Monday, October 25, 2010

Kerana KFC Snack Plate, lalu tiada hala tuju~


Ahad kadangkala membosankan, kena pulak bila dalam dompet yang ada cuma resit-resit dan kupu-kupu.

Setelah menghabiskan masa seharian di Raub, Pahang dan bersiar-siar di 1Utama pada Sabtu, hari Ahad aku semalam menjanjikan kehidupan yang agak kurang menarik. Bangun awal kot, tidur pun macam cukup-cukup je. Basuh baju, kemas rumah bagai, breakfast dengan anak buaya aku sambil tengok marathon How I Met Your Mother (ohh Robin...) dan spend the rest of the day reading. Reading. A long-lost pastime yang terasa mewah bila dinikmati dengan a mug of coffee, crisps, rokok dan lagu-lagu noir jazz aka porno jazz. Lama gak aku terleka di alam pembacaan tu.

Hari dah petang, around 4 o'clock dan aku mula laparkan sesuatu. Tetiba je aku teringin nak makan KFC Snack Plate dan Zinger. Eleh, setakat KFC, paling dekat aku boleh drive ke Sungai Buloh. Nak lagi dekat (tapi kena bayar tol) kat Restoran Jejantas tu. Hari masih awal, dan aku plan nak dinner dengan KFC. Camner tu?

"Demimu KFC idamanku selalu, akan kutunggu jua." Macam sial aku nyanyi sorang-sorang.

Aku pun keluar dan isi minyak RM10. Dalam poket ada RM50. Off I went to Sungai Buloh. Tak lama pastu, aku sampai kat The Store Sungai Buloh. Dulu orang panggil mall ni Hiong Kong kot. Kalau jalan strus (straight+terus) pergi Bukit Rahman Putra... dan ke rumah dia... (sudah-sudahlah tu woi!). Well anyway, aku bersiar-siar kat dalam mall The Store tu... agaknya aku pakai pelik sangat ke sampai beberapa orang perhatikan aku... apa, aku ni alien ke? Dahlah tu, aku macam dapat rasakan DIA berada berdekatan kawasan ni... dah area umah dia kan. Aku jadi tak berapa selesa. Aku nampak KFC depan mata, tapi hari masih awal lagi.

Aku pun cabut dari Sungai Buloh. Jam masih awal, dalam pukul 5.45 petang. Aku drive menghala Shah Alam (jalan belakang) dan maintain bawak 60 km/j. Melalak dan meracau tak tentu hala dalam kereta kerana dia. Aku fokus balik terhadap KFC Snack Plate. Sekarang aku masuk ke Persiaran Mahogani, Kota Damansara dari jalan belakang. Peh, boleh tahan gak area ni. Aku tak pernah explore, so aku round la. Aku jalan sampai aku melepasi The Strand dan persimpangan Persiaran Surian dan Persiaran Tropicana. Dah sampai sini rupanya.

OK. Demimu KFC Snack Plate, aku sanggup buat kerja takde hala tuju. So, aku pun straight ke Persiaran Tropicana. Bukannya aku nak pergi main golf kat country club tu. Aku drive relax je, masuk area Bukit Utama. Saja aku mengelak pakai main road dan jalan tol. Lepas tu, aku pusing area Bandar Utama... lalu Centrepoint, 1Utama (again), siap tangkap gambar segala. Lepas tu, aku main pusing-pusing kat depan TTDI, then aku melajak ke KL.

Still maintain drive dengan kelajuan 32.4 batu nautika sejam dan kelajuan angin 32 knots, aku menyelusuri Jalan Duta. Memang betullah aku takde hala tuju. KFC Snack Plate punya pasal. Then, aku drive balik ke area Seksyen 16 via Seri Hartamas. Aku rasa banyak je kot outlet KFC di sepanjang perjalanan aku ni. Saja menggatal. Aku melalui Pusat Sains Negara, INTAN dan ke arah KLGCC mengikut jalan dalam sampailah aku sampai balik ke TTDI.

Ah, TTDI hari Ahad ada pasar malam. betul-betul depan KFC. Aku mengusya pasar malam tu. Aku beli air tebu dan a few munchies for tonight's movie. Dah siap beli aku letak dalam kereta, dan strus (straight+terus) aku masuk KFC. Snack Plate sekarang tidak jauh dari genggaman perutku ~aaahhh~

"Good evening, sir. Having here or taking out?"
"Taking out. I'll have Snack Plate please. Original Recipe. And a Zinger."

Tadaa!

Bau dan aroma KFC Snack Plate Original Recipe tu sungguh menggoda. Mahuku ramas paha ayam segar dibaluti kulit rangup itu. Inginku jilat jemariku yang penuh keresahan mendambakan keenakan ayam KFC ini.

Tapi aku kena sabar. Relax tuan majistret. Minum air tebu pasar malam dulu.

So, misi KFC Snack Plate pun tercapai tepat pada jam 7.30 malam waktu tempatan. Lokasinya di KFC TTDI pulak tu. Bukannya jauh pun, tapi pusing tanpa hala tuju kemain lagi. Nak balik rumah pun sama. Aku keluar dari TTDI dan masuk ke Persiaran Surian di Kota Damansara balik. Then, aku terus membelah jalan ke Persiaran Mahogani untuk terus ke Jalan Sungai Buloh-Shah Alam untuk aku pulang ke tempat persemayaman aku, tidak jauh dari situ. Puasnya tak terkata, bila aku buka kotak KFC di rumah sambil menonton The Lord of the Rings: The Return of the King.

Kenyang dan puas nafsuku meratah ayam KFC Snack Plate Original Recipe. Tetiba aku rasa lapar.

Jom makan.

1 comment:

cik puan olympus said...

baik ko follow kitorang menggedik kat pavvy... hehehe...