid Yamato-sensei di Sakuraga-Oka Junior High School (Takeshi Yamato is the human form of Ultraman 80).


Aku, Jane dan JJ naik bilik lepas usai set up benda kat Borneo. We were given two rooms at the Pyramid Tower for changing purposes. Memang best betul jadi committee ni. Bilik 4-star, mewah, adjoining rooms pulak. Boleh dengar gelak-golek gegurls kat sebelah. So, sambil melepak tengok TV, shower bagai, memasing don the school uniform. Jane jadi abang pengawas Kolej 56, JJ jadi Mira Tinggi Lampai, Luq jadi Bohsia Bertudung Kaki Berbulu dan aku bertukar watak jadi Amy Linda, awek wig Lady Gaga berskirt pendek. Kira aku paling seksi laa antara diorang. Siap cukur bulu kaki lagi tau! Ingat aku memain ke? Habis gelak mekap semua, ambik gambar dengan pose macam budak sekolah poyo before stepping out to the club. Siap ada posing dengan 'sugar daddy' lagi.

 
 
 

Memang dah agak kitorang jadi tumpuan ramai dari lobi sampailah ke kelab. Bayangkan, jam pukul 6.30 petang, yang boys became girls, berbaju sekolah berjalan riang ria masuk kelab. Budak sekolah masuk kelab... eh, tak boleh! Lantak la. Jeritan terkejut, perangai budak sekolah semua keluar masa tu. Then people are pouring in... aku tolong set up apa yang patut, layan diorang persis callgirl. Tapi yang aku suka kali ni, banyak orang nak bergambar dengan aku sebab aku berpakaian pinafore... so, I was counted as one of the girls jugak! Rasa istimewa pulak. Budak sekolah rebel katakan.

Bab berpakaian ni aku nak sentuh sikit. Macam-macam gaya sekolah ada: Gaya pengawas kerek, tukang kebun hisap ganja, bohsia tudung kaki berbulu, Great Teacher Onizuka, Sailormoon, Glee dan even geng Hogwarts pun sesat! Baju sekolah Malaysia jangan katalah... bersepah. Ada yang pakai jubah konvokesyen lagi. Tapi aku satu-satunya guy dalam department yang pakai pinafore... making me quite noticeable and praised by many.


Tahun ni takde opening gambit, so kitorang gantikan dengan mock assembly. Aku buat draf ikrar sekolah dan semua kena angkat ikrar. Lepas tu, nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Memang rasa macam kat sekolah betul, semua berdiri tegak. Even our Dato' CEO pun macam tu. Lepas a few speeches, it's makan time. Makanan memang macam di tepi pantai, mengingatkan aku pada feast during AdNite 2008. Ada BBQ segala la. Aku makan tak ingat punya. Lepas tu, aku melepak di bahagian belakang, kat area bar. Macam-macam berlaku time makan dan seterusnya. Ada yang enjoy beers, yang mengorat pun ada, bergambar berpelukan tak ingat pun ada, selak skirt pinafore/Japanese school uniform pun ada, nak masuk jarum tapi benang tak masuk lubang pun ada, malah lumba makan pun ada.

However, event malam tu sebenarnya tak seperti dirancang. Gangguan teknikal pada PA system memaksa semua persembahan unit dibatalkan. For the first time in five years, AdNite takde unit performance! This is shocking indeed. Kitorang agak kecewa gaklah sebab dah practice tarian Gee tu. Tapi bukan kitorang je. Bebudak unit lain pun sama. Ira pun pasti kecewa juga. Jawabnya the whole segment kena replace dengan games dan lucky draws. Lucky draw pulak aku dapat jam tangan Roscani bernilai RM500. Wah! Tahun lepas aku menang tiket Firefly FY ke SIN/WSSS. In 2008 aku dapat LG Home Theatre. Memang best la. 


Another thing that is worth mentioning is that our party coincided with the second leg of the 2010 AFF Suzuki Cup Final in Gelora Bung Karno. Perlawanan disiarkan secara langsung dari awal sampai habis. Sebab match ni dikira sebagai national interest, ramai gak yang layan bola ni. Ni jugak antara penyebab party jadi meriah, sebab masa Abe Fahmi Keeper Kacak save penalty, Super Safee scores dan full-time whistle blowing memang macam mini stadium kelab tu. Kitorang yang siap bawak Jalur Gemilang meraikan setiap detik macam di stadium. Hilang feminin aku as Amy. Bila Malaysia sah jadi juara kitorang berpelukan dan bersorak, diikuti dengan nyanyian Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita).


Anyway, party ended around 11 pm dan Borneo pun dibuka untuk public. Kitorang dibenarkan stay sampai tutup... so, sakanlah kitorang kat dalam dengan baju sekolah! Rasanya banyak orang pandang kat port kitorang malam tu. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, party on! Sepanjang malam tu aku hampir hilang pedoman dan danced till I drop. Dancefloor memang penuh dengan 'budak sekolah' dan patrons, during which I met someone that I set my eyes on her till now.

 
 

Memang malam tu aku parti sakan. Bila lagi nak jadi gila wei. Bagus jugak, aku boleh let go my heartbreak tu. Nasib baik bilik kat hotel tu boleh pakai sampai checkout on the next day, coz I was so wasted that I couldn't drive. Nasib aku guna valet parking, tak payah nak alih kereta. Naik bilik pun rasa macam berjalan di galaksi Andromeda. Aku mandi bathtub tak ingat, releasing my clouded, stormy mind after lotsa shots. After a while, aku lapar. Jam dah pukul 2.30 pagi, aku pesan club sandwich dan makan tak ingat... then the next thing I remember, I was asleep.

 
 

I woke up the next day quite late, took my time to refresh and breakfast at the hotel before went off to work as I was on morning shift that day... dengan kepala ding dong dan tuning belum lancar. Baju pun pakai baju semalam, memang nampak sangat aku tak balik rumah. Bahananya ialah bila dalam tak berapa tuned ni hujung minggu tu aku demam. Party too hard sangat.

Well anyway, last year's party was among the best, but spoiled by technical malfunctions. This proved that ADV lads can be reliable with insurmountable tasks at the last moment. And now I understand perasaan bebudak perempuan masa sekolah dulu, due to my feminine personality as Amy that night. I look forward for another party this year. Lepas ni… Go Aussie!

P/S: Never ever go to an entertainment establishment wearing school uniform. Kalau malam tu ada rush, sakit nak menjawab tu. Nasib malam tu gua tak kena molest. Hehehe~