Wednesday, April 29, 2009

Menyelak bikini Natthaweeranuch Thongmee di pantai Patong, Phuket

*Tajuk sengaja dieksploitasikan sebagai daya penarik. Aktres Thai ini memang wujud dan cantik. Tak percaya, tengok filem "Shutter" (2004) lakonan bersama Ananda Everingham.*

Sawasdee-krap ยินดีต้อนรับ (Welcome)!


Everything comes with a reward. With good performance last year and boost in advertisement sales, the Company decided to reward us another annual trip... and we have no idea. Is it gonna be Bandung again? Oh, please no.

Macam-macam tempat berpotensi disebut. Ho Chi Minh la, Bali la, Pert
h la tapi yang pasti trip tahun ni untuk selected staff only. Dengan tarikh yang tak tentu lagi membuatkan kitorang semua tertanya-tanya. Ada function dengan CEO pun takde sebarang hint atau clue dibongkari. Ada ke takde trip ni? Dan dalam kegelapan itu aku and a few friends merancang trip sendiri ke Yogyakarta. Dah siap book tiket pun.

Tup-tup kedengaran khabar dari atas bahawasanya tarikh dan destinasi dah ditentukan. Maka bongkarlah sauh mengatakan trip tahun ni semua orang pergi dan destinasi tujuan ialah Pulau Phuket, Thailand. Siap dengar terbang dengan Malaysia Airlines (MH) lagi. Wah, silap-silap naik Boeing B737-800 9M-MLB (LimaBravo)! Dan dengarnya menginap di JW Marriott... tapi adakah semuanya bakal jadi realiti atau fantasi Ketua Pemerintah semata-mata? Dan satu hal lagi, bilakah tarikhnya? Jika clash dengan Yogyakarta trip, kenalah buat pilihan. Kalau tak, kenalah bergilir dan ambik cuti. Dilema lelaki betul.

Sementelah tu pula aku menghadapi macam-macam problem. Wayar fikir
an otak dah berselirat haywire. Tension jangan katalah. Muka nampak OK tapi dalam hati hanya kusendiri yang tahu. Any of these trips would be a getaway for a time being. Need to de-stress. Legakan tekanan diri sama ada memanjat stupa-stupa candi Borobudur atau terjun ke Laut Andaman. Mana-manalah. Janji boleh bermuhasabah dan muhasarawakkan diri.

Senarai jadual, kumpulan, bas, pesawat, penginapan dan tarikh semua sudah diketahui. Sampai namaku boleh disalah eja... Rizal Iskandar jadi Rizak Iskandar. Terus saja aku menukar nama kepada nama Thai, Rizak Weerasethakul. Sialan. Tarikh clash dengan trip Yogyakarta kami. Setelah diamati jadual secara terperinci, phew! kami boleh bercuti dua minggu berturut-turut. Balik Phuket terus fly ke Yogyakarta. Gila betul. So, macam-macam plan nak dibuat untuk double trip ni. Konon jadi laa kan. Then, ada satu meeting khas untuk trip Phuket dibuat kat pejabat dengan wakil travel agent. Rupa-rupanya tak jadi naik MH, dan ini secara automatik AirAsia (AK) jadi official carrier kitorang. Hmm. Boleh plan lagi ni. Sibuk pulak kami mengambil kursus gerenti cepat pandai Bahasa Thai tahap satu sekolah pondok. Aku nak de-stress je.

Aku pun menjalankan kajian terhadap Pulau Phuket dengan
terperinci. Phuket (ภูเก็ต) (7°53′24″N 98°23′54″E) dikenali sebagai Mutiara Laut Andaman (Pearl of the Andaman Sea). Banyak maklumat dikumpul beserta komen dan laporan daripada rakan-rakan yang pernah ke sana. Lebih banyak maklumat mengenai tsunami, pola cuaca dan penerbangan dibaca untuk rujukan. Beberapa kerat Bahasa Thai dipelajari dan pertukaran RM ke Baht dibuat sehari sebelum perjalanan.

Well, dengan semua dokumen dan benda siap untuk pergi maka aku pun ke LCCT dengan bas yang menunggu di depan pejabat. Dengan penuh simple aku berseluar pendek dan t-shirt serta beg galas memudahkan aktiviti aku di pulau itu nanti. Duduk dalam bas dengan Najmi. Dalam bas sempatlah melelapkan mata kejap. Sampai di LCCT konon-konon nak makan sekejap sebab lapar. Fillet-O-Fish macam memanggil-manggil je. Tapi disebabkan semua orang dah nak check-in maka aku pun terseret sama. Perut aku mula mengiau-ngiau kucing pondan. Di LCCT aku bersatu semula dengan Caslyn, amoi NST Singapura. Dari jauh dia jerit nama aku. Ingat lagi amoi ni dengan aku ye. Hehe. Dan selepas checking-in aku pun terus ke departure hall sebab bebudak dah ke sana. Lapar ni! Tapi yang seronoknya, aku dapat seating 14F... window seat, tapi view kena blok sikit sebab row 14 memang atas wings. Setelah melepasi imigresen, aku duduk dengan kawan-kawan, pergi cari Banana Boat SPF 50 dan drinks. Sempat bergambar pula. Aku melepaklah dengan Diba dan Ira berborak macam-macam.

