Tuesday, March 8, 2011

Ulik Mayang si Yuna

Aku baru balik dari berehat di Kuala Terengganu (KT). Aku perlukan rehat dan format balik diri aku yang mula stress ke paras tak bagus. Lari sekejap dari kesibukan KL buat aku tenang dan rehat puas-puas tapi dapat layanan macam raja.

Kerja freelancing aku kadangkala rewarding dan ini yang aku dapat. Bekerjasama dengan Ri-yaz Marina & Resort dalam membuat kalendar percutian mereka benar-benar menguntungkan. Sebagai ganjaran, aku diberikan baucar penginapan percuma di hotelnya di Pulau Duyong. Ada alasan untuk aku keluar dari KL barang dua tiga hari.

Sehari dua nak ke KT macam takde apa je. Rasa macam tak teringat yang aku nak bercuti. Siap boleh lepak angkut barang dan makan nasi ayam di Keramat dengan Amin Si Metal Kuntom beberapa jam sebelum terbang. Ya, aku terbang ke sana. Naik Firefly (FY) pesawat ATR 72-500 (9M-FYE) selama sejam mengantukkan mata sebenarnya. Kereta motorbot aku park di Subang Skypark (SZB/WMSA). Duduk pulak sebelah propeller buatan Hamilton Sundstrand yang berbunyi drone semacam dan cuaca panas memang buat aku sleepy. It's going to be an hour flight, so aku tidurlah sebentar sambil menikmati onboard juice dan occasionally merujuk flight chart aku.

 

9M-FYE akhirnya landed di Runway 04, Sultan Mahmud Airport (TGG/WMKN). Smooth landing and after that, aku naik teksi terus ke hotel. The resort memang cantik, benar-benar dengan kelasnya tersendiri. Ada marina, jeti dan godown for yachts. Yelah, arena Monsoon Cup katakan. Hmm, takde banyak sangat perubahan pun KT. Sampai hotel, aku check-in dan terus terpesona dengan one of the receptionists. Gadis pantai timur ni memang membuat saka kuda aku tersentap kejap. Pakai tudung, kebaya macam Yunalis Zarai, sopan santun, ayu, lembut dan captivatingly sexy in her own ways! Hoi, aku ni nak berehat ke nak berkuda? Kawal perasaan tu, encik.

Photo credit to Paradigma Studio. Receptionist tu way prettier than Yuna, although Yuna is adorable.

Aku dapat chalet tingkat atas bernama Serambi Chalet… memang indah! Sayangnya, aku datang seorang. Kalau datang berdua, lagi indah (nak buat camne, awek pun takde). Takkan nak ajak Yuna receptionist tu stay dengan aku kan. Aku lepak dulu sepetang dengar lagu-lagu irama pastel dan laying by the pool macam buaya. Berenang anak, duduk kat jakuzi, baring kat lantai kolam (glub glub glub) dan angin petang yang betul-betul mendamaikan. Bapak relaks aku dibuatnya.


Malam menjelang, aku keseorangan. Aku saja berjalan malam di sekitar resort, pergi dinner kat The Verandah seorang diri sambil tengok KT nun di seberang sungai. Angin malam tepi kuala memang cun. Makan pula ada in-house performer buat show lagu-lagu slow dan mendayu-dayu… rasa kosong ini taman hati. Aku perasan Yuna receptionist tu ada lagi and if only I could ask her to join me hahahaha… that’s not gonna happen, bro. Aku betul-betul ambil masa makan dan berjalan keliling marina melayan ketenangan. Dan sempat main mata dengan si Yuna tersebut.

