Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Flight 1431

“Cabin crew, please be seated for Ramadhan 1431 take-off, thank you.”

Kini bulan Ramadhan menjelma lagi, bermakna lebih banyak cabaran dan dugaan datang tanpa diketuai iblis dan syaitan yang mengambil cuti mandatori sebulan. Dalam erti kata lain, kita berperang dengan nafsu yang sentiasa merajai segala tindak-tanduk kerbau kita.

Ramadhan al-Mubarak ialah bulan keberkatan dan dilimpahi pahala yang berkali-kali ganda oleh ALLAH SWT kepada umatnya. Ibadah puasa Ramadhan adalah wajib dan kaifiatnya amat besar. Masa inilah juga kena upgrade tingkat ketakwaan kita terhadapNya. Time puasa nilah nak jadi budak baik kan. Telah berfirman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 183:


“O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint,-“


Jadi bila dah ada firman cenggini maka diwajibkanlah untuk semua Muslim untuk berpuasa.

Macam aku cakap tadi, puak-puak spiritual jahat semua ambik cuti mandatori sebulan. Agaknya iblis laknatullah dan sekalian syaitan nirrojim berkata:

"Lantak koranglah anak-anak Adam, kitorang tak usik langsung. Korang tak solat ke, terlebih beli juadah buka puasa ke, tertonjol biji mata tengok perempuan seksi ke apa ke bukan kes kami ye. Kami on annual leave. Takde kat dunia ni. Penat tau goda korang ni. Lu pikirlah sendiri."

Itulah dia. Bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia, panjatkanlah syukur alhamdulillah tujuh kali, takbir tiga kali diikuti doa permulaan puasa. Lepas Isyak terus kerjakan solat tarawih. Cerita pasal tarawih ni, teringat masa bertarawih di UIAM dulu. Dia punya tarawih panjang dan lama tu. Imam akan habiskan sejuzuk Qur’an setiap malam. Aku pergi pun 2-3 kali je, lama sangat tak tahan owh. Tapi kelainannya memang masya-Allah... tenang sungguh. Terasa syahdu khusyuk solat tu. Buat 8 rakaat macam buat full 23 tau. Pengalaman tarawih ekspres pun ada... bayangkan 8 rakaat dalam masa 20 minit! Tu kat Sri Aman, Sarawak. Kat tempat lain dia punya masa bersesuaian la.

Satu benda yang amat aku suka tentang Ramadhan ni ialah pasar juadahnya yang beraneka jenis dan ragam itu. Walaupun pasar Ramadhan di kawasan rumahku di Damansara Damai waima di Bangsar dekat pejabatku, tetapi still tak boleh lawan pasar Ramadhan di Jalan Satok, Kuching tanah tumpah darahku itu. Aku amat merindui tapai, mi kolok, laksa Sarawak, ikan parek tunok (pari bakar), ayam panggang dan kuih celorot. Kalau aku balik Kuching inilah yang aku beli hari-hari. Kat Tanah Malaya ni aku berbuka dengan kebab dan ayam percik. Kena ada, selain kurma. Tak kisahlah kurma Yusof Taiyoob ke, Yusof Haslam ke janji kurma. Pastu, kena pulak dengan bandung cincau... memang syok habislah. Dulu masa aku study kat UIAM, petang-petang mesti pergi pasar Ramadhan belakang dewan besar tu. Bukan sekadar membeli-belah, tetapi menjamu mata sekali. Pernah sekali aku beli karipap, aku tanya makcik penjual yang asyik jaja karipap dia sedap sangat, "Sedap ke karipap ni cik?" Terus makcik tu cakap, "Sedap nak, try la mesti beli punya." Punyalah bodoh bahalol soh chai aku ni boleh pulak aku makan secara terang-terangan tanpa kusedari... sampailah aku perasan makcik tu terlopong seraya bertanya, "Adik ni tak puasa ke?" dan dengan sekelip mata aku "Errkk!!!" dan terus membuka langkah dua belas juta. Malu sial.

Time buka puasa, boleh terus ke surau sambil menikmati hidangan yang disediakan. Kat surau kan biasanya ada juadah berbuka puasa. Tengok tempat la. Certain masjid yang terletak di kawasan elit lain macam juadahnya. Memang mewah. Tempat lain macam biasa saja. Tak kisahlah, janji rezeki ada. Kadangkala, ada syarikat korporat bermurah hati menaja hidangan buka puasa di pejabat kami. Lepas buka puasa, boleh solat berjemaah terus. Kebiasaannya, aku mencari makanan di Bangsar dan berbuka di pejabat sambil bekerja.

Macam-macam pengalaman Ramadhan yang dilalui dan dirindui kan. Tak kisahlah, apa yang penting ialah keberkatannya. Tahun ni aku nak banyakkan beribadah. Aku berdoa semoga kita semua bersama mendapat limpahan pahala dan bertambah taqwa terhadap Allah. Selamat menunaikan ibadat puasa dan berbelanjalah berpada-pada.

Khallas.

No comments: