Monday, January 16, 2012

Soal jawab masalah & agama yang tak relevan


Awal-awal aku bagi warning: Entri ni mungkin menimbulkan salah faham dan kontroversi. Terpulanglah pada penilaian masing-masing.

Sebenarnya dari dulu lagi aku dah perasan benda ni, cuma takde lagi sebab nak trigger aku untuk menulis mengenainya. Cuma baru-baru ni aku rasa macam terpanggil nak menulis sikit tentang hal ini.

Kalau kita baca mana-mana akhbar, kita pasti akan terbaca bahagian soal jawab masalah atau agama, yang dikendalikan oleh beberapa kaunselor atau ahli agama. Ini adalah sesuatu yang bagus kerana pembaca boleh mendapat ilmu dan kaedah untuk mengatasi beberapa masalah dikemukakan serta berpeluang berinteraksi dengan personaliti-personaliti terbabit.

Tetapi TAK SEMUA MASALAH DISELESAIKAN SECARA TEPAT.

Apsal aku cakap macam tu? Sebab kebiasaannya untuk menjawab soalan seumpama ini mukadimahnya terlalu panjang siap dengan dalil-dalil yang tak dikupas habis kemudian tergantung macam tu je. Dalam akhbar manalah ada cukup ruang nak jawab semua secara spesifik. Bagi jawapan tepat dan terangkan dengan dalil yang berkaitan jelah. Silap-silap yang bertanya jadi lebih keliru dan pembaca pun keliru, "eh, apa jawapan ustaz ni?"

Kita ambil contoh satu masalah agama:

Salam. Saya dan isteri kerap melakukan hubungan kelamin dan menurut tertib seperti yang dianjurkan agama. Persooalan saya ialah, apakah hukumnya melakukan hubungan kelamin dalam keadaan bogel? - H, Bangsar.

(Ini soalan yang aku pilih sendiri. Suka hati akulah, nak kongsi dengan you all jugak kan?)

Kalau dalam akhbar, "jawapan" tipikal ialah sebegini (lebih kurang):

Waalaikumussalam H,

Islam menganjurkan perkahwinan sebagai satu cara untuk menghalalkan fitrah kehendak lelaki dan wanita dalam menghasilkan zuriat... bla bla bla... kerana dalam Islam hubungan kelamin ialah satu... bla bla bla... rujuk pada ayat dan hadith... bla bla bla (dah sampai tiga kolum ni)... dan ending biasanya bunyi macam nak bagi penghakiman je.

Tak boleh ke bagi jawapan tepat serta sebabnya terus? Kenapa nak bercerita seolah-olah si pengadu tu bertanya soalan umum berkenaan seks sampai nak terangkan macam subjek Islamic Sexual Intercourse 101?

Kan bagus kalau jawapannya terus begini:

Waalaikumussalam H,

Hukum melakukan hubungan kelamin secara berbogel adalah dibolehkan. Hal ini dibolehkan berdasarkan yang berikut:

Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof al-Qardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

” Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” - AQT 23:5

Mafhum hadith:
”Jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.”
- al-Albani, sahih Sunan Abu Daud (3391)

Al-Hafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (al-Fath, 1/378)

Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing dan boleh melakukannya secara berbogel. Sekian.

*******

Mudahkan begitu, beri jawapan "ya" atau "tidak" sebelum menerangkan sebabnya?

Ini bukan sekadar persoalan agama, tapi persoalan rumahtangga, ekonomi, sosial dan lain-lain pun sama. Aku menyentuh soal agama kerana ianya amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Tak percaya, try tengok dalam akhbar... kiasan menyimpang jauh sebelum menjawab, kepala semakin kusut nak faham masalah yang sedia kusut meminta jawapan.

Prinsipnya sama macam kita bertanya soalan pada orang. Bila kita bertanya, kita mahukan jawapan "ya" atau "tidak" dulu, betul tak? Lepas tu baru kita bertanya sebab kenapa boleh atau tak boleh.

Mengapa demikian?

Pada hemat aku, bila aku bertanya dan menerima jawapan sama ada ya atau tidak, minda kita akan ditetapkan mengikut jawapan awal itu tadi. Lepas tu, kita akan bersedia untuk menerima maklumat tentang sebab jawapan itu diberikan supaya kita lebih faham dan bertindak sewajarnya.

Cuba tengok soalan mudah oleh seorang budak kepada bapanya ini:

Hari belum hujan lagi. Boleh tak adik nak main layang-layang kat luar?

Si ayah akan menjawab:

Boleh, tapi kalau hujan nak turun, cepat-cepat masuk ke rumah ya. Nanti disambar kilat.

Takkan si ayah nak jawab macam ni pulak kan:

Adik tahu tak eksperimen konduktor elektrik oleh Benjamin Franklin? Dia main layang-layang tengah hujan ribut lepas tu letak kunci kat tali layang-layang. Lepas tu kan dik, kilat menyambar layang-layang tu. Kalau adik nak rasa elektrik tu macam mana, adik mainlah, jadi macam Benjamin Franklin.

Bodoh bangang punya jawapan. Panjang lebar, mana budak tu nak faham.

Jadi pokok pangkalnya disini ialah, walau apa pun masalah berkenaan agama, sosial, rumahtangga dan sebagainya, berikanlah jawapan terus barulah terangkan sebabnya. Tak semua orang bijak dan faham.

Dan tak semua ruangan sebegini macam ni. Ada juga yang aku nampak bagi jawapan terus dan padat, sesuai dengan pembacaan para pembaca.

Ini pengamatan aku. Tak puas hati, meh aku jawab persoalan korang… nak jawapan terus ke jawapan berbelit-belit?

Khallas.

3 comments:

cik puan olympus said...

i'm soooooo agree with u... banyak sangat yang kasik jawapan meleret2... penat tau nak tunggu the exact answer...

asek kona koni jek...

deeladzul said...

bagus mo tulis pasal ni... lagi bagus kalau hantar anonymous kat penulis column soal jawab tu...

i noticed this trend for quite dah lama dah... cuma tak speak up je, sb ingat kan nt kita mempersoalkan agama...

but kalau dah sampai menyampah nak baca jawapan, sape yg salah... soalan dia lagi menarik dari jawapan... never helpful... haish...

Yau Sim Mei said...

HAAAAAAAAAAHAHAHAHA!!! heeehehhe!!! Benjamin Franklin was a good one.