Esoknya aku cadang nak meronda dan lepas breakfast, aku naik cab ke Taman Tamadun Islam. Oh ya, aku rasa ni first time aku breakfast kat hotel yang sunyi… orang semua tidur lagi ke? Sambil tunggu teksi, aku ayat la si Yuna yang kerja syif pagi ni. Umur baru 23 tahun, baru setahun kerja dan comel. Borak laa sikit-sikit dan aku bagi namecard aku kat dia. Saja aku cakap nak minta dia bawa aku keliling KT lepas dia habis kerja tapi maybe tak la. Patut aku insist nak ajak dia dinner dan get to know her more, kan? Tapi aku tak terfikir pulak tadi. Silap-silap aku pasang calon isteri cawangan pantai timur, manalah tahu.

 

Saja pergi ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man tu. Aku pernah ke sana sekali tapi setakat tengok camtu je. Kali ini, aku nak spend masa tengok semua monumen bersejarah Islam, dari Masjid Negara sehingga ke Masjidil Haram. Dah naik haji aku tau... Haji Marlboro! Tour sejam sendiri tu agak mengujakan walaupun terik mentari masya-Allah… panas lagi api neraka nanti. Lepas tu, aku meniti perjalanan ke Muzium Terengganu di Losong, the biggest museum in Malaysia. Memang cantik dan penuh seni yang unik, macam istana. Dalam muzium ni ada macam-macam, semuanya tentang negeri Terengganu. Sejam lebih aku di dalam meluaskan ilmu pengetahuan sejarah dan lain-lain, amat berguna dan bermanfaat untuk aku.


Konon nak makan sotong goreng kat tepi airport tapi malas pulak kali ni. Kenapa mesti di tepi airport, bukan kat Seberang Takir? Sebab first time aku datang dulu memang aku amat layan makan sotong goreng tepi airport tu. Makcik tu ada lagi kot. Maybe next time. Cash in hand dah kurang, aku turun ke Pasar Payang nak beli beberapa benda. Tapi aku kena cari ATM dulu. Menapaklah aku ke bank di rembang tengah hari tu. Panas berpeluh jangan kata, tapi sebab aku ni dalam tourist’s mode, aku peduli apa. Air mineral dah habis, epal dalam beg belum makan lagi. Dah ke ATM, aku lapar, so saja masuk warung yang ada kat tepi tu for lunch. Lunch fare diorang tak jauh beza pun macam kat KL, cuma banyak lauk ikan. Sotong goreng pun ada. Murah pulak tu. Dah siap makan, aku ke Masjid Abidin sekejap, then menapak ke Bukit Puteri. Ambil gambar sana-sini di sekitar Istana Maziah dan tepi jeti. Masuk Pasar Payang, baru kutahu kenapa wanita suka ke sana. Batik, songket, baju, souvenirs… spoilt for choice. Ni kalau mak aku memang suka ni. Aku lalu camtu je, masuk dua tiga kedai, beli t-shirt dan fridge magnets. Dan bosan, aku duduk minum air kelapa dan makan epal yang aku bawak dari hotel sambil menunggu bot penambang di jeti untuk bawa aku balik ke Pulau Duyong.

Aku penat, badan dah macam buaya. Kaki sakit, nampak sangat dah kurang fit. Kena exercise lagi ni. Anyway, aku jejalan sekitar resort, photoshoot lagi dan naik ke lobby, manalah tahu cik Yuna tu ada, tapi aku lupa dia tamat syif jam 3 petang. Takde rezeki tengok dia. Itulah, patut aku minta nombor dia, ajak dinner dan perhaps, spend a night with me (irama saksofon, please!). Sembunyi Spa ditutup sementara untuk renovation, aduh! Kalau tak, sah aku pergi spa. Takpe.

Maybe sebab penat, atau terlalu relaks dengan sesi tadi membuatkan aku tertidur sampai malam. Sedar-sedar aku buka TV tengok Liverpool leading 2-0. Oh, ini sudah bagus. Bukan selalu tengok Manchester United tewas. Kalau The Kop menang, it’s gonna be a perfect birthday gift for King Kenny Dalglish. Aku mula lapar dan malas nak ke The Verandah sebab agak lewat, so room service saja. Tengok mana-mana meal yang simple dan in setengah jam, festivita fettucine bolognaise l’brancaleone aku sampai, which I enjoyed heartily over movies.

