Salah satu acara tahunan yang amat ditunggu-tunggu semua dalam ofis ialah malam berpesta parti. Kalau tanya bebudak, sure semua datang mengecohkan suasana. Tidak kurang yang akan berpeluang berehem-ehem muah muah dengan seseorang yang diimpikan sekian lama di dalam hati. Ada yang akan tunggang-langgang. Apa-apa pun tahun ni punya party memang syok.As one of the committee members, the privilege is always there. Macam-macam boleh dapat. Time off pun dapat. Lepak dengan orang yang jarang jumpa pun dapat. Borak sambil minum dengan CEO pun dapat. Walaupun ada beberapa benda yang tak best, tapi aku akan tetap mengbestkannya. Membahagi masa antara kerja-kerja jawatankuasa dan latihan persembahan memang memenatkan. Bayangkan, kekadang balik rumah pukul 1 pagi. Belum lagi kelam-kabut kerja. Nak siapkan copy untuk poster, bunting, sampaikan memo pun aku buat dan sign. Anyway, bekerja dalam suasana yang keseluruhannya best memang best.
Dengan penuh gila dan selamba aku hanya pakai tights, flip-flops, bunga, spek hitam dan cigar tanpa baju. Sukati la! Bukan selalu. Bila dah camtu, yang lain ikut la. Peduli apa aku. Janji main air. Kala malam menjelang, bukan main lagi aku tengok orang-orang yang datang. Macam pelancong ada, macam James Bond sedang bercuti sambil mata meliar tengok awek seksi pun ada, macam drug lord Colombia ada... macam-macamlah. Cuma takde orang pakai kostum Mister Krabs je. Aku tetap dengan imej ayu buaya rebus makaroni aku ke hulu ke hilir dengan beberapa orang dayang-dayang serta si Dayang.Bab berpakaian ni aku nak sentuh sikit. Yang lelaki macam-macam gaya ada: Gaya penyelam bertauliah, James Bond on leave, drug lord, David Hasselhoff, Baywatch, pengusaha kolam ternakan dan sebagainya. Yang perempuan: Gaya ala-ala Suzie Wong, bikini girl, Miss Universe, Pocahontas, penari flamenco-tango-salsa, burqini dan segalanyalah.
Makanan memang macam di tepi pantai. Ada BBQ segala la. Cuma aku tak perasan ada tak ketam bakar neraka dihidangkan. Peliknya sate pun ada. Ada yang meneguk Tiger aum-aum, yang mengorat pun ada, bergambar berpelukan tak ingat pun ada, main gelongsor air macam kat Sunway pun ada, nak masuk jarum tapi benang tak masuk lubang pun ada malah berkejar-kejaran tarik pareo terlondeh nampak panties pun aku nampak. Meriahlah sangat. Pedulikanlah diorang.Persembahan malam tu banyak yang best. Aku sendiri main api sampai tertelan kerosene nak hembus api. Ada macam-macam rupa tarian ada. Ada bermacam-macam binatang ada, ketam ada, monyet beruk pun ada. Main silap mata sampai kena pukau pun ada. Menari ala poco-poco pun ada. Nasib baik tak jadi pocong! Tapi part girls menari, pergh... tipulah kalau aku cakap aku tak terlopong. Aku siap menari-nari kat belakang tu dengan bebudak lain. Peduli apa aku.
Di kalangan bebudak Studio, aku, Ezam, Rosli dan Fitri dah ntah ke mana pergi baju. Oleh kerana Fitri sorang yang tak mahu main air, maka kami bertiga dapat "tuah" hasil bermandi-manda dengan memenangi cabutan bertuah dengan aku menang DVD home cinema set. Hohoho! Dan bestnya pulak, Dato' CEO yang kasi hadiah dan nombor aku ialah nombor James Bond... 007. Tu la kau Fitri... kitorang ajak main air kau tak nak. Kan dah tak menang. Last-last kena kejar sampai mandi jugak dia. Hehehe.
Floor dancing... antara benda yang aku suka. Masa tu la nak dancing dengan siapa saja kau suka. Aku siap tukar-tukar partner lagi. Pastu jadi hantu air bila si Ju-Lian ajak aku terjun kolam. Keceburr!!! Dan lepas itu pesta humbankan orang, terjunkan orang serta berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian bermula. Dah abang lifeguard bagi green light, depan-depan semua orang aku dan Rosli terjun terus berenang ke hujung. Peduli apa kitorang.
Hmm. Entah tahun depan apa pulak temanya. Kalau tema main air lagi memang aku alu-alukan. Tapi kalau tema diraja, aku dah ada idea. Whatever it is, it was fun and memorable, walaupun Studio dapat menang nombor empat je. OK what. At least aku main api. Well, that was the wettest party I ever been to.
Layanlah lagu Zurah II "Keindahan Pantai" tu. Feeling weh... wohopp!
Khallas.


