Semalam sebilangan umat manusia yang rasa hidupnya lengkap meraikan Hari Kekasih untuk tahun 2012 ni. Tarikh jatuhnya tetap sama kerana penetapan 'hari bersejarah' tidak memerlukan kaedah rukyah dan hisab. Pelik pula aku sebab dalam bahasa antarabangsa, Hari Kekasih dikenali sebagai Valentine's Day. Kenapa tak disebut Lovers' Day atau Hari Valentine saja (eat that, so-called religious police!) pun tak aku ketahui.
Okay entri aku ni mungkin ada sikit bias dan sedih sikit kot sebab dikala aku menulis aku baru menonton filem Valentine's Day (serius aku suka) dan mendengar lagu-lagu meruntun jiwa dendangan Kate Walsh.
Dulu I used to celebrate Valentine's Day, kononnya meriah sibuk nak berboyfriend-girlfriend. Nak tunjuk sayang cinta segala. Nak mengukuhkan perasaan cinta terhadap yang tersayang. Dari zaman sekolah sampai nak menginjak ke zaman matrikulasi, aku sambut hari yang kononnya penuh magikal ni. Bila fikir balik, bodoh pulak join sekaki kawan-kawan masa tu.
Well, itu dulu. Sekarang aku tak ambil peduli pun. Bukan sebab aku benci atau takde girlfriend tapi aku ada reason tersendiri.
Aku tak nak sentuh bab sejarah atau yang ada kaitan dengan agama. Pada aku itu pegangan masing-masing. Nak jadi macam PAS yang sibuk nak sekat sana sini aku peduli apa. Pandai buat pandailah cover. Aku ni berfikiran sosialis sikit. Sosialis yang berlandaskan agama.
Oh yes, I am looking for a life partner.
(Aku tak boleh tidur sebenarnya ni, hence the writing).
1 comment:
"Oh yes, I am looking for a life partner."
Single |sin-gle| (adjective) - Too fabulous to settle.
HAAAAAAAAAAAHAHAHAHAHHHAAAHAHA!!!
Post a Comment