Pulau Perhentian, 30 Julai 2008.
Dia sedang bercuti di sini. Berseorangan. Tanpa teman.
Dia menginap di sebuah resort yang sederhana kadar penginapan tetapi menggembirakan. Dia menyusuri pantai berkaki ayam. Berseorangan. Tanpa teman.
Dia mahu melampiaskan segenap fikiran ke arah Laut China Selatan yang terbentang luas di garis horizon itu. Segala ingatan, memori dan fikiran terhadap seseorang yang pernah dikasihi (dan mengasihi). Puas sudah dia mencuba untuk melupai si dia, tetapi tidak berjaya.
Mampukah dia melakukannya berseorangan, tanpa teman? Itulah yang dia mahukan tanpa sebarang gangguan.
"Dia bukan milikku."
"Biarlah segalanya menjadi kisah klasik kami."
Dia kembali ke bangku di tepi pantai. Butiran pasir dikakinya terkuis. Lantas dia berbaring dibawah payungan. Di kejauhan terdengar gelak tawa seorang wanita dan anaknya bermain bola plastik. Hatinya ditambat, tetapi ditangkis perasaan itu.
"Apakah perasaan ini?"
Dalam lamunan dia membayangkan kecantikan wanita yang bertakhta dihatinya... insan sama yang mahu dihapuskan dari ingatannya tadi. Sekonyong-konyong susuk tubuh yang wangi lagi menawan mendatanginya, dan mengusap dirinya seolah-olah realiti. Wanita itu duduk disebelahnya, merelakan cinta mereka bertaut kembali untuk seharian seperti yang pernah didambakan semasa di Tanah Jawa dahulu.
Sekadar lamunan di bawah payung...
"DBUK!"
Dia terpisat-pisat setelah sebiji bola plastik tertampar kepalanya. Dia terduduk, mengambil bola dan memanggil si tuan punya. Bukanlah geram, cuma mahu kembalikan hak orang.
Seorang budak lelaki datang ke arahnya. Dia diam sahaja. Takut dimarahi dia. Datanglah dia kepadanya, dan dia memberikan bola itu kembali dengan senyuman. Budak itu tersenyum sambil memandangnya, tanpa disedari ibunya memanggil dan datang padanya.
"Adam! Mari balik, mama mahu..."
Dia memandang ke arah wanita itu. Lantas dia terdiam.
Wanita itu tidak terkata walau sepatah. Terdiam juga.
Kerana pada ketika itu mata mereka saling berpandangan, memainkan irama yang sama, seakan sebaris kata tiada penghujungnya...
Di kala itu: kata bujukan, pegangan tangan, kucupan bibir, desahan berahi, rengekan manja, minum petang, perpisahan... terpampang di ingatan.
Oh Tuhan, mengapakah Kau mempertemukan dia dengan wanita itu?
Oh Tuhan, adakah ini ujianMu buat hambaMu yang keputusan cinta?
Oh Tuhan, akan lahirkah harapan untuk dia dan dia bersatu?
Adakah ini kekuatan cinta? Wujudkah rasa cinta itu? Perlukah dia berbalas kembali?