Sunday, May 30, 2010

Menyusuri Susur Persempadanan Bangsa



Hello. Dah lama aku tak memblog.


Dua tiga menjak ni (lama dah sebenarnya) aku banyak membaca dan meneliti tulisan, blog, artikel, jurnal dan pustaka tentang bangsa dan Tanah Melayu. Makin banyak aku baca dan kaji, makin banyak persoalan bersarang haeyo di kepala.


Walaupun aku seorang warganegara Malaysia berketurunan Melayu dari Sarawak, Borneo, tetapi selagi memegang title MELAYU aku mahu mengkaji dan melihat sendiri peninggalan kegemilangan bangsa. Maybe someday aku akan turun menjejaki warisan ini. Nak harapkan buku sejarah sekolah… crap! Nak tunggu dokumentari, ntah bila tah tak pernah aku nampak pun. Well, anyway, diskusi separa akademik dengan adik aku telah membuatkan aku bercerita panjang di tepian pantai Pengkalan Balak, Melaka yang hening damai (walaupun kecoh pasal buaya tembaga muncul).



To heat up, let’s start with two simple questions:


1. Apakah perbezaan antara Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia) & Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula)?


2. Dimanakah sempadan Semenanjung Tanah Melayu?


Jawapan ringkas dan padat (ala-ala buku rujukan Sejarah SPM) untuk setiap soalan:


1. Beza kedua-dua terminologi ini adalah dari segi pengertian politik dan geografi. Dalam Perlembagaan Malaysia, Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia) ditakrifkan sebagai wilayah dimana terletaknya 11 negeri Melayu, bermula di selatan (Johor Darul Takzim) dan berakhir di barat laut (Perlis Indera Kayangan) dan timur laut (Kelantan Darulnaim). Manakala dari segi geografi, Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) menganjur ke bawah dari Tanah Besar Asia yang bermula di Segenting Kra (Kra Isthmus) dan ditunjangi Pusar Perbanjaran Pamir (Himalaya) ke Pergunungan Tenasserim, rangkaian pergunungan Phuket seterusnya membentuk Banjaran Titiwangsa.


Note: Pulau Temasik aka Singapura termasuk dalam sistem kepulauan kecil Riau/Batam.


2. Sempadan sebenar Semenanjung Tanah Melayu ialah di Segenting Kra, kini berada dalam wilayah (changwat) Ranong, Thailand. Ada sebuah batu tanda di pekan Chumphon yang mengesahkan persempadanan Melayu. Dan orang-orang di wilayah itu masih mengamalkan kehidupan dan kebudayaan Melayu, walaupun dari segi bahasa tak ramai yang fasih berbahasa Melayu. Dari segi sejarah, Segenting Kra merupakan sempadan yang memisahkan tanah semenanjung daripada tanah besar Asia, terutamanya Thailand (dulunya kerajaan Ayutthaya).



Sebelum kupasan kulit, mari aku cerita sikit. Masa aku merewang ke Phuket tahun lepas dengan company trip (klik sini untuk story), aku banyak membuat penyelidikan sebelum ke sana. Bukan setakat laluan penerbangan, carta angin dan sebagainya; tetapi mengenai demografi Phuket. Di sana sebenarnya banyak orang Melayu Islam. Muka pun banyak muka Melayu. Cuma itulah sayangnya… tak semua boleh berbahasa Melayu (at least slang Kedah or Kelantan). Nama rasmi pun ikut nama Thai (contoh waris Mahsuri: nama Melayu=Wan Aishah, nama Thai=Sirintra Yayee). Ada yang even beragama Theravada Buddha. Padahal bila ke sana sebenarnya macam ke Langkawi je. Tapi sebab free trip punya pasal kan. Well, anyway…



Untuk meneliti sejarah berkenaan bangsa Melayu ni, kita kena luaskan skop. Bukan sekadar Kesultanan Melayu Melaka, malah kerajaan-kerajaan lama pra dan pasca-Islam seperti Samudera, Pasai, Srivijaya, Langkasuka, Temasik dan sebagainya. Dalam hal ini, pengetahuan tentang sejarah negara-negara lain kena baca gak, macam sejarah Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Myanmar. Mesti ada kena mengena. Dan paling utama, kita kena tahu skop keluasan pengertian Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau dikenali sebagai Nusantara itu. Tu belum aku cerita part bahasa lagi [Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa terdekat yang lain tergolong dalam cabang Malayo-Polynesian (keluarga Austronesian). Tak sia-sia aku belajar bahasa kat UIAM dulu].


