Thursday, December 17, 2009

Aku, Dia & Petaling Street

(Aku rasa entri ni sesuai memandangkan barisan Harimau Malaya akan bertempur melawan barisan Viet Cong di Laos hari ini demi pingat emas Sukan Sea. Ya, ini entri yang telah aku pos pada tahun 2005, tiada perasa tambahan dan keaslian dikekalkan)
Justify Full
Sabtu, 30 Julai 2005. Jalan Petaling. Jam 4.45 petang.

Turun di stesen Maharajalela, aku dan seorang teman seronok berfoto dengan kamera SLR Yashica dan Kodak EasyShare. Ramai orang pada hari ini. Mesin ATM di seluruh KL ni sesak. Sejak dari Sungai Wang hinggalah Plaza Low Yat, panjang amat barisan manusia hendak keluar wang. Gaji baru masuk, study loan pun dah masuk. Kecuali aku.

Aku ke Petaling Street untuk membeli sepasang kasut untuk sepupuku. Aku dan temanku berjalan-jalan sambil memerhati sekeliling. Petaling Street sarat dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia. Hari yang sesak dengan manusia. Sesekali penjual DVD menunjukkan DVD lucah. Hebat, tetapi tiada yang menarik. Aku memerhati jikalau ada kedai kasut yang menjual kasut yang sepupuku inginkan.

Pandangan mataku dan temanku terhenti di sebuah kedai menjual jersi bola. Ada banyak jersi dijual termasuk yang terbaru. Jangan tidak tahu, jersi Selangor asli pun ada jual. Semuanya jersi tiruan kelas A, maksudku fabrik, design dan ketelitian pembuatannya seakan yang asli. Pada masa yang sama, terdapat sebuah keluarga pelancong asing sedang membelek-belek jersi. Dari telor percakapannya nyatalah mereka berasal dari Eropah.

Salah seorang daripada mereka ialah seorang remaja lelaki yang aku agak berumur dalam lingkungan 15-16 tahun. Serta-merta aku rasa tercabar kerana remaja itu memakai jersi Portugal siap letak nombor dan nama Cristiano Ronaldo lagi! Ingatkan aku seorang sahaja yang ada jersi Portugal asli. Tidak mengapa. Jadi, aku dan temanku terus membelek jersi yang ada.

Kami pun beredar dari kedai itu apabila temanku tiba-tiba berhenti. Oh, dia ingin mengambil foto remaja itu yang sedang memegang sehelai jersi. Katanya, ini bakal menjadi foto yang menarik kerana temanya amat bersesuaian dengan keadaan di kedai itu. Belumpun sempat dia shoot, kami terpaku.

Remaja itu sedang memegang sehelai jersi Adidas berwarna kuning yang amat dikenali. Dia memanggil tauke kedai dan bertanyakan harganya. Aku menjadi hairan. Temanku sedang bersedia untuk shoot. Remaja itu sedang mencuba jersi itu. Dan kemudian menyerahkannya kepada si tauke untuk dibeli.

Perasaanku dan temanku bagai dihiris. Pedih hatiku memerhatikan keadaan itu. Malu mula menguasai jiwa. Serta-merta temanku terhenti mengambil foto. Kami terlopong.

Remaja lelaki merangkap pelancong asing itu telah membeli sehelai jersi Adidas kuning itu di depan mata kami, dan jersi itu tidak lain tidak bukan ialah jersi kebangsaan Malaysia! Apa? Jersi Malaysia dibeli oleh seorang rakyat asing, bukan rakyatnya sendiri?

Dari lagak dan pembeliannya itu aku boleh agak bahawa remaja ini ialah seorang pengumpul jersi. Dia akan membawa pulang at least sehelai jersi dari tempat lawatannya seluruh dunia. Aku rasa dia mengumpul jersi negara-negara dunia, sebab masa membeli jersi Malaysia itu dia memakai jersi kebangsaan Portugal.

