Monday, October 13, 2008

Bila sang ketam mengajar anak-anaknya berjalan

Mister Nestle ialah seorang Menteri Besar Negeri Pelangipura. Di bawah lereng bukit istana mewahnya itu tinggallah Setiausaha Kerajaan Negeri, Puan Susu Cap Junjung. Pentadbiran negeri yang dulunya aman makmur ini diperkuatkan dua orang Exco Kerajaan Negeri yang dikenali dengan sebagai Badan dan Nyawa. Mereka selalu bersependapat dan bermain bersama-sama di dataran bujur berdekatan dengan kompleks perbendaharaan negeri dan pusat penyejukan bahan. Pemerintahan mereka ini dinamakan Barisan Ketam.

Berdekatan dengan kompleks itu bersemayamlah seorang polis berpangkat Syerif dan Tokey Kedai Siam. Akan mereka ini menjalankan tugas mereka atas dasar-dasar yang telah ditetapkan pihak pemerintah. Kadangkala terdapat pertentangan hujah dan idea antara mereka sebagai agensi/badan berkanun tetapi biasanya pihak pemerintah yang akan menang juga walau dalam apa jua situasi.

Negeri Pelangipura yang kononnya makmur ini dibahagikan kepada beberapa seksyen (ala-ala PJ & Shah Alam). Seksyen yang hanya beberapa kerat ini diketuai oleh ketua bahagian dan dihuni para rakyat marhaen yang bertanggungjawab dan berdedikasi tanpa sebarang diskriminasi dan prejudis. Mereka-mereka ini amat sayangkan negeri mereka dan kehidupan seharian mereka di situ boleh digambarkan dengan macam-macam aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar minda dan logik pemikiran yang biasanya tidak diendahkan oleh pemerintahan Barisan Ketam. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, perpaduan mereka amat teguh dan ini banyak digambarkan melalui perbincangan di kedai kopi Che Mek Molek, Yahoo! Messenger mahupun laman blog.

Krisis politik negeri yang kononnya makmur ini dimulai dengan insiden tertunjuk perasaan oleh puak Tak Bai yang menetap di satu kawasan negeri itu. Kawasan itu memang terkenal dengan 'keras'nya dan diberitakan tiada sesiapa pun yang menetap lama di situ, seperti yang menimpa Polis Angkasa dan Sirip Ikan sebelum ini. Maka bersuaralah puak Tak Bai untuk menuntut keadilan untuk hak mereka. Akan tetapi, pihak pemerintah tersalah anggap dan menahan puak Tak Bai dibawah akta ISA. Disebabkan Mister MB tiada di dalam negeri, maka puak Tak Bai terus menerima serangan-serangan mental bertali arus dalam satu perbicaraan dan ini telah menyebabkan mereka menyerahkan taraf kewarganegaraan mereka lalu berhijrah ke negara lain dengan notis 24 jam, walaupun pihak pemerintah mahu menunaikan permintaan mereka. It's too late-lah. Perkembangan baru politik ini telah menaikkan kemarahan para rakyat marhaen yang sudah lama terpendam.

Susulan kejadian itu, pihak pemerintah yang mahu menutup pekung malu mereka bertindak dengan mengeluarkan pekeliling untuk mengadakan sidang parlimen di kompleks dewan undangan negeri yang terletak tidak jauh dari negeri itu. Sidang parlimen itu bertukar kepada debat perdana dengan pihak pemerintah menghentam keromo dan memaku dasar-dasar komunisme mereka terhadap rakyat. Beberapa wakil rakyat berhujah atas dasar kebenaran tidak mampu berbuat apa-apa selain duduk berasap dan memekakkan telinga. Maka perbincangan antara bahagian dan cawangan rancak berjalan dengan pelbagai isu semasa dan kupasan topik. Atas dasar cintakan keamanan dan kesejahteraan negeri mereka, mereka bersatu padu untuk menubuhkan satu gabungan yang memenuhi aspirasi mereka yang dikenali sebagai Pakatan Ungu.

