Thursday, November 6, 2008

Postal Newspapers

31 Oktober 2008, jam 1030.

"Saya sudah menghantar emel kepada semua staf berkenaan isi hati dan harapan saya terhadap masa depan syarikat. Saya juga telah membuat persiapan untuk menyerah tugas kepada pengganti saya. Saya akan berjumpa dengan beliau petang nanti, sekaligus bertemu dengan semua staf saya."

"Segala dokumen dan portfolio telah disediakan. Setiausaha saya telah menyiapkan segala keperluan untuk beliau. Saya sudah mengemaskan semua barang-barang dan Mercedes saya akan menanti untuk membawa saya pulang."

31 Oktober 2008, jam 1130.

"Aku ni memang banyak main la, bak kata Muskamal. Main-main pun, kerja jalan apa. Semua kerja mesti disiapkan dengan teliti dan mengikut jadual. Mana pulak si Hanis ini, kata nak ambik iklan. Kang tak teliti bekerja, sure dapat memo dari Encik Bad. Dah selalu sangat dah ni, studio jugak kena. Entahlah."

"Harini Dato' CEO last day kerja. Bila pulak aku bertemu lagi dengan beliau? Kali terakhir bertemu masa jamuan Hari Raya Aidilfitri. Aku mengagumi beliau. Orang cerita, beliau yang bawak naik balik syarikat sejak zaman rugi dulu. Dan beliau amat mesra pada staf. Seronok ke kerja dengan beliau? Mana pulak Hanis ni? Kata nak drop ad cepat!"

31 Oktober, jam 1300.

Semua Muslimin sekitar Kuala Lumpur sedang mengerjakan ibadah Solat Jumaat.

31 Oktober, jam 1500.

"Tinggal beberapa jam lagi aku di sini sebagai CEO syarikat. Aku harus memulakan langkah. Semuanya sudah lengkap. Di manakah pula tali leher merahku?"

"Aku harus bergerak sekarang, bermula di sini dan ke seluruh pelosok bangunan, baru dan lama. Mungkin juga aku singgah di gelanggang futsal sebentar."

31 Oktober, jam 1545.

"Mock-up dah siap, si Ross dah siap cut untuk dipersembahkan pada bos. Boleh aku rehat jap. Lepas ini, aku ke tandas mencuci muka. Mengantuk."

"Eh, ada emel. OK, kena tunggu ni."

31 Oktober, jam 1700.

"Terima kasih, terima kasih. Ya, all the best to you too. Sehingga bertemu lagi."

"Elis, ad ni nak kena betulkan dulu. Kalau tak, kitorang takkan sign. Nanti korang jugak yang susah. Make sure details tu betul. OK, Elis bawak balik kat Muskamal, mintak dia amend balik ye."

31 Oktober, jam 1725.

"Hari ini last day saya. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi."

"Eh, macam kenal je tu."

31 Oktober, jam 1729.

Seluruh studio berkerumun di tempat penulis iklan kerana ada adegan salam, peluk dan serah tugas CEO di situ.

31 Oktober, jam 1730.

"Iskandar, hari ini last day saya sebagai CEO. Dengan ini saya serahkan beberapa dokumen penting serta portfolio saya sebagai rujukan awak. Tahniah, awak akan menggantikan saya sehingga CEO baru datang. Dalam sampul ini ada beberapa dokumen yang perlu awak tandatangan dan ambil perhatian untuk mesyuarat ahli lembaga pengarah Isnin depan. Selain itu, awak boleh memulakan tugas secara tidak rasmi bermula sekarang."

"Terima kasih, Dato'. Dengan ini saya terima semuanya yang tersebut. Semoga tuan terus berjaya di Pos Malaysia. Kami semua takkan lupakan Dato'. All the best to you."

"Semoga jalinan persahabatan kita terus kukuh dan unggul."

"Don't worry Dato'. We will. Cantik tie merah you."


31 Oktober, jam 1745.


Dato' Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh warga Studio 31.

31 Oktober, jam 1750.

"OK semua, Isnin ni saya jadi CEO baru you all. Confirm ada party untuk semua."

"As for the bosses, please meet me at my office kat Tingkat 5 ya on Monday morning. Korang semua, jangan memain ye. Kang aku sepit dengan ketam nipah."

Thank you Dato' for everything.

No comments: