Thursday, September 16, 2010

Raya Aku Yang Minimalis

Tahun ni aku beraya dengan gaya minimalis. Ertinya, aku hanya menggunakan keperluan asas untuk beraya bersama keluarga. Bukanlah nak kata aku ni beraya macam orang tak beraya sebab elemen raya tetap ada macam biasa.


Aidilfitri tahun ini banyak diraikan dengan penuh kesederhanaan yang tak berapa kurang sederhana gak. Sebabnya, aku tak beli baju raya (itu pun mak aku beli kat Melaka sebab nak match dengan adik-adik aku) dan aku dah berhabis RM1,000 lebih kat flight tickets je. Aku bukannya artis terkenal, menteri mahupun CEO dua belas juta yang nak spend gila-gila. Takpe janji aku balik beraya.


Anak sedara aku, macam kekanak lain memang seronok beraya.



Kenapa aku beraya dengan minimalis? Sebab tahun ni kestabilan kewangan agak tergugat dan memaksa aku agak berkira. Bayangkan, tahun ni aku bagi angpau kat anak sedara aku yang dua orang tu je. Tahun-tahun lepas aku bagi kat adik-adik aku lagi. Tahun ni aku terpaksa bagi peruntukan agak terhad kat diorang (diorang tak kisah pun, asalkan aku ada je). Anak sepupu aku, anak sedara yang lain aku tak dapat nak bagi pun. Dahlah nak balik raya dah terbang seribu ringgit lebih macam terbangnya aku pulang beraya. Kena pulak kereta aku kena tibai eksiden. Lepas tu, biasanya aku akan membeli beberapa kelengkapan raya yang lain. Tahun ni aku berhajat nak beli sepasang capal, tapi bajet takde. Nak beli sampin baru pun takde. Nak order kek lapis pun takde bajet. Teruk aku tahun ni. Memang aku berkira abis. Lepas tu, nak berjalan raya pun agak keberatan, ikut mak ayah je. Banyaknya lepak melayan tetamu kat umah je. Memang tahun 2010 ni agak problem.


Yang penting pada aku, walau susah camne pun beraya dengan keluarga tu amat penting. Baru terasa suasana dan keindahan sambutan Aidilfitri. Dalam konteks masyarakat Islam Malaysia, Aidilfitri ialah umpama Krismas dimana sambutan bersama keluarga amat dititikberatkan disertai pelbagai kemeriahan yang datangnya dari segi dentuman bunga api, juadah raya, traffic jam, flight delays, lagu raya, ziarah sanak saudara, tayangan filem entah apa-apa di TV dan sebagainya. Erti berhari raya yang sebenar, iaitu meraikan kemenangan melawan nafsu sepanjang Ramadan tidak berapa diperhalusi. Itu cerita lain, nanti aku kupas macam aku kupas bawang nak buat rendang malam raya aritu.



Let me share my three-day Raya story. Agak-agak korang beraya sakan, teruskanlah ye. Selamat berhari raya sepanjang Syawal ini.


***********************


Khamis, 9 September 2010 (29 Ramadan 1431H)


Hari untuk aku balik beraya dimulakan dengan terlepasnya sahur terakhir untuk Ramadhan kali ini. Balik malam sebelumnya awal, tapi disebabkan penat sebab berjalan dan kekenyangan pekena bukhara kambing Syed malam sebelumnya, serta kelegaan mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, aku terbangun pukul 7.30 pagi. Dan lagi best, sehelai baju pun belum dikemaskan! Kelam-kabut aku mengemas. Satu persatu pakaian dimasukkan. Nasib aku ada buat checklist apa nak dibawa. Kemas punya kemas jam dah pukul 9.00 pagi. Time to hit the shower!


Kereta aku kaboom di bengkel. Malas nak fikir. Raya dulu, problem boleh fikir kemudian. Terpaksalah aku menapak turun bukit dari apartmen aku ke bus stop. Aku mula budget masa… naik bas memang murah, tapi malas nak turun naik, pastu buang masa dalam bas. Jam dah pukul 10 lebih. Cuaca pun panas. Aku pun ambik teksi dan terus ke Kepong Sentral. Dari sana aku naik KTM Komuter. Ding dong ding dong sampailah kat KL Sentral. Kat sana, aku kena menanti ex-wife aku yang nak hantar sampin aku yang ada kat rumah dia. Sambil menunggu, aku pun terjumpa si Mawar Liya a.k.a Miss Somet. Dia tak balik beraya di Kuching. Bila ex aku datang, kami berpelukan… dia rindukan keluargaku di sana. FYI, walaupun kami dah divorced tapi tetap best friends. Lepas kasi benda semua, aku pun beli tiket KLIA Ekspres dan off I went to KUL/WMKK.



