Aidilfitri 2012. It was a fun occasion as usual with family members gathered and lots of activities lined up to enjoy.
From bumpy flight to cracking fireworks, crazy Maghrib prayer to blitzy football match, this year's Aidilfitri was so well-celebrated.
Hope yours are great too. Selamat Hati Raya Aidilfitri 1433H.
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Mind and Pen
Snippet of this week:
"Some people are just too obsessed and misleadingly paranoid.
Some join the bandwagon.
Wisdom is life; truth is sincere;
yet people never learn.
Verily! Sage is learned, not inherited."
and thought of the night:
Kalau mahu berjaya di masa hadapan, lenturkan buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jika mahu berjaya; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Dan ingatlah dalam kehidupan ini, tangan yang mengendong anak mampu menggoncang dunia.
Just my two cents.
"Some people are just too obsessed and misleadingly paranoid.
Some join the bandwagon.
Wisdom is life; truth is sincere;
yet people never learn.
Verily! Sage is learned, not inherited."
and thought of the night:
Kalau mahu berjaya di masa hadapan, lenturkan buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jika mahu berjaya; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Dan ingatlah dalam kehidupan ini, tangan yang mengendong anak mampu menggoncang dunia.
Just my two cents.
Tuesday, July 10, 2012
Genap enam tahun. Semalam dan seterusnya.
Semalam ialah 9 Julai 2012.
Semalam sudah genap enam tahun sejak kejadian malam itu di kota Berlin.
Semalam juga genap enam tahun kegilaan dan keriuhan di Bukit Bintang.
Sebenarnya pada malam itu, 9 Julai 2006 (atau 10 Julai 2006 waktu Malaysia), kami bergembira kerana Italia jadi juara dunia buat kali keempat! Quattro volte Campioni del Mondo!
"I nostri campioni del mondo 2006! Grazie ragazzi!"
Dua tahun kemudian dalam lingkungan bulan sama, di Vienna pula.
"Kalah penalti dengan Spain takpe. Kita dah sampai suku akhir!"
(Nota: Actually, ni gambar happy tahun 2010 sebab 2008 tak sempat jumpa pun)
Yang paling teruk, pada 2010...
"Kenapa jadi camni? Kenapa terhina sekali? Why?!"
Orang kata, dalam kegirangan ada kedukaan. Setiap yang menang pasti kalah juga sesekali. Juara dunia 2006 tersingkir awal-awal lagi pada 2010 dengan cara terhina!
Tapi tak mengapa kerana...
... pada minggu lepas di Kiev...
"Hail Cesare! You have restored pride and we are proud of you!"
Walaupun kalah 0-4 dengan La Furia Roja, kali ini kami tersenyum bangga walaupun pahit menelan kekalahan besar itu. Kami bangga kerana akhirnya Italia berjaya buktikan mereka boleh!
Grazie ragazzi!
Friday, May 18, 2012
Idea Suram Kala Terjaga
Sebagai seorang penulis iklan, aku kena banyak membaca untuk lebih banyak pendedahan. Dengan kreativiti yang dijana daripada buah fikiran, sesuatu karya yang aku hasilkan mungkin memberikan kepuasan kepada pelanggan, pengarah, pembaca dan juga aku sendiri.
Baiklah disebabkan aku ini selalu kesepian, kadangkala aku suka memikirkan cerita riwayat hidup aku ini di alam fiksyen. Ada ketikanya aku tertidur dalam memikirkan idea dan juga kaedah untuk menjadikan hidup ini lebih menarik.
Entri aku kali ini ialah berdasarkan mimpi yang aku alami. Aku terjaga secara tiba-tiba dan terus duduk, memikirkan mimpi aku yang kekonon hebat sampai aku terjaga. Jangan buang masa, aku terus buka Mac Emelia aku dan terus menaip cerita berdasarkan mimpi itu. Sudahnya, ianya menjadi satu cerita pendek yang sebenarnya ada kaitan dengan kehidupan sebenar aku.