In time lepas tu pengumuman masuk pesawat berkumandang. Hmm.
Luckily for me, Ross dan Ira dapat Xpress Boarding (sbb seating kat laluan kecemasan) maka masuklah kami dahulu meninggalkan rakan-rakan lain. Aku swap dengan tempat duduk dengan Ira. Ross di sebelah sana. Muka-muka lain yang dikenali mula memenuhi kabin pesawat. Riuh-rendah macam sekolah rendah je. Aku rasa separuh pesawat ni orang-orang NSTP belaka. Kesian aku tengok cabin crews buat roll call and headcounts. Kudos to them for job well done. Berborak dengan Ira sepanjang flight rasanya. Tengoklah kalau tak bosan flight ni kan, lagipun sekejap je terbang. Sejam lebih sikit-sikit. Masa stewardess tengah bersedia nak buat demonstrasi aku pun keluarkan flight plan yang sudah disusun untuk penerbangan ini. Satu persatu helaian diselak flight plan tu. Penuh dengan gambarajah dan laluan penerbangan. Nasib takde kompas je atas aku ni. Ya, aku memang seharusnya duduk kat seat paling depan... kokpit. Boleh tak bebudak ni suruh aku pakai baju pilot check-in dengan diorang, tarik beg hitam dengan topi pilot pastu sambut diorang ke pesawat? Aku bawak betul Airbus tu karang. Loya you all nanti.

Pesawat yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur -LCCT (KLIA/WMKK) (2°44′44″N 101°42′35″E) ialah AirAsia (AK) 872, pesawat Airbus A320-200 dengan nombor ID 9M-AHL (HotelLima). Departing from apron F64, pesawat memasuki taxiway Bravo 16 via Kilo dan Lima ke Alpha 11. Menara KLIA (Lumpur ATC) memberikan clearance for take-off di Runway 32R. Menaiki 6,000 kaki ke arah laluan, pesawat membelok 280 darjah ke barat laut ke laluan Agosa Alpha dengan melintasi R-309 VKL VOR dan menuju altitud penerbangan 38,000 kaki dengan kelajuan angin 302 knots. Penerbangan berjalan lancar dan servis dalaman cukup memuaskan. Ya, dari atas sudah kelihatan kecantikan Laut Andaman dan Kepulauan Phi Phi yang bakal ku takluki.

"Cabin crew, please be seated for landing. Thank you."

Sedar tak sedar dekat nak sejam, laluan pesawat memasuki PACUS
R-098 ke arah utara untuk memasuki laluan pendaratan 12 DME R-088 268 darjah. Ketinggian diturunkan secara perlahan ke minimum 5,000 kaki ke Borna One Bravo. Landing gear diturunkan pada paras 2,500 kaki dengan kelajuan 190 knots. Pesawat terbang merendah ke paras 200 kaki. Flaps dan slats diturunkan 15 darjah untuk melambatkan pergerakan angin.

Dalam keadaan sebegini, aku membayangkan sistem navigasi GPWS (Ground Proximity Warning System) Airbus semasa landing approach:

"One hundred (feet). Fifty, forty, thirty, twenty... retard-retard-retard."

Dan akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di Runway
27 Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT/VTSP) (08°06′48″N 098°19′01″E) on schedule. Dengan terik matahari yang memancar dari luar, pesawat memasuki apron melalui Echo-One sebelum berhenti di Dock B. Leganya rasa bila melalui aerobridge di sini. Biasanya AK menggunakan tangga kan. Sambil menunggu pelepasan imigresen sempat lagi bergambar tu. Ross sudah bersamaku. Ira sudah aku kembalikan pada Diba. Keluar dari pintu ketibaan, kami disambut dengan kalungan cengkerang daripada penyambut tetamu kami. Teriknya matahari di Phuket subhanallah... tak tertahan. Tak sampai suku pun satu pertujuh api neraka. Membedal Haji Marlboro diluar sambil memunggah barang ke dalam bas, aku melepak dengan Venny Sarawak. Speaking la apa lagi. Dan bas kami yang ditandakan sudah siap untuk bergerak ke Restoran Marina Kitchen untuk lunch. Aku duduk dengan Sharifuddin dalam bas menikmati panorama sekitar.

