Tuesday, May 26, 2009

Aku hampir mati (dan hidup semula dengan senyuman)

"Kringg... kringg."

Telefon, telefon berbunyi. Telefon, aku datang...

"Hello."

"Iskandar, awak kerja petang kan? Ni Encik G, Head Regional Sales nak jumpa awak, ada ad (iklan) salah keluar. Naik sekarang kat tingkat empat, urgent!"

Tona suara bosku seperti mahu membaham aku bulat-bulat.

"Err, Abang H, ad mistake apa pulak ni?" aku bertanya dengan penuh kasih sayang.

"I don't know. Awak naik sekarang jugak!"

Sah, ada something wrong dengan kerja aku. Maka aku pun meletakkan gagang telefon.

Ada orang dalam bahaya... ada orang dalam bahaya di sini!

Hatiku berdegup tsunami macam lumba kuda. Tengah best je seharian aku bekerja tetiba je ada hal besar camni berlaku. Ad salah? Ad region mana yang salah? Setahu aku, ad region yang paling recent aku buat ialah ad Kerajaan Negeri Terengganu. Ad pendidikan e-Book untuk BH. Rasanya OK dah ad tu, siap validated. Ad mana pulak yang salah?

Fikiranku berkecamuk dan menerawang ke kerja-kerja kau minggu lepas, manalah tahu aku ada terlepas pandang. Tiga minggu sudah aku dah kena kaw-kaw dengan bos-bos sebab aku cuai masa validate plotter proof. Keluar dalam paper hilang semua particulars. Mengamuklah klien, pastu yang kena akulah sebab signature aku jadi bukti aku validate iklan tu. Kena warning, dapat memo. Sekali lagi, kalau tak kena gantung, kena pecat la. So, aku tak nak buat hal lagi. Jadi masalahnya sekarang, apa mistake yang aku buat kali ni?

Jam sudah pukul 5.20 petang. Aku pulak kerja syif petang, balik pukul 9 malam. Aduh, bahana apa pulak kali ni. Apa pulak kesalahan yang aku terlepas pandang?

Tanpa melengahkan masa dan tenaga aku pun mengambil pen merah tanda kuasa aku sebagai seorang executive copywriter terus naik ke atas. Menanti lif yang lambat membuatkan aliran adrenalin dan jantung aku lebih hebat daripada kelajuan Usain Bolt memecut di balapan. Masuk dalam lif, aku berdiri tak tentu arah.

"What the hell or heaven is going on now?"

Lif terbuka dan aku terus keluar. Aku meninjau-ninjau dulu kat tingkap kecil pintu masuk ke Unit Jualan Pengiklanan. Yelah, kang nanti kena tibai malu la aku dengan bebudak tu. Ada yang tak naik atas 40 hari karang. Tapi ramai pulak kat dalam tu! Ah, selamba jack jelah. Dan dengan gaya macam kena tembak James Bond di tulang metatarsal, aku berjalan dengan penuh perasaan bercampur-baur... takut, geram, hairan, pelik dan yang seumpamanya.

"Zul, mana satu bilik bos ko?"

"Apahal Isz? Lain macam je rupa ko ni."

"Bos ko nak jumpa aku. Urgent katanya, ada ad salah. Ah, matilah aku lepas ni."

Aku menjeling Encik G yang sedang khusyuk serius amat dalam biliknya. Kebetulan pulak dia menjeling ke arah aku. Renungan tajam menikam bak the Sword of Omen Thundercats itu. Aku semakin tidak keruan.

Matilah aku. Bersedialah aku untuk mengemaskan meja and go home for good.

Di luar bilik Encik G, kelihatan beberapa staf dari pelbagai region sedang berkumpul lepak seperti menantikan sesuatu di meja sekretarinya, Kak P. Sekejap gelak ketawa, sekejap serius. Oh, apakah kes ad salah ni sudah diketahui ramai?

I am so dead!

"Iskandar, awak nak masuk jumpa Encik G ye?" dengan tiba-tiba Kak P memanggil aku yang sedang menuju ke bilik bosnya dengan penuh hati bukan kristal ini.

"Ya, kak, ada urgent matters katanya."

"Ke sebab ada iklan salah ni? Habislah you, Iskandar."

