Thursday, March 11, 2010

GLI AZZURRI: La maglia ufficiale finalmente arriva!

Khamis, 4 Mac 2010, jam 1142.


Sedang aku menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, aku menerima panggilan telefon dari butik al-Ikhsan, BB Plaza, Bukit Bintang.


"Assalamu`alaikum, ni Encik Iskandar ke?"

"Wa`alaikumussalam, ya bercakap."

"Saya XXX dari al-Ikhsan nak bagitau jersi World Cup Italy baru je sampai. Abang ada booking satu kan? Bolehlah datang ambik hari ni."

"Dah sampai ek? OK, kejap lagi saya datang."


Aku terhenti sekejap. Akhirnya apa yang aku nantikan sudah tiba.


Adidas sudah keluarkan koleksi jersi untuk 2010 FIFA World Cup sejak Disember lagi. Nike pula dah reveal koleksi diorang pada pertengahan Februari. Puma pun dah sebenarnya, tapi koleksi untuk pasuka-pasukan benua Afrika je (serius mantap). Dan aku tahu, Puma saja lengah-lengahkan koleksi jersi Italia untuk Piala Dunia atas sebab keselamatan… apalagi, lambakan keterberhasilan jersi cap ayamlah.


Over the Net, leaked photos of possible kits for Italy in defending their World Cup title have been around since October. Aku ada gak perhati pix tu tapi macam kurang konfiden sikit. Aku pun frequently checked kat calcioitalia.com dan pumafootball.com, manalah tahu ada sok-sek rasmi dari sana.


Maka dipendekkan cerita, pada jam 1215 yakni setengah jam selepas panggilan hikmat (merangkap 45 minit sebelum official lunch hour), aku pun menderu R-Machine ke BB Plaza. Aku menempuh kepanasan 36 darjah, kehangatan, kesesakan trafik bandaraya dan lolongan teksi yang seperti biasa macam sial. Sanggup. Aku park betul-betul depan Starbucks BB Plaza, tak sempat nak capai Java Chips terus aku ke al-Ikhsan… dan aku amat berbangga melihat jersi yang kudamba selama ini diperagakan mannequin alongside the Brazillian strip.


Aku tengok jersi baru je nak digantung untuk display. Wah, memang bertuah aku! First buyer in Malaysia agaknya. Aku tanya salesperson tu, ambik jersi aku yang still intact dalam bungkusan dari dalam kotak dan menghabiskan at least 15 minit membelek teliti jersi Italia display kat situ. Sesambil tu aku pergi Low Yat beli portable hard disk dan kasut futsal. Tak sempat pun menghirup Java Chips. Aku balik office dan dengan penuh bangganya mengapi-apikan member aku yang kebetulan tifosi italiano (Italy’s fan) tahap cacing kepanasan api gas asli Petronas.



So, let’s see my latest arrival for the coming 2010 FIFA World Cup: South Africa.

Mana-mana jersi pasukan kebangsaan atau kelab semestinya memiliki tag huraian seperti di bawah. Yang nilah membezakan jersi original dengan jersi cap ayam, menunjukkan jersi ini telah dilesenkan untuk jualan.



Sulaman logo FIGC (Federazione Italiana Giuoco Calcio) atau Persekutuan Bolasepak Itali dan logo Puma yang disulam kemas pada kedudukannya.



Di belakang kolar, dijahit perkataan GLI AZZURRI yang bermaksud The Azzurri (gelaran bagi pasukan Italia).



Teknologi fabrik U.S.P. Puma yang memberikan pengudaraan, keselesaan dan menyerap peluh serta cepat kering bagi permainan yang lebih mantap dan jitu.



Puma description tag dan tag hologram yang hanya boleh dilihat menerusi cahaya infra merah. Punyalah hebat baju ni sampai boleh pakai untuk berlatih, tidur, makan, memandu, bersukan dan sebagainya seperti memburu burung punai emas, memerangkap meerkat, menculik chipmunk waima menghisap rokok ketum.



Antara ciri-ciri jersi replica yang original: Pastikan nombor siri, saiz & artikel adalah sepadan pada plastik bungkusan, description tag dan shirt tag, contohnya: 736646, saiz M.



