(Aku rasa entri ni sesuai memandangkan barisan Harimau Malaya akan bertempur melawan barisan Viet Cong di Laos hari ini demi pingat emas Sukan Sea. Ya, ini entri yang telah aku pos pada tahun 2005, tiada perasa tambahan dan keaslian dikekalkan)

Sabtu, 30 Julai 2005. Jalan Petaling. Jam 4.45 petang.
Turun di stesen Maharajalela, aku dan seorang teman seronok berfoto dengan kamera SLR Yashica dan Kodak EasyShare. Ramai orang pada hari ini. Mesin ATM di seluruh KL ni sesak. Sejak dari Sungai Wang hinggalah Plaza Low Yat, panjang amat barisan manusia hendak keluar wang. Gaji baru masuk, study loan pun dah masuk. Kecuali aku.
Aku ke Petaling Street untuk membeli sepasang kasut untuk sepupuku. Aku dan temanku berjalan-jalan sambil memerhati sekeliling. Petaling Street sarat dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia. Hari yang sesak dengan manusia. Sesekali penjual DVD menunjukkan DVD lucah. Hebat, tetapi tiada yang menarik. Aku memerhati jikalau ada kedai kasut yang menjual kasut yang sepupuku inginkan.
Pandangan mataku dan temanku terhenti di sebuah kedai menjual jersi bola. Ada banyak jersi dijual termasuk yang terbaru. Jangan tidak tahu, jersi Selangor asli pun ada jual. Semuanya jersi tiruan kelas A, maksudku fabrik, design dan ketelitian pembuatannya seakan yang asli. Pada masa yang sama, terdapat sebuah keluarga pelancong asing sedang membelek-belek jersi. Dari telor percakapannya nyatalah mereka berasal dari Eropah.
Salah seorang daripada mereka ialah seorang remaja lelaki yang aku agak berumur dalam lingkungan 15-16 tahun. Serta-merta aku rasa tercabar kerana remaja itu memakai jersi Portugal siap letak nombor dan nama Cristiano Ronaldo lagi! Ingatkan aku seorang sahaja yang ada jersi Portugal asli. Tidak mengapa. Jadi, aku dan temanku terus membelek jersi yang ada.
Kami pun beredar dari kedai itu apabila temanku tiba-tiba berhenti. Oh, dia ingin mengambil foto remaja itu yang sedang memegang sehelai jersi. Katanya, ini bakal menjadi foto yang menarik kerana temanya amat bersesuaian dengan keadaan di kedai itu. Belumpun sempat dia shoot, kami terpaku.
Remaja itu sedang memegang sehelai jersi Adidas berwarna kuning yang amat dikenali. Dia memanggil tauke kedai dan bertanyakan harganya. Aku menjadi hairan. Temanku sedang bersedia untuk shoot. Remaja itu sedang mencuba jersi itu. Dan kemudian menyerahkannya kepada si tauke untuk dibeli.
Perasaanku dan temanku bagai dihiris. Pedih hatiku memerhatikan keadaan itu. Malu mula menguasai jiwa. Serta-merta temanku terhenti mengambil foto. Kami terlopong.
Remaja lelaki merangkap pelancong asing itu telah membeli sehelai jersi Adidas kuning itu di depan mata kami, dan jersi itu tidak lain tidak bukan ialah jersi kebangsaan Malaysia! Apa? Jersi Malaysia dibeli oleh seorang rakyat asing, bukan rakyatnya sendiri?
Dari lagak dan pembeliannya itu aku boleh agak bahawa remaja ini ialah seorang pengumpul jersi. Dia akan membawa pulang at least sehelai jersi dari tempat lawatannya seluruh dunia. Aku rasa dia mengumpul jersi negara-negara dunia, sebab masa membeli jersi Malaysia itu dia memakai jersi kebangsaan Portugal.
Aku juga pengumpul jersi-jersi kelab dan negara dunia, dari yang asli hinggakan tiruan kelas A, dari jersi AC Milan ke jersi kebangsaan Itali. Tetapi, aku tidak ada koleksi jersi Malaysia. Jersi Sarawak dan Selangor adalah. Memang memalukan.
Tahukah dia bahawa Malaysia ialah pasukan ke-114 dalam ranking FIFA (persekutuan bola sepak sedunia)? Tahukah dia bahawa Malaysia ialah pasukan yang kurang konsisten dan juga sedang bertarung nyawa untuk membersihkan maruahnya yang tercalar? Tahukah dia bahawa skuad bola sepak Malaysia ialah bekas gergasi Asia suatu ketika dulu?
Betapa hebatnya remaja ini. Sanggup membeli untuk dibuat koleksi. Dia membuatku berfikir. Tidak seperti kebanyakan rakyat kita sendiri, agaknya tidak ramai yang memiliki jersi kita sendiri. Aku sendiri pun tiada jersi Malaysia walaupun aku pengumpul jersi. Dimanakah silapnya kita sebagai warganegara Malaysia? Apakah lagu Negaraku tidak lagi membakar semangat kita? Apakah tiada sorakan atau encouragement untuk kemajuan dan kejayaan kita seperti negara-negara lain?
Temanku berkata, temanya untuk foto itu ialah “Malaysia Boleh.” Tetapi, dimanakah semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia?

No comments:
Post a Comment