Tuesday, October 12, 2010

Aidilfitri madness... at office


Acara : Raya & Birthday Bash (Aug-Sep)
Tarikh : 29 Syawal 1431H bersamaan 8 Oktober 2010
Tempat : Studio 31, ADV NSTP
Masa : 1700 (5.00 petang GMT+8)

Ah, Aidilfitri open house lagi. Tahun lepas rasanya unit aku tak buat, so tahun ni kena buat sekali dengan birthday bash. Aku ingat lagi dua tahun lepas (2008), kitorang jadi hos open house untuk ad dept... kelas beb! Tetap diingat sampai sekarang.

Well anyway, plan nak buat majlis ni dah kedengaran since puasa itu hari. Dah buat monthly collection pun. Yang aku seronok, birthday aku pun diraikan sekali bersama dengan yang lain, so it's great. Rasa best plak dihargai camni. Tambahan pulak pengarah jabatan pun turun sebagai jemputan khas, rasa macam besar majlis kitorang ni... walaupun diadakan di unit yang tak seberapa ni.

OK, disebabkan event ni memerlukan we all berbaju Raya, maka semua pun berbaju Raya. Dan menggunakan props yang sedia ada, nampaklah macam meriah event ni.

Oh ya, objektif acara ini adalah:
  1. Merayakan Aidilfitri dan hari terakhir Syawal dengan penuh gemilang laa, bagi peringkat ofis aku.
  2. Meraikan sambutan hari jadi untuk staf yang lahir pada Ogos & September. Oktober babies, tunggu bulan depan!
  3. Menerima kasih pihak pengurusan jabatan diatas imbuhan yang telah dijanjikan (masuk gaji hujung bulan wiiiee~). Banyak tu.
Malas aku nak citer pepanjang. Gegambar ni boleh bercerita sendiri. Aku letak kapsyen, senang nak describe event. Daa~!

(photos taken and credited to Jann Jayef and Ezam)


Muka happy dan riang ria.

Antara warga Studio 31 yang berseronok macam kanak-kanak Ribena.

Ayam golek madu Kerinchi/Pantai Dalam yang everlastingly SEDAP!

Kek birthday ada, kuih-muih ada, roti jala ada, mee ada, macam-macam ada.
Nasib takde serve Bacardi.

Menyembah takzim menyambut ketibaan Muskamal yang dressing ala ketua kampung... or macam dukun Niyang Rapik? Ko hebat laa Muse, lain dari yang lain!

Muskamal yang sentiasa young at heart.

August babies, cutting their cake in unison. Hahaha.

September oldies and babies in the first angle...

... and again, from different angle. Tadaa!

Pembuka kontroversi, potong kek ala pengantin pulak.

Our favourite girl from next door... sayang dia tak pakai kebaya.

Ni kononnya keluarga hitam beraya laa.
Keluarga Dato' CEO yang sentiasa ungu violet.

Kasi duit raya kat our favourite girl from upstairs. "Jom keluar dengan abang nak?" Hahaha.

Orang lain bermaafan di pagi Syawal, kitorang plak di akhir Syawal. Hah, elok le tu. Another controversial act dari aku dan Mimod.

Kontroversi paling mahal... mencium dahi "isteri" di akhir Syawal. Boleh tak?

Apabila para-para mencemar duli...

Ross Alya, bapak empat cahayamata yang berbadan sasa idaman semua.

End of event. Memasing gelak ketawa tengok all pix dalam sistem.


2 comments:

cik puan olympus said...

gua lapar!!! mencik ko!!!

Rocco Iskandar said...

not my fault, aku tulis jer. dah, gi la makan. kang kebuluran plak.
muahahahaha!