Oh ya, Desperate Bachelor kini dilabel semula sebagai LARA TERUNA.
Teruskan membaca ya. Layari laman web cintacipta.blogspot.com, khas untk peminat Fir.
Previously on Desperate Bachelor...

Pesawat berlepas dari landasan 32R menghala ke barat laut sebelum memasuki laluan penerbangannya 125 darjah ke barat daya. Penerbangan selama 2 jam 10 minit ni ternyata boring (alasan biasa: aku selalu terbang) dan aku melayan lagu-lagu Katy Perry dan Amanda Seyfried. Setelah memasuki ruang udara Bandung, aku perasan pesawat ni membuat pusingan 45 darjah timur memasuki laluan yang tentunya bukan ke Runway 11. Tapi pemandangannya tetap best. Antaranya snapshot jambatan Pasupati dan Novotel. Memori lama bermain di ingatan. Hehe. Semakin rendah pesawat meluncur, aku mulai perasan ada tanah perkuburan Kristian sekitar ILS (Instructional Landing System). Seram sial airport ni. Dan akhirnya mendaratlah di landasan 29, Bandara Husein Sastranegara Bandung (BDO/WICC) dengan keadaan cuaca yang aku agak baru lepas hujan. Ada pesawat Fokker F50 kepunyaan tentera Republik Singapura diparkir disitu.
Airport ni kecik je. Masuk ke arrival hall, beratur pendek di kaunter imigresen, scan bagasi terus tercongol muka-muka orang di luar. Keluar dari situ cari placard "Iskandar NSTP" yang mana aku jumpai. Bapak Yahya nama pemandu kami. Ungkapan Wilujeng Sumping atau selamat datang lantas didengari. Langsung aja ke penginapannya di Hotel Cassadua, tidak jauh dari situ. Checking in yang mana kamarnya sudah disiapkan, aku berehat dan berbaring. Penat konon, macam aku pulak jadi pilot tadi. Apa-apalah. Kamar aku dan Muskamal sama je, quite small, but punya amenities asas macam air-cond, TV, hot shower dan sebagainyalah. Katilnya seakan single, tapi boleh ditarik keluar tilam dibawahnya. Tapi kalau dah sedap tidur berdua atas satu katil tu boleh je.
Well, the weather turns out to be worse. Semakin sejuk dan hujan sekejap lebat sekejap kabus tebal. Menemani Muskamal couple menjejaki kedai-kedai cenderamata, aku singgah berborak dengan pemilik kedai cenderamata muzik, tempat aku membeli didgeridoo dulu. Meneruskan perjalanan, sejuk punya pasal nak ambik gambar kami memasuki warung Ibu Idah. Pengalaman lepak dan makan di warung atas gunung ialah pengalaman terbest. Bayangkan di tengah kesejukan melampau seperti pergunungan Alps sambil menikmati teh O dan kopi O panas, semangkuk mi, singkong (ubi) rebus panas bergula... pehh! Fantasi tu. Dengan nyalaan lampu gasolin menerangi warung itu, kami berborak rancak dengan pemiliknya. Ada dekat nak sejam melepak di dalam, dan bila keadaan mengizinkan, kami pun keluar dan aku pun beraksi di tepi kawah dan terus menjadi Mebius!
Dan petang itu kami menakluk Jl. Cihampelas pulak. Bershopping di sekitar Ciwalk shopping for jeans and segalanyalah. Ada juga berkenalan dengan sorang dua mojang Sunda. Dan aku bergambar dengan patung Ultraman Dyna lagi macam dulu. Lepas puas di Cihampelas, kitorang ke daerah Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit. Daripada kasut hinggalah jaket... Cibaduyut ialah tumpuan terbaru dan kali pertama ke sana memang tak percaya tengok leather products. Murah dan banyak. Tapi agak jauh jugaklah. Sebenarnya dekat je tapi sebab jalannya tak familliar tu yang jauh. Tak lama di sana, kami ke Jl. Merdeka dan aku melayan diri di Starbucks menantikan Muskamal couple shopping.