Maka kononnya dikatakan bahawa Mister Nestle serta Badan dan Nyawa memiliki helikopter persendirian yang digunakan untuk tujuan pengintipan rakyat jelata sebelum sebarang tindakan diambil hasil daripada intipan dan siasatan mereka. Pada satu hari, mereka bertiga yang bersemayam di kerusi empuk mereka sambil menikmati video melalui buah epal dan jendela bersepakat untuk menjalankan operasi perisikan menggunakan khidmat remote control untuk mengawal penerbangan penyiasatan helikopter berkamera video itu untuk kepentingan politik mereka. Para rakyat hairan dengan kemunculan helikopter-helikopter ini di ruang udara mereka lantas duduk membatu membanting tulang dengan ketakutan. Setelah puas meronda negeri, helikopter ini mula berpecah untuk kembali ke halaman rumah masing-masing.

Bengang kerana bisingnya bunyi helikopter dan gangguan terhadap hal-hal peribadi beliau, Encik Juruterbang yang memiliki sebuah lapangan terbang menerbangkan tiga pesawat jet pejuangnya untuk mengejar dan menembak jatuh helikopter musuh. Maka berlakulah adegan kejar-mengejar di ruang udara dengan rakyat kali ini teruja dengan persembahan udara seperti pameran LIMA yang diakhiri dengan kemusnahan helikopter yang tragik dan mengerikan. Sebuah helikopter telah ditembak jet pejuang dan meletup di ruang udara. Sebuah lagi musnah setelah terlanggar gunung, manakala sebuah lagi jatuh mendadak hancur kebabom kerana kehabisan minyak. Lantas Encik Juruterbang menghubungi rakan-rakan beliau yang memiliki kereta F1 untuk memulakan operasi. Pemilik-pemilik kereta F1 ini seperti Encik Pereka Fesyen, Encik Jersi Biru, Encik Gimnasium dan Cik Artis Body Baik Punya menjalankan operasi sekatan jalan raya dan menghuru-harakan kemaraan pihak pemerintah untuk menghalang mereka daripada terus menindas rakyat jelata. Operasi ini juga disertai oleh Encik Speaker, Superhero Kelawar, Puan Drama Korea dan Puan Sri Silat Cekak Tujuh Petala Langit yang memainkan peranan mereka dengan begitu berkesan sekali.

Di kawasan perairan negeri pula, Encik Penyelam Bertauliah memainkan peranannya dengan mengarah segala jenis hidupan air seperti ikan jaws, piranha, buaya besar dan puaka Tasik Chini memasuki bilik-bilik air dan kolah mandi di rumah-rumah pemerintah. Ketakutan benar mereka. Encik Jean Todt pula bersekongkol dengan Encik Penunggang Skrembler untuk melarikan pelabur-pelabur asing dari negeri itu untuk memberikan 'padan muka' kepada Barisan Ketam.

Sehingga sekarang, pihak Pakatan Ungu menanti masa yang sesuai untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada terus dimonopoli Barisan Ketam. Tarikh belum lagi diumumkan oleh penasihat de-facto dan dijangka tidak memerlukan sebarang aktiviti lompat parti atau sogokan wang, wanita, seks, bom C4 ataupun gula-gula White Rabbit. Dan tetaplah juga Barisan Ketam ini mahu mengajar anak-anaknya, iaitu rakyat marhaen untuk berjalan lurus. Luruslah kan... terkedek-kedek jugak si bapak ketam.

"Mari kita rakyat Pelangipura sama-sama menuju bahagia,
Cita-cita kita yang mulia, berjaya Pelangipura."

(nyanyi ikut lagu kebangsaan Singapura, Majulah Singapura)

Monday, September 22, 2008

NECKTIE CLOSET

"Iskandar, masuk bilik!"

Kuat benar suara bos aku. Semacam je nada suara. Satu office dengar. Malu betul aku. Ni mesti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku kat aku. Semua orang memandang padaku.