Sampai kat KUL, aku melenggang je. Aku check-in, seating dah confirm dari awal. Lepas check-in, aku bersiar-siar. Kalau aku ada dua belas juta memang sakan aku shopping. Sesekali aku tengok papan tanda… MH 2528 to Kuching still sama. Boring, aku terus ke departure hall di pintu B10. Seingat aku, kitorang akan naik pesawat Airbus A330-200. Bila aku berjalan ke B10, aku tak nampak A332. Yang aku nampak ialah Boeing B777-200ER. Wah, naik triple seven aku. Long-ranged, widebody aircraft. Enjin Rolls-Royce pulak tu. Superb. Haha.


Malaysia Airlines (MH) Boeing B777-200ER, rego 9M-MRD.

Seating aku di belakang wings, row 37K. Aircraft ni punya seating plan is eight abreast… empat tepi kiri kanan dan empat tengah yang dipisahkan oleh two aisles. Aku pun duduk senyap-senyap buat hal sendiri.


“Cabin crew, please be seated for takeoff. Thank you."

“Lumpur Tower, request permission to takeoff at Runway 32R.”

“Malaysian 2528, clear to takeoff. ”


Dan B777 pun memecut dengan kelajuan 302 knots, climbing to reporting altitude of 6,000 feet.


“V1,” penunjuk kelajuan memberikan tahap kelajuan sesuai untuk terbang.

“Rotate.”


Nasib baik legroom luas, boleh aku silang-silang kaki. Aku siap tidur sekejap sambil baca Financial Daily dan melihat paparan skrin di depan tempat duduk. Wah, wah… Financial Daily. Konon Dato’ CEO la. Sudah berada di cruising altitude of 33,000 feet flying eastward over the South China Sea. Masa untuk makan kot. Memang pun. Aku mengambil menu Fried Rice with Chicken, nak bawak balik rumah. Tengok dia punya presentation… kecewa gak la. Pakai styrofoam rupanya. Buka kotak dia maka beginilah airline meal aku. Hmmm.


A quick look at stock market and business trends.


The infamous MH SnackBox...


Simple sangat. Sate tak berapa sedap, sedap lagi sate tepi jalan. Nasi goreng takde rasa. Maybe altered tastebud kot. Kek buah sedap.


Sedar-sedar B777 dah descent to 16,000 feet. Apasal gelap semacam ni, lepas tu ada turbulence sikit-sikit. Alamak, tak bestnya di Kuching hujan. Padanlah semacam je langit tu. Dipendekkan cerita, mendaratlah aku di KCH/WBGG (01°29′04″N 110°20′48″E) at Runway 25. Hujan lebat, aku cuma nampak tower beacon je. Memang pilot tadi kena buat ILS approach. Dah masuk terminal, kena pulak melalui immigration clearance. Panjang pulak queue dia. Aku nak mintak officer tu saja nak stamp passport aku tapi dia kata tak boleh. Lepas tu, tunggu bagasi pulak. Usai semua adik aku tunggu kat luar. Off we went home.


So bila sampai rumah, dah buka puasa semua sebahagian aktiviti mengemas rumah dan memasak bermula. Aku dan adik aku, bakal chef, membantu di dapur. Adik pompuan aku dan anak dia mengemas di luar dengan adik bongsu. Pendek kata, memasing ada peranan. Memang memenatkan tapi seronok. Bila masakan dah siap, sempat stop makan dengan lemang pulak… memang kelas. Semuanya berlarutan sampailah ke tengah malam di mana akhirnya aku tertidur di sofa luar. Rumah sudah set untuk dirayakan.


Lemongrass, chop.


Masukkan bahan-bahan mengikut sukatan...


... ambil bau. Kalau sedap, teruskan.


Wokey! Boleh kasi customer terus.


Bakal chef de cuisine, Chef Zulco beraksi dan menilai kualiti masakan dengan bersahajanya.