Cerita ini sebenarnya terilham pada hujung Januari, tetapi aku tak pernah menyiarkannya. Maka, bacalah.
******************
Dia berdiri keseorangan di anjung itu. Kemeriahan majlis perkahwinan
rakannya tadi tidak banyak menggembirakannya, bahkan dirinya terasa
seperti asing di situ. Dia melihat dirinya sebagai pelengkap seri
keraian yang sekadar datang menunjukkan wajah dan bersua dengan
rakan-rakan lain yang semuanya hadir bersama pasangan masing-masing.
Dia
melontarkan pandangan jauh ke luar. Sesekali langit direnung lama
seakan ada sesuatu yang muncul di sana. Pandangannya jauh tetapi kosong,
menerawang dalam kotak fikirannya sendiri. Fikirannya berkecamuk,
hatinya sepi dan rasa kesunyian menemani jasadnya ketika itu.
Sebentar
tadi, sesi fotografi bersama pengantin dijalankan bersama rakan-rakan.
Dia mahu menyertai rakan-rakan lain mengabadikan kenangan bersama
pengantin, walaupun dalam lingkungan itu hanya dia sahaja yang
bersendirian. Sehinggalah seorang rakannya berseloroh:
"Takkan sorang je kot. Kitorang semua bawak partner, kau nak join we all ke?"
Hatinya panas, hancur luluh mendengarnya walaupun sedar rakannya hanya berseloroh. Air mukanya berubah dan dia terdiam sejenak.
"Alaa aku memain jelah. Jom masuk line," pujuk rakannya.
"Aku taulah aku sorang je. Yelah, siapa nak kat aku." balasnya sambil tersenyum kelat.
Keghairahan
bergambar bersama pengantin dan yang lain tidak lagi terpancar, bahkan
dia rasa terasing. Senyuman dan gaya sekadar dibuat-buat, sedangkan
hatinya mula merintih sedih. Usai bergambar, masing-masing berbual
dengan pasangan mereka tanpa menghiraukan dirinya yang berdiri
keseorangan, cuba mencari keserasian topik untuk dibualkan bersama.
Langsung tiada peluang untuk itu. Kesemuanya asyik dengan topik
perbualan masing-masing.
Dia marah terhadap diri sendiri. Dia amat terasa hati.
Pada
matanya tadi kesemua yang dilihatnya seakan dongengan mindanya
semata-mata. Mungkin dirinya dilitupi hijab sehinggakan seorang pun
tidak menyedari kewujudannya di situ. Mungkin hijab itu juga membuatkan
tiada seorang pun gadis yang menyukainya.
Oleh kerana itu, perlahan-lahan dia berpaling dan berjalan menuju ke anjung.
Gelak
tawa suasana di majlis itu langsung tidak memberikan sebarang makna
buatnya. Dirinya seperti sampan kecil di tengah lautan yang dikelilingi
kapal-kapal mewah. Sungguhpun dia kelihatan agak segak bergaya, tetapi
kehadirannya seolah-olah tidak memberikan impak kepada tetamu yang lain.
Apakah yang tidak kena pada diriku sehingga kini masih keseorangan? Apakah tiada yang sesuai untukku?
Dia
merasakan masanya di sana sudah cukup dan mahu pulang. Biarlah
perlahan-lahan tidak disedari, lagipun pada hematnya, siapa peduli sama
ada dia pulang atau tidak. Direnungnya lagi langit itu. Pandangannya
cukup dalam.
"Kita hidup di dunia ini untuk
mempelajari kehidupan bersama manusia. Kita hidup, bercampur gaul,
bekerjasama dan menyayangi mereka. Bergembiralah walaupun kita dalam
kedukaan; kita lebih kuat dan berkuasa daripada mereka. Jangan gunakan
kelebihan kita selain membantu dan melindungi orang yang kita sayangi.