Aku seronok di Cassadua Hotel. Dengan staf yang bagus, berbudi bahasa dan amat membantu, aku suka tinggal disini. Persekitaran hotel juga menyegarkan. Tapi itulah, nak ke hotel kena lalui kawasan perumahan elit dan terowong jalan yang kecil lagi sempit. Pelik. Dan lebih banyak pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Industri rokok kretek memang harum, gurih dan nikmat di Indonesia. Agaknya kalau aku bukak kilang kretek disini sure kaya-raya punya. Satu lagi, sebetulnya aku teringin nak ke Stadion Siliwangi untuk melihat sendiri gelanggang keramat antara team yang ngetop Djarum Liga Super Indonesia, Persib Bandung. Ingatkan sempat, tapi tak jugak.
Jadi setelah empat hari di bumi Parahyangan ini, kitorang kembali beratur di kaunter AirAsia di Bandara Husein. Kecilnya airport ni, aku rasa besar lagi deretan kedai Jalan Telawi. Sempat lagi aku berkenalan dengan Ria dan Ani. Hish, tak habis-habis. Sempat jugak aku ambik gambar airport dan so lucky to shoot pesawat yang akan membawa kami terbang pulang ke KL itu mendarat. Nampak kepulan asap tayar mencium landasan. Hendak ke pesawat, kami harus menuruni tangga. Pesawat Indonesia AirAsia B737-300 PK-AWN dengan flight number QZ7597 meluncur laju dari Runway 29 untuk terus ke Runway 32L di KL.
"Terima kasih ya abang. Ayu datang lagi petang nanti."Fikiran Fir terganggu. Matanya merenung tepat ke arah gadis yang berlalu pergi itu. Tidak pernah dia melihat gadis itu begitu cantik dan menarik seperti hari ini. Fir seakan tidak percaya, sebentar tadi gadis itu datang ke mejanya. Gadis itu datang padanya seperti dedaun yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa Perancis tingkatan lima.
Bukannya aku tak pernah lihat dia, getus dirinya. Setiap hari dia akan datang dengan buku-buku serta skirtnya itu. Gebu, putih sekali. Tidak pula Fir tertarik padanya ketika itu. Setiap kali itulah dia akan singgah ke mejanya. Tidak cukup dengan itu, gadis itu akan membuka kasut tingginya, menggeselkan kaki dihadapannya. Tak cukup dengan itu, Fir pasti 'diseksa' dengan pemandangan lurah bukit yang indah. Peliknya, tidak pulak Fir terpikat ketika itu.
Lantas apa menarik minatku padanya, maka bermainlah segala perasaan dalam diri Fir. Perang perasaan umpama perang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.
Semuanya bermula pada Hari Raya yang lepas. Dengan menggunakan kuasanya sebagai pengerusi majlis, Fir yang pada mulanya meng’usya' Suriani yang berwajah iras Cina terus tertancap Ayu ke dalam perhatiannya. Suriani lantas dilupakannya. Ayu amat menarik, ayu dan bersopan-santun. Tutur bicara yang tersusun dari bibir basahnya itu menggetar jiwa Fir. Layanan dan kemesraannya terhadap Fir amat mencairkannya bagai ketam cair bersalut mentega beralkohol, meski sedia maklum rakannya juga meminati gadis itu.
Fir tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan lagak bagaikan pemandu Scuderia Ferrari, Fir meneruskan langkah. Setiap kali Ayu datang, Fir akan berbual dengannya. Fir mengemaskinikan penampilannya seperti seorang CEO, James Bond, Perdana Menteri bahkan Ricky Martin, tertakluk kepada pilihan pemakaiannya pada hari-hari tersebut. Fir selalu memberikan Ayu gula-gula kesukaannya. Fir mula menelefon bertanya perkembangan diri Ayu hari-hari. Fir sudah pandai mengajak Ayu keluar makan dan sudahpun berani menghantar Ayu pulang!
