Wednesday, February 11, 2009

MARI MENGHAYATI RUKUNEGARA (YANG TERTENTU SAJA DIKALA KEHANGATAN INI)

Dari tadika kita diajar tentang Rukunegara. Malas nak bercerita panjang tentang ideologi penyatuan rakyat Malaysia ni. Sila balik buka buku sejarah atau tengok dalam Wikipedia ya untuk kupasan lanjut.

Oh ya, dikala kehangatan di Gangga Negara ketika ini, mari bersama-sama menghayati tiga baris terpenting ketika ini:

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Secara pendek, JANGAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG DAN SESEKALI TIDAK MENDERHAKA KEPADA SULTAN.

Secara penuh, mari kita ikrarkan bersama-sama:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Anak-anak faham kan?

Khallas.

1 comment:

Nafastari said...

tapi kalau raja yg langgar undang2 dan tak ikut perlembagaan?