Sampai di restoran kami disusunkan ke meja-meja. Pendek katala
h, makanan tengah hari kami memang menggiurkan, marvellous, superb dan the best! Tom yam Siam yang original, ikan yang fresh, sambal yang power... memang superb-lah. Lepas makan, kami bersiaran ke Madunan T-shirt factory. T-shirt kat sini murah-murah. Pekedai siap cakap Melayu lagi. Macam-macam design dan pembikinan dilihat. Tak tahan panas, duduklah aku dalam bas. Siap tidur lagi. Memandangkan masa sudah lanjut maka bas terus saja ke hotel penginapan di pantai Patong (หาดป่าตอง), The Courtyard by Marriott di Ruamchai Road.

Perjalanan ke Patong lebih kurang 35 minit. Jalannya berbukit dan macam-macam panorama boleh dilihat. Sekali pandang, Phuket tak jauh berbeza dengan Langkawi. Tapi budaya masyarakat Thai memang kaya. Setiba di kawasan Patong, Laut Andaman tersergam indah. Melewati Ratuthid Road, deretan kedai, hotel dan macam-macam dilalui. Memang syurga pelancong. Sampai di hotel, terus check-in. Aku sepatutnya sebilik dengan Sharifuddin, tapi kitorang swap so aku duduk sebilik dengan Najmi. Ross dan Sharifuddin sebilik. Rehat barang setengah jam or so, terus call Ross untuk swimming. Pantang tengok air. Sah hantu air. Malam tu pulak bersiaplah untuk dinner di Baumanburi Resort, di jalan bertentangan. Lepas makan dan bergambar sakan ada yang nak ke spa lah, massage lah, tapi aku, Ross, Najmi, Fara, Zura, Elis dan Kak Hawa bermain-main di sepanjang pantai Patong dan shopping. Itulah first time tengok papan tanda amaran tsunami selepas the disaster. Dimanakah aku sebagai Ultraman pada ketika itu.
Aktiviti malam pertama diteruskan dengan menerobosi Bangla Road yang terkenal dengan pesta liarnya. Rimau show ada, bogel show ada, showgirls, pondan shows semua ada. Hmm. Masuklah tengok. Gila. Pondan lagi cantik daripada wanita asli!

Hari kedua selepas breakfast ialah hari menelanjangi Kepulauan Phi Phi (หมู่เกาะพีพี). Aku dan Najmi memisahkan diri daripada rombongan bas untuk trip ke pulau itu dan join Fara, Zura, Elis, Kak Hawa, Diba, Ira dan Hassan yang sudah disepakati untuk ke sana. Dari Patong kami ke Rassada Port untuk naik feri ke Phi Phi. Kepulauan Phi Phi ialah antara tarikan orang ke Phuket dan Krabi, also world-famous dive sites. Memang cantik. Some smaller islets were submerged by the sea during the 2004 tsunami, and swept almost half of Phi Phi inhabitants. Seriously. So, selepas menurunkan sebahagian penumpang di jeti Phi Phi Le, feri membawa kami keliling pulau dan stop untuk sesi snorkelling.

Kalau dah hantu air tu memang tak boleh kata apa la. Pantang nampak air. Orang lain snorkelling pakai mask, snorkel, lifejacket and fins, aku pulak dengan seluar je terjun laut tanpa perasaan prejudis. Bebudak lain tak boleh nak tahan aku dah. Lama aku swim underwater... bermain dengan ikan dan berbaring sebelah corals. Keluar dari air je aku rasa seperti dilahirkan semula. Oh, impian menjadi nyata! Aku first time terjun laut, memang kerja gila sungguh. So suicidal. Boleh pula aku fikir pasal mati di laut. Entah beberapa kali aku naik terjun laut dari feri. Ketagih sungguh. Lepas sejam lebih bermain laut, kami dibawa keliling pulau dan melihat Viking's Cave yang popular dalam filem Leonardo DiCaprio, The Beach. Cantiknya. Cantik lagi perairan sekitarnya. Hohoho. Lepas tu, kami dihantar ke darat untuk buffet lunch. 90% penduduk Phi Phi ialah Muslim maka pasal makanan tiada masalah. Makanlah kitorang dan lepas tu boleh plak kami main tepi pantai dan aku terjun laut lagi. Siap ambik gambar keluar dari laut macam James Bond laa kan. Dan setelah seharian berpanas, bermain air, makan, kejar-kejar, kami kembali ke Phuket pada petangnya. Puas gila!

