Habis tu, di mana? Segalanya di atas katil sahaja.
Sajian sahur aku semalam bukanlah disediakan oleh LSG Sky Chefs Brahim Sdn Bhd ataupun Royal Brunei Catering tapi disediakan sendiri oleh isteri aku. Yup, isteri aku, cuma dia tak pakai skirt atau kebaya stewardess je.
Let me tell you what happened. At 4.30 am, aku dikejutkan dengan lembut dari tidur. Lampu tepi katil on, bilik berbau wangi dan lepas membersihkan diri, aku disuruh lepak atas katil je. Pelik pulak. Pastu ada bau yang amat familiar dengan deria hidung aku dari dapur... oh, something yang aku suka. Maka menunggulah aku di katil dengan penuh kelaparan.10 minit pastu, isteriku masuk. Bukan dia sorang, tapi dengan sahur aku sekali.
Gambar di atas bukan sahur aku, tapi susun atur dan hiasan lebih kurang camnilah (thanks TK of MalaysianWings for the photo). Meja lipat diletakkan atas pangkuan aku dan sajian first class ni diletakkan di atasnya. Siap berdulang, napkin, linen dan kutleri sekali. Memang macam first class inflight meal betul!Hidangan sahur aku pada pagi semalam adalah:
- Nasi putih & corned beef dengan telur
- Sosej ayam
- Roti & campuran mentega kacang dan coklat
- Pisang
- Kurma
- Segelas jus oren
- Segelas teh O panas
Teh O ialah satu kemestian, kurma pun sama. So, aku memang enjoy first class sahur aku dengan layanan terbaik daripada isteriku yang juga makan disebelah. Kitorang berborak dan berangan macam makan dalam first class Airbus A380. Kena pulak suasana bilik dan suhu yang first class... memang kelas la.
Kepuasan disebabkan kekenyangan, kelazatan dan kenikmatan, tambahan layanan, suasana serta persembahan kelas pertama inilah membuatkan sahur aku pagi semalam sungguh first class.
Apakah sahur korang pun macam aku, atau lagi best dari aku?
Thanks darling for the lovely sahur.
Khallas.
Khallas.