
Bila tidak berteman, hati ini meronta kesunyian. Aku langsung ke Bandung juga tanpa diikuti isteri yang tidak dapat cuti kerana terlibat dengan program bersama para pelajar dari Kolej Teknikal Dongyang, Korea Selatan selama sebulan. Sorang le jawabnya.
First time ke bumi Parahyangan (kota Bandung) ni pada tahun lepas (April 2008) dalam trip syarikat. Terus aku jatuh cinta. Dengan tiada teman, macam-macam cadangan aku dengar daripada kawan-kawan. Cari Nia Ramadhani, Revalina, Bunga Citra Lestari sebagai teman. Kalau diorang bertiga ni mahu menemani aku, enjoy aja. Tapi takde, maka jadilah aku tunggul kayu seperti teratai layu di tasik madu. Nanti jadilah skandal bumi Parahyangan/Priangan/Preanger.
Maka trip ini lebih bebas. Rabu pagi aku dah bertolak ke KL Sentral bersama Muskamal couple, dihantar oleh isteriku (Sian dia. Kurang best trip aku huhuhu). Hopping in into Skybus langsung aja ke KLIA-LCCT (KUL/WMKK). Check-in di kaunter yang agak lengang memudahkan kerja kitorang, dan aku yang kelaparan membedal Fillet-O-Fish. Konon laparlah tu. Bila di kaunter imigresen, aku rasa ralat sikit. Punyalah banyak muka surat visa dalam pasport tapi tak dicop, sebaliknya diimbas daftar je. Aku lebih suka pasport dicop, adalah bukti kita keluar negara dan taklah membazir beli pasport RM300 tapi muka surat visanya kosong. Takpelah. Lantas beraturlah kami sebelum diimbas bagaikan nak masuk kasino di pulau Macau.
Flight kitorang ialah QZ7596 iaitu Indonesia AirAsia. Pesawat kitorang aku agak, mesti Boeing B737-300 (PK-AWC) yang terbang dari Jakarta (CGK/WIII) ke KL sebelum menukar sektor penerbangannya ke Bandung. Memang betul pun. Rindu aku naik Boeing, sebab selama aku dengan AirAsia ni asyik naik Airbus A320 je. Masa tengah taxi ke Runway 32R aku dapat snap beberapa buah MASkargo (MH) B747-400F, Air India Express (IX) B737-800 dan Cathay Pacific (CX) B777-200ER.
Pesawat berlepas dari landasan 32R menghala ke barat laut sebelum memasuki laluan penerbangannya 125 darjah ke barat daya. Penerbangan selama 2 jam 10 minit ni ternyata boring (alasan biasa: aku selalu terbang) dan aku melayan lagu-lagu Katy Perry dan Amanda Seyfried. Setelah memasuki ruang udara Bandung, aku perasan pesawat ni membuat pusingan 45 darjah timur memasuki laluan yang tentunya bukan ke Runway 11. Tapi pemandangannya tetap best. Antaranya snapshot jambatan Pasupati dan Novotel. Memori lama bermain di ingatan. Hehe. Semakin rendah pesawat meluncur, aku mulai perasan ada tanah perkuburan Kristian sekitar ILS (Instructional Landing System). Seram sial airport ni. Dan akhirnya mendaratlah di landasan 29, Bandara Husein Sastranegara Bandung (BDO/WICC) dengan keadaan cuaca yang aku agak baru lepas hujan. Ada pesawat Fokker F50 kepunyaan tentera Republik Singapura diparkir disitu.
