Monday, December 22, 2008

MAMBO, CIGARS & BAHAMAS

Salah satu acara tahunan yang amat ditunggu-tunggu semua dalam ofis ialah malam berpesta parti. Kalau tanya bebudak, sure semua datang mengecohkan suasana. Tidak kurang yang akan berpeluang berehem-ehem muah muah dengan seseorang yang diimpikan sekian lama di dalam hati. Ada yang akan tunggang-langgang. Apa-apa pun tahun ni punya party memang syok.

As one of the committee members, the privilege is always there. Macam-macam boleh dapat. Time off pun dapat. Lepak dengan orang yang jarang jumpa pun dapat. Borak sambil minum dengan CEO pun dapat. Walaupun ada beberapa benda yang tak best, tapi aku akan tetap mengbestkannya. Membahagi masa antara kerja-kerja jawatankuasa dan latihan persembahan memang memenatkan. Bayangkan, kekadang balik rumah pukul 1 pagi. Belum lagi kelam-kabut kerja. Nak siapkan copy untuk poster, bunting, sampaikan memo pun aku buat dan sign. Anyway, bekerja dalam suasana yang keseluruhannya best memang best.

Tahun ni malam berparti tahunan pengiklanan diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara. U-la-la-Tropicana... Bertemakan Kepulauan Caribbean, parti ini sah akan jadi parti basah bak sang ketam rebus istimewa di tepian pantai. Bila sebut Caribbean ni terus orang ingat Captain Jack Sparrow, Pirate of the Caribbean. Itu bukan. Itu cerita je. Sebut Caribbean, suasana pantai, tarian mambo, topi Panama, seluar bermuda, cerut Cuba dan lokasi James Bond mandi-manda di Bahamas melintas di kepala. Akan ada bunga-bunga dan pokok kelapa. Akan ada orang berbikini leopard dan mungkin juga bertelanjang togel macam ayam tak berbulu. Hahaha. Segalanya mungkin apabila berada di tepi pantai.

Yang pastinya parti ini bukan di tepi pantai, tapi di tepi kolam. Sedari awal, aku cuma pakai baju ungu violet dengan jeans pendek Bandung dan flip-flops. Selamba bapak aku kat ofis pakai camtu. Time off katakan. Potong apa yang patut dipotong. Tengah hari Jumaat tu orang lain ke masjid, kitorang stuck dalam jam ke Tropicana. Sampai sana terus angkut barang, makan dan mula set up. Aku sempat keluar nak cari props untuk persembahan sambil menambah bekalan Haji Marlboro dan cigars. Hohoho. Menjelang petang, aku dan Rosli terjun ke kolam. Tau-tau jelah kitorang bila jumpa air. Macam hantu air. Dengan basah-basah kuyup kitorang pergi makan kat dalam bowling hall. Lepas tu terus bersiap menyambut kedatangan tetamu sambil set rambut dan buat push-ups dan sit-ups biar kasi otot-otot timbul macam Superman.

Dengan penuh gila dan selamba aku hanya pakai tights, flip-flops, bunga, spek hitam dan cigar tanpa baju. Sukati la! Bukan selalu. Bila dah camtu, yang lain ikut la. Peduli apa aku. Janji main air. Kala malam menjelang, bukan main lagi aku tengok orang-orang yang datang. Macam pelancong ada, macam James Bond sedang bercuti sambil mata meliar tengok awek seksi pun ada, macam drug lord Colombia ada... macam-macamlah. Cuma takde orang pakai kostum Mister Krabs je. Aku tetap dengan imej ayu buaya rebus makaroni aku ke hulu ke hilir dengan beberapa orang dayang-dayang serta si Dayang.

Opening gambit rasa macam dalam cerita Hawaii Five-O pulak. Kemain lagi para jelitawan mempertontonkan skil tarian mereka. Yeahh! Itulah yang bebudak suka. Pastu aku tukar kostum pakai bermuda dan T-shirt tulang ikan tercekik kolesterol, ala-ala pengusaha kolam ternakan buaya lipas. Dengan Haji Marlboro dalam poket dan cigar Cuba di mulut, aku merayap lagi.

Bab berpakaian ni aku nak sentuh sikit. Yang lelaki macam-macam gaya ada: Gaya penyelam bertauliah, James Bond on leave, drug lord, David Hasselhoff, Baywatch, pengusaha kolam ternakan dan sebagainya. Yang perempuan: Gaya ala-ala Suzie Wong, bikini girl, Miss Universe, Pocahontas, penari flamenco-tango-salsa, burqini dan segalanyalah.

