Terkenal dengan keindahan taman lautnya, Pulau Perhentian menjanjikan pengalaman baru buat penggemar aktiviti laut serta ketenangannya menggamit suasana santai sesuai untuk istirahat, lapor RS Iskandar.
OK, tajuk ini mungkin agak klise seakan-akan tajuk artikel dalam akhbar (mentang-mentang aku kerja kat newspaper company) tapi peduli apa aku, cerita aku.
Baru kali ni aku upload entri tentang eskapisme (ada ke?) ke Pulau Perhentian bersama beberapa rakan setelah beberapa kali ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (kepenatan, kebuntuan idea, kematian rakan karib serta pilihanraya umum negeri). Aku pecahkan entri ini mengikut hari-hari kejadian. Enjoy!
A day before (31 March)
Siangnya aku bekerja dengan beg kembara siap sedia untuk bergerak. The City Motorboat 3200 aku pinjamkan kat ex-wife aku sebab dia nak pindah rumah. So after six, aku menapak ke The Mall untuk bertemu rakan-rakan lain sambil menambah stok keperluan penting macam pills, sunblock, munchies, 'air sihat,' etc.
By 1930 hrs, everyone dah ada: Aidura, Azam, Faizal, Dayang, serta kenalan baru, Faris dan Maya berkumpul di McDonald's The Mall. We had dinner there and off to Hentian Putra afterwards. Bas kitorang dijadualkan bertolak pada jam 2130, harapnya takdelah delay. Aku agak teruja nak naik bas untuk a long trip sebab selama ini aku asyik terbang, sesekali nak merasa adventure tengah malam.
Bas kami merupakan bas double-decker Scania milik Sani Express dengan plat number MKN 2050 bound to Kota Bharu, kalau tak silap. Our journey will end at Kuala Besut, Terengganu dan perjalanan dijangka memakan masa selama lapan jam. Kami semua duduk di dek atas dan aku teruja dengan kerusinya yang amat selesa, eksklusif nan eksekutif persis kerusi business class MH. Dengan suasana yang amat selesa, sambil diiringi lagu-lagu noir porno jazz oleh Bohren und der Club of Gore, perjalanan membelah malam bermula.
Laluan yang aku kenal pasti ialah melalui Bentong-Raub-Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Jerteh-Kuala Besut. Panjang pulak nak taip, kalau aviation aku pakai kependekan waypoint je. Dari KL ke kawasan Merapoh, aku on and off tidur. Jalan yang gelap, sempit dan agak keras. Maybe di luar tu sejuk kot. Aku gambarkan perjalanan kami pada malam seakan perjalanan Jonathan Harker dalam novel Dracula karya Bram Stoker. Bayangkan, dalam kesunyian, kegelapan dan rasa seram, beliau mengikuti karej ke Bukovina dari Bistritz sebelum dijemput oleh Count Dracula sendiri di Borgo Pass. Gila ah seram! Apa-apa pun, pada jam 0130 bas kami berhenti di Hentian Sani dalam kawasan Merapoh untuk berhenti rehat 45 minit. Bolehlah kami semua lepak makan, minum, puffy dan macam-macam. Nasib bukan berhenti di Borgo Pass!
Day 1 (1 April)
Kami tiba di Kuala Besut sekitar jam 0530 dalam kegelapan. Faizal dan Faris, our trip experts bawa kami untuk breakfast di warung bersebelahan jeti. Nampak macam warung, tapi dia punya menu sarapan memang lengkap! Seperti kebiasaan, aku prefer American breakfast. Ada beberapa foreign tourists breakfast bersama sambil menunggu bot yang akan membawa kami ke Pulau Perhentian pada jam 0830 nanti.
Deruman bot dari jeti ke sana mengambil masa selama 32 minit dengan keadaan laut yang tenang. Aku tak sure berapa knots dan tinggi ombak sebab ilmu kelautan aku agak cetek, yang penting semuanya enjoy. Ada empat penuntut berbangsa Cina menyertai kami dalam bot itu. Angin pagi dan deburan air laut cukup menyegarkan.
