Wednesday, October 27, 2010

Going Eurowhite?

A friend of mine told me to look for the latest fleet of Malaysia Airlines (MH) with registration code 9M-MXA. After some Google-ings and lurkings kat MalaysianWings, tu dia...


These are photos of the latest Boeing 737-800 touched down at WMKK recently, perhaps taken somewhere at the US... maybe near Boeing facilities kat Everett kot. Nak kata kat WMSA tak mungkin. Anyway, photo credit to Rick Schlamp dan Donna Rae for these amazing shots.

Seriously, MH? Going eurowhite, eh?

Dalam aviation, eurowhite refers to aircraft livery (corak warna pesawat) yang majoritinya putih. Senang citer, kalo tengok airlines yang badan pesawatnya putih je, itulah eurowhite. Trend ni start di Eropah pada 1970an oleh Air France, dan mula diikuti airlines lain. Eurowhite ni mudah, tak banyak warna, corak dan mengurangkan berat pesawat (pesawat jadi berat jika banyak warna dicat diatasnya). Tapi tulah, eurowhite ni tak berapa cun sangat, walaupun agak kontemporari dan ekonomik.

Ni dia contoh airline yang apply eurowhite livery. Photo credits goes to respective photographers.


MH selama ni guna cheatline livery. Dalam perbincangan we all di MalaysianWings, beberapa pesawat baru yang besar akan start guna livery baru ni. Design test dah dibuat pada Boeing 747-400, the biggest fleet yang MH ada. Hasilnya...


Pada pandangan peribadi aku, MH memang kena tukar livery baru selaras dengan perkembangan industri penerbangan global. MH ialah antara airlines yang top in the world, jadi perubahan kenalah ada. Livery ni kalau pada narrow-body aircraft OK aku rasa, tp kalau kat widebody aircraft macam Airbus 330-200/300, Boeing 777-200/ER atau 747-400 tu, kena buat lain sikit, atau upscale design dia.

Let me touch on some creative aspect here. Sekali pandang, MH nampak fresh dan corak streamline biru merah menampakkan transformasi MH sambil mengekalkan legasi dan tradisinya. Font Malaysia Airlines dah bagus kat situ, tak payah tukar. Bendera Malaysia kena besarkan sket dan pada aku, design wau ikonik pada empennage (tail) kena streamline sikit, still nampak macam sekarang tapi ada unsur transformasi dan berdaya saing. MH tak perlu buang design wau tu, cuma modify sket nak kasi sekata dengan livery baru ni.

Aku jumpa satu lagi livery MH, aku suspect ni macam tak betul je but an worthy eye-catcher dengan unsur bunga raya sebagai bunga kebangsaan dimasukkan di bahagian belakang pesawat Airbus A330-200 ni.


Overall, aku puas hati dengan livery ni, sekurang-kurangnya nampak fresh daripada yang normal/standard, macam ni:


Sebelum ni memang MH ada buat livery khas sepanjang 2005-2008 pada tiga buah pesawatnya, seperti:

MH Boeing 777-200ER (9M-MRD) in Heliconia livery

MH Boeing 747-400 (9M-MPB) in Hibiscus livery

Aku suka jugak dua-dua ni. Cantik kot. Dua-dua dah masuk dalam koleksi pesawat aku yang kini dalam kotak.

Aku tak nak citer pasal livery AirAsia (AK). Tu lain kali punya story okay.

Khallas.

All photos are credited to respective photographers.

Monday, October 25, 2010

Kerana KFC Snack Plate, lalu tiada hala tuju~


Ahad kadangkala membosankan, kena pulak bila dalam dompet yang ada cuma resit-resit dan kupu-kupu.

Setelah menghabiskan masa seharian di Raub, Pahang dan bersiar-siar di 1Utama pada Sabtu, hari Ahad aku semalam menjanjikan kehidupan yang agak kurang menarik. Bangun awal kot, tidur pun macam cukup-cukup je. Basuh baju, kemas rumah bagai, breakfast dengan anak buaya aku sambil tengok marathon How I Met Your Mother (ohh Robin...) dan spend the rest of the day reading. Reading. A long-lost pastime yang terasa mewah bila dinikmati dengan a mug of coffee, crisps, rokok dan lagu-lagu noir jazz aka porno jazz. Lama gak aku terleka di alam pembacaan tu.