Jumaat, 10 September 2010 (1 Syawal 1431H)


“Allahu akbar! Allahu akbar! La illa ha illallahu wallahu akbar! Allahu akbar, walillah ilhamdu!”


Takbir raya bergema selepas solat Subuh di pagi tu membangkitkan kami. Boleh pulak tertidur lepas tu. Jawabnya, aku termiss solat raya di masjid. Cis. Dah siap pakai baju lagi. Boleh pulak layan lentok atas sofa. Hmm.


Barisan kek lapis yang sememangnya menjadi rebutan ramai.


Tahun ni tema warna ialah kaler purple. Lepas sesi kami sekeluarga bermaaf-maafan, kami bergambar seperti kelaziman. Disebabkan nenek aku berpangkalan di rumah aku, maka sedara-mara mula menyerbu kediaman kami. Citer banyak tak guna bro, gambar cukup. Menu-menu hidangan pada santapan raya eksklusif semestinya kek lapis, rendang, lemang, ketupat, biskut dan pelbagai lagi dari dapur LSG Sky Chef adik aku tu. Memang pergh! Tak sia-sia bapak aku invest banyak duit untuk dia belajar jadi chef. Dengan penuh minimalistik, aku berperanan sebagai pelayan tetamu seperti di MH Golden Lounge. Semua orang seronok, seronok bergambar, seronok berkenal-kenalan dan sebagainya.Boleh tahan gak sepupu-papat aku ni. Rumah aku siap diserbu sampailah malam. Begitulah kami warga Kuching merayakan Aidilfitri.

Family photo.


Sebahagian daripada sepupu lelaki (mom's side).


Sebahagian bala tentera sepupu lelaki (dad's side). Bapak aku and abang dia pun ada.


Paduan tenaga ultra-ungu.


Sabtu, 11 September 2010 (2 Syawal 1431H)


Hari kedua merupakan hari kebiasaan pakcik aku buat open house, tapi kami cuma pergi pada malamnya. Siangnya kami empat beradik bantai tidur. Lepas tu, berjalan raya. Seronok tengok adik-adik aku beraya. Aku je kat rumah dengan mak ayah dan nenek. Tapi yang bagusnya, bila berjalan raya dengan parents ni, banyak jumpa prospek. Nak tau prospek apa? Faham-fahamlah.


The Firstborns.


Apa-apa hal, kitorang berjalan jugak. Pergi rumah sedara lain sekitar Kuching yang luas tu. Nak pergi sana-sini, jalan jam! Aku bajet kat KL takde sampai camni sekali. Tapi kat sini lain… dalam bandaraya ada kekampung. Maka ramai kenderaan dan kereta memenuhi jeraya (jalan raya) dengan penumpang berpakaian Melayu lengkap.


Alahai, alangkah indahnya hidup ini...


Balik dah gelap, terus singgah beraya dam-dam-dum kat umah pakcik aku yang kusebutkan tadi. Rumahnya memang terkenal dengan cahaya lampu rayanya yang meriah tak ingat sehinggakan Euphoria dan Zouk KL pun boleh tutup dibuatnya. Tapi satu yang aku suka kat rumah ni: persidangan lelaki-lelaki bujang bersama dua adik aku dan kengkawan diorang sambil ditemani mercun dan rokok. Haha. Dan kami balik ke rumah lewat pada malam itu dengan puas… walaupun aku cuma beraya dengan skala minimalis.


Ahad, 12 September 2010 (3 Syawal 1431H)


Hari ini merupakan hari ketiga raya. Petangnya akan diadakan satu lagi open house merangkap doa selamat buat semua sanak sedara. Jadi secara automatiknya kitorang serumah busy gila. Adik-adik aku ada yang masih meneruskan aktiviti berjalan raya mereka. Aku dan lain-lain sibuk di dapur, luar dan sekitar rumah. Kerja masak-memasak, cuci casseroles, vacuum carpet, refill kuih raya. Aku pun sesekali keluar membeli barang. Yalah, nak berparti ala islamik katakan. Haha.


Facade rumah aku.


Tetamu menjamu perut.


So, bila petang menjelang… sudah berdoa selamat… itu dia. Jom makan!