Selama ini, Fir cuma punya seorang pujaan hati. Kekasihnya bekerja tidak jauh dari pejabatnya. Perkenalan yang didahului dengan pelanggaran di depan bengkel motor itu pembuka kisah cinta serong mereka. Semuanya sudah mereka lalui bersama. Berkongsi tawa dan duka hampir sepanjang masa. Bertemu jika ada peluang. Menjamu selera andai masa terluang. Bermain cinta seolah-olah cinta itu permainan Barbie & Ken yang dijual di Toys 'R' Us. Dan membawanya merentasi bandaraya dengan Ducati hypermotard miliknya.
Acapkali mereka mengusik sesama sendiri. Dan rentetan itu sudah tiga kali mereka melayari bahtera asmara tanpa batasan. Fir amat puas kerana dapat menidurinya. Setiap desahan, kucupan, rangkulan, sentuhan tubuh yang mengasyikkan menambah nikmat dalam hubungan mereka. Filipina, Singapura bahkan kabin persendirian eksklusif Airbus A380 menjadi saksi cinta mereka berdua. Harus Fir akui, kekasihnya itu memang cantik dan Fir amat mengambil berat tentangnya. Tetapi sayang, kekasih gelapnya itu hak milik orang lain. Dan mempunyai anak kembar pula.
Ah, serongnya cinta. Fir bermain cinta dengan isteri orang!
Cinta pula dipersalahkannya. Kalaulah Fir boleh memahami.
Tetapi dengan Ayu, dunia Fir kini lain. Ayu mula memberikan perhatian padanya. Ayu mula menyukai koleksi model keretanya. Ayu juga membelikannya CD Katy Perry kesukaannya. Ayu mahukan Fir membawanya keliling bandaraya dengan Ducatinya. Ayu semakin galak berpakaian menarik dan menggeselkan kaki di tepi meja Fir dan mengusiknya.
Dan malam pesta tahun baru menjadi batu loncatan buat Fir. Berbekalkan penampilan ala James Bond baru mandi laut, Fir merapati Ayu yang amat seksi pada malam itu. Ayu tersenyum riang melihat Fir pada malam itu.
“Ayu, ikut abang sekejap. Kita berjalan-jalan ya.”
Sedang rakan-rakan lain berseronok sakan, Fir dan Ayu menyusuri pantai buatan itu berdua. Dengan cuaca malam itu pukul sepuluh itu seakan mengizinkan, mereka semakin rapat dan bercerita sambil berkejaran seperti anak-anak kecil. Mereka bermain air dan mengusik sesama mereka.
Entah bagaimana, Fir berdiri menghadap Ayu dan mencapai jejarinya. Ayu terlopong tetapi tidak membantah, bahkan merelakannya. Fir merapatkan tubuhnya ke arah Ayu dan menggenggan erat kedua-dua tangannya. Fir meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya. Kemas dan tersusun tutur bicaranya.
“Ayu, I love you,” lancar sekali lafaz Fir mengucapkannya, “Whatever it takes to make you happy, I will do it for our love, dear.”
Fir merangkul pinggang Ayu, perlahan-lahan mengusapnya. Ayu menutup matanya. Bibirnya merekah sedang Fir merapatkan tubuh Ayu ke arahnya. Di kala air mencecah kaki mereka, angin bertiup perlahan amat, bibir Fir dan Ayu bertaut rapat. Ayu kelemasan dalam rangkulan Fir.
Apa yang bakal berlaku kepada Fir dan Ayu?
-----------------------------------
*Cerita ini ialah rekaan dan untuk kesukaan orang yang membacanya semata-mata tanpa pewarna dan kolesterol. Jika ianya ada menyentuh sebarang individu atau entiti yang sebenar, ianya hanya kebetulan. Tidak menyentuh mana-mana yang hidup, mati, nazak atau sedang disoal siasat malaikat dalam kubur.