Akhirnya we all tiba di Flora Bay Resort, Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar (5°55′0″N 102°44′0″E). Inilah first time aku ke sana dan the scenery is breathtaking! Aku merayau dekat-dekat situ je. Liputan talian telekomunikasi agak sukar dicapai. Dapat pun paling kuat tiga bar je, itupun kena berdiri dalam air separas lutut. Kalau angin tiup, takde line langsung. Lepas check-in, we all berehat kejap, had a quick snack at the cafe and off we go for snorkelling. Trip kami ini disertai another friend of Faizal's iaitu Khalil yang agak gila-gila jugak.
Akhirnya we all tiba di Flora Bay Resort, Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar (5°55′0″N 102°44′0″E). Inilah first time aku ke sana dan the scenery is breathtaking! Aku merayau dekat-dekat situ je. Liputan talian telekomunikasi agak sukar dicapai. Dapat pun paling kuat tiga bar je, itupun kena berdiri dalam air separas lutut. Kalau angin tiup, takde line langsung. Lepas check-in, we all berehat kejap, had a quick snack at the cafe and off we go for snorkelling. Trip kami ini disertai another friend of Faizal's iaitu Khalil yang agak gila-gila jugak.
Keadaan air laut yang belum berapa nak warm serta kekeruhan dasar menyukarkan peluang untuk scuba diving tetapi at least snorkelling cukup menyeronokkan. Aku belum ada lesen menyelam lagi (insya-Allah bulan Jun nanti) tetapi sudah teruja dengan keindahan dunia dasar laut. Kami bersnorkel di empat point, antara yang aku ingat Shark Point, Turtle Cove ke apa, lagi dua aku lupa. Seperti biasa, ritual aku untuk memulakan snorkelling ialah menaiki dek bot dan terjun umpama Michael Phelps, tanpa life jacket dan peralatan lain. Terjunan yang tak berapa perfect tetapi kalau dirakam secara time warp dengan sound effect bionic jump *shettatatatatatatata* memang kaw la. Memang gila! Siap snorkel set aku tenggelam ke dasar sampai aku kena dive down ambik siap luka kena reef lagi. Aku nampak penyu, flounder dan jumpa beberapa ekor Nemo yang comel. Faris ada bawa underwater camera, so memang best sebab dapat merakam banyak gambar bawah laut.
Kepenatan disebabkan seronok snorkelling ditambah dengan kekurangan tidur pada hari-hari sebelumnya memaksa aku dan Azam pulang ke bilik untuk berhibernasi selama 12 jam setelah minum petang. Tak sempat nak puffy pun. Makan malam, sesi bermain poker pun jangan haraplah. Sangat mengantuk dan letih, okay.
Day 2 (2 April)
Hibernasi selama lebih 12 jam pada petang sebelumnya membuatkan aku dan Azam agak bertenaga dan cukup rehat. Sedar-sedar dah jam 0730. Usai semua, kami pun bersarapan sambil menanti geng lain bangkit dari deep slumber diorang. Lepas breakfast, kami ke bilik mereka to wake them up. Memasing terpisat-pisat nak bangun, yelah badan penat tu. Semua dah breakfast (aku dan Azam join sekali lagi), dan sedia, kami bertolak untuk aktiviti laut, snorkelling dan sightseeing for the day.
Destinasi hari ini ialah ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Sejam menaiki bot ke sana. The sea was quite rough, making our ride a bumpy one. Aku duduk di haluan memang layan je the ride. Rasa macam ke shooting siri Magnum, P.I. pulak. Bila sampai sana, matahari dah terik. Sapu sunblock, turun ke pulau untuk minum-minum di Pelangi Resort. Memang cantik Redang ni, macam yang aku baca. Line Maxis sangat clear kat sini, sempat reply email kerja lagi. Kami menapak sampai ke Laguna Redang, posing, main air dan beli souvenirs. Lunch kat Pelangi dengan hidangan lazat especially itik masak kicap memang layan! Lepas tu, aku dan Dayang melepak di tepi pantai borak-borak, sempat berfoto buat the James Bond pose (macam dalam scene Casino Royale) seperti yang aku buat di Phi Phi Island, Phuket dulu.
