Thursday, March 11, 2010

GLI AZZURRI: La maglia ufficiale finalmente arriva!

Khamis, 4 Mac 2010, jam 1142.


Sedang aku menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, aku menerima panggilan telefon dari butik al-Ikhsan, BB Plaza, Bukit Bintang.


"Assalamu`alaikum, ni Encik Iskandar ke?"

"Wa`alaikumussalam, ya bercakap."

"Saya XXX dari al-Ikhsan nak bagitau jersi World Cup Italy baru je sampai. Abang ada booking satu kan? Bolehlah datang ambik hari ni."

"Dah sampai ek? OK, kejap lagi saya datang."


Aku terhenti sekejap. Akhirnya apa yang aku nantikan sudah tiba.


Adidas sudah keluarkan koleksi jersi untuk 2010 FIFA World Cup sejak Disember lagi. Nike pula dah reveal koleksi diorang pada pertengahan Februari. Puma pun dah sebenarnya, tapi koleksi untuk pasuka-pasukan benua Afrika je (serius mantap). Dan aku tahu, Puma saja lengah-lengahkan koleksi jersi Italia untuk Piala Dunia atas sebab keselamatan… apalagi, lambakan keterberhasilan jersi cap ayamlah.


Over the Net, leaked photos of possible kits for Italy in defending their World Cup title have been around since October. Aku ada gak perhati pix tu tapi macam kurang konfiden sikit. Aku pun frequently checked kat calcioitalia.com dan pumafootball.com, manalah tahu ada sok-sek rasmi dari sana.


Maka dipendekkan cerita, pada jam 1215 yakni setengah jam selepas panggilan hikmat (merangkap 45 minit sebelum official lunch hour), aku pun menderu R-Machine ke BB Plaza. Aku menempuh kepanasan 36 darjah, kehangatan, kesesakan trafik bandaraya dan lolongan teksi yang seperti biasa macam sial. Sanggup. Aku park betul-betul depan Starbucks BB Plaza, tak sempat nak capai Java Chips terus aku ke al-Ikhsan… dan aku amat berbangga melihat jersi yang kudamba selama ini diperagakan mannequin alongside the Brazillian strip.


Aku tengok jersi baru je nak digantung untuk display. Wah, memang bertuah aku! First buyer in Malaysia agaknya. Aku tanya salesperson tu, ambik jersi aku yang still intact dalam bungkusan dari dalam kotak dan menghabiskan at least 15 minit membelek teliti jersi Italia display kat situ. Sesambil tu aku pergi Low Yat beli portable hard disk dan kasut futsal. Tak sempat pun menghirup Java Chips. Aku balik office dan dengan penuh bangganya mengapi-apikan member aku yang kebetulan tifosi italiano (Italy’s fan) tahap cacing kepanasan api gas asli Petronas.



So, let’s see my latest arrival for the coming 2010 FIFA World Cup: South Africa.

Mana-mana jersi pasukan kebangsaan atau kelab semestinya memiliki tag huraian seperti di bawah. Yang nilah membezakan jersi original dengan jersi cap ayam, menunjukkan jersi ini telah dilesenkan untuk jualan.



Sulaman logo FIGC (Federazione Italiana Giuoco Calcio) atau Persekutuan Bolasepak Itali dan logo Puma yang disulam kemas pada kedudukannya.



Di belakang kolar, dijahit perkataan GLI AZZURRI yang bermaksud The Azzurri (gelaran bagi pasukan Italia).



Teknologi fabrik U.S.P. Puma yang memberikan pengudaraan, keselesaan dan menyerap peluh serta cepat kering bagi permainan yang lebih mantap dan jitu.



Puma description tag dan tag hologram yang hanya boleh dilihat menerusi cahaya infra merah. Punyalah hebat baju ni sampai boleh pakai untuk berlatih, tidur, makan, memandu, bersukan dan sebagainya seperti memburu burung punai emas, memerangkap meerkat, menculik chipmunk waima menghisap rokok ketum.



Antara ciri-ciri jersi replica yang original: Pastikan nombor siri, saiz & artikel adalah sepadan pada plastik bungkusan, description tag dan shirt tag, contohnya: 736646, saiz M.



Pandangan depan jersi Italia. Inspirasi Puma untuk rekaan jersi ini ialah pahlawan Rom (Roman Warrior). Kehebatan tentera dan empayar Rom pada zaman dahulu kala jelas ditunjukkan dalam motif corak fabrik yang dibuat khas. Aku rasa cap ayam punya paling kuat pun dicetak je tu. Jersi ini lebih ringan dan lebih tahan daripada sebelumnya.



Corak fabrik ‘tulang belakang’ yang menjadi nadi inspirasi kejayaan Italia. Nampak begitu unik dan gah apabila diperhatikan dari belakang.



Puma’s contract with the FIGC runs since 2003 until 2014, iaitu sampai kejohanan 2014 FIFA World Cup: Brazil. So, makin bertambah la koleksi aku ni sampai kena buka galeri Italia. So, yang ada dipaparkan kat sini ialah koleksi jersi Italia daripada Puma sejak tahun 2003 (kiri ke kanan): Koleksi 2010 FIFA World Cup, 2008 European Championship, 2006 FIFA World Cup (champions) & 2004 European Championship Qualifying Round.



The first ever match yang Italia pakai jersi ni selepas official launch di Rome ialah masa friendly match lawan Cameroon di Stade de Louis II, Monte Carlo, Monaco baru-baru ni (pix courtesy of Reuters):



So, aku dah dapat jersi untuk memberikan sokongan tidak terhingga kepada Gli Azzurri. Dan aku akan pakai jersi ni sambil menyanyikan lagu kebangsaan, Fratelli d’Italia dengan penuh bangga. Korang apa lagi? Serlahkan sokongan anda terhadap pasukan anda yang bakal berentap pada persembahan terunggul di muka bumi pada musim panas ini.


Khallas & Forza Azzurri!