Airport ni kecik je. Masuk ke arrival hall, beratur pendek di kaunter imigresen, scan bagasi terus tercongol muka-muka orang di luar. Keluar dari situ cari placard "Iskandar NSTP" yang mana aku jumpai. Bapak Yahya nama pemandu kami. Ungkapan Wilujeng Sumping atau selamat datang lantas didengari. Langsung aja ke penginapannya di Hotel Cassadua, tidak jauh dari situ. Checking in yang mana kamarnya sudah disiapkan, aku berehat dan berbaring. Penat konon, macam aku pulak jadi pilot tadi. Apa-apalah. Kamar aku dan Muskamal sama je, quite small, but punya amenities asas macam air-cond, TV, hot shower dan sebagainyalah. Katilnya seakan single, tapi boleh ditarik keluar tilam dibawahnya. Tapi kalau dah sedap tidur berdua atas satu katil tu boleh je.Aku tukar baju dan bersama Muskamal couple, kitorang yang kelaparan ni terus ke Simpang Raya di Jl. Ir. H. Juanda aka Jalan Dago. Kitorang pernah lunch disini dulu. Kangen sama masakan Padang itu. Aku langsung order jus alpukat (avocado) yang menjadi kegilaanku masa trip pertama dulu. Sedap sekali yuk, refreshing euy! Dan istiadat membeli-belah dimulakan secara rasmi apabila kami parking di Heritage di Jl. Martadinata aka Jalan Riau. Apalagi, serbuan di factory outlets la sepanjang petang dan memang kitorang telah menjadi korban kerakusan bershopping segala benda tanpa prejudis. Malamnya sudah capek dan langsung di kamar aja... sempat membeli kad prepaid XL macam dulu dan call isteriku di KL.
Terbangun awal di pagi dingin itu, rupanya hujan diluar sana. Kesejukan menggigit dan kretek Dji Sam Soe menjadi mangsa. Usai segala, kitorang breakfast dan meneruskan perjalanan ke Tangkuban Parahu. Dengan persalinan lebih kurang sama macam trip tahun lepas, aku mahu enjoy gila di atas perahu terbalik yang berlubang itu. Peduli la. Bapak Yahya drive guna jalan yang lain dan akhirnya masuk ke laluan yang aku ingati. Adalah dalam sejam perjalanan yang mengasyikkan sambil dengar lagu Siti Nurhalala (sebab pak supirnya minat sama Siti). Berborak dengan supirnya memang best. Aku boleh pulak switch berbahasa Indonesia. Kalau Nia Ramadhani dengar percakapan aku, pasti keren gitu. Van kami terus menyusuri ke atas dan tidak berhenti di terminal bas seperti yang kitorang berhenti dulu. Hmm, agak sunyi. Mungkin sebab bukan hujung minggu, kalau tak, macam kitorang dulu, penuh gila. Anyway, jalan sudah berkabus tebal, air-cond van dah tutup dan hawa sejuk diluar masuk. Sejuk la pulak. Maknanya sudah mau dekat dengan destinasi.
Tangkuban Parahu ialah seperti yang kuingat dulu. Kawasannya macam bekas tapak raksasa lawan dengan Ultraman Mebius dulu. Cuma kali ini agak lembap dan sekali-kala hujan gerimis menambah kesejukan. Aku terasa macam di Switzerland pulak. Suhu ialah sekitar 15 darjah. Masuk ke kantor informasinya, aku sempat bertentang mata dan gigi dengan harimau bintang pecah empat belas leopard dan juga si Tigerzord tunjuk belang macam jersi Nike Malaysia tu. Muskamal dan isteri best je memanaskan antara satu sama lain, romantiknya. Aku pulak? Takkan nak peluk Tigerzord tu. Dimanakah kamu, Nia Ramadhani disaat kubutuhkan kamu? Penasaran sih!