Begini ceritanya (penceritaan ini diubahsuai dari sumber asal dan penelitian sendiri)…


Dulu, semenanjung Tanah Melayu meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Thailand dan Myanmar. Orang Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu Kelate (Yawi) sementara orang Melayu di Setul sehingga ke Rundung (Thailand) dan Pulau Dua (Kawthoung) di Myanmar today spoke Bahasa Melayu Kedah. Orang Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan berzaman-zaman, warisan Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Kalau bertandang ke Ranong, perhatikan struktur binaannya yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan bumi Siam.


Ingat, bangsa Siam adalah berbeza dengan bangsa Thai.


Selepas kejatuhan kerajaan Siam yang berpusat di Ayutthaya pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin (takde kena-mengena dengan ex-Thai PM Thaksin Shinawatra). Raja Taksin ini telah menyerang kerajaan-kerajaan Melayu di Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Pattani terselamat daripada serangan tersebut. However, this last bastion of the Islamic Malay kingdom faced continuous attacks from the warring Thais.


The Anglo-Siamese Treaty/Bangkok Treaty (Perjanjian Inggeris-Siam/Bangkok) 1909 yang dimeterai antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Pattani, Singgora, Setul hinggalah ke Segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai. Macam haram kan?



Ketika era pemerintahan PM Plaek Phibulsonggram (จอมพล แปลก พิบูลสงคราม), beliau telah menukar nama negara Siam kepada Prathet Thai atau nama rasminya Kingdom of Thailand (ราชอาณาจักรไทย Ratcha Anachak Thai). Secara umumnya, Thailand bermaksud “Negara Bagi Orang-orang Bebas,” tetapi secara metaforanya bermaksud “Tanah Orang-orang Thai”. Beliau memerintah secara kuku besi dan berhasrat menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya bangsa Thai dan menjadikan Theravada Buddha sebagai agama rasmi kesatuan. Kaum-kaum minoriti seperti Mon, Isan, Karen termasuklah Melayu telah dipaksa untuk di’Thai’kan melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom (ala-ala konsep 1Malaysia, cuma lebih kejam, tiada toleransi dan keras).


Selain itu, nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan Segenting Kra juga diubah kepada sebutan Bahasa Thai. Nama-nama tempat di selatan Thailand sekarang berasal dari nama-nama Melayu yang telah dikorupsikan Thai, seperti berikut:


1. Phuket (Bukit), nama lain ialah Tongkah. Pulau peranginan world-class.

2. Thalang (Tanjung Salang), juga di Phuket.

3. Yala (Jala)

4. Betong (Betung)

5. Bannang Sata (Benang Setar)

6. Raman (Reman)

7. Kabang (Kabae/Kabe)

8. Krong Pinang (Kampung Pinang)

9. Narathiwat (Menara)

10. Tak Bai (Tabal). Puak pemisah banyak disini.

11. Rueso (Rusa)

12. Su-ngai Kolok (Sungai Golok). Tempat feymes untuk border crossing.

13. Su-ngai Padi (Sungai Padi)

14. Tanyongmat (Tanjung Mas)

15. Buketa (Bukit Tar)

16. Pattani (Pantai Ini)

17. Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban). Kedah juga dulunya dikenali sebagai Syburi.

