Manusia dijadikan dengan pelbagai wajah. Wajah zahiriah ialah pancaran luaran kepada semua tentang diri kita, seperti muka dan bentuk tubuh fizikal kita.
Wajah batiniah ialah pancaran dalaman yang tidak mampu disingkap semua, seperti perilaku dan kekuatan minda kita.
Wajah-wajah banyak mengekspresi/merakam/mengalami pelbagai emosi gembira/sedih/marah/semuanya.
Wajah-wajah yang kita sayangi selalu terbayang di ruang mata.
Wajah-wajah yang kita benci terhapus di sebalik kerlipan mata.
Wajah-wajahku dinukilkan dengan tinta digital yang merakam pelbagai peristiwa, pengalaman dan semuanya. Maafkan jika ada yang terguris secara sedar atau tidak, izinkan saya mencurahkan bakat ke atas kanvas digital ini.
Salam sayang untuk semua.