Aku balik ke KL pada awal pagi sebab ketiadaan flight yang suit schedule aku later on. Terpaksalah aku bangun awal berkemas dan do cross-checking. Aku siap tuliskan surat untuk pengurusan hotel sebagai tanda penghargaan beserta sekeping nota untuk si Yuna saya. Bila check-out, dia takde. Maybe dia syif petang kot. Tatkala aku settle, dia muncul untuk report for duty. Aku senyum lebar. Bila airport transfer sampai, aku berikannya surat dan nota itu dan dengan berat hatinya aku ke WMKN.


Morning flights ke KL disirami hujan renyai, bagaikan menangisi pemergianku. Kejap je aku check-in for my return flight. Melangkah ke dalam pesawat dan melabuhkan punggung ke tempat duduk memerhatikan keadaan di luar. There's another FY aircraft bound to Penang being tuned for boarding. With the drizzle and drone of the Pratt & Whitney PW127M engines, we took off from Runway 22 towards KL. Dan bestnya, since my journey to airport and until today, we text each other frequently as I gave her my number.

Now, I have a reason to smile.

Aku sedar aku tak boleh nak biarkan kepala ni semak dengan pelbagai benda. Cukup aku rasa untuk melepaskan tekanan sekali-sekala, lagipun aku bukannya jenis senang nak snap. Kekadang aku realize, bukan kerja yang buat aku semak, sebab aku takde masalah dengan kerja. Deadlines, demands here and there tu perkara biasa. In fact, aku selalu balik lewat sebab life di pejabat aku menarik. Bila di rumah tu yang kekadang aku semak. Memang kat rumah macam-macam ada dan takde masalah, tapi being single and alone sometimes kills me.

Aku tinggalkan kekosongan taman dalam hidup ni buat sementara waktu. Dalam seminggu lebih, aku bercuti lagi… kali ini ke Kota Kinabalu untuk menyertai percutian tahunan geng adik dan sepupu aku, PetiAis selama tiga hari. Diorang seminggu di sana, aku join for the last three days only. Jadilah.

Oh ya, jika ke Terengganu lagi, aku akan berusaha hook up dengan cik Yuna receptionist tu. Miss, I like you so much. Your hospitality made me feel welcomed and appreciated. You have captivated me. Bila saya ke KT akan saya pelawa awak makan malam dan berkenalan dengan awak lebih lanjut lagi. Kita boleh berseronok di tepi jeti sambil makan sotong goreng. Kita boleh main sembunyi-sembunyi di tepi kubu Bukit Puteri. Bermain air laut bersama di Pantai Batu Buruk. Whatever. Senyum sokmo ya.

Here goes my first excursion for March as more to come. Sabah, wait for me.

Khallas.

Monday, February 28, 2011

Rezeki Tersenyum

Minggu ini, di penghujung Februari, semua kakitangan syarikat bergembira.

Di kesempatan ini, aku ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya yang membolehkan Tuan Employer berkongsi keuntungan dengan kakitangannya sebegitu lebat, tahun ini.

Dengan rezeki yang lebat, aku boleh menarik nafas kelegaan. Banyak benda settle... hutang-piutang, pinjaman, bayar itu-ini... macam-macam. Boleh berkongsi dengan family dan rakan-rakan rapat. Boleh put aside untuk savings. Boleh allocate untuk diving trip. Boleh angkat kamera dan laptop. Dan boleh memanjakan diri sikit... spa, urut, cantikkan rumah.

Anyway, tahun lepas memang agak mencabar. Bertungkus-lumus bekerja dengan semua mencapai target yang historic dalam sejarah syarikat. Sales people were struggling like mad nak capai target. Projek KPI, BPI, Optimus Prime inisiatif Dato' CEO berjalan lancar. Banyak penjimatan, lebih efisien dan branding pun semakin power. Aku ni, kutuk-kutuk jugak, kekadang menganjing lagi, tapi bila tengok payout, memang terkejut habis. Pagi-pagi bank sudah call, kambus terus. Hehe.

