(atau dalam tafsiran animal genus: Tales of Crocodylus Porosus & Panthera Tigris Malayensis versus Garuda and Testudinidae)
Ini cerita lama, aku tau. Cerita 2010 AFF Suzuki Cup. Aku saja nak post cerita ni sebab nak kongsi aku punya side of story, sebab tu aku kasi tajuk dan cerita dengan nama-nama haiwan. Macam tengok kartun Filem Negara tahun 1970-an kan. Apa-apa pun, aku nak pecah cerita ni kepada dua parts, siap dengan gambar hiasan dan sebenar, iaitu:
Ceritera Satu:
EPIK SRIVIJAYA VS AU LAC
(Menyelak Skirt Elly Tran Ha)
Ceritera Dua:
EPIK SRIVIJAYA VS MAJAPAHIT
(Threesome Galore! Asmirandah Zantman & Agni Pratistha)
Kejap nama haiwan, kejap nama kerajaan lama. Apa ni? Kecuali Sang Buaya (iaitu aku), lepas ni aku gunakan nama kerajaan-kerajaan lama yang prominent dalam sejarah awal setiap negara. Baru bunyi epik sikit.
**********
CERITERA I
Pernah baca sejarah Vietnam? Pernah baca mitos Kerajaan Au Lac pimpinan Raja An Duong Vuong?
Kenal Elly Tran Ha, the current Viet hottie? She's an actress and model. My kind of girl-next-door.
Anyway, aku tak ambik pot sangat pasal 2010 AFF Suzuki Cup ni, maybe sebab takde match kat KL kot. So, bila Harimau Malaya layak ke separuh akhir menentang Vietnam, mulut berbunyi kata first leg main kat Bukit Jalil. Eh, takkanlah. Dalam website AFF kata takde pun. Tapi once confirmed, apalagi... beraturlah kitorang kat Wisma FAM membeli tiket.
Sebagai pengumpul jersi tegar, aku pun angkat dua-dua jersi home dan away baru. Aku lebih favour jersi away sebab jersi home dah macam landasan keretapi aku tengok. Siap ambik gambar ramai-ramai kat office dengan jersi semua.
Cun hari kejadian pada Khamis dan aku kerja pagi. Maka berbondong-bondong berjemaah naik LRT Petaling Line ke Bukit Jalil. Stesen sesak luar biasa, banyak pulak orang pakai kuning.
Dah masuk stadium. Sesak jangan katalah. Kekonon nak usha amoi Vietnam ala-ala Elly tapi takde pun. Satu sudut sebelah grandstand aku tengok 2,000 Vietnamese berkampung. Siap ada bendera besar lagi. Penyokong kita pun belum ramai lagi. Masih berpeleseran kat luar kot.
Tak banyak cerita best tang lawan tentera Au Lac ni. Kita menang 2-0, penyokong makin ramai, ada flares macam tengok match Liga Apertura Argentina, Safee Sali memang hero dan sebagainyalah. Keluar dari stadium, siap borak dengan a few Westerners yang pakai jersi Malaysia, naik LRT yang sesak tapi meriah pastu balik rumah keletihan tetapi puas. Bila main second leg kat Vietnam, kita ikat diorang 0-0 di My Dinh Stadium dan layak ke final. Cukup untuk membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu menentang amukan laskar Majapahit dan burung garudanya.
CERITERA II
Pernah baca sejarah Majapahit dan legasinya yang masih hidup sampai sekarang?
Korang gerenti kenal Nia Ramadhani, tapi kenal tak dengan Asmirandah dan Agni Pratistha? Tengok iklan-iklan bawah ni.
Asmirandah in AXE Effect - Sauce
Agni Pratistha in AXE Effect - Lost
Rentetan kejayaan Harimau Malaya di Vietnam, prospek pertemuan dua negara serumpun menggelegak. Di KL, OK jer suasananya, tapi di Jakarta... macam nak berperang! Ungkit- mengungkit kes lama la, sejarah la apa jadah semua tu. Persetan. Yang penting, dua-dua masuk final dan boleh tengok match di Bukit Jalil lagi.
Sebab dah nampak kemajuan yang dah lama tak maju, sekalian rakyat jelata pun jadi patriotik. Sampai bapa dan adik-adik aku pun beli jersi Malaysia! Siap kasi duit beli tiket siap-siap. Hebat. So, bila dah dapat tiket pada first day penjualan di Bukit Jalil, aku pun tayang laa kat office.