Aku juga pengumpul jersi-jersi kelab dan negara dunia, dari yang asli hinggakan tiruan kelas A, dari jersi AC Milan ke jersi kebangsaan Itali. Tetapi, aku tidak ada koleksi jersi Malaysia. Jersi Sarawak dan Selangor adalah. Memang memalukan.

Tahukah dia bahawa Malaysia ialah pasukan ke-114 dalam ranking FIFA (persekutuan bola sepak sedunia)? Tahukah dia bahawa Malaysia ialah pasukan yang kurang konsisten dan juga sedang bertarung nyawa untuk membersihkan maruahnya yang tercalar? Tahukah dia bahawa skuad bola sepak Malaysia ialah bekas gergasi Asia suatu ketika dulu?

Betapa hebatnya remaja ini. Sanggup membeli untuk dibuat koleksi. Dia membuatku berfikir. Tidak seperti kebanyakan rakyat kita sendiri, agaknya tidak ramai yang memiliki jersi kita sendiri. Aku sendiri pun tiada jersi Malaysia walaupun aku pengumpul jersi. Dimanakah silapnya kita sebagai warganegara Malaysia? Apakah lagu Negaraku tidak lagi membakar semangat kita? Apakah tiada sorakan atau encouragement untuk kemajuan dan kejayaan kita seperti negara-negara lain?

Temanku berkata, temanya untuk foto itu ialah “Malaysia Boleh.” Tetapi, dimanakah semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia?

Tuesday, December 15, 2009

8984


(Ini bukan blog nombor ekor Magnum 4D/Da Ma Cai/Sports Toto tau. Haram tu. Kalau nak tikam jugak, dipersilakan. Aku nak sikit. Hehehe).

Aku perasan, sejak beberapa kebelakangan ni aku selalu terserempak/menuruti kenderaan yang menggunakan plat nombor XXX 8984. Ada pelbagai jenis kenderaan yang guna nombor ni... motosikal, kereta, van, dengan macam2 prefixes... JPN 8984, WKV 8984, BFD 8984 dan seterusnya. Nak lagi siot, kat salah satu koleksi aircraft aku (Japan Airlines-JAL) tertulis nombor pesawat di sayapnya: JA 8984!

Adakah 8984 memberikan petanda kepada aku?

Hmm, dah lebih lima kali aku terjumpa pada waktu malam. Tah mana-mana ada je kat depan aku. Kat depan traffic light, kat tepi simpang, kat basement parking... jangan terjumpa kat tepi kubur sudah.

Ni nombor bertuah ke? Boleh buat tikam nombor? Ke sesuai nak buat nombor plat? Numerologist, please help me to explain what the hell or heaven 8984 is.

(Kalau aku menang Magnum, aku dermakan kat korang wahai ah long-ah long sekalian. Liao panas woo).

Wednesday, December 2, 2009

Cahaya Untuk Lea (Bahagian 1)


Lea amat kecewa sekali. Kehidupannya seolah-olah direnggut. Diselubungi duka, hatinya kini tidak tenteram. Kesunyian mula memamah sisa-sisa kegembiraan yang pernah dikecapi sebelum ini.Segala kenangan manisnya serba sedikit terhakis, walaupun dia tidak merelakannya.

Dia menangis semahu-mahunya. Bantal dan tisu menjadi teman saban waktu dikala kesunyian. Sepanjang musim cuti ini panjang dirasakannya, walaupun cuma seminggu. Mahu sahaja dia kembali bertugas, tetapi dia sendiri yang bersungguh-sungguh untuk bercuti buat sementara waktu.


"Apakah kesudahanku? Dimanakah kegembiraanku?"


Malam itu Lea cuba tidur. Entah beberapa malam, tidurnya terganggu. Fikirannya berkecamuk. Entah bilakah kali terakhir dia tidur dengan lena sekali tanpa sebarang gangguan. Dia tidak mahu mengambil pil tidur, tidak sampai ke tahap itu lagi. Dengan baju tidurnya yang singkat selembut sutera, dia menyelimuti badannya yang berkulit cerah.