Terima kasih sekali lagi, Tuan Employer. Aku akan bekerja dengan lebih gigih lagi tahun ni. Harapan aku tahun 2011 ini memberi sinar sempena tahun ke-30 aku hidup di dunia ini. Dalam karier, peribadi, hubungan, semuanyalah diharap sejahtera hendaknya.

OK, aku nak kerja. Berusaha!
 






Wednesday, February 16, 2011

Of The City Motorboat


Note: I have nothing to write, but I think a something is better than nothing. Hence this entry.

O February!
The Unser 3200 was temporarily known as The City Motorboat. How did it get that name? Here's how:

I was driving from on Sunday night from meeting my soon-to-be Bunga Bidadari along Jalan Ampang when the engine suddenly burst into an intense, crude sound. I might had hit a pothole, or a small bump that caused it. Yes, the Unser 3200 runs on diesel, and you know how diesel-fuelled engine sounds like. Along the way home, I drove the car with extreme care and wait till the next day.

Why the motorboat?

The noise it caused gives the nickname The City Motorboat. From a steady, normal diesel engine noise burst into an annoying sound akin to a motorboat. The car also briefly known as The City Fokker (a turboprop) when it accelerates on the road.

What actually happened?

A connecting exhaust pipe just below the engine burst up, creating the motorboat sound effect.

Reaction?

Fearing further engine malfunction, the car was stored at my office's parking complex for three days as no workshops open after a week of Gong Xi Fa Cai. Consequentially, I took up public transportation to work (good one, bro!)

Solution:

Scouting around Bangsar/Old Klang Road areas for exhaust workshops with my friend, Mr. Allyman. Couldn't find one. Then, went to one workshop in Ampang, known for its detailing and excellent workmanship. There goes my Thursday lunch hour. The tauke was so expert that he can tell the fault in graphic detail while washing his hands by just listening to the sound! Left the car for repair and by nightfall, the Unser 3200 is no longer a motorboat.

It deserved a wash, and that night it got the bath it needed.

O February...

Tuesday, January 18, 2011

Hikayat Sang Buaya & Sang Harimau Menentang Sang Garuda & Sang Kura-kura Emas

(atau dalam tafsiran animal genus: Tales of Crocodylus Porosus & Panthera Tigris Malayensis versus Garuda and Testudinidae)


Ini cerita lama, aku tau. Cerita 2010 AFF Suzuki Cup. Aku saja nak post cerita ni sebab nak kongsi aku punya side of story, sebab tu aku kasi tajuk dan cerita dengan nama-nama haiwan. Macam tengok kartun Filem Negara tahun 1970-an kan. Apa-apa pun, aku nak pecah cerita ni kepada dua parts, siap dengan gambar hiasan dan sebenar, iaitu:

Ceritera Satu:

EPIK SRIVIJAYA VS AU LAC 
(Menyelak Skirt Elly Tran Ha)

Ceritera Dua:

EPIK SRIVIJAYA VS MAJAPAHIT
(Threesome Galore! Asmirandah Zantman & Agni Pratistha)

Kejap nama haiwan, kejap nama kerajaan lama. Apa ni? Kecuali Sang Buaya (iaitu aku), lepas ni aku gunakan nama kerajaan-kerajaan lama yang prominent dalam sejarah awal setiap negara. Baru bunyi epik sikit. 

**********

CERITERA I

Pernah baca sejarah Vietnam? Pernah baca mitos Kerajaan Au Lac pimpinan Raja An Duong Vuong?


Kenal Elly Tran Ha, the current Viet hottie? She's an actress and model. My kind of girl-next-door.

