Wednesday, August 1, 2012

Mind and Pen

Snippet of this week:


"Some people are just too obsessed and misleadingly paranoid.
Some join the bandwagon.
Wisdom is life; truth is sincere;
yet people never learn.
Verily! Sage is learned, not inherited."




and thought of the night:

Kalau mahu berjaya di masa hadapan, lenturkan buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jika mahu berjaya; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Dan ingatlah dalam kehidupan ini, tangan yang mengendong anak mampu menggoncang dunia.




Just my two cents.

Tuesday, July 10, 2012

Genap enam tahun. Semalam dan seterusnya.



Semalam ialah 9 Julai 2012.


Semalam sudah genap enam tahun sejak kejadian malam itu di kota Berlin.


Semalam juga genap enam tahun kegilaan dan keriuhan di Bukit Bintang.


Sebenarnya pada malam itu, 9 Julai 2006 (atau 10 Julai 2006 waktu Malaysia), kami bergembira kerana Italia jadi juara dunia buat kali keempat! Quattro volte Campioni del Mondo!

"I nostri campioni del mondo 2006! Grazie ragazzi!"

Dua tahun kemudian dalam lingkungan bulan sama, di Vienna pula.


"Kalah penalti dengan Spain takpe. Kita dah sampai suku akhir!"
(Nota: Actually, ni gambar happy tahun 2010 sebab 2008 tak sempat jumpa pun)


Yang paling teruk, pada 2010...


"Kenapa jadi camni? Kenapa terhina sekali? Why?!"


Orang kata, dalam kegirangan ada kedukaan. Setiap yang menang pasti kalah juga sesekali. Juara dunia 2006 tersingkir awal-awal lagi pada 2010 dengan cara terhina! 


Tapi tak mengapa kerana...


... pada minggu lepas di Kiev...


"Hail Cesare! You have restored pride and we are proud of you!"


Walaupun kalah 0-4 dengan La Furia Roja, kali ini kami tersenyum bangga walaupun pahit menelan kekalahan besar itu. Kami bangga kerana akhirnya Italia berjaya buktikan mereka boleh! 

Grazie ragazzi!

Friday, May 18, 2012

Idea Suram Kala Terjaga

Sebagai seorang penulis iklan, aku kena banyak membaca untuk lebih banyak pendedahan. Dengan kreativiti yang dijana daripada buah fikiran, sesuatu karya yang aku hasilkan mungkin memberikan kepuasan kepada pelanggan, pengarah, pembaca dan juga aku sendiri.

Baiklah disebabkan aku ini selalu kesepian, kadangkala aku suka memikirkan cerita riwayat hidup aku ini di alam fiksyen. Ada ketikanya aku tertidur dalam memikirkan idea dan juga kaedah untuk menjadikan hidup ini lebih menarik.

Entri aku kali ini ialah berdasarkan mimpi yang aku alami. Aku terjaga secara tiba-tiba dan terus duduk, memikirkan mimpi aku yang kekonon hebat sampai aku terjaga. Jangan buang masa, aku terus buka Mac Emelia aku dan terus menaip cerita berdasarkan mimpi itu. Sudahnya, ianya menjadi satu cerita pendek yang sebenarnya ada kaitan dengan kehidupan sebenar aku.

Cerita ini sebenarnya terilham pada hujung Januari, tetapi aku tak pernah menyiarkannya. Maka, bacalah.

******************

Dia berdiri keseorangan di anjung itu. Kemeriahan majlis perkahwinan rakannya tadi tidak banyak menggembirakannya, bahkan dirinya terasa seperti asing di situ. Dia melihat dirinya sebagai pelengkap seri keraian yang sekadar datang menunjukkan wajah dan bersua dengan rakan-rakan lain yang semuanya hadir bersama pasangan masing-masing.

Dia melontarkan pandangan jauh ke luar. Sesekali langit direnung lama seakan ada sesuatu yang muncul di sana. Pandangannya jauh tetapi kosong, menerawang dalam kotak fikirannya sendiri. Fikirannya berkecamuk, hatinya sepi dan rasa kesunyian menemani jasadnya ketika itu.