Malamnya? Apa-apa yang menarik? Rasanya takde. Sebabnya aku hanya di rumah berkemas dan menanti tetamu lain datang rumah. Sudahnya malam tu tak tidur sebab berborak sakan. Yelah beb bukannya selalu bertemu berborak macam dulu. Aku rasa penuh pundi kencing aku dengan macam-macam jenis air… siap melencong kejap keluar pergi McDonald’s. Pergi McD yang dekat-dekat, penuh sial. Last-last, pergi McD di airport. Selamba. Masa tu airport dh sunyi gila, McD pun tengah berkira-kira nak tutup. Hmm, ada-ada saja.


Notis Ramadan dari MIS. Ditampal di semua premis makanan halal. Yang ini di McDonald's Kuching Airport. Bagus.


So, hari-hari berikutnya diselangi dengan aktiviti kekeluargaan. Ada jugak aku beraya rumah kengkawan zaman sekolah rendah, lepak main badmintonlah, makan tengah malam, melantak pizza di tepi sungai, melawat pejabat cawangan dan macam-macam lagi kerenah beraya. Minimalis tapi manis.


Lawatan kerja tapi tak kerja ke NSTP Kuching. Simple ajak ya.


***********************


Itulah dia. Beraya secara minimalis tetapi still bergembira. Kalau nak diceritakan rasanya berjela-jela sampai boleh buat buku Yellow Pages. Senang ceritalah, walaupun anda sengkek, anda takde budget, takde tiket balik kampong, tidak berkampung waima hidup keseorangan pun still anda boleh beraya, walaupun secara minimalis. Asalkan ada ahli keluarga barang seorang dua, raya tetap bermakna. Ingat beb, budaya Aidilfitri kita unik dari yang lain. Hayatilah semangat Hari Raya sambil meningkatkan ketakwaan yang dipelajari semasa Ramadhan agar keberkatan itu bercahaya sepanjang tahun.


Untuk penutup, jom kita tengok lagi gambar-gambar ni:



Dan, apabila mahu pulang untuk meneruskan kehidupan memasing...



Semangkuk dos Laksa Sarawak yang wajib dimakan.


Tiga beradik sebelum berpisah. Yang last sudah pulang KL semalam.


Yang besar dengan si kecik.


Malaysia Airlines (MH) Airbus A330-200, rego 9M-MKV.


Taxiing out to RWY 25 for takeoff.


Lovely MH SnackBox. Better than the previous one.


Stir-fried Chicken with Ginger+Rice+Veggies. Sedap!


Accompaniments. Eh, ada KitKat (wae o wae oh a oh)


Nyaman eh jus oren tok.


Passing Port Dickson on ILS approach to RWY 32L. Nice sunset landing.



Sempena Syawal yang mulia ni, ambillah peluang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam 1Malaysia kepada kengkawan semua.


Khallas.

2 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Aku rasa terpanggil untuk memberi input kepada entry hang yang berjela-jela itu. Sungguh menyeronokan beraya 'bujang' berbanding beraya berfamili dalam contact ini. Teringat semasa bujang solo dulu aku beraya lebih-kurang gitu le. Makan+tidur+tengok TV+pergi rumah awet+tengok wayang.

Bab beraya ke rumah awet ni satu hal. Kami sangket ketika itu hanya naik motor yang boleh bergerak saja. Ada le kenkawan yang berkereta Datsun bapaknya.

Cerita tengok wayang ni selalu raya ke 3. Maka berbondong-bondong le kenkawan naik bas pergi ke Temerloh. Bab berebut naik bas ni satu hal. Bas dari Jerantut lalu 1 jam sekali dan kalau lambat bas sudah tepu/padat. Jadi kami kena keluar awal sekitar jam 8 pagi. Wayang start jam 11 pagi. Sampai di panggong wayang berebut-rebut membeli tiket, ada yang terkoyak baju dan calar-balar tangan terkena palang besi pintu penjual tiket. Ada juga berlaku pergaduhan tetapi cukup seronok. Inilah masa nak menunjuk jantan. Selalunya kami dapat menoton jam 2 ptg kerana rambu-ramba dulu sekitar bandar Termeloh, kut-kut tersangkut awet selalunya jerat mengena....

Pulang ke rumah sekitar 6 petang dan malam ada lagi aktiviti...

Sheikh Mustafa kamal Alaziz

paCat said...

Nice blog bro.

Aku cukup kagum bile baca entry lu pasal jersey, lu memang terbaik.!

Heh.