Thursday, August 26, 2010

Zist! Zist! Poof!

Sunyi Si Pemetik Api

Aku meneruskan gulungan ini
Setiap gulungan penuh terisi
Mahuku nikmati suasana ini
Dalam hening sepi, bertemankan kopi

Bilamana ku inginkan cahaya darimu
daku kehilanganmu
Bilamana ku mahukan kehangatanmu
daku kehilanganmu
Bilamana ku dambakan kekuatanmu
daku kehilanganmu

Ku terus meraba, mencari dan terus mencari
dan akhirnya kau daku temui.

Ah, nikmatnya.

Bangsar, Ogos 2010


P/S: Macam celaka! Asal nak merokok je mesti tercari-cari lighter. Tension aku. Asal hilang je kena beli baru. Ingat murah ke Cricket tu... boleh beli dua keping roti Double Creme High 5 tau. Bila dah beli, boleh pulak terjumpa balik. Cantik pulak tu, seolah-olah ketawa terkekek-kekek melihat aku bagai nak mati mencari di segenap lapisan masyarakat ehh... rumah.

Payah kan kalau asyik camni. Cubalah bawak berenti merokok tu. Haish.

1 comment:

cik puan olympus said...

beb... lenkali ko ikat lighter ngan getah pastu sambungkan kat poket suar... senang beb... hahaha...