Aku tengok semua muka staf region di depan aku. Ada yang ayu manis, yang biasa aku lihat pun ada, dan muka Kathy. Eh, Kathy ni aku selalu tolong dia buat translation via email dan over the phone. Apa diorang buat datang ke KL, ada training ke?

"Hello Iskandar, nice meeting you again," sapa Kathy sambil tersenyum melihat aku yang yang kalau ditoreh nescaya setitik air mani takkan keluar punya.

"Err, hi Kathy, how are you? What brings you to KL?"

"You know, all regional staff got to come here, got training lor. I wanted to see you and to give you this."

Kathy menghulurkan sebuah kotak yang aku tak tahu apa isinya. Apa pulak dalam ni? Pistol semi-automatik Walther PPK99 James Bond ke? Alat Spark Lense untuk bertukar menjadi Ultraman Tiga ke?

Kak P pun mencelah dengan penuh ketenangan bagaikan syurga di wajahmu:

"Iskandar, actually akak yang buat call kat H tadi. Sebenarnya takde apa pun. Takde salah apa pun. Takde salah ad pun. Encik G takde nak jumpa kamu pun."

"Si Kathy nak jumpa you tapi tak tau office you kat mana. So, dia minta akak call. Akak pulak tak tau extension kamu, tu yang call bos awak. Akak buat-buatlah ada hal pasal kamu so kamu naik cepat."

APAKAH INI?

Takde ad salah, takde sebarang masalah... dan kek?

I'm perplexed. The idea of me getting pranked and Punk'd is so unreal. Is this reality or just a fragment of my imagination from foreseen trouble scot-free?

Serius. Aku seperti ditipu. Aku seperti kena suntikan penenang. Rasa macam nak buat-buat jatuh menggelupur keluar buih basuhan sabun Breeze kat mulut. Dan kek itu, so dalam kotak itu ialah kek? Kek apa ya, baunya enak sekali yuk.

"So sorry Iskandar to trouble you like this." Baiklah kakak-kakak sekalian, aku menerima semua ini dengan lapang dada.

"Iskandar, I made this cake for all of you that helped me a lot with my job. This is coffee walnut cake, I hope you like it. Share with other copywriters ya. Saja la buat ini macam nanti satu office you serbu, I buat pun tak banyak, bawak your portion pun just nice untuk you all je."

Walnut? No wonder nampak sedap. I love nuts in cakes!

"Thanks Kathy. It's a part of my job. We all tolong-tolong la. So glad to be an assistance to you. Gotta love the cake, I love walnuts!"

I gotta admit yang hatiku daripada berdegup tsunami pantai Khao Lak bertukar setenang bayu di Gunung Kinabalu. Sejuk hatiku.

And I gotta admit that I got punk'd, gotcha-ed dan wakenabeb!

Selepas berborak dan bergelak ketawa dengan diorang, aku pun turun ke office. Buat-buat muka baru kena tibai. Sampai kat workspace, aku distribute each slice to my fellow copywriters sambil menceritakan the whole story. Kena gelak aku. Lepas tu, aku bawakan sepotong kek tu ke bos aku, Abang H.

"Ha, Iskandar. Awak ni ada apa hal lagi ni? Sampai kena panggil dengan orang atas. Ni kes serius ni. I nak you explain kat I apa hal kat atas tu sampai you kena panggil tadi."

Nota: Abang H langsung tak tahu-menahu kes wakenabeb ni.

"Sebelum saya explain, saya nak bagi abang kek ni dulu."

Dan aku pun menceritakan segala benda dari mula. Kami ketawa sambil makan kek bersama-sama. Dan bila aku pulang ke rumah, aku ceritakan pada isteriku, kena gelak lagi.

Hmm, apa yang penting? Kerjasama, kan?

Khallas.

Wednesday, May 13, 2009

Stormy Wednesday

Outside, it's pouring rain.
Inside, it's surging storm.

Around the inside, it's earthquake.

Deep inside, tsunami strikes.



And I'm drowning to the abyss.

Sunday, May 3, 2009

Perihal sakit kepala

Bila kepala sakit,
Semuanya sakit.

Berdenyut-denyut nadi kepala,
Semakin kuat, semakin terasa.

Diurut salah, tak diurut kepala salah.
Apa lagi yang harus kubuat?

Sampai bilakah sakit kepala ini?
Dimanakah penawar sengsara ini?

Aku harus mencari paracetamol.