18. Yaring (Jaring)

19. Krue Sae (Gersik)

20. Panare (Penarik)

21. Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

22. Songkhla (Singgora) bermaksud Bandar Singa.

23. Chana (Chenok)

24. Na Thawi (Nawi)

25. Thepha (Tiba)

26. Saba Yoi (Sebayu)

27. Ranot (Renut)

28. Sadao (Sendawa) yang berdekatan border Bukit Kayu Hitam.

29. Hat Samila (Pantai Bismillah)

30. Satun (Setul)

31. Khuan Don (Dusun)

32. Phang Nga (Pungah), ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.

33. Ko Similan (Pulau Sembilan), lokasi diving yang menarik.

34. Ko Panyee (Pulau Panji)

35. Ko Phi Phi (Pulau Api-Api), pulau tercantik tidak jauh dari Phuket.

36. Ko Tarutao (Pulau Tertua), pulau terdekat dengan Langkawi.

37. Takua Pa (Kupa)

38. Phattalung (Bedalong/Merdelong)

39. Trang (Terang)

40. Ranong (Rundung), bandar utama ke Batu Tanda Persempadanan Melayu.

41. Krabi (Ghraibi)

42. Chaiya (Cahaya)

43. Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja/Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah Tambralingga/Ligor.

44. Tenasserim/Tanintharyi (Tanah Seri). Wilayah dalam Myanmar pada hari ini.


Nasib kaum Melayu yang di Thailand masih tidak jelas. Today, the Malays are still the majority at Satun, at Songkhla and in Pattani. Hanya masyarakat di wilayah-wilayah ini sahaja yang masih mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dialek tempatan. Sementara masyarakat Melayu Islam di wilayah asal Melayu kebanyakannya telah diintegrasi dengan kaum Thai dan tidak mampu lagi berkecek Melayu. Hanya agama Islam sahaja yang menjadi petunjuk mereka merupakan keturunan Melayu. It is interesting to note, however, masyarakat Melayu di wilayah Pulau Dua (Kawthoung), Myanmar masih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah pada hari ini.


Maka, kita di Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu. Nak tau lebih lanjut, bolehlah you all layari di Internet atau merujuk kepada buku-buku sejarah lama dan arkib negeri. Pada aku, akan kucuba untuk membuat ekspedisi bermotor ke Segenting Kra melalui highway PLUS terus ke Phetkasem Highway di Thailand. Mungkin ianya satu idea gila, tapi apa yang penting adalah nilai kepuasan dan sejarah yang berjaya dilihat sendiri.


Nak tau route bangang aku ni?


From KL, naik terus ke Bukit Kayu Hitam via PLUS. Lepas pos imigresen Sadao tu, lepak-lepak kat Haadyai barang semalam. Shopping ke apa yang patut. Next day, buat trip ke Krabi. Singgah sebentar di Phang Nga sebelum merentas ke Phuket. Kat sana, faham-faham jelah. The other day pulak, from Phuket shot naik ke Nakhon Si Thammarat., then terus ke Surat Thani. Dalam sehari dua, berangkatlah ke Ranong and teruskan ke Chumphon untuk mencapai sempadan Tanah Melayu di Segenting Kra.



Sudah puas bertangis-tangisan mengenang sejarah, turun balik via Phetkasem Highway tu, then turn ke arah timur ke Songkhla, Pattani dan sekitarnya. Dengarnya gadis-gadis sana come-lote. Dah lepak semalam dua balik ke Su-nga Kolok terus merentas ke Rantau Panjang, Kelantan. Shopping lagi la. Demo ni…


Cukuplah aku merapu masa ni. Next time, aku akan menyusuri asal-usul Melayu di Sarawak (keturunan Datuk Merpati Jepang) atau menyusuri bahasa Melayu yang maha hebat.


Khallas.

Monday, May 24, 2010

Walking Back Into Action

Hello.


If I have things to write, then I’ll write.


I know, it’s been quite lengthy since I last wrote, but nevertheless, I think I’m full with stuff to write… there will be stuffs on my K-pop obsession, my freakish would-be art exhibition, working themes over weeks, sports carnival plus many others.


The 2010 FIFA World Cup is around the corner, and I do anticipate the biggest football show on Earth. There will be write-ups on World Cup, that’s definite.


Till then.