"Morning boss. Anything?"

"Dato' CEO baru je call I, mintak you datang ke office dia pukul 11 pagi karang. Very important matter."

"You mean, I have to go mengadap CEO? Ada masalah ke kita?"

"Just go and inform me later. You better go."

Aku keluar dari bilik bos dengan fikiran berkecamuk. Apahal pulak CEO nak jumpa aku? Aku ditahan untuk DI (domestic inquiry) ke? Aku ada skandal besar yang menggugat ketenteraman syarikat ke? Aku tidak faham.

Keluar je dari bilik tu semua orang perhatikan aku. Dahlah aku semakin bingung dengan 'undangan' CEO, lepas tu semua orang tanya aku macam aku baru je kena buang kerja. Aku semakin bercelaru. Keliru. Buntu.

Aku rasa setakat ni rekod aku cemerlang. Attendance OK, projek dan kerja jalan serta selesai on time, appearance aku first-class sentiasa, pastu rekod bersih takde skandal apa semua. Hubungan dengan rakan sekerja is at the best. Aku tak hisap rokok dalam surau. Aku tak peluk cium beramas mesra dalam lif dengan staf yang baru masuk tu. Aku tak pelangkung cleaner yang mop lantai office aku. Aku tak buat hal dengan bini aku. Zakat fitrah aku dah lunaskan. Aku bayar semua hutang bank. Saman polis dan DBKL aku dah bayar. Tiket AirAsia pergi Bandung aku dah book. Aku tak pancitkan motor orang. Aku tak jadi menamakan MPV baru Proton tu sebagai Proton Punai. Aku tidak pernah ditahan dibawah akta ISA. Aku tak bunuh sesiapa pun. Aku cuma suka makan bawah pokok ketapang dengan Muskamal. Kenapa CEO nak jumpa aku? Serius bunyinya.

"Sorry, Isz. Nak ke mana tu, kelam-kabut je gaya." Aduh, terlanggar pulak dengan orang.

"Eh, Amin. Aku nak pergi jumpa CEO. Ada hal penting. Aku pun tak faham." Amin cuma mampu berkerut.

Pelik. Semua orang pelik. Aku bukannya ada kepentingan pun dalam syarikat ni. Takde sebarang shares pun. Bukannya aku ahli lembaga pengarah. Aku bukan ketua pengarang. Aku bukan pengerusi koperasi. Bukan pengurus kanan. Bukan art director. Bukan designer. Cuma seorang penulis iklan (copywriter) yang seronok dengan hobi mengumpul model skala kapal terbang dan permainan Ultraman serta obses hendak ke Finland.

Sebab itukah? Sebab aku kumpul model kapal terbang? CEO tak puas hati sebab aku ada kapal terbang Airbus A380-800 Superjumbo ke? Sebab CEO takde free time nak bergambar dengan Ultraman Mebius kat Sungei Wang Plaza tempoh hari? Takkanlah kan. Adakah sebab aku tidak berminat menceburi politik? Mungkin juga.

Aku pun sampai di depan kamar eksekutif CEO di tingkat lima. Setiausahanya cantik dan mempersilakan aku duduk di lounge. Macam lepak kat MH Golden Lounge KLIA je. Ada TV plasma sedang sibuk menayangkan siri Lipstick Jungle yang sepatutnya ditayangkan pada malam nanti.

"Encik Iskandar, Dato' CEO menjemput anda masuk. Pintunya di sebelah kiri ya," aduhai, cantiknya kebaya awak tu. Mataku tak lepas memandangnya dengan penuh makna. Dan dia pun menjeling padaku. Sempat lagi tu.


"Assalamu'alaikum, selamat pagi Dato'."

"Wa'alaikumussalam. Ah, Rizal Iskandar dari Studio 31, kan? Silakan duduk. I've been expecting you."