Makanan memang macam di tepi pantai. Ada BBQ segala la. Cuma aku tak perasan ada tak ketam bakar neraka dihidangkan. Peliknya sate pun ada. Ada yang meneguk Tiger aum-aum, yang mengorat pun ada, bergambar berpelukan tak ingat pun ada, main gelongsor air macam kat Sunway pun ada, nak masuk jarum tapi benang tak masuk lubang pun ada malah berkejar-kejaran tarik pareo terlondeh nampak panties pun aku nampak. Meriahlah sangat. Pedulikanlah diorang.

Persembahan malam tu banyak yang best. Aku sendiri main api sampai tertelan kerosene nak hembus api. Ada macam-macam rupa tarian ada. Ada bermacam-macam binatang ada, ketam ada, monyet beruk pun ada. Main silap mata sampai kena pukau pun ada. Menari ala poco-poco pun ada. Nasib baik tak jadi pocong! Tapi part girls menari, pergh... tipulah kalau aku cakap aku tak terlopong. Aku siap menari-nari kat belakang tu dengan bebudak lain. Peduli apa aku.

Di kalangan bebudak Studio, aku, Ezam, Rosli dan Fitri dah ntah ke mana pergi baju. Oleh kerana Fitri sorang yang tak mahu main air, maka kami bertiga dapat "tuah" hasil bermandi-manda dengan memenangi cabutan bertuah dengan aku menang DVD home cinema set. Hohoho! Dan bestnya pulak, Dato' CEO yang kasi hadiah dan nombor aku ialah nombor James Bond... 007. Tu la kau Fitri... kitorang ajak main air kau tak nak. Kan dah tak menang. Last-last kena kejar sampai mandi jugak dia. Hehehe.

Floor dancing... antara benda yang aku suka. Masa tu la nak dancing dengan siapa saja kau suka. Aku siap tukar-tukar partner lagi. Pastu jadi hantu air bila si Ju-Lian ajak aku terjun kolam. Keceburr!!! Dan lepas itu pesta humbankan orang, terjunkan orang serta berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian bermula. Dah abang lifeguard bagi green light, depan-depan semua orang aku dan Rosli terjun terus berenang ke hujung. Peduli apa kitorang.

Usai semua, kitorang berkemas dan ntah berapa kali aku terjun kolam dan dihumban ke kolam. Aku melepak sambil berborak minum-minum dengan beberapa dayang dan terus balik rumah dengan driving selaju 60 km/h. Masih ding dong kepala otak sebab tindakbalas kerosene dalam badan belum dinyahkan sepenuhnya. Habis Haji Marlboro aku. Sampai rumah aku surprisekan wife aku dengan goodie bag Naza, seterika baru dan hadiah lucky draw. Terlopong dia. Maka aku pun lapar.

Hmm. Entah tahun depan apa pulak temanya. Kalau tema main air lagi memang aku alu-alukan. Tapi kalau tema diraja, aku dah ada idea. Whatever it is, it was fun and memorable, walaupun Studio dapat menang nombor empat je. OK what. At least aku main api. Well, that was the wettest party I ever been to.

Layanlah lagu Zurah II "Keindahan Pantai" tu. Feeling weh... wohopp!

Khallas.

EXECUTIVE MEMORANDA

Memorandum

To: Dato' AFB, Real CEO
From: RS Iskandar, CEO
Date: 1 December 2008
Re: CEO Portfolio

I wish to congratulate you on your appointment as our new CEO. For your information, I have been instructed by the former CEO, Dato' SFA to exercise executive duties as an interim CEO until you assume office on a fixed date as prescribed in your letter of appointment by the Board.

Therefore, I would like to arrange for an official meeting where your documents await to be handed. All itineraries, contacts, and other paraphernalia required to extend your duties in full force are ready and duly signed by interim CEO as a matter of procedure, as per order by the Board on 1 November 2008.

Please RSVP at ext. 5535 or my personal contact at 019-308xxxx for our meeting.

I look forward to meet you and together we can shape the company for the betterment of everyone.

Thank you.

RS ISKANDAR

----------------------------------------------------

Memorandum

To: RS Iskandar, CEO
From: Dato' AFB, Real CEO
Date: 3 December 2008
Re: CEO Portfolio

The above matter is referred.

Our meeting would take place on 10 December 2008 at 6.00 pm prior to your AdNite meeting. I wish to express my gratitude to everyone within your department for the heartfelt welcome and tour previously.

Please bring the documents and we may have a drink or two after meeting.

Regards,

DATO' AFB

----------------------------------------------------

Selamat datang, Dato' Anthony Firdauz Bujang ke NSTP.

