Pernah rasa kecewa tak ingat? Pernah jiwa kacau tahap hati retak seribu? Jangan buat-buat bodo la.
Bebaru ini aku mengalami heartbreak yang terhebat tahun ni. Aku ‘kehilangan’ seseorang yang aku sayang, dalam erti kata lain dirinya menjadi milik orang lain. Aku layankan hati angin lintang ni dan sudahnya, aku pun OK balik. Aku even doakan kebahagiaan dia dan berharap one day aku akan ditemukan dengan insan sepertinya.
Baiklah sekalian. Aku sesaja buat sketches dan terfikir idea gila yang bertajuk:
NAK LUPAKAN PAK/MAKWE KORANG SAYANG?
Frankly, aku takkan guna mana-mana kaedah yang aku tuliskan ni. So, pepandai ler korang. Saja je nak tulis. Anyway, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan jangan tak puasa!
HOW TO FORGET YOUR LOVED ONE EFFECTIVELY
Hmm, shall we?
1. Buat-buat busy sampai semut api kentut korang boleh perasan
Buatlah apa-apa yang korang rasa korang puas dan tak terfikir untuk teringatkan si dia pun. Lagi elok kalau dibuat sepanjang masa, kang sekali teringat korang mellow pulak. Tak kisah laa korang nak kira troli kat Tesco ke, cabut bulu lipan ke, main dalam enjin Airbus ke, janji korang happy dan sibuk.
2. Gelak tak ingat sampai masuk wad pediatrik
Layan sambil gelak kaw-kaw putus urat ketum fallopio korang. Ini lagi satu ubat terbaekk punya. Melawak atau dilawakkan memang indah rasanya. Korang pergi ke cinema layan citer kelakar. Kalo tak berkemampuan, korang beli, pinjam, curi atu rembat Blu-Ray citer kelakar atau eksen. Nak layan porno pun boleh, tapi kalau terjadi apa-apa yang tak diingini, tanggung sendirilah.
3. Tulis dan renyuk sambil makan Mamee
Tak nak ingat dia lagi dah dan nak buang dari hard disk kepala korang ye? Senang je. Tulis nama penuh dia (nak letak nama bapak dia pun takpe) dari awal kertas A4 (kat dinding pun bagus gak) sampai penuh tak muat punya. Pastu kertas tu korang boleh keronyok, koyak atau bakar. Ikut suka korang. Janji hati puas, kan? Tak puas, sila proceed ke langkah seterusnya.
4. Buat hapus kira
Tak kira laa korang bercinta atau pun bertepuk sebelah tangan, mesti ada bebenda yang dia bagi atau yang mengingatkan korang pada si dia kan. So, korang boleh kumpulkan kesemuanya dan hancur lumatkannya secara kekal supaya tidak mencemarkan alam semesta. Macam hapus kira stok inventori la kekononnya. Buatlah camne pun, kitar semula boleh, tanam boleh, campak ke laut boleh, letup boleh, apa-apalah. Nak bakar lagi bagus. Curahkan minyak RON95 secukupnya untuk efek khas. Tak cukup puas bakar, sila baca yang seterusnya.
5. Teknik bakar berhala
Aku tak ajar korang jadi macam Namrud. Agak-agak cara #4 tadi tak cukup power, ni confirm jadi. Korang buatlah patung si dia dengan Plaster of Paris ke, simen ke, linoleum ke apa ke lengkap dengan baju kesukaannya. Then, korang bawa ke tanah lapang (aku rasa tepi pantai lagi bagus), simbah RON97 pulak, then… ZASS! Api marak membakar effigy si dia. Bakar-bakar ni lagi bagus, seolah-olah kemarahan korang membakar hati untuk memulakan new life. Jejaga sket kang bakar-bakar hangus plak. Lebih enak kalau membakar tu korang buat barbecue sekali. Dah lebih ni korang.
6. Benci la!
Cara paling simple dan tak sekejam #4 & #5. Hanya satu penutup yang mudah, iaitu bercucuk tanam perasaan benci kesumat kat dia. Tak pun, suruh dia benci gila babi kat korang. Kutuk-mengutuk gila tak ingat lagi bagus. Sure pasni tiada lagi perasaan kasih sayang cinta antara kita berdua. Next!
7. Jangan pergi wedding dia.
Dahlah membenci, ada hati nak jemput pergi wedding dia. Sudahlah. Dah bakar baik punya, nak bakar lagi. OK. Kali ini, kalau dah benci tu, toksah laa nak kepingin makan kenduri free kat majlis dia. Baik tanak nasi sendiri pastu makan sorang-sorang depan TV layan citer lawak. Lagi bebas berinteraksi dengan diri sendiri. Tapi kalau rasa macam nak kekalkan hubungan baik dan dia sendiri jemput, korang datang jelah.