Hari dah petang, around 4 o'clock dan aku mula laparkan sesuatu. Tetiba je aku teringin nak makan KFC Snack Plate dan Zinger. Eleh, setakat KFC, paling dekat aku boleh drive ke Sungai Buloh. Nak lagi dekat (tapi kena bayar tol) kat Restoran Jejantas tu. Hari masih awal, dan aku plan nak dinner dengan KFC. Camner tu?

"Demimu KFC idamanku selalu, akan kutunggu jua." Macam sial aku nyanyi sorang-sorang.

Aku pun keluar dan isi minyak RM10. Dalam poket ada RM50. Off I went to Sungai Buloh. Tak lama pastu, aku sampai kat The Store Sungai Buloh. Dulu orang panggil mall ni Hiong Kong kot. Kalau jalan strus (straight+terus) pergi Bukit Rahman Putra... dan ke rumah dia... (sudah-sudahlah tu woi!). Well anyway, aku bersiar-siar kat dalam mall The Store tu... agaknya aku pakai pelik sangat ke sampai beberapa orang perhatikan aku... apa, aku ni alien ke? Dahlah tu, aku macam dapat rasakan DIA berada berdekatan kawasan ni... dah area umah dia kan. Aku jadi tak berapa selesa. Aku nampak KFC depan mata, tapi hari masih awal lagi.

Aku pun cabut dari Sungai Buloh. Jam masih awal, dalam pukul 5.45 petang. Aku drive menghala Shah Alam (jalan belakang) dan maintain bawak 60 km/j. Melalak dan meracau tak tentu hala dalam kereta kerana dia. Aku fokus balik terhadap KFC Snack Plate. Sekarang aku masuk ke Persiaran Mahogani, Kota Damansara dari jalan belakang. Peh, boleh tahan gak area ni. Aku tak pernah explore, so aku round la. Aku jalan sampai aku melepasi The Strand dan persimpangan Persiaran Surian dan Persiaran Tropicana. Dah sampai sini rupanya.

OK. Demimu KFC Snack Plate, aku sanggup buat kerja takde hala tuju. So, aku pun straight ke Persiaran Tropicana. Bukannya aku nak pergi main golf kat country club tu. Aku drive relax je, masuk area Bukit Utama. Saja aku mengelak pakai main road dan jalan tol. Lepas tu, aku pusing area Bandar Utama... lalu Centrepoint, 1Utama (again), siap tangkap gambar segala. Lepas tu, aku main pusing-pusing kat depan TTDI, then aku melajak ke KL.

Still maintain drive dengan kelajuan 32.4 batu nautika sejam dan kelajuan angin 32 knots, aku menyelusuri Jalan Duta. Memang betullah aku takde hala tuju. KFC Snack Plate punya pasal. Then, aku drive balik ke area Seksyen 16 via Seri Hartamas. Aku rasa banyak je kot outlet KFC di sepanjang perjalanan aku ni. Saja menggatal. Aku melalui Pusat Sains Negara, INTAN dan ke arah KLGCC mengikut jalan dalam sampailah aku sampai balik ke TTDI.

Ah, TTDI hari Ahad ada pasar malam. betul-betul depan KFC. Aku mengusya pasar malam tu. Aku beli air tebu dan a few munchies for tonight's movie. Dah siap beli aku letak dalam kereta, dan strus (straight+terus) aku masuk KFC. Snack Plate sekarang tidak jauh dari genggaman perutku ~aaahhh~

"Good evening, sir. Having here or taking out?"
"Taking out. I'll have Snack Plate please. Original Recipe. And a Zinger."

Tadaa!

Bau dan aroma KFC Snack Plate Original Recipe tu sungguh menggoda. Mahuku ramas paha ayam segar dibaluti kulit rangup itu. Inginku jilat jemariku yang penuh keresahan mendambakan keenakan ayam KFC ini.

Tapi aku kena sabar. Relax tuan majistret. Minum air tebu pasar malam dulu.

So, misi KFC Snack Plate pun tercapai tepat pada jam 7.30 malam waktu tempatan. Lokasinya di KFC TTDI pulak tu. Bukannya jauh pun, tapi pusing tanpa hala tuju kemain lagi. Nak balik rumah pun sama. Aku keluar dari TTDI dan masuk ke Persiaran Surian di Kota Damansara balik. Then, aku terus membelah jalan ke Persiaran Mahogani untuk terus ke Jalan Sungai Buloh-Shah Alam untuk aku pulang ke tempat persemayaman aku, tidak jauh dari situ. Puasnya tak terkata, bila aku buka kotak KFC di rumah sambil menonton The Lord of the Rings: The Return of the King.