Kongsikan pandanganmu, kekuatan semangatmu dan kasih sayangmu untuk
mendidik mereka. Semaikan cinta kerana cinta yang mekar dari hatimu akan
menarik ramai insan mencintai kamu. Pertahankan kebenaran dari
kebatilan, lindungi dan sayangi mereka sehingga ke akhir kerana kitalah
harapan dan kegembiraan buat mereka. Sesudah tugasan kita di Bumi
berakhir, pulanglah dan sebarkan kasih sayang dan pengalamanmu ke serata
alam semesta."
Itulah yang bermain di benak
fikirannya. Dia mahu meyakinkan dirinya agar tidak terbuai dengan
perasaan sedihnya. Dia sentiasa merasakan dirinya lebih bertuah daripada
yang lain, walaupun hanya untuk seketika.
Bukannya dia
tidak mencari tetapi tiada satu pun yang membalas keikhlasan perasaan
cintanya. Bukan sebarangan gadis ditemuinya; berdarah campuran, bijak,
berfikiran terbuka, tidak tipikal, peramah, tidak sombong, bercitarasa
semasa, anggun, cantik dan memiliki ciri-ciri wanita pilihannya tetapi
dia seolah-olah dipinggirkan seperti usahanya sia-sia saja.
Memang
ada gadis lain yang ada, bahkan ada juga yang bermain mata dengannya
meminta perhatian tetapi semua itu tidak menepati citarasanya. Golongan
gadis yang selalu memberi perhatian kepadanya ialah yang tidak
berpelajaran tinggi, kitsch, mengamalkan kehidupan dalam
persekitaran tidak terbuka, kurang berusaha untuk memajukan diri, minda
sempit dan ada yang bercampur dengan golongan rempit serta tidak
bercitarasa semasa. Masakan dia mahu pasangan seperti ini?
Bukannya mendiskriminasi, tetapi dia menginginkan pasangan yang boleh dikatakan setara dalam aspek bertentangan. Opposite attracts,
kata orang. Dia sukakan gadis yang boleh berinteraksi dan berdebat
secara intelektual, berpandangan jauh serta berkongsi matlamat dan gaya
hidup yang sama. Dia tidak kisah sama ada gadis itu Melayu, Cina, Iban
atau berbangsa Kaukasia. Dia menganggap dirinya seorang bercitarasa
internasional. Dia sentiasa mahu kelihatan terbaik bersama pasangan yang
setara dengannya. Dia tidak mahu dianggap lelaki bercitarasa rendah dan
dia sendiri memang bukan lelaki bercitarasa rendah tetapi sesuai dengan
kemampuan fizikal dan intelektualnya.
Sesekali dia menyelami dirinya sendiri sambil menyusun satu persatu kekurangannya:
- Dia tidak kaya dan berharta.
- Dia tidak memiliki kereta idaman dan rumah.
- Dia tidak berkelulusan dari luar negara.
- Dia tidak bekerja sebagai ahli perniagaan atau seseorang berpengaruh.
- Dia mempunyai masalah dengan bank.
- Dia tidak kacak.
- Dia bukan tipikal Melayu.
- Dia mungkin berpandangan sosialis atau anti-establishment.
- Dia mungkin perfectionist.
- Dia mungkin sukar difahami.
- Dia mungkin bukan manusia.
Seks
bukan persoalan, kerana jika dia mahukannya dia boleh mencari belaian
wanita di kawasan tertentu. Hanya dia saja yang tidak mahu. Itu boleh
dikawal, hematnya.
Apa yang membuatkan dirinya lebih marah
apabila melihat lelaki yang langsung tidak memiliki kelebihan
intelektual, rupa dan citarasa sentiasa mudah menawan dan memikat hati
gadis-gadis cantik dan bijak seperti yang diminatinya. Setiap kali dia
melihat pasangan lelaki sebegitu dengan gadis yang langsung tidak
sepadan, dia akan menyumpah sendirian.
Sial! Sial! Sial!