Pandangan depan jersi Italia. Inspirasi Puma untuk rekaan jersi ini ialah pahlawan Rom (Roman Warrior). Kehebatan tentera dan empayar Rom pada zaman dahulu kala jelas ditunjukkan dalam motif corak fabrik yang dibuat khas. Aku rasa cap ayam punya paling kuat pun dicetak je tu. Jersi ini lebih ringan dan lebih tahan daripada sebelumnya.



Corak fabrik ‘tulang belakang’ yang menjadi nadi inspirasi kejayaan Italia. Nampak begitu unik dan gah apabila diperhatikan dari belakang.



Puma’s contract with the FIGC runs since 2003 until 2014, iaitu sampai kejohanan 2014 FIFA World Cup: Brazil. So, makin bertambah la koleksi aku ni sampai kena buka galeri Italia. So, yang ada dipaparkan kat sini ialah koleksi jersi Italia daripada Puma sejak tahun 2003 (kiri ke kanan): Koleksi 2010 FIFA World Cup, 2008 European Championship, 2006 FIFA World Cup (champions) & 2004 European Championship Qualifying Round.



The first ever match yang Italia pakai jersi ni selepas official launch di Rome ialah masa friendly match lawan Cameroon di Stade de Louis II, Monte Carlo, Monaco baru-baru ni (pix courtesy of Reuters):



So, aku dah dapat jersi untuk memberikan sokongan tidak terhingga kepada Gli Azzurri. Dan aku akan pakai jersi ni sambil menyanyikan lagu kebangsaan, Fratelli d’Italia dengan penuh bangga. Korang apa lagi? Serlahkan sokongan anda terhadap pasukan anda yang bakal berentap pada persembahan terunggul di muka bumi pada musim panas ini.


Khallas & Forza Azzurri!


Tuesday, March 9, 2010

The February Backyard

It was a pleasant evening where ex-SMKSS students gathered at a simple but exciting BBQ backyard party at Mardziah's in Putrajaya. After a successful mini gathering at The Pastis, it's time to feast on some smokin' chicken!


When I reached there, the aroma filled the air. I brought mihun goreng for everybody.


As usual, Farell and Safa worked their magic on their cameras and barbecuing skills...


The host, Mardziah. Can't believe my ustazah's daughter is so *hot*.


And there's Edda, my former partner-in-crime with her family.


Asmida and her cheeky look...


And my dear Aidura. The darling among school prefects. What the hell or heaven is she looking at?


We talked and shared memories over old photographs and seasoned school magazines as we flipped through pages. Can't believe looking at myself 12 years back.


And it's makan time. I found the feast was appealing, tasty and scrumptious. And some shots to smile at...
Beautifully smoked chicken parts (hungry laa...)


And of course, the customary photo shoots... It was great, don'tcha think? Thanks guys for making this a memorable one.

Khallas.

(Photo credits to Safa Soib of FotoEve)

Friday, February 19, 2010

Replika Bukan Ori? Apa Korang Merepek Ni?

Satu entri yang terhasil disebabkan kebengangan penulis atas tanggapan bodoh sesetengah pihak. Penulis juga beranggapan para pengumpul jersi akan bersetuju 100% dengan artikel ini.

Aku tau benda ni remeh sebenarnya. Tapi aku tetap nak melampiaskan nafsu ketidakpuashatian aku merobek selaput dara blog ni dengan pancutan kebengangan yang klimaks. Takkan aku nak publish kat bahagian surat pembaca New Straits Times kot?

What the hell or heaven?

Baru-baru ni hati aku telah dikecilkan oleh beberapa orang yang kononnya bangga dengan “kehebatan dan kekayaan” dengan menunjuk-nunjuk aset yang aku agak lebih teruk dari citarasa cukup rasa aku ni. Kutuk aku dan kawan-kawan dari jauh. Macam aku tak dengar. Mendidih je darah AB aku ni.

“Wei, aku tak main la jersi-jersi murah cap ayam ni. Nampak cikai. Ko tengok bebudak tu. Macam jersi Barça tu… ada hati letak nama Messi. Tu blom ko tengok baju Milan, entah apa pulak”

Hello people, sometimes my hearing sense can capture a smallest decibel coming out from your fucking mouth. So, nak kutuk pun cover la sikit. Idiot!

