Syabas dan sekalung tahniah buat Harimau Muda (Malaysia U-23) kerana berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak Sukan SEA 2011 kali ini. You all memang hebat!
Setakat dua ekor Garuda ni, gampang aja. AUMMM!
Terima kasih, Dahlia Teck! Gebu, manja dan seksi berjaya buat cik abe Apex ni cemerlang lagi. Deserve an AUMMM!
Garuda? Burung mitos tu ke? AUMMM!
Aku respect bebudak ni. Sanggup ambik risiko naik bas ke Gelora Bung Karno, pulang hotel naik APC Barracuda. Bermain sepenuh jiwa raga nasionalis di kemelut kebejatan 100,000 penyokong timnas Indonesia. Saling menyerang berantakan, bermain lagak Panthera Tigris Malayensis dan juga Garuda Pancasila. Akhirnya, the best team wins. Malas nak cerita panjang.
Prelude match aku macam-macam perkara aku kaitkan, dari matawang, perempuan, kerajaan lama, sejarah, fakta, zoologi dan sebagainya. Flooded habis Facebook dan Twitter aku. Match ni pun aku layan kat kafe pejabat, half time sempat memecut laju balik rumah dan bersorak sakan di depan TV dengan jersi kuning tu.
So, kita dah menang. Kita berjaya lagi. Bila Baddrol Bakhtiar scored the winning penalty, tangan aku terketar-ketar update Twitter. Nak pecah dada tulis dalam Facebook. Balas SMS member pun macam nak baling je handphone. Gembira sampai keluar air mata!
Dan seperti kebiasaan, banyaklah orang bertanya soalan cepumas: Malaysia menang ni cuti tak?
What the hell or heaven? Haruskah nak cuti?
Baiklah, soalan aku: Perlukah kerajaan memberi cuti di atas kemenangan skuad Bawah 23 Tahun negara mempertahankan pingat emas bola sepak?
Ini jawapan daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui akaun Twitter beliau (@NajibRazak):
"To my tweeter friends, it is very costly to the nation to have a public holiday. We must not overdo it. We need to work hard."
See?
Call me tak patriotik, tak sporting, poyo, entah apa-apa, pada aku tak perlulah cuti tu. Malaysia ni dah banyak sangat cuti. Dalam bulan November dan Disember je dah ada tiga hari Isnin yang cuti. Cuti tahunan pun tak habis lagi. Banyak cuti, kurang produktif la maknanya.
Masa menang Piala AFF Suzuki tahun lepas dah dapat cuti. Itu menang piala. Ini menang salah satu acara je. Memanglah kita menang "mother of all gold medals" tapi kita kenalah realistik. Sebetulnya jika cuti pun, adakah kita sebagai rakyat Malaysia layak untuk bercuti atas merit 20 pemain muda negara? Dengan cuti itu, kita nak pergi LCCT sambut diorang ke? Kita nak ke pergi ke Wisma FAM merayakan kemenangan tu? Ada ke kita nak berkerumun dengan ramai orang nak sambut diorang? Jangan tipu, mesti tak akan punya.
Yang layak dapat cuti tu sebenarnya para pemain dan barisan teknikal. Tu pun tak cukup rehat sebab malam ini nak lawan skuad Syria untuk kelayakan Pra-Olimpik 2012 pulak. Diorang tak merungut pun, tak kisah nak minta cuti pun. Diorang cuma nak bermain bola sepenuh jiwa nasionalis.
Nak cuti lagi? Habiskan cuti tahunan tu dulu dan siapkan kerja!
Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat Harimau Muda kerana mengulangi pencapaian cemerlang abang-abang mereka menewaskan Garuda sekali lagi. Jangan persiakan semangat tu, nanti dah leka alpa kami semua akan kepala banakan you all semua. Good luck untuk match Syria... jika kalah pun, aku faham kepenatan korang. Bermainlah seperti harimau.
FORZA MALESIA!