Aku duduk bertentangan dengan beliau. Sungguh segak bergaya beliau dengan necktie merahnya. Beliau senyum padaku dengan penuh makna. Aku mulai resah. Aku bagai menanti saat-saat terakhir kehidupanku di pejabat ini.

"Kita pernah berjumpa sebelum ni, kan? Masa malam AdNite di Subang dan kita bergambar di Bandung... awak pakai baju AC Milan kan? Saya dengar macam-macam cerita tentang awak di sana."

Oh my god, I think I'm doomed.

"Berdasarkan laporan penilaian, awak graduan UIAM dalam Kesusasteraan Inggeris kan? Laporan ini juga ada menyatakan bahawa awak menguasai tujuh bahasa asing dan pernah menganggotai pasukan GUTS. Awak juga pergi ke gym masa lunch kan?"

Aku seperti disiasat oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Dan aku mengangguk saja. Aku rasa mukaku putih pucat jika ditoreh nescaya tiada darah keluar dari wajahku.

"As you aware, I'm resigning soon. I need to delegate some of my portfolios to selected people that has been chosen by the Board of Directors. You are one of them."

Portfolio? Bila masa pulak aku jadi pegawai tinggi kerajaan? Takkanlah sebab PM dan TPM switched portfolios maka CEO pun nak jadi macam mereka jugak. Aku tak mahu ada kena-mengena dengan politik negara. Memang aku pernah bercita-cita nak jadi Chief Minister of Sarawak tapi bukanlah sekarang.

"Relax, Iskandar. Portfolio ini adalah yang paling penting di syarikat ini yang memberikan anda kuasa eksekutif terhadap pentadbiran syarikat... in short, you'll become the new CEO."

Aku terkesima tanpa kata. Mataku tidak berkelip. Aku merasakan jantung berhenti.

"Untuk permulaan, awak diberi kuasa untuk merombak organisasi dan SOP dalam office awak sekarang. Jawatan senior manager awak boleh lantik sesiapa saja yang layak pada penilaian awak. Office awak dan sebahagian operasi jabatan pengiklanan adalah dibawah kuasa pentadbiran awak."

"Awak diberikan kuasa veto untuk bersuara dalam sebarang mesyuarat tertinggi syarikat. Awak berhak menentukan hala tuju pemasaran, pengiklanan dan penjenamaan syarikat. Awak boleh ambil seorang secretary. Jangan buat terkejut ya, Iskandar."

"Sebelum menjalankan tugas-tugas berkenaan, awak akan mengikuti delegasi tertinggi syarikat dalam siri lawatan ke luar negara. Kita akan mengadakan pertemuan secara bilateral dengan syarikat-syarikat akhbar di sana. Awak berpeluang untuk melihat sendiri operasi surat khabar The Times, USA Today, Le Monde, Berlin Zeitung, La Stampa, La Gazzetta, Mainichi Shimbun, dan lain-lain."

"Kami memerlukan awak untuk menjadi broker. Atas kecekapan anda dalam pelbagai bahasa dan juga pengalaman diplomatik awak, kita pasti boleh secure deal dan perjanjian dengan mereka-mereka ni."

"Awak akan tetap kekal sebagai copywriter. Tetapi awak juga memegang portfolio ni. How's that? Isn't that a great deal?"

Aku ligat berfikir. Apa jenis tawaran dan portfolio gila ini untuk aku terima?

"Tentang remuneration, awak tak usah bimbang. Apa yang saya nikmati sekarang akan menjadi milik anda. Apa saja elaun dan kepentingan saya juga akan menjadi elaun dan kepentingan awak."

Aku mula melihat sesuatu bercahaya di hujung terowong yang gelap.

"Bayangkan Iskandar, dengan portfolio ini awak akan menjadi antara individu yang berpengaruh di Kuala Lumpur. Awak akan diinterview oleh Bursa Malaysia. Awak akan duduk makan semeja dengan Idris Jala dan Tony Fernandes. Awak juga akan lebih mendapat tempat di hati para kerabat diraja. Saya juga tahu awak juga ada hubungan baik dengan Sultan Brunei."

