Friday, February 12, 2010

Kegilaan Januari Dalam Februari

Sudah dua bulan kita memasuki bulan Februari. In fact, kita sedang menghampiri pertengahan bulan. Lagi sehari dua dah Gong Xi Fa Cai (恭喜發財), antara perayaan yang aku sukai selain Aidilfitri dan Krismas, juga Valentine’s Day yang aku tak celebrate.


Aku rasa inilah entri ketiga aku dan terpanjang untuk 2010 setakat ini. Nampak sangat aku dah tak aktif menulis seperti dulu. Entah mana pergi idea yang selalu bersarang di kotak fikiran. I used to write at least two entries a month. Sekali ada idea, aku kumpulkan untuk satu entri yang panjang.


Hujung Januari lepas memang antara masa gila aku dan kawan-kawan. Dimulakan dengan majlis sambutan hari jadi bulan Januari untuk para staf serta acara bertukar hadiah, kegembiraan terpancar di wajah semua pihak. Ada yang tergelak sampai semput, yang ketawa terbahak-bahak ohok-ohok sampai terjatuh kuih, ada yang mendapat hadiah pelik-pelik seperti mangkuk (ayun), rotan penggaru dan bakul sampah keluli. Pendek kata, memang meriahlah, sampai bos aku kena gelak sepanjang petang.





Keesokannya, kami meneruskan keseronokan makan dengan pesta BBQ tepian kolam meraikan kemenangan persembahan AdNite 2009 di Jann’s Palace. Bayangkan satu geng sepejabat berkumpul bersama memasak, mandi kolam, mengipas ayam dan makan-makan. Bermacam perangai dan olah yang terserlah, memang seronok. Starting dari sesi membeli barangan komoditi mentah di Tesco Ampang, kami mengerjakan sekumpulan ayam untuk diperap dengan resipi khas. Si Mizan siap memerap ayam hanya bersinglet Chang Beer sampaikan kami suspek beer dicampurkan dalam resipi, macam wain merah dalam masakan Barat… takkanlah kan. So, acara kaki bakar di BBQ pit memang meriah. Sambil bermain air, makanan dimasak dengan aroma yang merenggut deria bau. Bila makan bersama, memang seronok. Tak cukup, tambah lagi, sampailah sedar ada banyak lagi lebih. Tak puas acara di luar, kami sambung dengan sesi teh tarik dalam rumah Jann sambil layan movie hingga tengah malam. Heaven.






So, let me reveal the recipe of our much sought-after BBQ chicken without extra tips on how’s it’s mixed. Pepandai la korang mix ye. Mizan (pelopor resipi ni) dan aku tidak mempunyai rahsia 11 herba dan rempah macam pakcik Kolonel Harland Sanders tu.


50 ketul ayam mentah (buang kulit ke tak, suka hati korang)

Tepung gandum (untuk membasuh ayam selepas basuhan pertama)

Serbuk kari ayam/daging

Sos BBQ Knorr (3/4 bekas)

Madu (tak kisah la madu hutan ke, madu asli, madu tiga waima Madhuri Dixit)

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam (lada hitam Sarawak je yang terbaik)


Untuk perasa ekstra atau lebih kaw, bolehlah tambah ramuan sendiri seperti serbuk kaskas, air ketum, Viagra, Chang Beer, iblis tonic, simen atau apa saja yang korang rasakan sesuai.

  1. Buangkan lebihan lemak dan kulit ayam yang tidak menyihatkan itu.
  2. Basuh ayam-ayam sebersihnya, kemudian basuh lagi dengan air yang dicampur tepung gandum (1 bilas air mutlak, 6 bilas air tepung. Hoh!)
  3. Dalam bekas atau besen besar, gaulkan ayam dengan serbuk kari. Gaul puas-puas sampai klimaks.
  4. Masukkan sos BBQ, madu, garam dan diakhiri lada hitam. Gaul rata dengan tangan. Ramuan tambahan boleh ditambah pada peringkat ini.
  5. Sebaiknya perap ayam semalaman untuk kemantapan rasa yang optimum.



The next day pula, aku memeriahkan acara reunion 12 tahun budak sekolah aku di Pastis, The Gardens. Rasa macam percaya dah 12 tahun meninggalkan alam persekolahan yang penuh warna-warni. Dengan tema hitam putih ala-ala Juventus, aku pun datang sebagai orang kelima. Sambil menunggu yang lain, perut sudah mula mengiau-ngiau macam kucing pondan. Banyak juga rakan sekolah yang mula berkenalan sebab kat sekolah dulu malu-malu nak kenal. Yang lagi best, aku bertentang mata semula dengan school crush aku yang merupakan seorang pengawas yang berdedikasi suatu ketika dulu. Aku jugak meluangkan masa berkenalan dengan pasangan kawan-kawan. Kena pulak seorang tu kerja aircraft engineer… peh, bidang favourite tu. Topik perbincangan dengan dia sudah tentu berkenaan pesawat dan penerbangan; enjin Rolls-Royce la, Honeywell avionics maintenance, Boeing manuals, ATR, bla bla bla… Tup-tup ada jugak acara bertukar hadiah. Kali ini lagi pelik hadiah-hadiah, sebab ada yang dapat Listerine, serbuk pencuci, deodorant malahan hadiah dibalut akhbar. Kreatif. Punyalah meriah sampai kedai nak tutup. So, sepakat kitorang sambung sesi melepak di Serdang, kat Old Town South City Plaza sampai nak tutup jugak.




Dah masuk bulan ni pun, aku banyak bergembira jugak. Berkaraoke dengan kawan-kawan, clubbing… memang cukup gila. Aktiviti di office semakin rancak, geng kami seronok usik-mengusik sesama sendiri dengan pelbagai objek dan topik yang pelik, seperti kepala kuda, buah pisang, burung punai emas, tupai tanah (chipmunks), meerkat serta tidak ketinggalan sesi minum petang yang sentiasa hangat di Café del Amor kami.

Cukuplah merapu untuk kali ini. Tengah memerah idea untuk siri “Cahaya Buat Lea” pula. Rindunya aku padanya.

Khallas and xie nian kuai le (happy new year)!

5 comments:

Anonymous said...

Sweet memory..EVER!!!

Anonymous said...

sweet memory..ever!!

MelatiPutih said...

pengawas yg berdedikasi? seriously?..hahaha..

MelatiPutih said...

school crush with pengawas?ada 6 pengawas perempuan that night..which one?heheh

Rocco Iskandar said...

Ada laa that particular ex-prefect tu... hehehe. Masih available ke dia tu ;p