Rehat dengan Najmi kat bilik lebih kurang sejam lebih je. Sempat gak lepak kat kolam dengan Ross. Malam tu kami ke Phuket FantaSea di Kamala. Tempat tu sebenarnya theme park yang aku rasa takde satu pun tempat di Malaysia boleh lawan. Tempat makan je cukup grand... The Golden Kinnaree Restaurant. Besar macam istana dan penuh dengan dekorasi mitos Thai. Makanannya sedap banget. Lepas makan, menyusuri taman dan bergambar sakan. Macam-macam aksi aku dan Ross. Ada zoo, tengok animals dan real white tigerzord. Cool! Dan lepas tu kami ke agenda utama malam itu iaitu pertunjukan pentas di The Palace of the Elephants, replika istana zaman Sukhotai yang sarat dengan arca dan ukiran gajah (chang, dalam Bahasa Thai). Nak tengok show tu macam masa aku di Euro Disneyland dulu. Sistem simpanan barangan amat bagus, ada beberapa tarikan di lobi pentas seperti menyusu tiger cubs dan anak gajah. Dalam panggungnya yang cukup besar dan mewah itu, pertunjukan dimulakan. Masya-Allah betapa hebatnya show itu. Segenap aspek koreografi, plot, efek dan macam-macam amat memakukan penonton di tempat duduk tanpa kelip. Oh wunderbar (oh, wonderful)! Sejam setengah menikmati show itu semacam berada di kayangan mitos Thai. Istana Budaya pun tak sehebat ni. Habis saja show aku dan sebilangan besar penonton memberikan standing ovation kepada para pelakon, krew dan sesiapa yang terlibat dalam show yang c'est magnifique ni. Superb! Malam selepas kembali ke hotel, aku dan Ross pula menyusuri Bangla Road dan Thaweewong Road sambil makan waffles, Coke dan mencuci mata menghabiskan rokok tanpa baju. Dan melepaklah aku dengan Ross bersama Sharifuddin di beranda, bercerita tentang Phi Phi adventure dan agenda rombongan seharian ke Gems Gallery dan kilang gajus.


Hari ketiga aku tak pergi breakfast sebab malas, cuma minum segelas jus je. Ngantuk wehh. Penat bercanda di pasiran pantai Phi Phi punya pasallah. So, agenda hari ketiga ialah ke Karon Beach, Rawai Beach, Laem Promthep, Wat Chalong & Sunday market. Di Karon Beach, aku dan Ross main tembak-tembak di Phuket Shooting Range. Kesian tengok the girls ketakutan dengan anak gajah. Apa laa. Comel apa anak gajah yang bernama Peemai tu. Lepas tu, di Laem Promthep, aku dan Ross memberikan tabik hormat kepada King Bhumibol Adulyadej (Rama IX) dan Thailand, dan bergambar sakan dengan Najmi and friends. Diba dan Ira pun jadi mangsa. Aku dan Ross posing macam statue Heroines' Monument (Thao Thep Kasattri & Thao Sri Sunthon ท้าวเทพกระษัตรี ท้าวศรีสุนทร) kebanggaan Phuket, melonjak ke langit dan macam-macam walaupun kepanasan 38 darjah tahap membakar. Rentung aku camni, nasib baik ada SPF 50. Konon-konon ada group photo, tapi tak best langsung. Cantik lagi group photo Bandung dulu. Lepas tu, di Wat Chalong kami menziarahi kuil Buddha terbesar di Phuket. Time tu jugaklah kamera habis power. Kamera Najmi pun sama. Kesian dia.


Lunch di Bang San Duan Restaurant kali ni macam tak best sebab food seemed to be not enough. Makan pun kena berebut, kalau tak habis semua tak dapat. Rakus betul. Aku dan Ross pun lapar jugak. Selepas tu kami ke factory outlet complex dan Grand Festival yang aku rasa tak singgah pun takpe. Tapi aku lepak kat Starbucks jugak. Temankan Ira cari barang, pastu aku tidur kejap dalam bas. Baik balik hotel, rehat mandi tukar baju semua dan paling penting, aku boleh recharge battery kamera. Tapi singgah punyalah lama, dahlah barang mahal. Serupa shopping kat KLCC je. Lepas tu barulah kami ke Sunday market. Ala-ala pasar biasa je. Aku dan Ross membeli baju yang agak serupa bertulisan Thai. Beli dan pakai terus. Jalan sekeliling orang semua senyum kat kitorang. Lantak la. Lepas tu, terserempak dengan Diba dan Ira lalu join makan donut kecil yang panas dan sedap, sebelum hujan merencatkan perjalanan kami. Hehe. Tak shopping apa-apa sangat pun. Tunggu orang lain yang shopping sampai tak ingat jam adalah. Lepas tu terus je ke Kang Eng 2 Restaurant di Rawai Beach. Makan malam ni agak mewah jugaklah, tapi quite boring sebab takde hiburan. Lepas makan, sesi rokok dan melepak di tepi pantai, kami balik ke hotel. Awal lagi ni. Balik ke hotel melintasi Simon Cabaret yang famous dan persekitaran Karon yang aku tak nampak pada siangnya.