Thursday, November 6, 2008

Postal Newspapers

31 Oktober 2008, jam 1030.

"Saya sudah menghantar emel kepada semua staf berkenaan isi hati dan harapan saya terhadap masa depan syarikat. Saya juga telah membuat persiapan untuk menyerah tugas kepada pengganti saya. Saya akan berjumpa dengan beliau petang nanti, sekaligus bertemu dengan semua staf saya."

"Segala dokumen dan portfolio telah disediakan. Setiausaha saya telah menyiapkan segala keperluan untuk beliau. Saya sudah mengemaskan semua barang-barang dan Mercedes saya akan menanti untuk membawa saya pulang."

31 Oktober 2008, jam 1130.

"Aku ni memang banyak main la, bak kata Muskamal. Main-main pun, kerja jalan apa. Semua kerja mesti disiapkan dengan teliti dan mengikut jadual. Mana pulak si Hanis ini, kata nak ambik iklan. Kang tak teliti bekerja, sure dapat memo dari Encik Bad. Dah selalu sangat dah ni, studio jugak kena. Entahlah."

"Harini Dato' CEO last day kerja. Bila pulak aku bertemu lagi dengan beliau? Kali terakhir bertemu masa jamuan Hari Raya Aidilfitri. Aku mengagumi beliau. Orang cerita, beliau yang bawak naik balik syarikat sejak zaman rugi dulu. Dan beliau amat mesra pada staf. Seronok ke kerja dengan beliau? Mana pulak Hanis ni? Kata nak drop ad cepat!"

31 Oktober, jam 1300.

Semua Muslimin sekitar Kuala Lumpur sedang mengerjakan ibadah Solat Jumaat.

31 Oktober, jam 1500.

"Tinggal beberapa jam lagi aku di sini sebagai CEO syarikat. Aku harus memulakan langkah. Semuanya sudah lengkap. Di manakah pula tali leher merahku?"

"Aku harus bergerak sekarang, bermula di sini dan ke seluruh pelosok bangunan, baru dan lama. Mungkin juga aku singgah di gelanggang futsal sebentar."

31 Oktober, jam 1545.

"Mock-up dah siap, si Ross dah siap cut untuk dipersembahkan pada bos. Boleh aku rehat jap. Lepas ini, aku ke tandas mencuci muka. Mengantuk."

"Eh, ada emel. OK, kena tunggu ni."

31 Oktober, jam 1700.

"Terima kasih, terima kasih. Ya, all the best to you too. Sehingga bertemu lagi."

"Elis, ad ni nak kena betulkan dulu. Kalau tak, kitorang takkan sign. Nanti korang jugak yang susah. Make sure details tu betul. OK, Elis bawak balik kat Muskamal, mintak dia amend balik ye."

31 Oktober, jam 1725.

"Hari ini last day saya. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi."

"Eh, macam kenal je tu."

31 Oktober, jam 1729.

Seluruh studio berkerumun di tempat penulis iklan kerana ada adegan salam, peluk dan serah tugas CEO di situ.

31 Oktober, jam 1730.

"Iskandar, hari ini last day saya sebagai CEO. Dengan ini saya serahkan beberapa dokumen penting serta portfolio saya sebagai rujukan awak. Tahniah, awak akan menggantikan saya sehingga CEO baru datang. Dalam sampul ini ada beberapa dokumen yang perlu awak tandatangan dan ambil perhatian untuk mesyuarat ahli lembaga pengarah Isnin depan. Selain itu, awak boleh memulakan tugas secara tidak rasmi bermula sekarang."

"Terima kasih, Dato'. Dengan ini saya terima semuanya yang tersebut. Semoga tuan terus berjaya di Pos Malaysia. Kami semua takkan lupakan Dato'. All the best to you."

"Semoga jalinan persahabatan kita terus kukuh dan unggul."

"Don't worry Dato'. We will. Cantik tie merah you."


31 Oktober, jam 1745.


Dato' Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh warga Studio 31.

31 Oktober, jam 1750.

"OK semua, Isnin ni saya jadi CEO baru you all. Confirm ada party untuk semua."

"As for the bosses, please meet me at my office kat Tingkat 5 ya on Monday morning. Korang semua, jangan memain ye. Kang aku sepit dengan ketam nipah."

Thank you Dato' for everything.

Tuesday, October 21, 2008

Bila sang ketam menjadi seekor beruang

Negeri Pelangipura ialah salah sebuah negeri jajahan takluk Negara Pena Emas. Seperti yang diketahui dalam hikayat sebelum ini, Pelangipura ditadbir oleh bapak ketam iaitu Mister Nestle, ataupun lebih popular lagi dinamakan sebagai Mister Krabs. Adapun para hulubalang beliau ialah Badan dan Nyawa (ketam-ketam batu) dan juga Puan Susu Cap Junjung.