 

Anyway, aku tak ambik pot sangat pasal 2010 AFF Suzuki Cup ni, maybe sebab takde match kat KL kot. So, bila Harimau Malaya layak ke separuh akhir menentang Vietnam, mulut berbunyi kata first leg main kat Bukit Jalil. Eh, takkanlah. Dalam website AFF kata takde pun. Tapi once confirmed, apalagi... beraturlah kitorang kat Wisma FAM membeli tiket.


Sebagai pengumpul jersi tegar, aku pun angkat dua-dua jersi home dan away baru. Aku lebih favour jersi away sebab jersi home dah macam landasan keretapi aku tengok. Siap ambik gambar ramai-ramai kat office dengan jersi semua.

 
Cun hari kejadian pada Khamis dan aku kerja pagi. Maka berbondong-bondong berjemaah naik LRT Petaling Line ke Bukit Jalil. Stesen sesak luar biasa, banyak pulak orang pakai kuning.

Dah masuk stadium. Sesak jangan katalah. Kekonon nak usha amoi Vietnam ala-ala Elly tapi takde pun. Satu sudut sebelah grandstand aku tengok 2,000 Vietnamese berkampung. Siap ada bendera besar lagi. Penyokong kita pun belum ramai lagi. Masih berpeleseran kat luar kot.


Tak banyak cerita best tang lawan tentera Au Lac ni. Kita menang 2-0, penyokong makin ramai, ada flares macam tengok match Liga Apertura Argentina, Safee Sali memang hero dan sebagainyalah. Keluar dari stadium, siap borak dengan a few Westerners yang pakai jersi Malaysia, naik LRT yang sesak tapi meriah pastu balik rumah keletihan tetapi puas. Bila main second leg kat Vietnam, kita ikat diorang 0-0 di My Dinh Stadium dan layak ke final. Cukup untuk membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu menentang amukan laskar Majapahit dan burung garudanya.

 


CERITERA II

Pernah baca sejarah Majapahit dan legasinya yang masih hidup sampai sekarang?


Korang gerenti kenal Nia Ramadhani, tapi kenal tak dengan Asmirandah dan Agni Pratistha? Tengok iklan-iklan bawah ni.

Asmirandah in AXE Effect - Sauce

Agni Pratistha in AXE Effect - Lost


Rentetan kejayaan Harimau Malaya di Vietnam, prospek pertemuan dua negara serumpun menggelegak. Di KL, OK jer suasananya, tapi di Jakarta... macam nak berperang! Ungkit- mengungkit kes lama la, sejarah la apa jadah semua tu. Persetan. Yang penting, dua-dua masuk final dan boleh tengok match di Bukit Jalil lagi.

Sebab dah nampak kemajuan yang dah lama tak maju, sekalian rakyat jelata pun jadi patriotik. Sampai bapa dan adik-adik aku pun beli jersi Malaysia! Siap kasi duit beli tiket siap-siap. Hebat. So, bila dah dapat tiket pada first day penjualan di Bukit Jalil, aku pun tayang laa kat office.


Bahang makin terasa. Paper dan media dah sabung-menyabung cerita pasal itu-ini. Siap posing ambik gambar lagi kat ofis dengan jersi semua... memang meriahlah. Lupa sekejap Serie A, EPL segala. So, bila hari kejadian, berlakulah pesta kenderaan raksasa di kawasan Bukit Jalil dan sekitarnya. Siap ada helikopter join sekaki, tak kira rombongan Kedutaan Indonesia yang dikawal ketat polis. Siap ada yang bawak bendera USA lagi. Merangkak dalam jemaah pemandu nak parking… dahlah Bukit Jalil sediakala sesak jadi hentian bas sementara. Nasib ada polis. Tapi still kena parking jauh kat area Endah Parade. Takpe, demi negaraku, kami sanggup. Ramai je orang parking tepi jalan tu. Apa-apahal, pergi toilet siap-siap dan off to war zone.