Tuesday, March 16, 2010

BANGKOK DANGEROUS (a.k.a Mengintai Swimsuit Polka Dot Natthaweeranuch Thongmee)


Just as the department’s annual trip is taking off, the political tension in the capital heats up and raised a common doubt and question: Should we go ahead or cancel the trip? RS Iskandar Weerasethakul has the story.


Kalau Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sendiri cancel trip ke Australia atas dasar kepentingan negaranya, mengapa tidak kita cancel atau tukar destinasi demi keselamatan kita bersama?


Umum dah tahu yang PM Thai terbuang, Thaksin Shinawatra ingin merampas kuasa semula di Thailand. Sekarang ni dah puluhan ribu penyokongnya yang berbaju merah mendarahi nadi bandaraya Bangkok, dan more to come. Pasal penunjuk perasaan anti-kerajaan nak minta PM Vejjajiva turun dan adakan pilihanraya, aku takut ada kengkawan aku yang hilang ditelan gelombang laut merah di bandaraya itu nanti.



Ingat tahun lepas, bila penyokong merah Thaksin ni menghuru-harakan Bangkok dan menutup kedua-dua airportnya? Lumpuh Bangkok sekejap. Aku tak boleh imagine jika dalam travel ni tetiba ada musibah camni. Takut ada yang tertinggal jadi balaci Thaksin karang.


Anyway, trip ke Bangkok (13°458N 100°2938E) ni sebenarnya dah kedengaran sejak hujung Februari, cuma tak confirm je. Tak faham aku, apsal ke Thailand lagi. Tahun lepas pun dah ke Thailand jugak (Phuket, click here for my Phuket story)… kenapa tak melencong atas sikit ke Vietnam ke, Cambodia ke… takpelah, bukan duit aku pun. Duit company. Hehehe.


Aku memang tak pergi trip tahun ni atas komitmen keluarga. Tapi kalau takde komitmen pun, belum tentu aku nak pergi; walaupun ada plan nak extend trip sampai ke Luang Prabang, Laos. Tinggi benar cita-cita. Kejap lagi aku cerita apsal aku macam turn off nak pergi trip tahun ni.


Arakian, bila department aku announced trip Bangkok confirm jadi dalam masa tiga minggu sebelum travel, semua staf bagaikan terjerut leher kekejangan. Ada yang bersorak sorai gembira, bahkan ada yang diruntun jiwa. Yang takde pasport terus beratur dengan penuh sabar di kaunter Jabatan Imigresen, siap dapat pasport biometrik baru yang mematuhi standard perjalanan ICAO (International Civil Aviation Organization).


Gila betul. Alih-alih kata masa awal tahun haritu yang langsung takde trip untuk tahun ni tiba-tiba pulak ada. Mengejut pula tu. Kebiasaannya, trip akan diberitahu pada jangka masa sebulan setengah sebelum travel, memudahkan segala urusan kami untuk mengatur jadual. Ni dahlah ada plans, pulak tu nak travel kena ada duit poket dan macam-macam lagilah. Takkan nak cancel plan yang dah disusun sekian lama? Takkan nak korek lubang buat berhedonisme di negara orang?


Tahun ni memang aku rasa macam kurang hype nak pergi, berlawanan dengan tahun-tahun lepas. Tambahan pulak, aku rasa macam tak sedap hati, dicampur dengan keadaan pergolakan politik di sana. Kena pulak aku dengar trip kali ni cuma provide hotel dan breakfast… yang lain sendiri punya hal, free & easy and no pocket money provided. I have no problem with free & easy thingy.


OK, let’s not talk fussy about the trip. Apa-apa pun, first trip akan depart pada 26 Mac ni. Siapa yang kena trip kedua (2 April) nanti, jaga-jaga. Sampai sana kena simbah air kaw-kaw punya… maklumlah, Pesta Songkran katakan. Jadi, aku ucapkan selamat melancong wahai kengkawan semua dan jangan lupa ambik gambar bebanyak buat intipati bergosip di kafe nanti.