Sebentar tadi, sesi fotografi bersama pengantin dijalankan bersama rakan-rakan. Dia mahu menyertai rakan-rakan lain mengabadikan kenangan bersama pengantin, walaupun dalam lingkungan itu hanya dia sahaja yang bersendirian. Sehinggalah seorang rakannya berseloroh:

"Takkan sorang je kot. Kitorang semua bawak partner, kau nak join we all ke?"

Hatinya panas, hancur luluh mendengarnya walaupun sedar rakannya hanya berseloroh. Air mukanya berubah dan dia terdiam sejenak.

"Alaa aku memain jelah. Jom masuk line," pujuk rakannya.

"Aku taulah aku sorang je. Yelah, siapa nak kat aku." balasnya sambil tersenyum kelat.

Keghairahan bergambar bersama pengantin dan yang lain tidak lagi terpancar, bahkan dia rasa terasing. Senyuman dan gaya sekadar dibuat-buat, sedangkan hatinya mula merintih sedih. Usai bergambar, masing-masing  berbual dengan pasangan mereka tanpa menghiraukan dirinya yang berdiri keseorangan, cuba mencari keserasian topik untuk dibualkan bersama. Langsung tiada peluang untuk itu. Kesemuanya asyik dengan topik perbualan masing-masing. 

Dia marah terhadap diri sendiri. Dia amat terasa hati. 

Pada matanya tadi kesemua yang dilihatnya seakan dongengan mindanya semata-mata. Mungkin dirinya dilitupi hijab sehinggakan seorang pun tidak menyedari kewujudannya di situ. Mungkin hijab itu juga membuatkan tiada seorang pun gadis yang menyukainya.

Oleh kerana itu, perlahan-lahan dia berpaling dan berjalan menuju ke anjung.

Gelak tawa suasana di majlis itu langsung tidak memberikan sebarang makna buatnya. Dirinya seperti sampan kecil di tengah lautan yang dikelilingi kapal-kapal mewah. Sungguhpun dia kelihatan agak segak bergaya, tetapi kehadirannya seolah-olah tidak memberikan impak kepada tetamu yang lain.

Apakah yang tidak kena pada diriku sehingga kini masih keseorangan? Apakah tiada yang sesuai untukku? 

Dia merasakan masanya di sana sudah cukup dan mahu pulang. Biarlah perlahan-lahan tidak disedari, lagipun pada hematnya, siapa peduli sama ada dia pulang atau tidak. Direnungnya lagi langit itu. Pandangannya cukup dalam.

"Kita hidup di dunia ini untuk mempelajari kehidupan bersama manusia. Kita hidup, bercampur gaul, bekerjasama dan menyayangi mereka. Bergembiralah walaupun kita dalam kedukaan; kita lebih kuat dan berkuasa daripada mereka. Jangan gunakan kelebihan kita selain membantu dan melindungi orang yang kita sayangi. Kongsikan pandanganmu, kekuatan semangatmu dan kasih sayangmu untuk mendidik mereka. Semaikan cinta kerana cinta yang mekar dari hatimu akan menarik ramai insan mencintai kamu. Pertahankan kebenaran dari kebatilan, lindungi dan sayangi mereka sehingga ke akhir kerana kitalah harapan dan kegembiraan buat mereka. Sesudah tugasan kita di Bumi berakhir, pulanglah dan sebarkan kasih sayang dan pengalamanmu ke serata alam semesta."

Itulah yang bermain di benak fikirannya. Dia mahu meyakinkan dirinya agar tidak terbuai dengan perasaan sedihnya. Dia sentiasa merasakan dirinya lebih bertuah daripada yang lain, walaupun hanya untuk seketika.

Bukannya dia tidak mencari tetapi tiada satu pun yang membalas keikhlasan perasaan cintanya. Bukan sebarangan gadis ditemuinya; berdarah campuran, bijak, berfikiran terbuka, tidak tipikal, peramah, tidak sombong, bercitarasa semasa, anggun, cantik dan memiliki ciri-ciri wanita pilihannya tetapi dia seolah-olah dipinggirkan seperti usahanya sia-sia saja.