Dia
tidak akan merendahkan taraf intelektual dan citarasanya hanya untuk
mengejar cinta. Tidak sama sekali, bahkan ianya boleh menjatuhkan maruah
dirinya. Dia tidak akan menjadi mat rempit, lelaki Melayu tipikal dan
sempit pemikiran. Dia tidak akan berkemeja polo dengan kolar ditegakkan
ke atas untuk memikat wanita yang persis pisau cukur. Tidak sama sekali!
"Awak, kenapa awak berdiri seorang saja di sini?"
Suara itu. Suara yang pernah didengarinya.
Dia berpaling. Biar betul!
******************
Begitulah kisahnya.
Friday, May 11, 2012
Just For This Time
As an English Literature student, poetry is nothing new to me. Be it in any form, poetry is an ancient art; enchantment, prayers, spells, etc are what makes poetry more beautiful and classy.
This particular poem deals about being friend zoned, as I experienced quite frequently. I may be depressed at times, and seeking solace in writing while stranding myself at the airport has become my routine. I may not write like T.S. Eliot or John Keats, nor I attempt to recreate Romanticism-esque essence in my writings.
This poem is written in Bahasa Malaysia, and there might be more to come. Whether in prose or poetry forms, love-related themes are often the subject of my writings. Enjoy and appreciate the poem.
This particular poem deals about being friend zoned, as I experienced quite frequently. I may be depressed at times, and seeking solace in writing while stranding myself at the airport has become my routine. I may not write like T.S. Eliot or John Keats, nor I attempt to recreate Romanticism-esque essence in my writings.
This poem is written in Bahasa Malaysia, and there might be more to come. Whether in prose or poetry forms, love-related themes are often the subject of my writings. Enjoy and appreciate the poem.
Kali pertama bersua denganmu
di kala hujan renyai itu,
aku memandang wajahmu,
kau merenung diriku,
seolah-olah ruang masa mendekatkan hati
dan perasaan kita yang bercelaru,
menyapa kata hati yang diselimuti malu.
Kuhulurkan salam perkenalan yang
kau sambut dengan mesra;
Hasrat hatiku mahu berkawan sudah laksana,
hatiku berputik gembira.
Saat itu membuai ke beberapa waktu,
mengeratkan hubungan antara kau dan aku;
Sahabat di kala senang dan susah,
di masa lapang dan gelisah.
Riang bersahabat paduan dua jiwa,
berkongsi kisah suka dan duka;
Adatlah bila berkawan membantu sentiasa,
walau adakalanya di hati ada juga terasa.
Kau dan aku selesa begini, kau pun tahu.
Kau dan aku seronok begini, kau pun mahu.
Tetapi bila ditanya soal hati padamu, kau membisu.
"Maafkan dara, wahai teruna, kerana hatiku sudah berpunya;
Andai teruna sahabat si dara, sudikah teruna memberi bahagia?"
Kerana sayang, ya, aku akan membahagiakanmu.
Kerana kasih, ya, aku sentiasa bersamamu.
Cinta semakin malap, harapan semakin gelap;
Langkah hilang gemerlap, memikir cinta yang mungkin lesap.
"Ah, tidaklah mengapa," bicara sang teruna,
kasihankan lara sang dara yang gundah gulana.
Kau berbicara denganku soal hati yang
kau kongsi untukku dengari.
Dikala jari-jemarimu menyentuh jejariku,
hatiku terdetik merasakan sesuatu.
Adakah kau mengasihiku?
Adakah kau menyayangiku?
Adakah kau mencintaiku?
Aku mengerti penderitaanmu.
Aku memahami perasaanmu.
Aku menangis bersamamu.
Aku memujuk bersamamu.
Hari kian berganti, kau tetap seperti itu,
berbicara kisah cintamu padaku;
Tetapi hatiku terasa sesuatu,
Tidakkah kau terdetik untuk menyayangiku?
Mengapa tidak kau menjadi seseorang yang lain?
Mengapa tidak kau menjadi bidadariku
walau untuk seketika?
Berikanku satu peluang untuk menyayangi,
untuk mencintaimu,
walau cuma seketika.
Walaupun hanya untuk seketika.
Casa del Brancaleone,
30 April 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)





