Tuesday, March 16, 2010

BANGKOK DANGEROUS (a.k.a Mengintai Swimsuit Polka Dot Natthaweeranuch Thongmee)


Just as the department’s annual trip is taking off, the political tension in the capital heats up and raised a common doubt and question: Should we go ahead or cancel the trip? RS Iskandar Weerasethakul has the story.


Kalau Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sendiri cancel trip ke Australia atas dasar kepentingan negaranya, mengapa tidak kita cancel atau tukar destinasi demi keselamatan kita bersama?


Umum dah tahu yang PM Thai terbuang, Thaksin Shinawatra ingin merampas kuasa semula di Thailand. Sekarang ni dah puluhan ribu penyokongnya yang berbaju merah mendarahi nadi bandaraya Bangkok, dan more to come. Pasal penunjuk perasaan anti-kerajaan nak minta PM Vejjajiva turun dan adakan pilihanraya, aku takut ada kengkawan aku yang hilang ditelan gelombang laut merah di bandaraya itu nanti.



Ingat tahun lepas, bila penyokong merah Thaksin ni menghuru-harakan Bangkok dan menutup kedua-dua airportnya? Lumpuh Bangkok sekejap. Aku tak boleh imagine jika dalam travel ni tetiba ada musibah camni. Takut ada yang tertinggal jadi balaci Thaksin karang.


Anyway, trip ke Bangkok (13°458N 100°2938E) ni sebenarnya dah kedengaran sejak hujung Februari, cuma tak confirm je. Tak faham aku, apsal ke Thailand lagi. Tahun lepas pun dah ke Thailand jugak (Phuket, click here for my Phuket story)… kenapa tak melencong atas sikit ke Vietnam ke, Cambodia ke… takpelah, bukan duit aku pun. Duit company. Hehehe.


Aku memang tak pergi trip tahun ni atas komitmen keluarga. Tapi kalau takde komitmen pun, belum tentu aku nak pergi; walaupun ada plan nak extend trip sampai ke Luang Prabang, Laos. Tinggi benar cita-cita. Kejap lagi aku cerita apsal aku macam turn off nak pergi trip tahun ni.


Arakian, bila department aku announced trip Bangkok confirm jadi dalam masa tiga minggu sebelum travel, semua staf bagaikan terjerut leher kekejangan. Ada yang bersorak sorai gembira, bahkan ada yang diruntun jiwa. Yang takde pasport terus beratur dengan penuh sabar di kaunter Jabatan Imigresen, siap dapat pasport biometrik baru yang mematuhi standard perjalanan ICAO (International Civil Aviation Organization).


Gila betul. Alih-alih kata masa awal tahun haritu yang langsung takde trip untuk tahun ni tiba-tiba pulak ada. Mengejut pula tu. Kebiasaannya, trip akan diberitahu pada jangka masa sebulan setengah sebelum travel, memudahkan segala urusan kami untuk mengatur jadual. Ni dahlah ada plans, pulak tu nak travel kena ada duit poket dan macam-macam lagilah. Takkan nak cancel plan yang dah disusun sekian lama? Takkan nak korek lubang buat berhedonisme di negara orang?


Tahun ni memang aku rasa macam kurang hype nak pergi, berlawanan dengan tahun-tahun lepas. Tambahan pulak, aku rasa macam tak sedap hati, dicampur dengan keadaan pergolakan politik di sana. Kena pulak aku dengar trip kali ni cuma provide hotel dan breakfast… yang lain sendiri punya hal, free & easy and no pocket money provided. I have no problem with free & easy thingy.


OK, let’s not talk fussy about the trip. Apa-apa pun, first trip akan depart pada 26 Mac ni. Siapa yang kena trip kedua (2 April) nanti, jaga-jaga. Sampai sana kena simbah air kaw-kaw punya… maklumlah, Pesta Songkran katakan. Jadi, aku ucapkan selamat melancong wahai kengkawan semua dan jangan lupa ambik gambar bebanyak buat intipati bergosip di kafe nanti.