Tidurlah, pujuk dirinya sendiri. Tidurlah, biarlah mimpi-mimpi indah membuai diriku...


Dia terjaga dan mendapati dirinya berada di sebuah kawasan yang gelap. Tiada sesiapapun yang berada di situ. Hiruk-pikuk seperti suara keriangan terdengar sayup dan menghilang perlahan-lahan. Dengan kesejukan menggigit tubuh, dia menggagahi jua menyusuri kegelapan malam yang sepi itu.


Hujan mulai turun. Rintik-rintik air menembak tubuhnya. Dia menyesal kerana masih berpakaian sebegitu, hanya baju tidur singkat membalut tubuh. Menggigil kesejukan bercampur rasa penuh kekosongan dan kekecewaan, dia hampir putus harapan. Tiada tempat pergantungan, tiada gebar untuk diselimutkan. Dia berjalan seorang diri menuju ke haluan yang tidak diketahui.


Dihadapannya kelihatan seperti suatu cahaya kecil. Dia berhenti. Cahaya itu mendekati, tetapi anehnya tetap kecil seperti kerlipan bintang di syurga. Adakah dia sedang menuju ke arah cahaya itu atau sebaliknya, tidaklah dia mengerti. Dan apabila cahaya itu semakin hampir, dia berhenti dari perjalanannya sehingga kedua-duanya bertemu dekat.


Cahaya kecil itu seakan memanggilnya. Hatinya berkata demikian. Dan saat dia melangkah setapak ke arah cahaya itu, sinarannya bertambah terang dan menyilaukan. Dia hilang di dalam cahaya itu.


Akhirnya dia tiba di sebuah tempat cerah dan mendamaikan.


Alam aneh itu membuatkannya seperti di dasar laut, tetapi atmosferanya berwarna keemasan yang tidak pernah dilihatnya. Alam itu seperti tidak berjejak, tidak juga terapung. Semuanya seakan lutsinar.


Dia berasa amat selesa disini. Tiada lagi kesejukan dan hujan mengigit tubuh. Kelembutan bayu dan nyanyian alam yang mendamaikan membuatkannya alpa terhadap dirinya yang masih keseorangan. Dia masih terjeda dengan keindahan alam yang baru itu. Segalanya kelihatan nyata. Dia mula mencari cahaya kecil itu sambil berharap agar dibawakan ke alam yang lebih sesuai dengan jiwanya.


Cahaya kecil itu muncul semula dan kali ini ia berwarna putih keemasan. Cahaya itu mula berubah bentuk seperti simbol infiniti dan menampakkan susuk tubuh yang malar, tidak nyata.


Lea bertanya, "Siapakah awak?"


Cahaya itu tidak menjawab.


"Adakah awak yang akan mengakhiri hidup saya yang penuh derita ini?"


Cahaya itu tidak menjawab.


"Mengapa saya yang awak pilih? Mengapa ikut saya? Siapalah saya ini, wahai cahaya?"


Cahaya itu tidak menjawab, tetapi bersinar dengan lebih terang dan menerusi susuk tubuh yang kurang nyata itu, dia mula memahami.


"Sudikah awak menemani saya, wahai cahaya?"


Susuk cahaya itu mengangguk. Tiba-tiba, cahaya itu menghulurkan tangannya kepada Lea. Dia

menyambut tangan cahaya itu dan merasakan ketenangan seperti yang pernah didambakannya.


"Mari ikut saya, Lea. Saya tunjukkan awak sesuatu yang awak mahukan dalam hidup ini."


(Bersambung)

Thursday, September 3, 2009

Bila sahur, hidangan, servis & mutu berkelas pertama...

Seronok betul aku bersahur pagi semalam. Semuanya berkelas pertama (first class), cuma aku tak terbang dalam pesawat dan duduk di kelas pertama.

Habis tu, di mana? Segalanya di atas katil sahaja.