Tersentap aku kejap. Nasib baik member aku yang pakai jersi Barça tak dengar. Kalo tak, confirm dia patah hati. Aku cuba perati mamat bodoh tu, apa yang dia pakai. Tak semenggah mana pun. Bila diorang blah, aku pandang diorang dengan panahan mata tajam. Laa… ada jugak member dia yang kutuk tu pakai jersi cap ayam. Entah bila pulak MU ada jersi tu. So damn obvious. Propa je lebih.


FYI, aku ialah seorang pengumpul jersi tegar. Aku mula berkecimpung dalam aktiviti ini sejak tahun 1998, dimana seorang pakcik aku telah mentarbiyyah aku tentang jersi bola sepak. Di saat cinta tercipta, aku terjebak dengan hobi ni.

Awalnya, aku collect jersi-jersi Sarawak yang hanya boleh dibeli di Lea Sports Centre, Kuching. Bukan sebarang punya. Aku punya jersi tu macam pemain punya… ada logo Liga Malaysia, ada logo Dunhill dan sesetengah ada nombor. Lepas tu, barulah aku merebak mengumpul jersi-jersi pasukan Liga Malaysia yang lain, mostly Selangor.

Bila aku masuk UIAM, aku mula kumpul jersi dua pasukan kegemaran aku, Itali dan AC Milan. Jersi Itali paling lama aku simpan ialah masa diorang pakai masa Euro ’96 keluaran Nike dan jersi Milan paling lama aku simpan ialah musim 1995 keluaran Lotto. Over the years, aku kumpul jersi yang aku rasa bernilai dan menarik seperti jersi Jerman, Russia, MU (ada jugak satu), Inter Milan dan lain-lain.


Mari aku terangkan jenis jersi bola sepak yang ada:

Player’s Issue – Jersi yang digunakan oleh pemain. Dibekalkan khas oleh manufacturer, dan biasanya bukan untuk dijual. Kualiti lebih sikit dari replika untuk ketahanan semasa beraksi. Fabrik dia tahan lagi. Features dia pun ada beza sket. Khas untuk kegunaan pemain. Jika dapat dijual, harganya memang gila mahal, lagi-lagi kalau pernah digunakan (korang nak ke kumpul jersi yang pernah dikotori dan dibasahi peluh David Beckham?)

Official Replica - Replika yang dikeluarkan oleh supplier secara rasmi untuk para peminat. Biasanya dijual mengikut musim oleh kelab-kelab, butik manufacturer dan kedai-kedai sukan terpilih. Kualiti lebih kurang sama macam Player’s Issue, tapi yang ini bukan dipakai untuk perlawanan.

Retro Issue – Himpunan pakaian yang direka seperti jersi-jersi lama dan popular mengikut kejayaan kelab/pasukan. Biasanya dikeluarkan oleh team supplier atau single manufacturer. Biasanya menggunakan fabrik polyester.

Cap ayam – Mudah didapati di mana-mana saja. Ada yang 95% sebijik macam ori, ada yang terang-terang tiruan.

Jangan nak tipu aku pasal jersi ni. Aku boleh kenal pasti jersi ori dan jersi cap ayam, walaupun yang dikelaskan pada gred paling tinggi. Aku boleh identify season mana, kejohanan apa, edisi mana yang setiap pasukan pakai sebagai jersi mereka dengan sekali pandang.

Contoh sulaman/jahitan yang kemas pada jersi ori.


Emm yes, jersi-jersi cap ayam ni ada klasifikasi/gred tersendiri. Mungkin sudah ditetapkan berdasarkan piawaian Persatuan Peniruan Kualiti Komersial ISO 9001:500 kot:

Gred C – The cikaiest of them all. Main print je. Stitches pun haram tak berkualiti. Fabric lak yang jenis nylon punya. Tarik/basuh dua tiga kali, confirm koyak/luntur. Kekadang ada printed name & number yang senang hilang. Kat Tesco dan Gedung Hari-Hari confirm ada ni.