8. Menjadi seekor hermit
Bagi yang nak buat efek sayu hati sesangat, apa kata masuk hutan, cari gua dan bertapa like a silent hermit. Bertapalah sampai janggut korang mencecah alam barzakh. Harap-harap sambil bertapa korang betul-betul dapat lupakan si dia ye. Jangan dah keluar gua lu pulak cari dia balik. Baik tak payah!
9. Jom jana pendapatan melebihi RM12 juta setiap bulan
Ahaa! Ini bukan iklan nak tarik korang masuk MLM mahupun MSSM. Si dia korang korang tak dapat. Nak feeling-meeling mellow buang masa je kan? So, apa kata korang merangka pelan untuk menjadi kaya tak ingat! Sebab bila dah kaya, maybe you all boleh rebut balik si dia… eh, apa aku tulis ni? Maksud aku, bila korang dah gila kaya, korang boleh lupakan dia begitu mudah dan boleh merangka pelan menjadi seperti yang berikutnya.
10. Jadilah sosialita (socialite)
OK. Boys will go rawk after her, and girls will die to become a BFF. Not that. Dah korang kaya RM 12 juta kan, korang jadi laa macam si Paris Hilton atau Kim Kardashian tu. Bersosial sakan. Korang terjah je mana-mana parti sosial waima parti harijadi kanak-kanak dengan penuh glamour dan gaya. Sure banyak yang melekat punyalah. Lepas satu parti, korang pergi parti lain pulak. Memang sakan laa korang sampai kat masjid pun boleh berparti lagi. Berhedonisme dan berfoya-foyalah. Inilah ketikanya korang menjadi lebih dari sekadar diri sendiri, sure lupa akan si dia dan for boys, maybe korang boleh dapat awek baru seperti berikut.
11. Hook up a chick
Dah puas jadi socialite yang kaya sudah tentu boleh dapat awek kan. Hmm. Patutnya inilah yang korang buat awal-awal. Date a girl. Korang boleh kenal, sayang dan belai macam dunia ni korang yang punya. Lagi bonus kalau si dia menyerah diri, aku rasa takkan ada yang tolak punya. Lauk santapan ranjang tu. Haw! Haw!
12. Come out of closet
Ni bukannya korang masuk almari keluar almari. Ni untuk korang yang rasa hidup ini lebih baik tanpa awek di sisi. Justeru, apa kata korang (yang lelaki) berkenal-kenalan dan berkasih sayang. Emm… baru tau lelaki mana yang hati waja dan lelaki berhati tisu. Jangan perangai lagi teruk dari ex korang dahlah. Nak kasi aku jantan? Eeuuwww!
13. Kerja gila
Ni pun boleh dijadikan antara solusi permasalahan hati pecah anda. Walaupun boleh dikategorikan dalam #1, tapi yang ni memang spesifik untuk tempat kerja. Hari-hari korang kerja dengan penuh serius dan iltizam tanpa memberi muka walau sekilas pun pada mana-mana awek yang berskirt pendek atau yang menarik perhatian. Korang memang buat office tu rumah nombor dua. Mandi pun buat kerja, berak pun buat kerja, tengah bertekak dengan bos pun buat kerja. Korang tak langsung membuang masa bersosial atau menyertai mana-mana aktiviti pejabat, kalau ye pun sambil pegang pen dan kertas buat kerja. Takde kerja pun siap rembat kerja member sebab nak bekerja memanjang… sampai mati agaknya kot. Jika diamalkan, nescaya korang jadi pekerja gila tercontoh punya.
14. Get a life!
Well-explained. Sudah-sudah le tu. Let go lah. Get a life!
Camne beb? Ada bran ke? Hahaha.







4 comments:
hehehe..superb! love this entry..looks like we're in the same boat here buddy..hehehe..
yup dura dear... nampaknya we are in the same boat. u apa kes lak ni?
what made me kinda aggrieved is dat she didn't tell me herself about her status... i tak marah dia pun, cuma terkilan je coz I dengar news from a friend. at least dia bgtau i sendiri, i boleh terima lagi.
eh nanti kita catch up and exchange stories la ye dear over cuppa coffee. boleh gossip banyak ni.
hehehe..mine's is different kind of case..but i'm quite ok with the way it is right now..hopefully i could make it through..sure..cup pf coffee sounds nice..we'll catch up..me, azian and azam planning to have buka puasa next week..care to join?
ok gak kalo camtu. buka puasa sesama seems to be a great idea. buzz me nanti ye.
Post a Comment