Wednesday, September 1, 2010

Lily... Terkulai layu terlanjur bersamamu

Maafkan aku, Cendawan Wangi. Aku curang padamu.


Malam itu sepi diselangi bunyi guruh. Hujan amat lebat. Aku sedang buntu, menerawang apakah yang harusku lakukan untuk meneliti karya terkini. Aku perlukan suntikan idea.


Sudah berbatang rokok kuhisap, sudah bergelas kopi ku minum. Di bulan yang mulia ini, tiada yang lebih mengujakan selain berjaga malam dan bersiap sedia untuk beribadah.


Tiba-tiba telefonku berbunyi. Kulihat dalam skrin, Lily yang menelefon. Apa kejadah si Lily ni telefon aku malam-malam begini?


“Isz, maafkan Lily. Boleh tak Lily tumpang bermalam di rumah Isz?”


Aku kaget sebentar. Fikiranku yang sedia kusut menjadi semakin berkecamuk. Lily, si dia yang kukenal sejak dulu mahu bermalam di rumahku. Lantas, aku merenung gambar si Cendawan Wangi yang menghiasi dinding rumahku.


Tok-tok-tok. Pintu apartmenku diketuk oleh seseorang. Cepatnya Lily datang, getusku. Berilah aku masa untuk mengemas apa yang patut. Taklah aku malu dengan Lily nanti. Aku terus membuka pintu dan melihat Lily basah kuyup. Aku mempersilakannya masuk dan memberikannya sehelai tuala baru. Sambil itu aku menghidangkannya kopi panas beserta sedikit kuih. Lily hanya minum sahaja dan mula duduk.


Lily meminta maaf padaku sesungguhnya dan mula menangis. Dia menceritakan kesengsaraannya. Dia memerlukan bantuanku dan ingin membantuku juga. Aku merasa belas dengannya, tetapi apa harus kulakukan. Dengan lembut aku mengarahkan Lily membersihkan diri dan memakai pakaianku yang baru dibasuh itu. Dia menurut dan usai segalanya, kusuruhnya tidur di bilikku sementara aku tidur di luar.



Lily memanggilku. Aku masuk ke kamar dan tiba-tiba pintu kamar dikunci. Lily bersembunyi di belakang pintu, hanya memakai kemeja putihku dan panties sahaja. Lily menolakku ke dinding dan mengucupku dengan penuh ghairah. Aku tersentak, tetapi aku peduli apa. Aku pun memainkan peranan sebagai pseudo-James Bond.


“Maaafkan aku, Isz. Aku telah lama mendambakanmu.”


“Aku pun begitu, Lily. Aku ingin sekali menjamah tubuhmu.”


Malam yang sejuk dan hujan itu menjadi hangat. Setiap inci Lily kuterokai… kuusap, kujamah dan kurasa. Lily memberikan kerjasama nikmat padu yang tidak pernah mengecewakan. Dayungan… desisan Lily memberikan saluran idea untukku memperhebatkan nafsu kuda ranjangku.



“Lily sayang… I’m cumming!”


“AAAHHHH!!!!”


“YESSSSS siappp dahhhhh!!!!!!!!!”


Terima kasih, Lily Illustrator a.k.a Adobe Illustrator. Kenangan bersamamu pasti kuingati selalu setiap kali aku menerokai dasar laut dengan hasil kerja kita berdua. I love you, Lily!


Maafkan aku, Cendawan Busuk. Mesti kau marah padaku, kan?


*************************


Hahaha. Tengah bengong bekerja ni.


Rentetan daripada diskusi kami berempat (aku, Azian, Azam dan Aidura) masa buka puasa dua minggu lepas memberi aku idea untuk mereka cipta logo dan nama kumpulan yang sesuai dengan aktiviti yang bakal kami lakukan: scuba diving!


Tak susah nak bekerja ni sebenarnya. Ada ruang, ada idea, ada masa dan ada kelengkapan (macam perisian Lily tu), segalanya mungkin. Jadi, after a few considerations and thoughts, aku pun memberikan nama kumpulan empat sekawan ni sebagai:


THE FOURSOME DIVERS EXECUTIVE CLUB a.k.a FOURSOME DIVERS

43300 Serdang, Selangor Darul Ehsan MY


Dengan terciptanya nama sebegini, maka kenalah cipta logonya pulak. Banyak idea diperolehi, tapi Lily kena membantu aku merealisasikannya dalam bentuk visual grafik.



Ini ialah version mula-mula sekali. Logo ini kononnya macam lebih simple la. Dengan nama THE DIVING QUARTET, rekaan logo hanya terdiri daripada satu warna dan satu elemen sahaja. Tapi bila dilihat balik, macam ala-ala logo syarikat korporat pulak. Sungguh tidak memberangsangkan. Nama kelab pun macam nama skuad atlet terjun Olimpik je. Tukar!



Yang ini pulak version 2.0 dengan skim warna yang lebih bertenaga dan berdaya saing. Nama pun ditukar menjadi FOURSOME DIVERS dan tahun 2010 diletakkan. Objek utama ialah sauh emas tu yang symbolize depth. Di tengah-tengah logo diletakkan jerung putih besar melambangkan cabaran buat kami. Tapi bila putar balik, tengok balik... macam logo tin sardin je. Besar sangat sauhnya. Nasib tak sebesar sauh Anchor Beer. Nasib baik aku tak memburukkan keadaan dengan meletak vektor bot atau stereng kapal. Dah macam tentera laut pulak.