So, Bangkok. Dikenali dengan nama penuhnya iaitu Krung Thep Maha Nakorn (กรุงเทพมหานคร), ianya ialah bandaraya, pusat perdagangan, ekonomi dan kebudayaan terbesar Thailand. Seperti kebanyakan bandaraya dunia lain, Bangkok terletak di sekitar lembah Menam Chao Phraya (แม่น้ำเจ้าพระยา), sungai yang menjadi nadi penggerak kemajuan Bangkok. Banyak keistimewaan dan tarikannya kepada masyarakat dunia untuk mengenali budaya Thai dengan lebih dekat. Bandaraya ini dibahagikan kepada lapan kawasan utama: Khao San Road, Phahonyothin, Ratchadaphisek, Rattanakosin, Si Lom, Sukhumvit, Thonburi, Yaowarat/Pahurat. Kira kalau melawat Bangkok tu ertinya melawat Thailand la. Lengkap.



So kepada kengkawan yang akan terbang ke Bangkok dengan pesawat AirAsia (AK) atau Thai AirAsia (FD), you all akan merentasi Semenanjung mengikuti Banjaran Titiwangsa melalui laluan PULIPB PULIP G466 VKB35 G466 VKB GOLUD M751 REGOS SILV1B REGOS pada ketinggian 34,000 kaki dengan kelajuan 498 knots. Penerbangan akan mengambil masa selama 1 jam 42 minit dengan jarak 659 batu nautika. You all akan membuat 35.6 degrees port (left) turn selepas Kota Bharu beacon point (VKB) dan akan mendarat di Runway 19R, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK/VTBS) (13°4052N 100°4450E). Kalau BKK ditutup atas sebab rusuhan, you all mungkin akan dialihkan ke Lapangan Terbang Don Mueang (DMK/VTBD) atau lebih teruk jika dua-dua tutup, anda mungkin kena mendarat sama ada di U-Tapao (UTP/VTBU) atau terus bercuti di pulau Koh Samui. So, dah sampai nanti kenalah you all sebut Sawasdee-kap สวัสดี (selamat datang) dan buat wai (tanda penghormatan Thai).



Disebabkan tak tahu hotel mana anda ditempatkan, maka aku akan ceritakan sikit-sikit perihal keseronokan Bangkok Krung Thep ni. Antara tempat wajib dilawati ialah The Grand Palace, dimana pasak pemerintahan Thailand berpaksi, tetapi Raja Thai, Bhumibol Adulyadej tidak bersemayam di sana (baginda bersemayam di Istana Chitralada).



Kompleks istana ini terletak di tebing Menam Chao Phraya dan amat menarik di malam hari dengan kerlipan lampu seakan istana di zaman silam. Institusi diraja Thai amat disanjungi rakyatnya bagaikan simbol kekuasaan dewa-dewa. So, expect a lot of pictures, flags, banners and posters of HM The King, Queen Sirikit and Crown Prince Maha Vajiralongkorn around Bangkok. Keluarga diraja dilindungi undang-undang lèse majesté dan sebarang bentuk penghinaan, jika ditangkap, berat hukumannya.



Salah satu ikon Bangkok ialah pasar terapungnya, terutamanya di Damnoen Saduak Floating Market di Ratchaburi. Pasar terapung ini memberikan serba sedikit gaya hidup masyarakat Thai dan kepentingan sungai sebagai sumber perdagangan. Vendor yang bersampan di terusan-terusan (khlong) akan mendayung sambil menjual pelbagai barangan. Pasar ini dibuka dari awal pagi sampai tengah hari. So, belilah pelbagai buah-buahan yang murah, manis dan lazat. Naik sampan tu sekali dan belajar berdagang cara Thai. Balik KL nanti you all boleh start meniaga dalam sampan di Sungai Klang.



Bagi yang gemarkan shopping, Chatuchak Market antara destinasi popular. Sebagai pasar terbesar di Thailand, ianya merangkumi lebih 35 ekar dan mengandungi 5,000 gerai. Dengan anggaran 200,000 ke 300,000 pelawat setiap hari, pasar Chatuchak ini menawarkan kepelbagaian produk termasuk barangan rumah, pakaian, kraftangan Thai, artifak keagamaan, koleksi dan semestinya makanan.