Memang ada gadis lain yang ada, bahkan ada juga yang bermain mata dengannya meminta perhatian tetapi semua itu tidak menepati citarasanya. Golongan gadis yang selalu memberi perhatian kepadanya ialah yang tidak berpelajaran tinggi, kitsch, mengamalkan kehidupan dalam persekitaran tidak terbuka, kurang berusaha untuk memajukan diri, minda sempit dan ada yang bercampur dengan golongan rempit serta tidak bercitarasa semasa. Masakan dia mahu pasangan seperti ini?

Bukannya mendiskriminasi, tetapi dia menginginkan pasangan yang boleh dikatakan setara dalam aspek bertentangan. Opposite attracts, kata orang. Dia sukakan gadis yang boleh berinteraksi dan berdebat secara intelektual, berpandangan jauh serta berkongsi matlamat dan gaya hidup yang sama. Dia tidak kisah sama ada gadis itu Melayu, Cina, Iban atau berbangsa Kaukasia. Dia menganggap dirinya seorang bercitarasa internasional. Dia sentiasa mahu kelihatan terbaik bersama pasangan yang setara dengannya. Dia tidak mahu dianggap lelaki bercitarasa rendah dan dia sendiri memang bukan lelaki bercitarasa rendah tetapi sesuai dengan kemampuan fizikal dan intelektualnya.

Sesekali dia menyelami dirinya sendiri sambil menyusun satu persatu kekurangannya:
  1. Dia tidak kaya dan berharta.
  2. Dia tidak memiliki kereta idaman dan rumah.
  3. Dia tidak berkelulusan dari luar negara.
  4. Dia tidak bekerja sebagai ahli perniagaan atau seseorang berpengaruh.
  5. Dia mempunyai masalah dengan bank.
  6. Dia tidak kacak.
  7. Dia bukan tipikal Melayu.
  8. Dia mungkin berpandangan sosialis atau anti-establishment.
  9. Dia mungkin perfectionist.
  10. Dia mungkin sukar difahami.
  11. Dia mungkin bukan manusia.
Seks bukan persoalan, kerana jika dia mahukannya dia boleh mencari belaian wanita di kawasan tertentu. Hanya dia saja yang tidak mahu. Itu boleh dikawal, hematnya.

Apa yang membuatkan dirinya lebih marah apabila melihat lelaki yang langsung tidak memiliki kelebihan intelektual, rupa dan citarasa sentiasa mudah menawan dan memikat hati gadis-gadis cantik dan bijak seperti yang diminatinya. Setiap kali dia melihat pasangan lelaki sebegitu dengan gadis yang langsung tidak sepadan, dia akan menyumpah sendirian.

Sial! Sial! Sial!

Dia tidak akan merendahkan taraf intelektual dan citarasanya hanya untuk mengejar cinta. Tidak sama sekali, bahkan ianya boleh menjatuhkan maruah dirinya. Dia tidak akan menjadi mat rempit, lelaki Melayu tipikal dan sempit pemikiran. Dia tidak akan berkemeja polo dengan kolar ditegakkan ke atas untuk memikat wanita yang persis pisau cukur. Tidak sama sekali!

"Awak, kenapa awak berdiri seorang saja di sini?"

Suara itu. Suara yang pernah didengarinya. 

Dia berpaling. Biar betul!

******************

Begitulah kisahnya.

Friday, May 11, 2012

Just For This Time

As an English Literature student, poetry is nothing new to me. Be it in any form, poetry is an ancient art; enchantment, prayers, spells, etc are what makes poetry more beautiful and classy.

This particular poem deals about being friend zoned, as I experienced quite frequently. I may be depressed at times, and seeking solace in writing while stranding myself at the airport has become my routine. I may not write like T.S. Eliot or John Keats, nor I attempt to recreate Romanticism-esque essence in my writings.

This poem is written in Bahasa Malaysia, and there might be more to come. Whether in prose or poetry forms, love-related themes are often the subject of my writings. Enjoy and appreciate the poem.

Kali pertama bersua denganmu
di kala hujan renyai itu,
aku memandang wajahmu,
kau merenung diriku,
seolah-olah ruang masa mendekatkan hati
dan perasaan kita yang bercelaru,
menyapa kata hati yang diselimuti malu.

Kuhulurkan salam perkenalan yang
kau sambut dengan mesra;
Hasrat hatiku mahu berkawan sudah laksana,
hatiku berputik gembira.