Aku semakin tidak faham. Apakah yang berlaku ini?

Semakin panjang perbincangan kami, semakin bingung aku memikirkannya. Fikiranku berkecamuk. Semuanya seperti satu imej yang samar-samar. Ada satu cahaya di hujung sana. Aku melihat susuk tubuh datang kepadaku. Aku seakan nampak buah kurma, kuih bingka dan pisang.

Buah kurma?

*********************************

"Sudah-sudahlah tu Isz. Jom berbuka, azan dah berkumandang tu. Kau ni banyak main la."

Muskamal mengejutkan aku yang sedang terpisat-pisat. Ross memandang aku dengan muka kehairanan.

Rupa-rupanya aku mengelamun sendiri di hadapan juadah berbuka puasa di surau syarikat dan mulai perasan Dato' CEO sedang berbicara dengan imam surau sebelum bangun menunaikan solat maghrib berjemaah berpahala 27 kali ganda. Setelah solat, aku bersalaman dengan beliau yang duduk di saf hadapan.

Beliau senyum padaku dengan penuh makna.

Tuesday, September 2, 2008

SEXINESS

Sexiness is subjective. It's a personal perception to consider what sexiness is to them, and how it works its magic. We cannot be certain if a drop gorgeous woman wearing a bikini is sexy or otherwise, because not everybody shares the same sentiment, or the same woman wears sarong kebaya is not sexy.

Looking sexy is what everybody wants, men and women alike. If not, how come you say Brad Pitt is sexy? Not to mention how sexy Jessica Alba in her sleeping dress, rite? Your partner or spouse always describes you as sexy everyday. Don't you like that?

I consider myself sexy. I am quite particular in choosing my wardrobes and its assortments for daily life. Sometimes I purposely dress to kill, act like one and gone like one. Adding to the fact that my sexiness prevail when I shave my mustache (to my wife’s dismay), putting a wig and wearing skin-tight shirt, my life is also sexy. Believe it or not, life is sexier if you can live sexily. Figure it out yourself.

Sexuality is an extra ingredient of sexiness. It is often mistaken as sexiness itself. Sexiness doesn't have to be about sex. You don't think about sex when you see beautiful women. Sex comes later on when you are deep into relationship... consensual, of course. But be warned: having sex is not always sexy.

But of course, listening to Mulan Jameela’s ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ is an added advantage.

It's sexy if:

  • A popular schoolteacher known for her beauty and decency is accidentally revealing her fair flesh. How sexy is that. You will want to see more than just her fair, beautiful flesh under her decent disguise. That will haunt your fantasy for days at school. Oh, I miss that schooldays fantasy.
  • A good looking MH flight attendant is walking past you wearing her signature sarong kebaya. Then look at their gracious smile. Look further below, at their sarong slit... so high up to their soft thighs. A spectacular sight of long, sexy legs.
  • An ever-ready AK babelicious flight attendant bends down to reach their handbag. Watch out for her miniskirt with black stockings. Might as well you look at their gracefulness onboard. Ah, so fiery red.
  • A pretty Chinese woman wearing baju kurung or kebaya. There is something sexy with her. Trust me. You would love Chinese girls wearing the same at school, too. Gotta love rainy days where you can see them all bare in wet.
  • An attractive Muslim girl/woman wearing decently (like hijab, or proper dress). If you happened to look at their assets, please do so. They do look sexy. Really, they don't even have to strip. Get your fantasy sets higher.
  • Ankle bracelets, perfumes and make-ups are the perfect compliments to the above. Any of them who wear these will add extra sexiness and attraction whenever they pass. Take a breath from their freshly-scented body and indulge into a world of pure joy and beauty added with that kerr-ching! sound of the bracelet.

You are now in heaven.

Khallas.