Yang ni pulak a modified, near-final version... Ver 2.5 la konon. Siap dengan nama ahli lagi. Cukup simple dan menarik, tapi font untuk nama kelab dan tahun tu menjadikan logo ini terlalu military-like. Kami bukannya askar komando PASKAL atau US Navy Seal. Kami cuma empat sekawan yang mahu menerokai alam dasar laut dengan riang saja. Version ini aku dah jadikan wallpaper... tapi akan diubah lagi.



Tadaa! Inilah version final... Ver 3.0! Nampak sama kan? Tapi tidak. Ada penambahan dan perubahan sket. Sauh tu dinaikkan, font military tu ditukarkan dan motto kelab dimasukkan di bawah sauh. Nampak lebih mantap dan padu. Dan aku rasa lebih sesuai untuk memacu kami berempat ke arah aktiviti scuba diving yang mesra alam dan menjana transformasi.


So, apakah objektif dan rasional logo ini? Menurut pereka cipta logo, Captain RS Iskandar:


"This logo symbolizes both our naivety and determination in exploring the underwater world. The choice of colours is important to reflect these emotions and shall include: depth, courage, challenge, determination and strength. Bearing this logo at your chest or anything mobile adds to respect and awe to those who sees it." – RS Iskandar, designer.


Secara ringkasnya, mari kita perhalusi maksud logo ini.


1. Simbol


· Bintang Putih

Apsal bintang putih? Apsal ada empat? Senang je kan. Sebab hanya ada empat orang ahli dan empat bintang putih melambangkan kesucian serta kesamaan yang kami kongsi bersama demi menjayakan aktiviti kelab eksklusif kami ini. Next!


· Sauh Emas

Sauh melambangkan kedalaman laut yang bakal kami takluki, dan setiap pengalaman menyelam ke kawasan dalam (depth) merupakan pengalaman umpama emas kepada pencapaian kami.


· Jerung Putih

Ingat kami takut dengan Jaws ke? Setakat white shark ni… kat Surabaya pun ada (apa kaitan tah). Anyway, jerung putih ialah haiwan laut yang ganas dan menakutkan. Kami bukannya menjadikan ia sebagai maskot. Kami menggambarkannya sebagai cabaran terbesar kami semasa berada di alam laut. Bak kata kawan aku, bila kita berada di lingkungan jerung, barulah ada feel dan challenge. Jika sekawan jerung ni berenang mengelilingi kita tanpa sebarang ancaman, maka berjayalah kita mengatasi ketakutan yang menguasai diri. Weehuu~


· Penyelam

Sah-sah ler penyelam tu melambangkan kitorang berempat. Alahai… Lily!!!


2. Warna


· Putih

Putih melambangkan kesucian dan perpaduan kumpulan.


· Merah

Merah melambangkan keberanian, kecekalan dan kekuatan kumpulan secara total, sesuai dengan perlambangannya dalam bentuk bulatan yang sekata dan menyeluruh. Kata "merah membara semangat waja."


· Emas

Emas melambangkan kekayaan dan pengalaman. Apabila aku mereka sauh itu dengan warna emas, maka ianya melambangkan betapa berharganya setiap pengalaman sesuai dengan kedalaman samudera yang bakal kami takluki.


· Rona kebiruan

Hue warna kebiruan ke warna hijau gelap menggambarkan kedalaman yang infiniti dan misteri buat penyelam seperti kami. Ianya melambangkan kedalaman yang lebih dan secara tidak langsung memberikan kami cabaran fizikal, mental dan emosi bagi menjadi penyelam serta individu yang bermatlamat.


3. Motto


· A mari usque ad mare (From sea to sea)

Mengapakah motto Bahasa Latin ini digunakan? Kalau korang tengok, banyak institusi menggunakan Latin sebagai motto mereka. Even institusi beraja Great Britain pun pakai (Dieu et mon droit = God and my right shall me defend). Jadi, bertepatan dengan tema kami yang akan pergi menyelam dari laut ke laut, maka motto ini pun digunakan. Bayangkan minggu ni kami menyelam di Laut China Selatan, lepas ni ke Laut Andaman pulak, dan seterusnya. So, secara tak langsung motto ni menggambarkan keazaman dan iltizam kami untuk terus menyelam. Tambahan pulak, kalo pakai bahasa Latin ni bunyinya lebih power, kan?


So, dah puas kena putar dengan kisah asmara aku dan Lily? Dah puas tengok grafik? Dah faham dengan konsep kami? OK. Semuanya bakal bermula Oktober ini. Kepada sesiapa yang mahu berjinak dalam ilmu samudera ni, jadilah sebahagian daripadanya.


Keceburr!


4 comments:

cik puan olympus said...

ko memang nak kena tampo ngan aku... ceh!!! sepuk kang baru tau!!!

MelatiPutih said...

hahaha..you are on hell of a writer!..great job dear friend! love the logo!superb!

Anonymous said...

Mulanya aku marah kerana kau keluarkan cerita 'orgasmos' ni, tak menghormati bulan mulia.... setelah dihayati rupanya hang tengah buat logo... great job!.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Aku tabik lah kat ni, hang memang pandai ayat. Aku terguling dalam 'orgasmus' ciptaan berahi mu...

Sheikh Mustafa kamal alaziz