Boatman sudah panggil dan we all head straight to Taman Marin Redang. As the boat weighed down the anchor, kejernihan air dan terumbu memanggil-manggil. Memang indah, sukar digambarkan. Yang lain mula bertempiaran ke laut sedang aku seperti biasa melakukan Mebius Jump aku tu sampai puas. More marine life and deeper plunge I went to swim with the fishes and feel the corals. Rasa macam terbang pulak. Lepas tu, we all ke beberapa tempat lagi. Apabila kami singgah di Pulau Lang Tengah, aku dan Maya seronok bergambar di tepi bot. Siap posing macam pelaut la, gadis kesepian di pulau la, kawe nelaye la… macam-macam sampailah we all singgah untuk snorkel lagi sebelum balik ke Perhentian to end our exciting day.
Seperti hari sebelumnya, kami berkumpul di chalet Faizal untuk mencuci kelengkapan dan mandi. The girls biasanya akan cuci gear dan lepak kejap sebelah kitorang. Perangai bebudak boys ni bila mandi kalah budak kecil. Mandi air paip depan chalet dengan pelbagai gaya dan persembahan sampai tak hiraukan keadaan sekeliling. Mandi dengan penuh ghairah, penuh stim, penuh ritual; ada yang duduk atas kerusi mandi, jirus sampai tujuh kali la sampaikan aku pun terjebak sekali. Haha. Lepas tu, we all minum petang dan tengok foto. Sementara menunggu BBQ dinner malam tu, aku dan Azam balik bilik untuk tidur sebentar, barang sejam pun jadilah.
BBQ dinner malam tu boleh tahanlah. Dah kat tepi laut, perut lapar semua sedap belaka. We dined like kids and snap photos. Lepas tu, kami layan bola kejap, kebetulan match ManUre lawan West Ham. Menang pulak ManUre ni (to Maya's delight). Boring dengan siaran Astro disertai hujan, kami berkelompok ke bilik Faizal untuk sesi bersosial. Bilik diorang dah jadi macam fusion rumah pelacuran, rumah urut, kasino dan bar lengkap dengan live singer, poker gamers, mama-san and boozers. We engaged in fun activities, gelak guling-guling, nyanyi macam kat Red Box Karaoke, main terup macam kat Las Vegas, among others. Aidura jadi mama-san mengurut kitorang kat bilik dia (ehem!). Tangan dia lembut dan ada aura pengurut. Kena selalu praktis tu Dura. Bila memasing dah mula slow, berat dan kepala ding dong, that means a night retirement call la. Masa untuk tidur!
Day 3 (3 April)
Inilah hari terakhir percutian eskapisme kami. Tiada sebarang perancangan untuk beraktiviti laut sebab malas nak angkut pakaian basah. Jadinya, kami banyak melepak makan dan merayau di sekitar. Aku dan Azam merayap sampai ke Arwana Resort lepas breakfast. Seketika di pantai, aku membuat sand writing as a promise to the Yuna girl yang aku cerita dalam entri terdahulu (klik sini untuk entri itu). Aku membuatnya dengan penuh kasih sayang. Later on, kami semua buat aktiviti bosan dalam bilik dan packing untuk pulang. Agak berat dan malas rasanya untuk pulang ke rumah. Bot yang dijadualkan pada jam 1400 dinantikan dengan sabar sambil menikmati makan tengah hari.