Malam masih muda remaja. Aku dan Najmi melepak di bilik sambil menunggu Ira datang mengambil barangnya dalam beg aku. Lupa pulak dia. Lepas tu Najmi keluar melepak dengan kawan-kawan dia. Ross sudah hilang entah ke mana. Kepala sudah tangkap hangover. Baru ingat nak tambah Bacardi. Aku turun ke lobi dimana Diba dan Ira menunggu aku membawa mereka menyusuri Bangla Road. Laa... tak berjalan-jalan ke bebudak ni? Kami bertiga bersiar-siar seperti pelancong. Ada laa terserempak dengan bebudak lain, tapi semua buat hal masing-masing. Nak tengok a-go-go rimau show, aku bawa Diba dan Ira masuk. Pelik-pelik aksi tontonan kami. Susah nak cerita kat sini. Lesbian show pun ada. Tapi pondan Siam ni memang lagi lawa daripada awek Thai jati. Lepas tu ingat nak layan live band di Margarita, dan balik ke hotel. Lepas tu aku ke bilik Ross yang sudah pulang dan melepak lagi. Berasap je kerja kitorang. Gelak-gelak tengok gambar dan bercerita.

So, the last day of our trip memang dijangka agak panas dan mencabar. Pepagi lagi selepas Subuh aku dan Ross bermain-main di pantai Patong. Gila betul. Nak mandi laut tapi airnya agak besar dan ganas. Takut le pulak. Hantu air takut air, camne ni? Lepas tu, straight kitorang pergi breakfast yang agak heavy sebab lepas ni tiada lunch disediakan (semua atas duit sendiri) sebab ada group yang pulang awal ke KL. Kak Hawa, Diba, Ira, Fara, Zura dan Elis antara yang balik awal. Takpe. Masa breakfast dengan Ross, Sharifuddin dan Andy (our tour guide), we talked a lot. Rancak. Aku minta Andy book one session for Thai massage untuk hari tu. Ira pun recommend aku untuk Thai massage. After saying goodbyes (and godspeed to my Airbus, hahaha!) to those who return home early, aku dan Ross swimming lagi. Then, aku naik van yang ditempah khas secara eksklusif untuk aku ke Oriental de Phuket. Tempat massage antara yang terbaik pernah aku pergi. Suasana, bilik, layanan dan yang penting urutan yang dilakukan memang first class... no wonder ramai yang recommend ke sini untuk Thai massage. Nak diurut kena pakai pakaian khas. Dua jam aku disiat-siat, dirobek dan dihancurlumatkan. Krap-prap-prak dan ahhh... segarnya badan! Semua sistem pulih semula. Dan semuanya hanya 600 baht (RM60). Murah. Di KL mahu kena RM150. Lepas tu aku balik ke hotel dan rejoin Ross, Najmi dan Sharifuddin untuk last round shopping di sekitar Patong. Punyalah panas sampai aku berjalan shirtless. Macam orang putih. Sekali lagi, terima kasih kepada SPF 50 kerana menyelamatkan kulitku yang gebu ini daripada pancaran UV. Di Patong O-Top, semua nak mencari cenderahati dan minum tak ingat sebab kepanasan. Aku mendapatkan sehelai t-shirt Phuket dan sehelai sutera Thai yang cantik dan berkualiti untuk isteriku. Suka betul dia. Dan selepas itu kami seperti serigala lapar mencari kedai makanan halal... The Kohinoor Indian Food. Order nasi goreng ayam RM12... OK la untuk tempat pelancong camtu. Janji makan, sedap dan perut pun kenyang sampai petang.


Petang kami semua check-out dalam pukul 4.30, dan menanti bas persiaran untuk ke HKT/VTSP. Perjalanan merentasi pantai Patong untuk kali terakhir dan diselubungi hujan seolah-olah menangisi pemergian kami. Huhuhu. Berborak dengan Ross dalam bas sampai tertidur. Sampai di airport, terus saja beratur untuk screening dan checking-in. Apsal laa bengap sangat kaunter AK ni, sampai sistem gagal berfungsi. Makin panjang dan lamalah kami berdiri. Beg dahlah berat. Aku keluarkan flight plan dan akhbar Bangkok Post dan masukkan beg galas aku dalam kargo. Senang. Hari dah semakin malam, perut dah berbunyi, lepas check-in dengan Ross dan Sharifuddin ingat nak singgah Dunkin' Donuts tapi apakan daya sudah terlambat. Masuk je dalam terus ke pintu masuk pesawat dan beratur nak masuk. Siap bergambar lagi.