So, Bangkok. Dikenali dengan nama penuhnya iaitu Krung Thep Maha Nakorn (กรุงเทพมหานคร), ianya ialah bandaraya, pusat perdagangan, ekonomi dan kebudayaan terbesar Thailand. Seperti kebanyakan bandaraya dunia lain, Bangkok terletak di sekitar lembah Menam Chao Phraya (แม่น้ำเจ้าพระยา), sungai yang menjadi nadi penggerak kemajuan Bangkok. Banyak keistimewaan dan tarikannya kepada masyarakat dunia untuk mengenali budaya Thai dengan lebih dekat. Bandaraya ini dibahagikan kepada lapan kawasan utama: Khao San Road, Phahonyothin, Ratchadaphisek, Rattanakosin, Si Lom, Sukhumvit, Thonburi, Yaowarat/Pahurat. Kira kalau melawat Bangkok tu ertinya melawat Thailand la. Lengkap.



So kepada kengkawan yang akan terbang ke Bangkok dengan pesawat AirAsia (AK) atau Thai AirAsia (FD), you all akan merentasi Semenanjung mengikuti Banjaran Titiwangsa melalui laluan PULIPB PULIP G466 VKB35 G466 VKB GOLUD M751 REGOS SILV1B REGOS pada ketinggian 34,000 kaki dengan kelajuan 498 knots. Penerbangan akan mengambil masa selama 1 jam 42 minit dengan jarak 659 batu nautika. You all akan membuat 35.6 degrees port (left) turn selepas Kota Bharu beacon point (VKB) dan akan mendarat di Runway 19R, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK/VTBS) (13°4052N 100°4450E). Kalau BKK ditutup atas sebab rusuhan, you all mungkin akan dialihkan ke Lapangan Terbang Don Mueang (DMK/VTBD) atau lebih teruk jika dua-dua tutup, anda mungkin kena mendarat sama ada di U-Tapao (UTP/VTBU) atau terus bercuti di pulau Koh Samui. So, dah sampai nanti kenalah you all sebut Sawasdee-kap สวัสดี (selamat datang) dan buat wai (tanda penghormatan Thai).



Disebabkan tak tahu hotel mana anda ditempatkan, maka aku akan ceritakan sikit-sikit perihal keseronokan Bangkok Krung Thep ni. Antara tempat wajib dilawati ialah The Grand Palace, dimana pasak pemerintahan Thailand berpaksi, tetapi Raja Thai, Bhumibol Adulyadej tidak bersemayam di sana (baginda bersemayam di Istana Chitralada).



Kompleks istana ini terletak di tebing Menam Chao Phraya dan amat menarik di malam hari dengan kerlipan lampu seakan istana di zaman silam. Institusi diraja Thai amat disanjungi rakyatnya bagaikan simbol kekuasaan dewa-dewa. So, expect a lot of pictures, flags, banners and posters of HM The King, Queen Sirikit and Crown Prince Maha Vajiralongkorn around Bangkok. Keluarga diraja dilindungi undang-undang lèse majesté dan sebarang bentuk penghinaan, jika ditangkap, berat hukumannya.



Salah satu ikon Bangkok ialah pasar terapungnya, terutamanya di Damnoen Saduak Floating Market di Ratchaburi. Pasar terapung ini memberikan serba sedikit gaya hidup masyarakat Thai dan kepentingan sungai sebagai sumber perdagangan. Vendor yang bersampan di terusan-terusan (khlong) akan mendayung sambil menjual pelbagai barangan. Pasar ini dibuka dari awal pagi sampai tengah hari. So, belilah pelbagai buah-buahan yang murah, manis dan lazat. Naik sampan tu sekali dan belajar berdagang cara Thai. Balik KL nanti you all boleh start meniaga dalam sampan di Sungai Klang.



Bagi yang gemarkan shopping, Chatuchak Market antara destinasi popular. Sebagai pasar terbesar di Thailand, ianya merangkumi lebih 35 ekar dan mengandungi 5,000 gerai. Dengan anggaran 200,000 ke 300,000 pelawat setiap hari, pasar Chatuchak ini menawarkan kepelbagaian produk termasuk barangan rumah, pakaian, kraftangan Thai, artifak keagamaan, koleksi dan semestinya makanan.