Well, the weather turns out to be worse. Semakin sejuk dan hujan sekejap lebat sekejap kabus tebal. Menemani Muskamal couple menjejaki kedai-kedai cenderamata, aku singgah berborak dengan pemilik kedai cenderamata muzik, tempat aku membeli didgeridoo dulu. Meneruskan perjalanan, sejuk punya pasal nak ambik gambar kami memasuki warung Ibu Idah. Pengalaman lepak dan makan di warung atas gunung ialah pengalaman terbest. Bayangkan di tengah kesejukan melampau seperti pergunungan Alps sambil menikmati teh O dan kopi O panas, semangkuk mi, singkong (ubi) rebus panas bergula... pehh! Fantasi tu. Dengan nyalaan lampu gasolin menerangi warung itu, kami berborak rancak dengan pemiliknya. Ada dekat nak sejam melepak di dalam, dan bila keadaan mengizinkan, kami pun keluar dan aku pun beraksi di tepi kawah dan terus menjadi Mebius!Menuruni gunung kami merentasi pekan Lembang dan terus ke restoran Kampung Daun. Eloklah. Tadi makan di atas gunung, sekarang makan dalam hutan pulak. Kampung Daun ni memang best tempatnya. Sebab tu ramai orang recommend. Tempatnya tersorok tapi popular, kata supirnya. Kami menikmati panorama yang indah dengan hiasan semulajadi yang menawan. Pondok-pondok yakni ruang makannya seperti di resort. Eksklusif dan bertempat secara bertingkat-tingkat. Hidangannya amat eksklusif, sedap dan lazat. Kitorang semua order Nasi Goreng Kampung Daun, dan dihidang dalam satu dulang mengkuang dan makanannya dalam tempurung kelapa. Nah, satu lagi pengalaman makan yang best dalam trip kali ini. Kalau korang ke Bandung, tolonglah jangan miss makan di Kampung Daun. Pergilah, korang takkan menyesal punya.
Dan petang itu kami menakluk Jl. Cihampelas pulak. Bershopping di sekitar Ciwalk shopping for jeans and segalanyalah. Ada juga berkenalan dengan sorang dua mojang Sunda. Dan aku bergambar dengan patung Ultraman Dyna lagi macam dulu. Lepas puas di Cihampelas, kitorang ke daerah Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit. Daripada kasut hinggalah jaket... Cibaduyut ialah tumpuan terbaru dan kali pertama ke sana memang tak percaya tengok leather products. Murah dan banyak. Tapi agak jauh jugaklah. Sebenarnya dekat je tapi sebab jalannya tak familliar tu yang jauh. Tak lama di sana, kami ke Jl. Merdeka dan aku melayan diri di Starbucks menantikan Muskamal couple shopping.Kehidupan malam keduaku nyata meriah. Muskamal couple hanya mahu berehat di kamar sedang aku memulakan pesta hedonisme seorang diri di Violet Bar di Jl. Braga. Melayan live band dan menikmati panorama cantik-cantik. Melepak di tepi kaunter bar dan berkenalan dengan seorang mahasiswi Universitas Padjajaran, Nesa. Gadis Bandung sejati, Nesa amat padan dengan gambaran gadis Sunda yang bersopan-santun, cantik serta berbudi bahasa. Perbualan kami agak menarik dan dia banyak bertanya mengenai Malaysia. Kami minum sambil bertukar-tukar cerita. Seronok. Mengambil jurusan ekonomi, Nesa berharap dapat membantu negaranya membangun serta meningkatkan taraf ekonomi penduduknya setanding dengan negara-negara lain. Sekali-sekala Nesa menyalakan Sampoernanya sepanjang tiga jam perbualan kami. Malam itu aku benar-benar happy. Kami bertukar-tukar kad dan menjadi rakan baik. Baguslah sudah ada teman di kota ini. Nak bawa isteri nanti senang.
Pagi hari ketiga juga aku bangun awal. Hujan renyai-renyai menyambut kehidupan pagi aku. Menghisap Dji Sam Soe sambil menanti breakfast di tepi pintu. Dengan hanya tinggal beberapa ratus ribu rupiah dalam tas, maka aku pun ke Jalan Dago menukar wang. Dengan suntikan setengah juta dalam tangan, kami semua ke Pasar Baru. Parking di dalam, hari itu Pasar Baru tidak ramai orang. Nak shopping pun tak kelam-kabut dan sesak. Memandangkan team Scuderia Ferrari-Marlboro akan bertukar kepada BMW Sauber tahun ini, maka urusniaga memborong crew shirt secara besar-besaran dilakukan. Aku dan Muskamal pulak angkat baju Ducati Corse-Marlboro sebagai tambahan. Di kedai kain pulak, sempat mengenjin mojang Sunda bernama Riana. Dapatlah harga kain murah sikit. Tengah hari menikmati lunch sekali lagi di Simpang Raya, berkenalan dengan Arni si promoter dan terus saja ke Kartika Sari untuk mencari brownies.