Apabila menyusuri lebuhrayanya, jangan lupa saksikan keindahan King Rama VIII (Ananda Mahidol) Bridge yang merentangi Bangkok. Kalau di Bandung ada Jambatan Pasupati, di Bangkok pun ada.



Dah alang-alang berada di Bangkok tu, apa kata you all menyusuri Chao Phraya dengan menaiki bot panjang. Chao Phraya Express Boat Service menawarkan perjalanan dengan bot panjang. Keindahan pemandangan sepanjang tebing sungai semestinya menjanjikan pengalaman baru masyarakat Thai.


Tempat-tempat lain yang korang boleh lawati ialah Wat Arun, Wat Phra Kaew, Lumpini Park, King Prajadhipok Museum dan macam-macam lagi.


Makanan. Itu antara masalah biasa dihadapi (masa menaip ni aku melantak Domino’s Pizza. Darn). Di Bangkok, memang payah sikit nak cari Muslim food establishment, melainkan kawasan dekat dengan masjid seperti di Phetchaburi. Di hotel pun, makanan tak semuanya halal, jadi kena makan banyak sayur dan minum jus untuk keep on steady. Agak-agak kalau daring, try la roadside stalls, ada local flavours to savour. Manalah tau ada burung punai dara goreng cicah sos pisang pedas ke, kaki katak stim bersalut kacang, tarantula bakar dengan kuah air liur meerkat ke, sup sarang labah-labah ke, nasi timbel (eh, ni menu Sunda euy. Silap)… apa-apalah. Malam-malam perut korang mesti mula mengiau kucing transgender untuk makan. Semestinya benda yang dicari ialah tom yam goong. Kalau pedas, sendiri mau ingatlah. Try order masakan Thai yang selalu kita makan di KL ni macam Nasi Goreng Pattaya, Nasi Phad Prik, Nasi Prad Kha Pao (pakapau) mahupun Som Tham. Pekena seafood pun layan, bak kata orang. Try la ketam/ikan tiga rasa ala Thai… rasanya tak bangun korang nanti.


Selepas melantak, anda boleh meneruskan shopping atau untuk para kaki ding-dong macam aku ni, sudah tentu kawasan Silom akan ditakluki. Dikenali sebagai zon merah Bangkok, Patpong ialah antara tempat yang harus dikunjungi. Korang imagine laa apa-apa yang ‘enak dan sedap’ disana… semuanya ada. Pondan kathoey, Chang Beer, Singha, Siam Sunray, Cuban Mojito, a-go-go, ehem-ehem… semuanyalah. Kalau bernasib baik, maybe you all akan ditemani amoi Siam persis Ploy Chermarn Boonyasak, Marsha Wattanapanich atau Tata Young, paling buruk pun ala-ala Dr. Pornthip Rojanasunand (koroner flamboyant kes Teoh Beng Hock). Yang wanita pula mungkin boleh bertemu lelaki tampan sasa bak PM Thai sendiri, Phanom Yeerum (Tony Jaa) ke atau Jessadaporn “Tik” Pholdee, paling tak pun ala-ala Kiatisuk Senamuang. Part Patpong dan benda alah ni malas aku nak cerita lebih-lebih… takut naik sheikh korang nanti. Lebih baik aku biarkan you all experience sendiri.



Experience Bangkok at its best, and don’t ever leave without souvenirs and memorable visits to places I’ve mentioned. Also don’t forget the shots. It’s truly a worthy trip.


Harapan aku agar Bangkok tidak berada dalam suasana kacau-bilau pada trip tahun ini. Aku boleh je fly ke Bangkok jika masa mengizinkan, atau jika aku memang seorang pilot dan memiliki Cessna Citation X 9M-RSI sendiri. Selamat bercuti semua, tidak kira sama ada bersama keluarga, rakan-rakan, pasangan waima diri anda sendirian. Sabai-sabai (happy always)!


Khallas.

1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

ngak mungkin dapat mengintai natthaweeranuch thongmee mandi kerana kat bangkok kecoh dengan red t'shirt