Bukanlah sang penglipurlara memperihalkan darihal Pelangipura ini, tetapi lebih kepada sambutan perayaan Hari Raya oleh Negara Pena Emas ini. Sambutan tahunan ini biasanya dianjurkan buat rakyat jelata dari segenap pelosok negara menjamu selera sambil mengeratkan tali silaturrahim. Tidak kurang juga pelbagai fahaman dan ketidakfahaman melulu saling bertukar di sebalik sate, lemang, rendang dan macam-macam lagi dengan perbelanjaan keseluruhan tidaklah diketahui melainkan oleh pemerintah de facto negara Pena Emas yang bukan digelar Perdana Menteri, tetapi digelar Ketua Pemerintah Eksekutif ataupun digelar dengan popularnya sebagai Sir CEO. Pemerintah sebenar bukanlah dinamakan Pengerusi Eksekutif, tetapi lebih sesuai dinamakan sebagai Mister Chancellor. Agak fascist bunyinya, kan?

Adapun saban tahun sebuah syarikat rangkaian makanan segera terkemuka iaitu Awi Dicu & Wak-Wak selalu menaja makanan dan beer halal kepada para rakyat jelata Pena Emas. Oleh kerana nama Awi Dicu amat kuat pengaruh Siam Chulalongkorn Phra Ong Chao Fa Ramakhamhaeng Shinawatra dan terlalu panjang untuk disebut, maka mereka amat dikenali di peringkat antarabangsa sebagai A-D&W2 sahaja. Beer halal mereka, bukannya minuman keras seperti Pakcik Jack mahupun Tuan Carlsberg itu amat digemari dan juga hidangan anjing panas serta burgernya yang lazat. Dan A-D&W2 juga dikenali dengan maskotnya iaitu beruang grizzly A-D&W2 yang gemuk gedempol itu.

Diceritakan bahawa Mister Krabs amat sukakan majlis besar-besaran seperti itu kerana padanya beliau rasa seperti dimanjakan oleh pihak pemerintah Pena Emas yang baik hati itu. Dan kerana usaha membodek Sir CEO untuk kekal memerintah tidak berjaya serta malu dengan barisan kabinet oleh kerana dasar-dasar ketam bersepadunya itu, maka Mister Krabs bermuram durja. Hendak berbaju Melayu takut sendat sangat, lagipun nanti disuruh duduk bersama pemerintah negara untuk bersama-sama menyedekahkan duit raya amat merunsingkannya. Sudahlah berlagak seperi bapak ketam, kedekut pula tu. Dan disebabkan populariti beliau menurun kerana Pakatan Ungu lebih suka menonton kartun Spongebob Squarepants, Mister Krabs mendapat satu idea yang membolehkannya turut serta dalam majlis itu.

Pada hari kejadian, beberapa rakyat Pelangipura hadir memeriahkan suasana bersama keluarga masing-masing seperti Encik Juruterbang, Encik Pereka Fesyen, Encik Kamera, Puan Artis Body Baik Punya, Puan Drama Korea, Encik Speaker, Encik Jean Todt dan ramai lagi. Badan dan Nyawa juga kelihatan. Dalam kemeriahan berhari raya bersama pemerintah, makanan dan juga tajaan A-D&W2, rakyat jelata juga dihiburkan dengan kehadiran maskot A-D&W2, iaitu Si Beruang 'Grizzly' Bebear. Dengan gaya berjalannya yang seperti gendang-gendut-tali-kecapi, kenyang-perut-senang-hati itu menarik minat ramai kanak-kanak untuk berhibur bersamanya. Maskot Bebear itu amat leka dengan perhatian mereka tanpa menyedari segala gerak-gerinya diperhatikan secara telus dan teliti oleh Encik Juruterbang dan Encik Pereka Fesyen.

"Kau perasan sesuatu tak dengan Maskot Bebear bodoh tu?" tanya Encik Pereka Fesyen.

"Yalah, serupa kukenal juga bentuk badan, gaya jalan dan suaranya itu," balas Encik Juruterbang.

Kerana tidak cukup puas hati dengan hanya memerhati, Encik Juruterbang mengarahkan sebuah jet pejuang F15 Dassault Falcon milik penuh beliau untuk terbang menjalankan aktiviti perisikan tanpa dikesan radar. Dia amat pasti seseorang yang amat mereka kenali disebalik kostum Maskot Bebear itu.

"Romeo-Sierra-India, report your position," demikian arahan Encik Juruterbang melalui menara kawalan udara beliau.