Saat itu membuai ke beberapa waktu,
mengeratkan hubungan antara kau dan aku;
Sahabat di kala senang dan susah,
di masa lapang dan gelisah.

Riang bersahabat paduan dua jiwa,
berkongsi kisah suka dan duka;
Adatlah bila berkawan membantu sentiasa,
walau adakalanya di hati ada juga terasa.

Kau dan aku selesa begini, kau pun tahu.
Kau dan aku seronok begini, kau pun mahu.
Tetapi bila ditanya soal hati padamu, kau membisu.

"Maafkan dara, wahai teruna, kerana hatiku sudah berpunya;
Andai teruna sahabat si dara, sudikah teruna memberi bahagia?"

Kerana sayang, ya, aku akan membahagiakanmu.
Kerana kasih, ya, aku sentiasa bersamamu.

Cinta semakin malap, harapan semakin gelap;
Langkah hilang gemerlap, memikir cinta yang mungkin lesap.

"Ah, tidaklah mengapa," bicara sang teruna,
kasihankan lara sang dara yang gundah gulana.

Kau berbicara denganku soal hati yang
kau kongsi untukku dengari.
Dikala jari-jemarimu menyentuh jejariku,
hatiku terdetik merasakan sesuatu.

Adakah kau mengasihiku?
Adakah kau menyayangiku?
Adakah kau mencintaiku?

Aku mengerti penderitaanmu.
Aku memahami perasaanmu.
Aku menangis bersamamu.
Aku memujuk bersamamu.

Hari kian berganti, kau tetap seperti itu,
berbicara kisah cintamu padaku;
Tetapi hatiku terasa sesuatu,
Tidakkah kau terdetik untuk menyayangiku?

Mengapa tidak kau menjadi seseorang yang lain?
Mengapa tidak kau menjadi bidadariku
walau untuk seketika?
Berikanku satu peluang untuk menyayangi,
untuk mencintaimu,
walau cuma seketika.

Walaupun hanya untuk seketika.

Casa del Brancaleone,
30 April 2012.

Thursday, April 19, 2012

Oh, bring the boys out!

I know this kinda late, but the South Korean sensation mesmerized boys with pretty sways!


It has nearly a month since March 23, but the Hallyu (Korean wave) still lingers… I blame my over fascination towards Yoona, one of the Nine Heavenly Korean Princesses. The gem of my heart, well, if only she's mine (and goes to other guys as well, I believe).

Okay. I won't talk about the Malaysian round of F1 Grand Prix or Scuderia Ferrari's victory, but the side event which happened on the date mentioned at KLCC plaza. Believe me, the Koreans really have a big impact here to pull such a crowd, even with their last-minute confirmation to perform.

I am a big fan of South Korea's top sensation, Girls' Generation [also known as SNSD or SoShi, which stands for their Korean name So Nyuh Shi Dae (소녀시대)]. Okay I know I might sound gaytarded but at first when I listened to their catchy bits and dance of hit song Gee made me drool at once. The group was founded in 2007 and presently the top K-pop girls' group, making them among the biggest hits in East Asia.

Alrite, here goes the account. The F1 concert was supposed to be held in Sepang, if I'm not mistaken with international feats of Kylie Minogue and Orianthi slot to perform, as well as local repertoires. Things went helter-skelter and the organizer had to cancel the event and this is when Petronas, MH (Malaysia Airlines) and other sponsors came in to stage a stunningly hasty concert in a week's time at KLCC plaza with Orianthi and Nicole Scherzinger performing aside local artists. The best thing is, the concert is free.

Anyway, news broke that the new organizer has penned a deal with SM Entertainment of Korea to bring SNSD to town, which went viral over the net. Of course, numerous newswire went crazy with the prospect of SNSD finally coming to Malaysia and also SNSD fan chapters like MySONE and Soshified started to rally fans to welcome the girls and conquer the show. The moment I heard the news, I can't seem not to let go newsfeed of concert info. For the whole week, I engaged in talks to go for the concert and devised plans to (very unlikely) sneaking backstage to meet them. I managed to get their performing schedule and of their travel. Oh my, I was so into it… and I can't believe it.

