Our late premier, Tunku Abdul Rahman was an avid smoker, he enjoyed puffing but did not inhale. Tapi aku bukan dia. Aku enjoy every puff and inhalation.
Aku start menjalinkan hubungan dengan puffy since university, circa 1999. Kat sekolah aku setakat mencuba, tapi tak melekat. Kira clean tapi kurang clean la. At least, aku tak merokok dari sekolah. Bila masuk UIAM aku jadi lekat pulak dengan puffing ni, amat berguna di kala membuat assignment last minute ditemani kopi panas, beberapa buku serta timbunan kertas.
Lepas graduate, aku berhenti jadi puffy. Rasa cam tak nak pulak ketika itu. Tak teruja seh. Lepas aku balik dari Bumi Parahyangan in 2008, hantu kretek Sunda membuat aku dan beberapa puff quitter re-puffing balik dengan jayanya sampai ke hari ini.
Here goes my category of puffies, in my own words:
1. Rokok Kasual (Rokok Lepak)
Default puffing mode aku la ni kononnya. Usually, jika you all nampak aku aku merokok tika minum di kafe, santai tengok TV di rumah atau tengah melepak maka itulah rokok kasual aku. Biasanya, rokok kasual aku ni dihisap sekejap saja untuk tidak banyak membuang masa tak berfaedah di samping menghabiskan teh tarik. Rokok kasual ini juga biasanya aku simpan dalam casing Dunhill lights limited edition aku tu. Brand rokok yang paling terkini aku hisap ialah Pall Mall hijau pasal murah sikit, sebab aku punya rokok kasual sebenarnya ialah Haji Marlboro.
2. Rokok Jamban
Sesuai dengan namanya, kategori ini amat bersesuaian dengan rokok jangka panjang seperti kretek kerana kandungan tembakau dan rempahnya yang amat padat. Dengan masa pembakaran yang panjang, ianya sungguh tepat menggambarkan keunikannya sebagai rokok jamban tatkala mencari ilham sambil duduk membuang sisa kumbahan badan. Amat cocok jika digandingkan dengan akhbar pojok, novel cinta, novel erotik atau buku sejarah. Untuk tujuan ini, aku punya preferred brand (yang aku simpan dalam kotak khas) ialah Dji Sam Soe… keren banget!
3. Rokok Champions League (Rokok Bola)
Amat sesuai bila menonton siaran langsung sukan seperti bola sepak dan sebagainya. Sesuai dengan gelarannya, rokok ini sungguh nikmat bila digabungkan dengan jajanan dan minuman ringan mahupun keras sambil menonton UEFA Champions League, sama ada di warung mamak, mapley, pub mahupun di rumah. Rokok bola ni boleh juga digabungkan dengan rokok-rokok lain mengikut mood dan kesesuaian. Aku takde brand yang spesifik untuk kategori ni kerana aku biasanya layan rokok kasual untuk tujuan ini.
4. Rokok Parti (Hedonist's Tobacco)
Oh yes, the best one so far. This kind of puffing really makes to the occasion. Depends on types of parti. Serupa dengan fungsi asasnya iaitu untuk berparti, aku biasanya akan upgrade kepada cigar/cerut untuk kepuasan maksima. Rokok biasa pun boleh, bergantung pada jenis parti la. Cigar untuk hedonistic purposes ni boleh dipilih daripada rangkaian 7 Eleven atau cigar mahal, seperti Havana, Davidoff atau Monte Cristo. Seksi yang amat, bergaya dan penuh trendy bila berparti sakan di kelab malam, beach party mahupun di Ghazal Party Queen.
5. Rokok Pasca Seks (After-Sex Tobacco)
Aku biasanya tak layan puffy selepas seks tetapi sesekali aku jadi puffer jugak. Emm. Part ni aku tak boleh huraikan lebih-lebih, nanti orang cop aku penulis erotik pulak. After-sex tobacco must be mild and relaxing, kena pulak selepas berhempas-pulas melayari gelora lautan cinta untuk melabuhkan bahtera di pelabuhan klimaks. Nak lagi layan, dengarlah lagu-lagu noir porno jazz daripada band Bohren & der Club of Gore untuk suasana after sex yang lebih memuaskan bersama si dia yang tersayang didalam kehangatan selimut dengan minuman dan coklat. Mungkin selepas puffing anda berdua akan membongkar sauh bahtera semula. Hehehe.
Macam sial je kan? Ada kategori pulak. Hahaha.
Aku paling suka patahkan semangat orang yang boleh buat puffy rings. Saja. Ayat standard aku ialah:
Puffer: Weh, aku boleh buat O-rings.
Puffee: Ada aku kesah? Aku kenal member aku yang boleh buat lagi power dari kau.
Puffer: Dia buat apa?
Puffee: Dia boleh buat asap bentuk kapal, pastu lalu dalam O-rings kau.
Puffer: Gila ah! Siapa member kau tu?
Puffee: Gandalf.
Non-smokers, forgive me for merepek about puffing this time.




2 comments:
gelak aku mostly type yang last skali... ekekeke...
bengong la momo ni... tak habis2 dgn gandalf dia.. kuikuikui
Post a Comment