Gred B – Ada improvement sket. Yang ni biasanya ada letak brand, tapi placement logo and sponsor lari sket. Stitches masih menampakkan kesan jahitan mesin biasa. Features macam ada kelam kabut sket. Bila basuh senang berbulu. Setakat nak buat main futsal boleh la ni. Ni banyak ada, range harga dalam RM35-RM50 pun ada.

Gred A – Improvement banyak. Nampak proper bila dari jauh. Version ni biasanya ada dengan nama yang siap print. Banyak orang tertipu dengan yang ni dari segi features yang ditonjolkan. Yang ni kekadang ada imej hologram yang ditiru dari yang ori, tapi biasanya malap.

Gred AA/AAA – Ikut mana-mana yang tauke cakap. Kalau kat Uptown/Padang Besar/Rantau Panjang, nilah kelas jersi yang paling power. Tiga empat kali pandang still nampak macam kat butik adidas, Nike mahupun al-Ikhsan. Nak tau camne nak cam? Cuma experts je yang tau cam. Biasanya digantung siap dengan nama pemain dan beberapa logo tambahan. Kadangkala siap dipamer dalam plastic suit case. Jenis ni ada dalam pelbagai saiz, dari paling kecil sampai paling besar. Range harga dari RM85 ke RM180, mengikut taraf kualiti peniruan, pasukan dan nama. Yang ni memang kena perhati betul-betul.

Contoh jahitan/sulaman yang tidak kemas.


Antara ciri-ciri lain yang boleh dilihat adalah:

Fabrik – Fabrik untuk jersi ori biasanya dihasilkan melalui teknologi yang dibangunkan oleh pengeluar, seperti ClimaCool (adidas), Nike-FIT/Dri-F.I.T. (Nike) atau U.S.P. (Puma). Dan ini juga boleh dilihat melalui corak yang dicetak atau disulam pada fabrik. Yang ini boleh dikenal pasti oleh pakar. Even yang Gred AAA pun ada ciri-ciri sebegini, tapi kualitinya memang sekejap je. Nak mudah, bila kita pakai jersi ori, pengudaraan dan penyerap kelembapan berfungsi baik manakala yang cap ayam tidak. Panas woo.

Pastikan kod nombor pakaian pada jersi sepadan dengan tag


Tag & Label – Tag harga, tag basuhan dan tag pakaian pada jersi ori semuanya ada makna. Jersi ori punya tag biasanya bersih, ada pelekat kod bar pengedar dan memiliki nombor siri & saiz yang sepadan dengan tag yang ada pada jersi. Selain itu, tag saiz ukuran badan pada jersi biasanya dilekat,dijahit mengikut ukuran standard… so, bayangkan jersi saiz XL dia punya tag ukuran tulis ukuran saiz M. Tak ke pelik tu. Lagi satu, label pada tag. Biasanya label ori ada huraian dan kod bar yang hanya boleh diimbas pada scanner tertentu, dan juga boleh didaftar pada laman web manufacturer.

Kekemasan & Ketelitian – Bab ketelitian ni memang kena tengok betul-betul. Jahitan yang kemas pada jersi ori ialah konsisten dan mungkin tidak ada pada jersi cap ayam. Sulaman logo kelab dan logo jenama amat kemas dan teliti pada bahagian dalaman, tak nampak macam murah sangat. Pastu, iron-on penaja/sponsor biasanya tahan dan tak mudah tanggal selepas beberapa basuhan. Tu belum cakap tang potongan pakaian lagi. Kalau M, potongan mesti macam M. Kalau M tapi potongan saiz XL, tak ke pelik tu?

Mana satu logo FIGC ori? Yang tiruan sebelah kiri (biru).


Apsal aku beli suka beli official replica ori?

Kepuasan – Aku puas bila dapat jersi ori yang maybe susah nak dapat.

Kualiti – Jangan cakaplah, aku memang berpuas hati dengan kualitinya.

Nilai – Jersi ori ni bila dah lama guna atau kumpul, boleh dijual balik kat para pengumpul dengan harga tinggi. Yang ni kena ikut populariti pasukan.