Day 3 (3 April)
Inilah hari terakhir percutian eskapisme kami. Tiada sebarang perancangan untuk beraktiviti laut sebab malas nak angkut pakaian basah. Jadinya, kami banyak melepak makan dan merayau di sekitar. Aku dan Azam merayap sampai ke Arwana Resort lepas breakfast. Seketika di pantai, aku membuat sand writing as a promise to the Yuna girl yang aku cerita dalam entri terdahulu (klik sini untuk entri itu). Aku membuatnya dengan penuh kasih sayang. Later on, kami semua buat aktiviti bosan dalam bilik dan packing untuk pulang. Agak berat dan malas rasanya untuk pulang ke rumah. Bot yang dijadualkan pada jam 1400 dinantikan dengan sabar sambil menikmati makan tengah hari.
Perjalanan pulang ke jeti Kuala Besut agak biasa. Laut tidak bergelora, angin dan cuaca pun baik. Sampai jeti, kami minum lagi dan merayau mencari barangan. Seperti biasa aku mencari fridge magnet. Tak lama pastu, kami semua bertolak ke Kota Bharu menaiki van yang memakan masa selama hampir sejam, yang melalui Pasir Puteh, Bachok, Tok Bali hinggalah kami sampai di daerah Panji, Kota Bharu untuk makan di Yati's Corner. Nasi kerabu, ayam percik, keropok, daging bakar memang sangat menyelerakan! Kena pulak dengan jus pegaga… menyegarkan minda, badan dan jiwa. Pilihan makanan di Kelantan ni memang banyak dan murah, sebab tu aku sukakan Pantai Timur ni. Tapi sebelum tu, aku dan Maya layan tidur di seat belakang dalam kepanasan dan kesempitan. Takpelah janji seronok ramai-ramai ada.
Agenda kami sebelum berlepas pulang ke ibu negara ialah melepak di KB Mall. Agak panas jugak cuaca dan suhu di Kota Bharu ni. Aku dan Dayang terpisah dari yang lain, maka kitorang bersiar-siar sekejap. Jumpa balik dengan yang lain kat Secret Recipe, kami minum santai dan bersiap untuk ke bazar malam berdekatan Kota Bharu Trade Centre tu. Pergh! The sea of Red Warriors je aku tengok. Hajat di hati macam nak angkat jersi Umbro Red Warriors Kelantan ni buat koleksi tapi tak jadi. Merasa makanan jalanan Kota Bharu sambil bergembira berfoto dan cuci mata tengok mek Kelate come lote untuk membuang masa.
Malam yang baik. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa (KBR/WMKC) untuk keberangkatan pulang ke Kuala Lumpur. Sekali lagi aku menaiki Firefly (FY) pesawat ATR 72-500 dengan tailcode Yankee-Echo. Snek FY ni macam biasa, tapi instead of Kunang2, majalah Going Places pulak yang mengisi poket tempat duduk. Kali ini malas aku nak merujuk pada flight chart AIP, aku tidur di sepanjang flight selama 1 jam 10 minit. Aku biarkan deruman enjin Pratt & Whitney PW127M dan alunan Hamilton Sundstrand propeller blades mendodoiku sampailah pesawat selamat mendarat di Runway 15 di Subang Skypark (SZB/WMSA). Setelah itu, kami semua berpisah untuk kembali ke kehidupan sedia kala.
Eskapisme Perhentian mungkin merupakan penutup buat separuh pertama tahun ini. Tetapi apa yang kami berlapan telah alami sepanjang percutian ini mengeratkan persahabatan kami. Aku hargai apa yang telah kami alami dan kongsi bersama sepanjang trip. Dan ia juga merupakan satu terapi buat diri aku, rejuvenating my body and reenergize myself to focus on my life even more than before.
Kepada Aidura, Azam, Dayang, Faizal, Faris, Maya dan Khalil, terima kasih aku ucapkan. I had fun and you all shall not be forgotten. Bila nak berjimba lagi ni?
Khallas.
Kepada Aidura, Azam, Dayang, Faizal, Faris, Maya dan Khalil, terima kasih aku ucapkan. I had fun and you all shall not be forgotten. Bila nak berjimba lagi ni?
Khallas.

