Pesawat AirAsia (AK) 877 Airbus A320-200 dengan ID 9M-AHJ (HotelJuliet) ke KUL/WMKK berlepas di Runway 27 melalui Papa-One. Pesawat memasuki pola laluan Wandy 353 darjah ke selatan pada ketinggian 36,000 kaki dan memasuki laluan Agosa Alpha sebelum rotate 56 darjah Sasri RDL 172 untuk landing approach di Runway 32L KUL.

The flight home at around 9.05 pm (Malaysia 10.05 pm) kurang best. Satu, sebab taking off cukup-cukup lepas V1 speed. Kedua, aku mengalami decompression yang agak menyakitkan kepala, dan ketiga, hard landing. Tak pernah aku merasa seksa terbang camni. Nak tido pun susah. Tapi pemandangan Phuket dari atas memang cantik. Sampai di KL dalam pukul 12 malam, ambil beg terus ke bas ke pejabat. Tidur lagi dalam sejam dan sampai di pejabat pukul 1.45 pagi. Perut sudah lapar, skuter harus dipanaskan sebelum pulang maka kitorang melepak di Leeya's membedal sepuas-puasnya. Lapar beb, sejak di HKT lagi menahan lapar. Duduk hisap Marlboro bercerita lagi tentang kenangan Phuket bersama bos, Ross dan semua. Sampai rumah pun dalam pukul 3.30 pagi, kena hujan pula. Uhh. Meletihkan. Esoknya kena turun kerja juga, tapi boleh masuk lambat.

Well, Phuket in many ways were interesting to visit and spend your holiday. If you love the sea, snorkelling or diving is a must. Being four days at the island rejuvenated myself to see bigger scopes of life, and to appreciate things that has been bestowed upon me. I'm back and I will start afresh for the future.

Khop khun-krap ขอบคุณ (thank you) to my family, company and friends for making my trip a memorable one.


Khallas.

Monday, February 23, 2009

The road to Manchester. Yes or no?


You may not believe this, but it's true.

Manchester United (MU) has approached AirAsia Berhad (AK) and Tenaga Nasional Berhad (TNB) of Malaysia to become their shirt sponsor beginning 2010. The club have sent to each company a prototype jersey with the companies' name emblazoned across the chest. MU's current contract with an American insurance company, AIG will expire in 2010, after they took over from Vodafone as MU's shirt sponsor.

Note: I am not an MU fan. I boarded AK aircraft in MU livery once, and I hate it. I rather see AC Milan livery over AK aircraft.

I am an avid fan and admirer of AirAsia, and this is a lifetime opportunity for them. Bearing their logo on MU shirt helps strengthen their brand abroad, although AirAsia X (D7) fits better in this aspect (D7 flies to London Stansted beginning March). The photos shown in Dato' Tony Fernandes' blog say it all. It looks nice. As for TNB, there are some photos which similarly telling the same story, and I'm still wondering why MU approach TNB for sponsorship.

From branding and marketing aspects, the sponsorship would boost profits for both sides. MU will generate income from replica shirts sales, particularly from Asia, and AK will see more passenger growth and profit. LCCT would become more crowded and KLIA would slowly becomes a white elephant (haha). In the English Premier League (EPL), referees' shirts are sponsored by AK, as seen on their sleeves. Spectators and football fans around the globe have seen AK logo everywhere... on sleeves and billboards during matchdays. Maybe next season an additional presence could be seen running on Alex Ferguson's army, if the deal is on. This will also applies to TNB, if they are chosen; but in terms of revenue, TNB might be on the loser side, and worse, we might see a hike in electricity and energy tariffs in the future.

That is why I choose AK than TNB.

It is an honour to AK to be invited to sponsor MU, an already a strong brand worldwide. Associating themselves with world's best (arguably) football club could further mark their presence on travel map. In just a mere 7 years, AK has become an Asian pride, a champion of its own class, even surpassing Malaysia Airlines (MH) in certain aspects. In a matter of interest, Malaysia could benefit from the sponsorship as well.

Why not, AK?

AK is a strong name in low-cost aviation, which is very popular among travellers. A leading low-cost carrier in Asia, AK initiates flying for everyone. And AK has a good history in sponsorship, too. They previously sponsored AT&T Williams F1 Team with good F1 team standings for two seasons. Petronas and Proton have made it possible to sponsor big teams, albeit Proton ceased sponsorship with Norwich City years ago. I think AK will get more exposure with this sponsorship, though I might not buy an MU replica bearing AK logo.

But there is one thing: Can AirAsia afford to become MU shirt sponsor for three years?