"Romeo-Sierra-India at your requested position, sir. Three-six-November degrees east, five-two-Echo north. To report sightings inside target's costume, over."

"Apa yang kamu lihat? Laporkan kepada saya."

"Target bermisai lebat, berseluar paras dada, tuan. Melalui imbasan radar, ianya seperti seekor ketam besar, tuan."

"Baiklah, Romeo-Sierra-India. Anda diarahkan balik ke pangkalan. Roger out." Dengan senyum puas Encik Juruterbang mengumumkan bahawa pelakon Maskot Bebear itu tidak lain tidak bukan ialah Mister Krabs!

Padanlah gaya dan rupa luaran Maskot Bebear itu serupa saja gayanya dengan Mister Krabs. Memang rupa-rupanya beliaulah dalangnya. Oleh kerana cover beliau sudah terbongkar, Mister Krabs cepat-cepat menanggalkan kepala dan membuka zip kostum Maskot Bebear sebelum menyambar tiga cucuk sate ayam daripada tangan seorang tetamu majlis dengan penuh perasaan terguris. Malulah Mister Krabs kerana semua orang memerhatikannya. Sir CEO, Mister Ketua Pencatat Kertas, Mister Sumber Manusia dan lain-lain pembesar negara ketawa terbahak-bahak kohok-kohok sambil mengejek Mister Krabs yang sedang mengulum tiga cucuk sate dengan hanya berbaju petak dan masih berseluar Maskot Bebear paras dada. Merahnya muka beliau seakan-akan dimasak secara steamboat di sebuah restoran di Hong Kong.

Maka Mister Krabs pun berlari dengan pantas persis sepit ketamnya menyepit rumpai-rumpai laut di laut. Dengan kemaluan besar itu, beliau mula memakukan fahaman komunisme ala Joseph Stalin terhadap rakyat Pelangipura untuk sambutan Hari Raya peringkat Kabupaten Jual Beli di mana Mister Krabs punya idea tersendiri untuk menjadi lebih terkenal di mata semua. Adakah Mister Krabs berjaya lagi?

Khallas.

Monday, October 13, 2008

24 points for MH vs AK

It's not just business. Other matters also counts. Oh yes, some clarification: Malaysia Airlines (MH), AirAsia (AK). All are based on my personal account.
MH (Malaysia Airlines)
  1. Malaysia's flag carrier. Partly funded by the Government through Khazanah Nasional.
  2. Having a Sarawakian as the MD a.k.a CEO. So proud la gua.
  3. One of the best six airlines in the world by Skytrax. Betullah.
  4. Used to have proper meal set. Sekarang no more la. Bland taste and snack box some more. And plastic cutlery.
  5. Main operator of Boeing 737-300 in Malaysia. Should be written off already. Too old. Change la.
  6. Still the best option for overseas (long distance) flights.
  7. A popular airlines among scale-model aircraft collectors. Like me. Lots of models and scales are available.
  8. Will fly their first Airbus A380-800 "Superjumbo" by 2011.
  9. No selling of their merchandise onboard.
  10. This has to agree: their stewardess. Decent-looking, best hospitality, wear kebaya some more. And pretty. And sexy as well. You never know. Can see high slits up to their thighs lor.
  11. Has three main subsidiaries: MASkargo, Firefly (FY) and MASwings (MH).
  12. No delays, fully serviced and maintain professionalism.
AK (AirAsia)
  1. Malaysia's first low-cost carrier. Privately funded. Also the best LCC in Asia.
  2. Having an ex-showbiz boss as CEO. Tak kisah ler.
  3. The BEST low-cost carrier airline. No doubt about it.
  4. Sells food and drinks onboard. Although quite expensive, I like its nasi lemak and nasi beriyani. Delicious.
  5. Main operator of B737's competitor, the Airbus A320-200. Best proven with better fuel efficiency, bigger cabin and more comfort. That's why they retire all their old B737s. Syabas!
  6. The best option to fly to nearby countries. And to Australia. All with cheap prices.
  7. Still hard to get their scale-model aircraft. Can only buy them at LCCT and onboard only.
  8. Will fly to London Stansted (STN) by March 2009 on their newly refurbished Airbus A330-300.
  9. They sells merchandise onboard. Proud to wear their products.
  10. This has to agree as well: their stewardess. Red in colour, pretty, sexier with skirts and perfumes. And sport crew wings on their chest.
  11. Has three sister companies under one big umbrella: Thai AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ) dan AirAsia X (D7). Lagi hebat.
  12. Plague with delays. Maximum turnaround time utilised and more less formal approach is preferred.
Clear, aren't they? Khallas.