Apabila menyusuri lebuhrayanya, jangan lupa saksikan keindahan King Rama VIII (Ananda Mahidol) Bridge yang merentangi Bangkok. Kalau di Bandung ada Jambatan Pasupati, di Bangkok pun ada.



Dah alang-alang berada di Bangkok tu, apa kata you all menyusuri Chao Phraya dengan menaiki bot panjang. Chao Phraya Express Boat Service menawarkan perjalanan dengan bot panjang. Keindahan pemandangan sepanjang tebing sungai semestinya menjanjikan pengalaman baru masyarakat Thai.


Tempat-tempat lain yang korang boleh lawati ialah Wat Arun, Wat Phra Kaew, Lumpini Park, King Prajadhipok Museum dan macam-macam lagi.


Makanan. Itu antara masalah biasa dihadapi (masa menaip ni aku melantak Domino’s Pizza. Darn). Di Bangkok, memang payah sikit nak cari Muslim food establishment, melainkan kawasan dekat dengan masjid seperti di Phetchaburi. Di hotel pun, makanan tak semuanya halal, jadi kena makan banyak sayur dan minum jus untuk keep on steady. Agak-agak kalau daring, try la roadside stalls, ada local flavours to savour. Manalah tau ada burung punai dara goreng cicah sos pisang pedas ke, kaki katak stim bersalut kacang, tarantula bakar dengan kuah air liur meerkat ke, sup sarang labah-labah ke, nasi timbel (eh, ni menu Sunda euy. Silap)… apa-apalah. Malam-malam perut korang mesti mula mengiau kucing transgender untuk makan. Semestinya benda yang dicari ialah tom yam goong. Kalau pedas, sendiri mau ingatlah. Try order masakan Thai yang selalu kita makan di KL ni macam Nasi Goreng Pattaya, Nasi Phad Prik, Nasi Prad Kha Pao (pakapau) mahupun Som Tham. Pekena seafood pun layan, bak kata orang. Try la ketam/ikan tiga rasa ala Thai… rasanya tak bangun korang nanti.


Selepas melantak, anda boleh meneruskan shopping atau untuk para kaki ding-dong macam aku ni, sudah tentu kawasan Silom akan ditakluki. Dikenali sebagai zon merah Bangkok, Patpong ialah antara tempat yang harus dikunjungi. Korang imagine laa apa-apa yang ‘enak dan sedap’ disana… semuanya ada. Pondan kathoey, Chang Beer, Singha, Siam Sunray, Cuban Mojito, a-go-go, ehem-ehem… semuanyalah. Kalau bernasib baik, maybe you all akan ditemani amoi Siam persis Ploy Chermarn Boonyasak, Marsha Wattanapanich atau Tata Young, paling buruk pun ala-ala Dr. Pornthip Rojanasunand (koroner flamboyant kes Teoh Beng Hock). Yang wanita pula mungkin boleh bertemu lelaki tampan sasa bak PM Thai sendiri, Phanom Yeerum (Tony Jaa) ke atau Jessadaporn “Tik” Pholdee, paling tak pun ala-ala Kiatisuk Senamuang. Part Patpong dan benda alah ni malas aku nak cerita lebih-lebih… takut naik sheikh korang nanti. Lebih baik aku biarkan you all experience sendiri.



Experience Bangkok at its best, and don’t ever leave without souvenirs and memorable visits to places I’ve mentioned. Also don’t forget the shots. It’s truly a worthy trip.


Harapan aku agar Bangkok tidak berada dalam suasana kacau-bilau pada trip tahun ini. Aku boleh je fly ke Bangkok jika masa mengizinkan, atau jika aku memang seorang pilot dan memiliki Cessna Citation X 9M-RSI sendiri. Selamat bercuti semua, tidak kira sama ada bersama keluarga, rakan-rakan, pasangan waima diri anda sendirian. Sabai-sabai (happy always)!


Khallas.