The current sponsor, AIG has signed a five-year contract with MU worth USD$100 million (RM360 million). That's a lot of money! How much AK could commit, and how much IMU would take? I have no idea of AK's profit margin or debt, but again, MU fans here would disagree with me as long as a Malaysian name is strongly associated directly with their beloved club. The figure could be less, counting for just a three-year contract, but is it worth it?

I think AK can.

If the deal is on, it is a good thing. We will see business pumping in. Now we will have to wait for next development.

You can read more at Dato' TF's blog at www.tonyfernandesblog.com.

Khallas.

Wednesday, February 11, 2009

MARI MENGHAYATI RUKUNEGARA (YANG TERTENTU SAJA DIKALA KEHANGATAN INI)

Dari tadika kita diajar tentang Rukunegara. Malas nak bercerita panjang tentang ideologi penyatuan rakyat Malaysia ni. Sila balik buka buku sejarah atau tengok dalam Wikipedia ya untuk kupasan lanjut.

Oh ya, dikala kehangatan di Gangga Negara ketika ini, mari bersama-sama menghayati tiga baris terpenting ketika ini:

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Secara pendek, JANGAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG DAN SESEKALI TIDAK MENDERHAKA KEPADA SULTAN.

Secara penuh, mari kita ikrarkan bersama-sama:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Anak-anak faham kan?

Khallas.

Thursday, January 29, 2009

Eksklusif untuk Fir di Lara Teruna

Memandangkan siri cinta pertama aku yang pertama, Desperate Bachelor mendapat sambutan, maka mulai sekarang anda semua boleh membacanya di laman eksklusif khas untuk itu.

Oh ya, Desperate Bachelor kini dilabel semula sebagai LARA TERUNA.

Teruskan membaca ya. Layari laman web cintacipta.blogspot.com, khas untk peminat Fir.


Wednesday, January 28, 2009

Desperate Bachelor (Part III)

Previously on Desperate Bachelor...

Desisan manja Izah sudah pasti membuka pintu nafsu Fir untuk menakluk pagar ayu Izah, tetapi tempat serta masa tidak menyebelahi mereka. Izah membetulkan kain kebayanya yang terselak dek ramasan Fir. Tersipu-sipu Izah menahan merah muka asmaranya itu. Fir mungkin mahu membawanya ke hotel malam ini untuk menghabiskan wayang mereka, fikirnya.

Fir kembali ke tempat duduknya dan pelayan tetamu sedang menghidangkan sajian tengah hari mereka. Fir membantu Izah memotong sirloin steak dan menyuapkannya ke mulut Izah. Izah bagaikan di alam fantasi, dilayani bagaikan puteri oleh Fir. Mereka menikmati lunch date mereka dalam suasana yang begitu ceria sekali. Izah tidak putus-putus memuji hadiah set wangian Chanel pemberian Fir sebentar tadi. Sementara itu di bawah meja, aksi pergeselan kaki atau footsie rancak berjalan dan amat menaikkan nafsu kedua-duanya yang sedang makan bersama.

Fir kembali di pejabatnya. Terdapat beberapa longgokan fail dan dokumen di mejanya untuk disemak. Fir membetulkan duduknya dan memulakan kerjanya. Setiap dokumen perlu disemak kira-kiranya, butirannya dan ketepatan maklumat sebelum difailkan kepada ketuanya. Fir dikenali sebagai seorang yang amat profesional dan teliti dalam pekerjaannya, lantaran itu seringkali menjadi contoh kepada ketuanya. Ketekunan dan kecekapan Fir menjalankan tugasnya sebagai eksekutif kanan memberikan kepuasan serta hasil yang membanggakan. Fir kini tersenyum bangga dengan aset yang dimilikinya: sebuah kondominium lengkap di pinggir bandaraya, simpanan puluhan ribu ringgit, perniagaan melalui Internet yang berjaya, kereta dan motosikal Ducati hypermotard kesayangannya. Dan Fir juga sentiasa memastikan penampilan luaran dan dalamannya diisi sepanjang masa. Sebab itulah Fir amat menghargai usahanya sendiri dan dalam masa tiga minggu dari sekarang dia akan bercuti ke Australia selama seminggu. Ya, bercuti di Australia… dengan siapa ya? Itulah persoalannya, adakah teman untuknya ke sana?