The rumors were confirmed and I was informed there are tickets to see them really near at the front, which means I must get it quickly or else losing it. Well, I didn't get the tickets as they were sold out pretty fast, but on the day of the concert I got a pair of premium zone tickets from a friend and was so happy! 



My brother came all the way from Melaka to see his idols too. Immediately when the clock struck six, we dashed to KLCC. It was like a sea of SNSD fans that day, so crowded as if we are in a political riot of some sort. And most fans were wearing pink - the girls' so-called official colour - and I noticed that most fans are males, just like us. I was wearing a SNSD-esque clothing: pink tee, skinny jeans, sneakers and scarf - just to get the mood going. There were banners, placards and countless SNSD items everywhere. Man, they really are bringing the boys out.

As we walked to the ticketed zone, I can't help wondering the crowd. Frustrating ticketless fans got to resort flooding the free zone area (with very limited visibility to the stage, but able to see the giant screen). The security was quite tight, and once we got in, there have been thousands of fans. The scene at KLCC was so euphoric that SNSD fans kept chanting So Nyuh Shi Dae! So Nyuh Shi Dae! all the way. The Hallyu (Korean culture wave or fever) was roaring high. Guess the girls might be sweating like hell to their debut mini concert and raving boys on the floor.


SNSD is just like our national football team. Fans could be both passionate and patriotic, singing the same tune, wearing the same colour and talking the same language (in this case, Korean). The spirit of 1Malaysia as envisaged by PM Najib was visible… common interest and passion drove us together. Even during prayer breaks (yes, prayer breaks. Show starts after isya') fans were very tolerant and understanding. 

After a while and the opening act by a local shuffle group, the girls were finally on stage. 

My God, I just couldn't believe my eyes seeing them live on stage! It's like a dream come true and I believed the crowd felt the same too. Seeing through the masses and the giant screen as well, I could see Yoona in her white, leather outfit. It is her!


As only Tiffany and Jessica are fluent in English, they represented the whole team when engaging with the fans. It also noted that Yuri wasn't there due to scheduling conflicts. Nevertheless, both of them (especially Tiffany) wowed fans with flirty interactions and even said "Kami cinta Malaysia!" at their conclusion.

They started the Hallyu craze with their latest hit, The Boys. Wow, what a bang! And the song really described us, the boys to check them out! (B-bring the boys out!) 

Next up, they performed one of their well-known number, Genie (Tell Me Your Wish). The chanting of sowaneul malhaebwa (tell me your wish) soared the plaza.


Run Devil Run was next, and this song was performed darker just like its music video counterpart.

Then it was Hoot and fans imitated the archery dance movement portrayed in the music clip, while sang along to the chants of "trouble-trouble-trouble."

After a while, the group interacted with fans with Sooyoung even mentioned "saya suka Malaysia" which was followed by MR. TAXI to rousing crowd. Most people recognised the original MR. TAXI in Japanese, but the girls performed the Korean version of the song. Well, who cared, we all sang as well.


Prior to performing their last number, Tiffany represented the group thanking the sponsors, organisers and loyal fans. No longer able to contain fans' excitement, Tiffany asked fans to guess their final song and as expected, it was their worldwide sensation and craze, Gee.

Gee is my favourite of all SNSD songs and I can even do the Gee dance. And singing to the song really made my week... and I can't believe that I joined the fans to sing and dance along with the girls on the plaza. The Gee-Gee-Gee-Baby-Baby-Baby lines were heard across, and became a ringing tune in my head for a few days.

Here's the fancam of Gee. Hear the fans in there.


Upon the conclusion, fans applauded with an encore request, but sadly they had to go.  As soon as they stepped down, a large portion of crowd left the plaza. Wow, the SNSD factor was so great that it could bring fans together in a large number, such as in this debut concert. We got to scrap the plan to see them off at the airport as we struggled to get through crowded underground rail station and cramps on legs.


For me, it was an unforgettable night to see the girls live in their Malaysian debut. I hope that the girls will come again as I believe many others hoping as well. Never ever I saw a large following of a K-pop group such as them, even though there were other groups, most notably the Wonder Girls, already came to our soil for concerts.

Oppareul saranghae!