Sajian sahur aku semalam bukanlah disediakan oleh LSG Sky Chefs Brahim Sdn Bhd ataupun Royal Brunei Catering tapi disediakan sendiri oleh isteri aku. Yup, isteri aku, cuma dia tak pakai skirt atau kebaya stewardess je.

Let me tell you what happened. At 4.30 am, aku dikejutkan dengan lembut dari tidur. Lampu tepi katil on, bilik berbau wangi dan lepas membersihkan diri, aku disuruh lepak atas katil je. Pelik pulak. Pastu ada bau yang amat familiar dengan deria hidung aku dari dapur... oh, something yang aku suka. Maka menunggulah aku di katil dengan penuh kelaparan.

10 minit pastu, isteriku masuk. Bukan dia sorang, tapi dengan sahur aku sekali.

Gambar di atas bukan sahur aku, tapi susun atur dan hiasan lebih kurang camnilah (thanks TK of MalaysianWings for the photo). Meja lipat diletakkan atas pangkuan aku dan sajian first class ni diletakkan di atasnya. Siap berdulang, napkin, linen dan kutleri sekali. Memang macam first class inflight meal betul!

Hidangan sahur aku pada pagi semalam adalah:
  • Nasi putih & corned beef dengan telur
  • Sosej ayam
  • Roti & campuran mentega kacang dan coklat
  • Pisang
  • Kurma
  • Segelas jus oren
  • Segelas teh O panas
Oh yes, kawan-kawan. Memang istimewa. Corned beef ialah makanan kegemaran aku. Sedapnya tak terkata... mutu masakan, tekstur dan kelazatan membelah setiap tembok penghalang kelaparan perutku. Panas dan berasap, dicampur pula dengan sosej yang dipotong menyerlahkan kelembutan daging ayam yang enak dimakan bersama mustard dan sos. Lepas tu, seteguk dua jus oren memecah kedahagaan.

Teh O ialah satu kemestian, kurma pun sama. So, aku memang enjoy first class sahur aku dengan layanan terbaik daripada isteriku yang juga makan disebelah. Kitorang berborak dan berangan macam makan dalam first class Airbus A380. Kena pulak suasana bilik dan suhu yang first class... memang kelas la.

Kepuasan disebabkan kekenyangan, kelazatan dan kenikmatan, tambahan layanan, suasana serta persembahan kelas pertama inilah membuatkan sahur aku pagi semalam sungguh first class.

Apakah sahur korang pun macam aku, atau lagi best dari aku?
Thanks darling for the lovely sahur.

Khallas.

Saturday, August 22, 2009

Niblets

Hello everybody, I'm back.

It's been quite long since I last posting entries. I have to admit that beside writer's block, I was quite lazy to update stories and I concentrated more on Facebook instead. 

Getting connected with friends of old (high school & college) really delights me. There are lots of friends whom I last saw more than 10 years ago. Hmm, I wonder if I could organize a big gathering for all friends (if I'm filthy rich) and becoming a king for a day. Dreaming again.

Oh yes, the most important thing is that we have moved to our new abode of peace at Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 10 minutes walk to 1Utama and nearby access to IKEA and The Curve, TTDI boasts some of KL's past. I'm so into KL history nowadays, especially KL in the 70s and 80s, which fascinate me so much. OK. We got a single-storey terrace house at Burhanuddin Helmi. A big house, I could say. We love it so much and the best thing is we are free to do wahtever we wish without inviting some unwanted attention (thus progressing to complaints, as at our former residence in Shah Alam). It takes 15 minutes to reach my office, but it's double the distance for my wife to hers. But as long as we enjoy ourselves, anything is good. We are planning to organize a gathering for our friends at our new place cum house-warming, and yet to be finalised.

Hmm, what else, eh?

Things are progressing well, as we adjust to our new home and new life. Lots of works are underway. Let's hope and pray for the best, insya-Allah.

And last but not least, wishing you a happy and blissful Ramadan to all Muslims. Pray on, lads!

Till then.