Sudah pukul empat setengah petang dan perut Fir mula rawan minta diisi. Fir terus ke kafe membungkus kuih-muih pilihan hatinya. Fikiran yang kusut harus dileraikan. Di satu sudut kafe, Fir ternampak sekumpulan lelaki berbaju putih ala krew pit BMW Sauber Petronas duduk menikmati minum petang. Perasaan hairan dan kagum Fir terhadap kumpulan lelaki itu bertambah sejak Fir melihat mereka berpakaian merah ala krew pit Scuderia Ferrari Marlboro... dan setiap kali itu juga deretan tiga kereta Ferrari tersergam kacak di perkarangan letak kereta eksekutif. Punyalah hebat sehinggakan ketua pegawai eksekutif syarikat tidak berani memarkir Mercedes-Benznya setiap kali deruman Ferrari ini mengaum!

Telefon bimbit Fir berbunyi. Deringan lagu Katy Perry yang lantang menarik perhatian beberapa staf di kafe untuk turut sama menuruti lirik lagunya. Cepat-cepat Fir keluar dari situ dan menyahut panggilan yang mengejutkannya itu. Panggilan daripada Ayu!

"Abang ada di pejabat? Ayu nak datang minta abang mengesahkan dokumen urusniaga pelanggan."

"Abang di kafe ni. Sekejap lagi abang naik. Oh ya, Ayu mahu apa-apa? Abang boleh belikan."

"No, thanks abang. I'll see you shortly ya," lembut saja tutur katanya yang bisa meleburkan emas tulen 24 karat.

Fir kelam-kabut naik ke atas dan membetulkan susun letak mejanya yang agak berterabur dengan kertas-kertas kerja. Fir menyorokkan hadiah Ayu di bawah mejanya. Dan saat itu jugalah Ayu datang, membuatkan Fir beku serta-merta atas penampilan Ayu yang sederhana hari ini, walaupun mengenakan sedikit mekap dan skirt labuh.

Ayu meletakkan dokumen urusniaga pelanggan di atas meja Fir dan duduk di kerusi bersebelahan Fir. Dengan penuh sopan Ayu meminta Fir memeriksanya. Seperti kebiasaannya apabila berurusan dengan Fir, Ayu menanggalkan kasutnya, menggeselkan kedua-dua kakinya, menunduk sedikit menunjukkan lurahnya yang membuatkan jantung Fir berombak tsunami. Sambil bekerja, mereka berbicara tentang kehidupan dan sesekali tertawa. Setelah selesai dengan kerjanya, Fir mempelawa Ayu untuk makan bersamanya, namun Ayu menolak lembut.

"Sebelum Ayu pergi, abang ada sesuatu untukmu."

Fir berdiri, meminta Ayu menutup matanya. Tangannya Fir paut dan dengan penuh hati-hati disangkutkan beg kertas berisi hadiah siap dengan sekeping coklat kegemaran Ayu.

"Apa ni, abang? Ada-ada sajalah abang ni. Mesti ada sesuatu ni. Janganlah main-main, Ayu tak tahan la," rengek Ayu.

Fir amat suka menyeksa Ayu sebegini.

"There. You'll love it."

Ayu cuma terlopong dengan hadiah pemberian Fir. Juga gembira kerana coklat kegemarannya ada bersama. Bungkusan hadiahnya yang dikemaskan dengan beg kertas berwarna merah jambu itu sudah cukup memberitahu Ayu isi kandungannya. Ayu gembira sekali, lantas memeluk Fir tanpa sedar.

"Terima kasih abang, Ayu suka sangat!" Fir terkejut dengan reaksi spontan Ayu itu tidak mampu berkata sepatah perkataan. Ayu menyembamkan kepalanya ke dada Fir dan memeluknya erat. Sungguh mendalam perasaan Ayu ketika itu kerana mula menyedari betapa Fir menghargai dirinya.

"Ayu, kita kat office ni. Nanti apa pulak orang cakap," kata Fir untuk meleraikan pelukan Ayu yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya hati Fir suka, tetapi memandangkan tempat dan masa yang tidak sesuai maka terpaksalah Fir bertindak dahulu. Sabar itu lebih besar ganjarannya, pegangan asas falsafah hidup Fir.

Tidak semena-mena Ayu mengucup pipi Fir dengan begitu pantas, lebih kurang 0.05 saat. Ciuman yang membuatkan halilintar memanah Fir. Pandai pula Ayu sekarang ni, bisik Fir sendiri. Gelojak nafsu Fir membara bagaikan api nyalaan berkilau mahu saja menggauli Ayu tetapi menyedari situasi tidak mengizinkan, Fir lepaskan juga pelukan Ayu yang belum terlerai dari tadi.

Thanks abang for the present.”

Di suatu sudut berhampiran unit Fir, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan setitik rasa cemburu. Dirinya maklum akan perhatian Fir selama ini cuma dibataskan sahaja. Fir langsung melupakan diriku, fikirnya. Oh Fir, ketahuilah bahawa aku juga meminatimu…

Fir, siapa pula gadis yang memerhatikanmu ini?