Dengan semua destinasi sudah ditujui, maka agenda seterusnya ialah meraba-raba sekitar lurah kota. Melewati Alun-alun, berposing di Kantor Walikota, mengagumi keindahan Gedung Sate dan juga berhenti sejenak, mengimbau memori di depan Novotel. Ah, memori lama bermain semula di ingatan. Segala kenangan lalu... adventure lalu... sukar terhakis dari ingatan. Aku dan Muskamal tersenyum sendiri. Dan malam itu kami menghiburkan diri di Parijs Van Java Mall dalam kehujanan. Sedang Muskamal couple kembali ke hotel aku meneruskan kehidupan kelkatu malamku ke Violet Bar lagi, bertemu Arni yang dikenali pada siangnya. Kami menikmati minuman dan live band. Arni cukup seronok sekali.

Aku seronok di Cassadua Hotel. Dengan staf yang bagus, berbudi bahasa dan amat membantu, aku suka tinggal disini. Persekitaran hotel juga menyegarkan. Tapi itulah, nak ke hotel kena lalui kawasan perumahan elit dan terowong jalan yang kecil lagi sempit. Pelik. Dan lebih banyak pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Industri rokok kretek memang harum, gurih dan nikmat di Indonesia. Agaknya kalau aku bukak kilang kretek disini sure kaya-raya punya. Satu lagi, sebetulnya aku teringin nak ke Stadion Siliwangi untuk melihat sendiri gelanggang keramat antara team yang ngetop Djarum Liga Super Indonesia, Persib Bandung. Ingatkan sempat, tapi tak jugak.
Jadi setelah empat hari di bumi Parahyangan ini, kitorang kembali beratur di kaunter AirAsia di Bandara Husein. Kecilnya airport ni, aku rasa besar lagi deretan kedai Jalan Telawi. Sempat lagi aku berkenalan dengan Ria dan Ani. Hish, tak habis-habis. Sempat jugak aku ambik gambar airport dan so lucky to shoot pesawat yang akan membawa kami terbang pulang ke KL itu mendarat. Nampak kepulan asap tayar mencium landasan. Hendak ke pesawat, kami harus menuruni tangga. Pesawat Indonesia AirAsia B737-300 PK-AWN dengan flight number QZ7597 meluncur laju dari Runway 29 untuk terus ke Runway 32L di KL.Takpe Bandung, nanti aku datang lagi. Nuhun (terima kasih) semua ya.
Flight Details (Origin/Departure):
Date: 14 January 2009
ETD: 0925 (Malaysia)
ETA: 1050 (WIB)
Departure: Kuala Lumpur International Airport (KUL/WMKK), Runway 32R, 2°44'44?N 101°42'35?E
Destination: Bandung-Husein Sastranegara Airport (BDO/WICC), Runway 29, 06°54'02?S 107°34'35?E
Carrier: Indonesia AirAsia
Reg. No: PK-AWC
Flight No: QZ7596
Aircraft: Boeing B737-300 Rolls-Royce Trent
Duration: 2 hours 20 minutes
Date: 17 January 2009
ETD: 1125 (WIB)
ETA: 1425 (Malaysia)
Departure: Bandung-Husein Sastranegara Airport (BDO/WICC), Runway 29, 06°54'02?S 107°34'35?E
Destination: Kuala Lumpur International Airport (KUL/WMKK), Runway 32L, 2°44'44?N 101°42'35?E
Carrier: Indonesia AirAsia
Reg. No: PK-AWN
Flight No: QZ7597
Aircraft: Boeing B737-300 Rolls-Royce Trent
Duration: 2 hours 20 minutes
Khallas.