Kenyang dan puas nafsuku meratah ayam KFC Snack Plate Original Recipe. Tetiba aku rasa lapar.

Jom makan.

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Hari Keputerian, My Lost Love


Today (20 October) is her birthday.

Today, I want to reminisce whatever sweet memories that we had together. Every smile, every word and everything of her is flying over my thoughts on her birthday. And whatever is left in my heart for the one that always cherish my life.

If she's here, we'll be celebrating at fanciest place she liked. I'll get her presents. I might take her for a getaway. We might as well counting stars tonight along with her birthday cake while caressing her hair. Might as well grant her a birthday kiss.


Even though she belongs to someone else, my unrequited love shall forever hold still. I dedicate this verse to her, telling her that the light of my love shall never cease to extinguish forever.

"All that is gold does not glitter,
Not all those who wander are lost;

The old that is strong does not wither,

Deep roots are not reached by the frost."

- J.R.R. Tolkien, The Fellowship of the Ring.

Wishing her many happy returns and good luck on her endeavours. May thy be blessed. May Allah SWT guide you to eternal glory and happiness. Not you, Britney Spears, but one of your diehard fans, like me, who stole my heart forever. I miss her so much.

(Am listening to Britney's Born To Make You Happy. Sort of reminding me of you, my love)

Happy 29th birthday, my lost love.


Can't let go and it doesn't matter how I try
I gave it all so easily to you my love
To dreams that never will come true
Am I strong enough to see it through
Go crazy is what I will do

If I can't have you...

~ Yvonne Elliman, If I Can't Have You

Friday, October 15, 2010

"Lasto beth nin, tolo dan nan galad..."


The whole weeknights is dedicated to The Lord of the Rings movie trilogy at home.

I'll spend my weeknights after work, sitting alone in the dark, having some meals while watching the epic adaptations. I need to 'clear out' my thoughts for a while. Quite sesak lately.

It's been a long time since I last visited my kindred at Arda (Middle-Earth).

"Onen-i Estel Edain, u chebin estel anim. Namarie."
(I give Hope to Men, I keep none to myself. farewell)

Tuesday, October 12, 2010

Aidilfitri madness... at office


Acara : Raya & Birthday Bash (Aug-Sep)
Tarikh : 29 Syawal 1431H bersamaan 8 Oktober 2010
Tempat : Studio 31, ADV NSTP
Masa : 1700 (5.00 petang GMT+8)

Ah, Aidilfitri open house lagi. Tahun lepas rasanya unit aku tak buat, so tahun ni kena buat sekali dengan birthday bash. Aku ingat lagi dua tahun lepas (2008), kitorang jadi hos open house untuk ad dept... kelas beb! Tetap diingat sampai sekarang.

Well anyway, plan nak buat majlis ni dah kedengaran since puasa itu hari. Dah buat monthly collection pun. Yang aku seronok, birthday aku pun diraikan sekali bersama dengan yang lain, so it's great. Rasa best plak dihargai camni. Tambahan pulak pengarah jabatan pun turun sebagai jemputan khas, rasa macam besar majlis kitorang ni... walaupun diadakan di unit yang tak seberapa ni.

OK, disebabkan event ni memerlukan we all berbaju Raya, maka semua pun berbaju Raya. Dan menggunakan props yang sedia ada, nampaklah macam meriah event ni.

Oh ya, objektif acara ini adalah:
  1. Merayakan Aidilfitri dan hari terakhir Syawal dengan penuh gemilang laa, bagi peringkat ofis aku.
  2. Meraikan sambutan hari jadi untuk staf yang lahir pada Ogos & September. Oktober babies, tunggu bulan depan!
  3. Menerima kasih pihak pengurusan jabatan diatas imbuhan yang telah dijanjikan (masuk gaji hujung bulan wiiiee~). Banyak tu.
Malas aku nak citer pepanjang. Gegambar ni boleh bercerita sendiri. Aku letak kapsyen, senang nak describe event. Daa~!

(photos taken and credited to Jann Jayef and Ezam)


Muka happy dan riang ria.

Antara warga Studio 31 yang berseronok macam kanak-kanak Ribena.

Ayam golek madu Kerinchi/Pantai Dalam yang everlastingly SEDAP!

