
Sawasdee-krap ยินดีต้อนรับ (Welcome)!
Macam-macam tempat berpotensi disebut. Ho Chi Minh la, Bali la, Pert
Sementelah tu pula aku menghadapi macam-macam problem. Wayar fikir
Aku pun menjalankan kajian terhadap Pulau Phuket dengan
In time lepas tu pengumuman masuk pesawat berkumandang. Hmm.
Pesawat yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa

Sedar tak sedar dekat nak sejam, laluan pesawat memasuki PACUS
Dalam keadaan sebegini, aku membayangkan sistem navigasi GPWS (Ground Proximity Warning System) Airbus semasa landing approach:
Dan akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di Runway
Sampai di restoran kami disusunkan ke meja-meja. Pendek katala




Rehat dengan Najmi kat bilik lebih kurang sejam lebih je. Sempat gak lepak kat kolam dengan Ross. Malam tu kami ke Phuket FantaSea di Kamala. Tempat tu sebenarnya theme park yang aku rasa takde satu pun tempat di Malaysia boleh lawan. Tempat makan je cukup grand... The Golden Kinnaree Restaurant. Besar macam istana dan penuh dengan dekorasi mitos Thai. Makanannya sedap banget. Lepas makan, menyusuri taman dan bergambar sakan. Macam-macam aksi aku dan Ross. Ada zoo, tengok animals dan real white tigerzord. Cool! Dan lepas tu kami ke agenda utama malam itu iaitu pertunjukan pentas di The Palace of the Elephants, replika istana zaman Sukhotai yang sarat dengan arca dan ukiran gajah (chang, dalam Bahasa Thai). Nak tengok show tu macam masa aku di Euro Disneyland dulu. Sistem simpanan barangan amat bagus, ada beberapa tarikan di lobi pentas seperti menyusu tiger cubs dan anak gajah. Dalam panggungnya yang cukup besar dan mewah itu, pertunjukan dimulakan. Masya-Allah betapa hebatnya show itu. Segenap aspek koreografi, plot, efek dan macam-macam amat memakukan penonton di tempat duduk tanpa kelip. Oh wunderbar (oh, wonderful)! Sejam setengah menikmati show itu semacam berada di kayangan mitos Thai. Istana Budaya pun tak sehebat ni. Habis saja show aku dan sebilangan besar penonton memberikan standing ovation kepada para pelakon, krew dan sesiapa yang terlibat dalam show yang c'est magnifique ni. Superb! Malam selepas kembali ke hotel, aku dan Ross pula menyusuri Bangla Road dan Thaweewong Road sambil makan waffles, Coke dan mencuci mata menghabiskan rokok tanpa baju. Dan melepaklah aku dengan Ross bersama Sharifuddin di beranda, bercerita tentang Phi Phi adventure dan agenda rombongan seharian ke Gems Gallery dan kilang gajus.
Malam masih muda remaja. Aku dan Najmi melepak di bilik sambil menunggu Ira datang mengambil barangnya dalam beg aku. Lupa pulak dia. Lepas tu Najmi keluar melepak dengan kawan-kawan dia. Ross sudah hilang entah ke mana. Kepala sudah tangkap hangover. Baru ingat nak tambah Bacardi. Aku turun ke lobi dimana Diba dan Ira menunggu aku membawa mereka menyusuri Bangla Road. Laa... tak berjalan-jalan ke bebudak ni? Kami bertiga bersiar-siar seperti pelancong. Ada laa terserempak dengan bebudak lain, tapi semua buat hal masing-masing. Nak tengok a-go-go rimau show, aku bawa Diba dan Ira masuk. Pelik-pelik aksi tontonan kami. Susah nak cerita kat sini. Lesbian show pun ada. Tapi pondan Siam ni memang lagi lawa daripada awek Thai jati. Lepas tu ingat nak layan live band di Margarita, dan balik ke hotel. Lepas tu aku ke bilik Ross yang sudah pulang dan melepak lagi. Berasap je kerja kitorang. Gelak-gelak tengok gambar dan bercerita.
So, the last day of our trip memang dijangka agak panas dan mencabar. Pepagi lagi selepas Subuh aku dan Ross bermain-main di pantai Patong. Gila betul. Nak mandi laut tapi airnya agak besar dan ganas. Takut le pulak. Hantu air takut air, camne ni? Lepas tu, straight kitorang pergi breakfast yang agak heavy sebab lepas ni tiada lunch disediakan (semua atas duit sendiri) sebab ada group yang pulang awal ke KL. Kak Hawa, Diba, Ira, Fara, Zura dan Elis antara yang balik awal. Takpe. Masa breakfast dengan Ross, Sharifuddin dan Andy (our tour guide), we talked a lot. Rancak. Aku minta Andy book one session for Thai massage untuk hari tu. Ira pun recommend aku untuk Thai massage. After saying goodbyes (and godspeed to my Airbus, hahaha!) to those who return home early, aku dan Ross swimming lagi. Then, aku naik van yang ditempah khas secara eksklusif untuk aku ke Oriental de Phuket. Tempat massage antara yang terbaik pernah aku pergi. Suasana, bilik, layanan dan yang penting urutan yang dilakukan memang first class... no wonder ramai yang recommend ke sini untuk Thai massage. Nak diurut kena pakai pakaian khas. Dua jam aku disiat-siat, dirobek dan dihancurlumatkan. Krap-prap-prak dan ahhh... segarnya badan! Semua sistem pulih semula. Dan semuanya hanya 600 baht (RM60). Murah. Di KL mahu kena RM150. Lepas tu aku balik ke hotel dan rejoin Ross, Najmi dan Sharifuddin untuk last round shopping di sekitar Patong. Punyalah panas sampai aku berjalan shirtless. Macam orang putih. Sekali lagi, terima kasih kepada SPF 50 kerana menyelamatkan kulitku yang gebu ini daripada pancaran UV. Di Patong O-Top, semua nak mencari cenderahati dan minum tak ingat sebab kepanasan. Aku mendapatkan sehelai t-shirt Phuket dan sehelai sutera Thai yang cantik dan berkualiti untuk isteriku. Suka betul dia. Dan selepas itu kami seperti serigala lapar mencari kedai makanan halal... The Kohinoor Indian Food. Order nasi goreng ayam RM12... OK la untuk tempat pelancong camtu. Janji makan, sedap dan perut pun kenyang sampai petang.



The flight home at around 9.05 pm (Malaysia 10.05 pm) kurang best. Satu, sebab taking off cukup-cukup lepas V1 speed. Kedua, aku mengalami decompression yang agak menyakitkan kepala, dan ketiga, hard landing. Tak pernah aku merasa seksa terbang camni. Nak tido pun susah. Tapi pemandangan Phuket dari atas memang cantik. Sampai di KL dalam pukul 12 malam, ambil beg terus ke bas ke pejabat. Tidur lagi dalam sejam dan sampai di pejabat pukul 1.45 pagi. Perut sudah lapar, skuter harus dipanaskan sebelum pulang maka kitorang melepak di Leeya's membedal sepuas-puasnya. Lapar beb, sejak di HKT lagi menahan lapar. Duduk hisap Marlboro bercerita lagi tentang kenangan Phuket bersama bos, Ross dan semua. Sampai rumah pun dalam pukul 3.30 pagi, kena hujan pula. Uhh. Meletihkan. Esoknya kena turun kerja juga, tapi boleh masuk lambat.
Khop khun-krap ขอบคุณ (thank you) to my family, company and friends for making my trip a memorable one.
Khallas.