 

Kat dalam dah sesak, umpama praktis ke Makkah je. Puluhan ribu warna kuning membanjiri stadium. Macam-macam banner ada… Tanah Tumpahnya Darahku, Fight With Pride dan macam-macam lagi. siap ada giant size jersey lagi. Ni mesti kerja budak Ultras Malaya dan Nike. Lagu-lagu patriotik macam Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) dan Malaysia Berjaya bergema. Flares bernyala-nyala dan gelagat penyokong macam kat Curva Sud, San Siro dah. Kat satu side, lautan kecil berwarna merah beraksi dengan gelagatnya. Siap ada poster Bapak SBY lagi. Yahh… memang meriah match ni. Dalam 20,000 rakyat Majapahit merah berkubu disitu, nak lawan dengan 80,000 penyokong Srivijaya kuning. Kitorang yang berasak-asak akhirnya kena duduk kat tingkat atas sekali, hampir selari dengan grandstand bersebelahan border polis yang guard penyokong Majapahit. Trofi rebutan berwarna keemasan sudah siap diletakkan di tengah-tengah balapan.

 

Apa yang seantero Nusantara nantikan mulai tiba. Bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih dibawa masuk, diikuti pengumuman perarakan pemain yang menggamatkan penyokong. Kemudian, lagu The FIFA Anthem dimainkan mengiringi perarakan masuk bendera FIFA Fair Play, pengadil dan pemain ke padang. Dan yang paling mengujakan, penghormatan kepada negara bertanding dengan laungan lagu Indonesia Raya dan Negaraku. Nyanyi siap emo kuar air mata lagi. Patriotik habis! And so, the first leg of the Final starts.


Bila kita score tiga bijik tu, memang gamat stadium. Aku kalau dah gol tu memang baju tak melekat kat badan. Habis aku buka buat bendera siap curah air mineral atas badan. Punyalah menggila. Pastu jerit sampai hilang suara. Then, celebrate berpelukan dengan penyokong lain (yang lelaki saja!). Macam tempat tu aku yang punya. Aku tak peduli dah masa tu. Kalau aku berperangai macam ni kat area Ultras Malaya rasanya habis kena balun kot. Tu baru aku. Kalau semua macam ni habis runtuh stadium tu. Bila tengok kat side Indonesia pulak, diorang sokong pun, bila kena titik 0-3, diam terus. Ada yang dah angkat kaki even sebelum Bambang Pamungkas masuk. Kesian pulak kat diorang ni. So, bila match dah habis, lautan kuning tak berganjak menyaksikan hero-hero kita berarak di sekeliling padang. Kitorang pun salute laa bebudak ni. Nak keluar pun satu hal, berasak-asak dengan macam-macam perangai manusia. Rasa macam join rusuhan reformasi pun ada. Aku dengan tak berbajunya berjalan pulang. Memang malam yang menggilakan!


The second leg was quite exciting as well, but at the same night, we had a company party. All of us that night watched the match with great euphoria. Aku yang pakai pinafore malam tu (see previous entry here) hilang feminin dibuatnya. Siap bawa bendera dan nyanyi lagu patriotik ramai-ramai kejap. Memang kali ini Malaysia best!


Dan sepanjang tournament yang tak lama tu, aku mendapat pengajaran. Pengajaran bermakna agar sentiasa yakin dan percaya pada kemampuan diri serta berusaha memperolehi kejayaan. Lepas ni, aku berharap Harimau Malaya Srivijaya tidak leka dengan kejayaan ni. Teruskan perjuangan, dan buat aku pulak, ianya satu pengajaran agar jangan sesekali menidakkan kemampuan pasukan negara sendiri; bila kalah komen macam-macam tapi kalau menang bersorak macam nak rak. Lepas ni, aku harap sinar kejayaan terus gemilang… walaupun kalah, tapi still kalah dengan bermaruah.

So, syabas dan tahniah, Harimau Malaya!

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti! 



Khallas.