Kek birthday ada, kuih-muih ada, roti jala ada, mee ada, macam-macam ada.
Nasib takde serve Bacardi.

Menyembah takzim menyambut ketibaan Muskamal yang dressing ala ketua kampung... or macam dukun Niyang Rapik? Ko hebat laa Muse, lain dari yang lain!

Muskamal yang sentiasa young at heart.

August babies, cutting their cake in unison. Hahaha.

September oldies and babies in the first angle...

... and again, from different angle. Tadaa!

Pembuka kontroversi, potong kek ala pengantin pulak.

Our favourite girl from next door... sayang dia tak pakai kebaya.

Ni kononnya keluarga hitam beraya laa.
Keluarga Dato' CEO yang sentiasa ungu violet.

Kasi duit raya kat our favourite girl from upstairs. "Jom keluar dengan abang nak?" Hahaha.

Orang lain bermaafan di pagi Syawal, kitorang plak di akhir Syawal. Hah, elok le tu. Another controversial act dari aku dan Mimod.

Kontroversi paling mahal... mencium dahi "isteri" di akhir Syawal. Boleh tak?

Apabila para-para mencemar duli...

Ross Alya, bapak empat cahayamata yang berbadan sasa idaman semua.

End of event. Memasing gelak ketawa tengok all pix dalam sistem.


Monday, October 11, 2010

Selamat sudah, Mr. Braew-Braew

Alhamdulillah, dah selamat member sekatil oops... sebilik aku kat UIAM dulu. Bukan selamat apa, selamat datang ke alam perkahwinan, atau dalam konteks aku, selamat menyertai parti DAP (Di Alam Perkahwinan).

Mohd Fadil Sallehuddin kini sah bergelar suami kepada pasangannya, Syuhada Shariffuddin setelah diijabkabulkan di Kuantan pada 2 Oktober lalu. Memandangkan aku dan adik aku cuma dapat menghadirkan diri pada resepsi di Seremban 2 semalam, maka bertemulah kami para jejaka sekufu time UIAM dulu. Bukan setakat tu, aku reunite balik dengan geng-geng ANGKA (Angkatan Karyawan Aktif KL) masa aku aktif berteater dulu. It's been a long time.

Member sekatil oops... sebilik aku ni kitorang panggil dia macam-macam... Mr. Padil Pataloon la, Mr. Braew-Braew la, memacam laa... asalkan kena dengan diri dia. Seorang kawan yang baik hati dan protective. Walaupun kekadang dia ni mereng sket tapi aku tetap sayang dia. Muah! (sorry Adda, hahahaha).

Yang kelakarnya pulak, sejak bila si Fadil ni boleh sangkut dengan adik member kitorang sendiri, si Adda tu? Ntahlah. Tuhan Maha Kaya. Ditemukan dua member aku ni, berkawan kamceng, lepak susah senang bersama, berteater bersama, fail exam bersama, alih-alih jadi ipar duai. Bila pulak si Padil ni ngorat/ngenjen Adda ni pun, aku tak tau. Tak kisahlah, yang penting mereka berdua sudah selamat dan aku gembira atas perkahwinan diorang.

So, ni antara gegambar semalam, taken from my cellphone. To Padil Braew-braew and Adda, congratulations again and semoga berbahagia sehingga ke akhirat, insya-Allah.



P/S: BTW Padil, apsal adik pompuan ko gorgeous tak ingat? Dulu last time aku tengok dia kecik lagi... sekolah rendah kot. Sekarang sudah besar dara dan... oh, aku takleh tido sial! Adik ko memang dah GORGEOUS *aaarrrggghhhhh*

Friday, October 1, 2010

Howdy, Crocchy!


Who needs a vacation?

Well, I do.

Just like our Mister Crocodile CEO here, I need to unwind and to relieve my stress. Lotsa things going on and it seems that a brief escape from the rubble would be better.

Look at Mister Crocodile CEO. How relaxed and cool he is... laying on his back with sun-kissed treat, a hat, a cooler of beers, a book (by Somerset Maugham? How cool.) and a beach. How great is that?

Some people call me Mr. Croc. Or in a more accurate sense, Encik Buaya. And coincidentally, I love crocodiles. And I own a crocodile teddy. What a fascinating creature.

By the way, October is here. And this month, the Foursome Divers Executive Club will start their maiden diving trip cum a perfect beach getaway. Recharging while admiring the underwater world. What a bliss.

Mister Crocodile CEO, may I join you?