Bahang makin terasa. Paper dan media dah sabung-menyabung cerita pasal itu-ini. Siap posing ambik gambar lagi kat ofis dengan jersi semua... memang meriahlah. Lupa sekejap Serie A, EPL segala. So, bila hari kejadian, berlakulah pesta kenderaan raksasa di kawasan Bukit Jalil dan sekitarnya. Siap ada helikopter join sekaki, tak kira rombongan Kedutaan Indonesia yang dikawal ketat polis. Siap ada yang bawak bendera USA lagi. Merangkak dalam jemaah pemandu nak parking… dahlah Bukit Jalil sediakala sesak jadi hentian bas sementara. Nasib ada polis. Tapi still kena parking jauh kat area Endah Parade. Takpe, demi negaraku, kami sanggup. Ramai je orang parking tepi jalan tu. Apa-apahal, pergi toilet siap-siap dan off to war zone.
Kat dalam dah sesak, umpama praktis ke Makkah je. Puluhan ribu warna kuning membanjiri stadium. Macam-macam banner ada… Tanah Tumpahnya Darahku, Fight With Pride dan macam-macam lagi. siap ada giant size jersey lagi. Ni mesti kerja budak Ultras Malaya dan Nike. Lagu-lagu patriotik macam Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) dan Malaysia Berjaya bergema. Flares bernyala-nyala dan gelagat penyokong macam kat Curva Sud, San Siro dah. Kat satu side, lautan kecil berwarna merah beraksi dengan gelagatnya. Siap ada poster Bapak SBY lagi. Yahh… memang meriah match ni. Dalam 20,000 rakyat Majapahit merah berkubu disitu, nak lawan dengan 80,000 penyokong Srivijaya kuning. Kitorang yang berasak-asak akhirnya kena duduk kat tingkat atas sekali, hampir selari dengan grandstand bersebelahan border polis yang guard penyokong Majapahit. Trofi rebutan berwarna keemasan sudah siap diletakkan di tengah-tengah balapan.
Apa yang seantero Nusantara nantikan mulai tiba. Bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih dibawa masuk, diikuti pengumuman perarakan pemain yang menggamatkan penyokong. Kemudian, lagu The FIFA Anthem dimainkan mengiringi perarakan masuk bendera FIFA Fair Play, pengadil dan pemain ke padang. Dan yang paling mengujakan, penghormatan kepada negara bertanding dengan laungan lagu Indonesia Raya dan Negaraku. Nyanyi siap emo kuar air mata lagi. Patriotik habis! And so, the first leg of the Final starts.
Bila kita score tiga bijik tu, memang gamat stadium. Aku kalau dah gol tu memang baju tak melekat kat badan. Habis aku buka buat bendera siap curah air mineral atas badan. Punyalah menggila. Pastu jerit sampai hilang suara. Then, celebrate berpelukan dengan penyokong lain (yang lelaki saja!). Macam tempat tu aku yang punya. Aku tak peduli dah masa tu. Kalau aku berperangai macam ni kat area Ultras Malaya rasanya habis kena balun kot. Tu baru aku. Kalau semua macam ni habis runtuh stadium tu. Bila tengok kat side Indonesia pulak, diorang sokong pun, bila kena titik 0-3, diam terus. Ada yang dah angkat kaki even sebelum Bambang Pamungkas masuk. Kesian pulak kat diorang ni. So, bila match dah habis, lautan kuning tak berganjak menyaksikan hero-hero kita berarak di sekeliling padang. Kitorang pun salute laa bebudak ni. Nak keluar pun satu hal, berasak-asak dengan macam-macam perangai manusia. Rasa macam join rusuhan reformasi pun ada. Aku dengan tak berbajunya berjalan pulang. Memang malam yang menggilakan!
The second leg was quite exciting as well, but at the same night, we had a company party. All of us that night watched the match with great euphoria. Aku yang pakai pinafore malam tu (see previous entry here) hilang feminin dibuatnya. Siap bawa bendera dan nyanyi lagu patriotik ramai-ramai kejap. Memang kali ini Malaysia best!
Dan sepanjang tournament yang tak lama tu, aku mendapat pengajaran. Pengajaran bermakna agar sentiasa yakin dan percaya pada kemampuan diri serta berusaha memperolehi kejayaan. Lepas ni, aku berharap Harimau Malaya Srivijaya tidak leka dengan kejayaan ni. Teruskan perjuangan, dan buat aku pulak, ianya satu pengajaran agar jangan sesekali menidakkan kemampuan pasukan negara sendiri; bila kalah komen macam-macam tapi kalau menang bersorak macam nak rak. Lepas ni, aku harap sinar kejayaan terus gemilang… walaupun kalah, tapi still kalah dengan bermaruah.
So, syabas dan tahniah, Harimau Malaya!
Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!
Khallas.


































No comments:
Post a Comment