Prestij – Bukan senang dapat penghormatan menyarung jersi kelab/ negara yang kita sanjungi. Lagi rasa best bila dapat letak nama sendiri (yang ni kena tempah sendiri kat supplier atau mana-mana authorized dealers).

Tempahan khas – sesetengah jersi untuk pasaran Malaysia kadangkala susah nak cari saiz aku. So, alternatifnya ialah dengan membeli secara online di laman web kelab. Aku boleh dapatkan saiz aku dan dengan caj tambahan, boleh custom-made number, logo sendiri. Kalau pasukan EPL, boleh buat kat al-Ikhsan saja.

Lain dari yang lain – pendek kata, rare. Ada yang tidak ada di pasaran kita. Yang ni sama macam yang tadi, tempahan khas. Semakin tua, semakin lama, maka semakin mahallah harganya di pasaran antarabangsa.

Bukannya mahu merendahkan kemampuan individu, tapi jika kamu pentingkan kepuasan dan nilai estetika, dapatkan satu. Jika tidak, tidak mengapa. Aku faham. Jaga mulut dan bahasa kamu. Toksah nak kekwat and propa sangat!

P/S: Kat mana ada jual jersi kelab Maccabi Haifa, Beitar Jerusalem atau Hapoel Tel Aviv ha?

Khallas.

Wednesday, February 17, 2010

Surat Terbuka Untuk Pemandu Teksi Yang Kurang Ajar


18 Februari 2010

Justify Full
Pengguna Jalan Raya
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Pemandu Teksi Kurang Ajar
Kuala Lumpur dan Negeri-Negeri,
Persekutuan Malaysia.

Tuan,

TATASUSILA PEMANDU TEKSI DI JALAN RAYA

Dengan terlampau sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya mewakili para pengguna jalan raya, lebuh raya, jalan persekutuan, jalan bandaran, jalan negeri, jalan pintas, jalan kaki, kaki lima serta landasan lapangan terbang menyuarakan perasaan amat tidak berpuas hati dengan tingkah laku buruk sesetengah pemandu teksi yang semakin berleluasa ketika ini.

Sehingga surat ini ditulis, saya telah hampir dirempuh sebuah teksi kuning yang memotong laluan tanpa memberikan lampu isyarat di Bangsar. Ini mendorong saya untuk meneruskan usaha secara bertulis ini tanpa melalui saluran tertentu seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang belum pasti bertindak walaupun beratus ribu mesej aduan dihantar kepada mereka.

Ingin saya ketengahkan satu persatu kesalahan dan ketidakdisiplinan anda:

1) Tiada budi bahasa
Berlawanan dengan konsep ‘Budi Bahasa Budaya Kita’, iklan di TV serta stiker pada teksi, anda sentiasa dilihat bermuka masam dan bercakap kasar dengan penumpang anda. Ingatlah bahawa anda bukanlah orang Perancis yang bercakap muncung sepanjang masa. Tolonglah sambut pelanggan anda dengan senyuman dan ucapan yang bersesuaian.

2) Mencekik darah dengan tidak menggunakan meter
Sudahlah tidak berbudi bahasa, hendak menipu pula. Anda tidak mahu menggunakan meter yang telah dipasang, sebaliknya menentukan caj perjalanan mengikut suka hati burung punai anda. Kesudahannya, ramai pengguna mengeluh kerana wang di dalam dompet cukup-cukup makan sahaja dan anda bersuka ria kerana mendapat imbuhan yang anda dapatkan.

3) Menjadi ulat di tempat-tempat tertentu
Pihak LPKP dan pengurusan tempat-tempat awam telah memberikan lesen kepada pemandu tertentu sahaja. Apakah anda yang tidak mendapat lesen mengada-ngada menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan seperti di lapangan terbang? Anda cukup bijak mengayat dan memcekik darah mereka. Apabila diserbu polis trafik/JPJ/pegawai LPKP pandai pula anda melarikan diri.

