Thursday, July 1, 2010

Kesedihan dan kesetiaan


Mahalnya nilai air mata lelaki pada akhir perlawanan. Lihatlah, sesungguhnya setiap lelaki juga pasti menangis dalam seumur hidupnya... tidak terkecuali barisan bintang dan juga penyokong setia.



Kapten Itali, Fabio Cannavaro (5) menenangkan Fabio Quagliarella (18).



Simone Pepe (7) semasa meninggalkan padang.



Kapten Fabio Cannavaro sugul mengenang kekalahan.


Dan ini pula lagak penyokong setia pasukan Itali yang mengenang nasib penyingkiran pasukan juara bertahan itu pada Piala Dunia kali ini.



Beremosi kerana Itali bukan perkara baru sepanjang hidupku. Aku menitis air mata masa Itali kalah final Euro 2000 (dek golden goal France), aku pernah melompat sehingga pecah gelas teh tarik dan menangis kegembiraan masa Piala Dunia 2006 dan pernah menendang kerusi plastik masa terkeluar pada Euro 2008. Kali ni, atas sebab ketidak adilan dan kehambaran dalaman skuad membuatkan air mata kami tumpah lagi. Sebak.



Even Gigi Buffon pun mengeluh atas kekalahan kitorang malam tu.


Perlawanan yang sepatutnya dimenangi Itali berakhir dengan kekalahan tipis. Bila dah kalah dalam match penentuan ni, jadi tersingkir pulanglah Itali. Tersingkir dengan cara yang tak best… dengan gol tak dikira dan beberapa kemusykilan. Permainan serba tak kena, taktik tak menjadi, kelonggaran ruang tengah permainan, takde kreativiti dan semuanyalah. First half Itali masa tu tak main macam persis juara dunia. Aku berani cakap, kalau camtulah Itali main lawan Malaysia memang kita boleh menang dengan gol selesa 2-0.


Malam tu kami berempat melayan bola di Pavilion KL. Hayyat dan wife dia dah book tempat kat Starbucks dengan harapan dapat tengok match kat skrin besar Samsung tu. Alih-alih bila dan start game Paraguay vs. New Zealand pulak yang main. Bengang la. Ingatkan boleh sama-sama bergandingan nyanyi lagu kebangsaan Itali Fratelli d’Italia. Bila tengok kat restoran sebelah ada tunjuk game Itali kat big screen dia, kitorang pun masuk. Beberapa Italian tifosi pun join sekaki masuk ke dalam.


Masa match macam-macam emosi dan tingkah laku kitorang boleh dilihat. Aku dah macam orang kena Parkinson (tangan bergegar), degupan jantung kencang, peluh memercik, darah meninggi, mata terbeliak, suara hilang, tangan ringan, mulut memaki carut dan segalanyalah. Nasib baik aku takde hypertension dan heart disease, rasanya memang aku yang gol kat situ dek tekanan melampaui batas emosiku.


Minit-minit terakhir perlawanan memang dramatik dan penuh tension. Bila Itali score, kami melompat keriangan. Bila Itali score lagi, kami melompat dan berpelukan gembira… sampailah kami sedar gol tu tak dikira (kononnya offside). Kami upset. Marah. Kecewa. Semua ada. Kami dah macam penyokong yang ada di Johannesburg-Ellis Park tu. Bila Slovakia score lagi, kami bungkam. Terduduk. Dekat nak tamat bila Itali skor, kami hidup semula dan mengharapkan sinar kebangkitan… sehinggalah Howard Webb meniup wisel penamat. Harapan kami hancur. Hayyat terduduk kaku. Jann terdiam. Sofia melopong. Aku berdiri kaku selama beberapa minit dan kemudiannya duduk dalam sebak. Lepas kami menenangkan diri barulah kami keluar sambil mengutuk ulas setiap minit perlawanan.




Malas aku nak bercerita panjang. Telefon aku dibanjiri phone calls dan messages yang tidak kubalas semuanya sebab aku dah tau isinya. Facebook aku jangan katalah, kena hentam belaka dengan penuh tiada belas kasihan. Aku diam buat bodoh je. Aku balik dengan longlai dan memang kurasakan separuh jiwaku pergi. Serius teruk aku ni.



Anyway, Itali dah balik. England pun sama. France begitu juga. 2010 FIFA World Cup kali ni banyak juga kejutannya. Memang sejak Itali selaku juara bertahan terkeluar awal dan separuh mood bola aku pergi, aku akan tetap layan Piala Dunia. Masih punya semangat memeriahkan kejohanan kali ni. Aku tetap mahu menjadi sebahagian daripada kejohanan ini.




Walau apa pun yang terjadi, Itali Gli Azzurri tetap beraja di hatiku. Teruskan perjuangan, dan hadapi cabaran masa depan yang gemilang nanti.


Forza Azzurri!

3 comments:

MelatiPutih said...

seriously? u nangis???OMG..hahahaha..

Rocco Iskandar said...

Yes dear, I cried with my friends. It was so emotional. U tengok laa pix tu. Ada video tau.

Anonymous said...

bro, aku pun peminat azzurri cam ko gak, mana ko dapat jersi2 italia eh, aku tgal seremban, payah lah nk cari, ko email atau Ym aku kat paichowpemusnahkeramat@yahoo.com