4) Tidak menggunakan lampu isyarat (signal)
Inilah jenayah paling teruk pada hemat saya. Oleh kerana anda tidak mahu menggunakan lampu isyarat semasa membelok, memasuki laluan mahupun untuk memotong, maka saya gelarkan anda sebagai kufur nikmat. Mengapa? Sebab lampu isyarat dicipta khusus untuk anda gunakan bagi tujuan yang telah disebutkan, tetapi anda langsung tidak menggunakannya. Bayangkan cicak peliharaan anda terpelanting dari basikal yang membrek mengejut gara-gara kebodohan anda memotong dan memasuki laluan tanpa isyarat. Sudahlah tidak memberi isyarat, membelok secara tiba-tiba pula. Kasihanilah kami. Kasihanilah syarikat pembuat kenderaan yang telah mencipta lampu isyarat untuk kegunaan tetapi anda kufur kerana tidak menggunakannya, malahan menyalahkan pengguna jalan raya lain pula.

5) Memarkir teksi di tepi jalan sekaligus menghalang lalulintas
Perkara ini saya sentiasa perhatikan di kawasan tumpuan pelancong. Apabila memandu, kami pula yang terpaksa mengelak kerana anda telah menghalang lalulintas yang disediakan untuk kami. Anda akan masuk, berhenti dan berbuat bodoh sahaja sehinggakan barisan trafik menjadi panjang. Rentetan itulah pekikan dan bunyian hon memekakkan halwa telinga kami. Jika berebutkan penumpang, anda sesuka hati berhenti di tengah-tengah jalan, mengakibatkan kemudaratan kepada pemandu lain.

6) Memotong dan memecut sesuka hati
Saya kerap diekori dan dicucuk oleh teksi yang ingin memecut laju. Entah dari mana datangnya anda menerjah jalan dengan penuh lagak, memotong tajam kemudian bermain-main kelajuan dengan kenderaan lain. Anda tidak seharusnya berkelakuan begini. Saya sarankan agar anda berlumba dengan Michael Schumacher jika mahu tunjuk ‘terer’. Sudah semestinya anda akan makan asap karbon monoksida saja.

7) Menolak permintaan penumpang sewenang-wenangnya tanpa alasan konkrit
Saya pernah melihat seorang penumpang yang mempunyai urusan kecemasan meminta dihantarkan ke sesuatu tempat. Dengan selambanya anda yang sedang bermalas-malasan dalam teksi dengan butang baju terbuka menolak permintaan beliau. Anda memberikan pelbagai alasan tanpa logika sehinggakan beliau terpaksa merayu. Itupun setelah ditawarkan dengan ayat “saya tak kisah nak bayar berapa” barulah anda mahu. Jika itu bukan kawasan anda sekalipun, sila nasihati penumpang sebaiknya dengan penuh ikhlas. Ini makian dan cacian yang kami terima.

8) Menggatal/melakukan onar terhadap penumpang wanita
Saya tahu anda bukannya kacak, tetapi jangan jadikan kesempatan dalam teksi untuk anda melakukan sebarang bentuk kegatalan terhadap penumpang wanita. Sudah banyak aduan mengenai kejadian sebegini menghiasi dada akhbar. Saya sarankan agar sebelum anda berniat melakukan maksiat teksi, fikirkan kekasih, isteri dan anak gadis anda yang mungkin menjadi mangsa gangguan seksual. Walau seberapa singkat skirt penumpang itu, anda haruslah mengawal nafsu kuda anda.

Justeru itu, adalah diingatkan kepada anda agar mengubah tabiat anda demi kebaikan ummah. Hanya anda mampu mengubahnya. Kami tidak akan teragak-agak akan menggunakan sebarang bentuk pengajaran, kelembutan dan kekasaran seperti merotan, mogok dan melancarkan perang telur busuk terhadap anda. Ingatlah bahawa anda sedang diperhatikan.

Kami menghargai usaha rakan pemandu teksi lain yang tidak bersalah dalam tugas mereka sebagai duta kecil negara, membawa pelancong, memudahkan pergerakan warga kota dan paling penting mencari rezeki halal untuk keluarga mereka.

Sekiranya surat ini merenggut jiwa sensitiviti anda, maka itulah sebab utamanya. Saya akhiri dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

"Berkhidmat Untuk Negara"

Yang benar,


PENGGUNA JALAN RAYA YANG MAHUKAN REFORMASI