Monday, August 25, 2008

SUMPAH BUAYA SAMARAHAN

Sedang enak menghirup kopi panas di ruang tamu rumahnya, Hj. Putit memulakan cerita buaya Samarahan yang boleh tahan misteriusnya jika dibandingkan dengan Bujang Senang. Hj. Putit juga mengatakan yang buaya Samarahan tidak pernah mengganas terhadap penduduk sekitar sungai jika tidak disebabkan oleh satu insiden di suatu masa lampau.

Sebagaimana yang pernah berlaku di sekitar Batang Samarahan, Sarawak (batang=sungai besar dalam bahasa Iban), buaya-buayanya dikatakan bukan buaya biasa. Menurut cerita orang-orang tua, buaya-buaya ini merupakan buaya jadian/jelmaan dan naik ke darat setiap purnama kerana pada ketika itulah biasanya diadakan pesta kampung di sepanjang sungai berkenaan.

Dikatakan ada tujuh ekor buaya jelmaan ini yang bilamana mereka naik ke darat setiap malam purnama, mereka dikenali sebagai pria berparas tampan, berbudi pekerti dan bersopan-santun. Mereka akan naik ke tebing ke kampung yang berdekatan dan menanggalkan kulit buaya yang dipakai, disimpan rapi di sebalik pohon-pohon dan masuk ke kampung. Kehadiran mereka di setiap keraian disambut baik oleh orang-orang kampung tanpa mengetahui identiti mereka yang sebenar. Sesudah tamat keraian kira-kira tengah malam, mereka akan pulang ke tebing sungai, mengambil kulit-kulit mereka dan menyelinap masuk ke dalam sungai tanpa disedari warga kampung.

Setiap kali ada keraian, mereka bertujuh ini selalu membantu orang-orang kampung dan secara tidak langsung menarik perhatian para gadis yang teruja dengan ketampanan mereka. Mereka biasanya akan diajak oleh orang kampung untuk makan dan menari bersama, sehingga mereka tersipu malu. Oleh kerana tidak mahu menolak permintaan orang besar kampung, mereka melayan para gadis yang semestinya menaruh hati terhadap mereka. Oleh kerana hampir setiap purnama ada keraian, kehadiran mereka amat dinanti-nantikan oleh semua yang berkampung di sepanjang tebing sungai itu.

Sebagaimana adat resam manusia, perasaan hasad dengki senantiasa mengiringi perasaan gembira. Adapun para pemuda kampung selalulah berasa hampa kerana mereka tidak mendapat perhatian para gadis yang sudah tertancap pada tujuh pemuda itu. Bukan sekadar itu, mereka juga kurang dihargai pembesar kampung yang lebih banyak memuji tujuh pemuda itu.

“Kitak orang heran sik, sidaknya bukan urang kampung kita. Sidaknya urang luar. Kenak sidaknya agik bagus dari kita? (Aku hairanlah, mereka bukanlah orang kampung kita. Dan juga bukan orang daripada sekitar kawasan ini. Kenapa mereka lebih popular?)

“Minggu sigek ada pesta agik, mesti sidaknya datang. Masa ya kita bante sidaknya puas-puas (Minggu depan ada pesta, mereka pasti datang. Kali ini, kita kerjakan mereka cukup-cukup!)

Keraian yang ditunggu tiba juga. Kehadiran mereka seperti biasa menceriakan pesta. Sesudah tamat, dan bila semua orang sudah pulang, mereka bertujuh pun pulang ke tebing sungai. Tanpa disedari, segala aktiviti mereka diperhatikan sedari awal kedatangan mereka. Dan mereka juga mengetahui identiti sebenar tujuh pemuda itu.

“Boyak paduhal sidak tok. Bukannya urang. Padanlah kacak rupa sidak tok. Sik puas ati aku (Mereka ni buaya rupanya. Bukannya orang. Padanlah kacak mereka ni. Aku tak puas hati)

Mereka merancang strategi.

Bila tiba keraian sepurnama kemudiannya, penampilan tujuh pemuda ini lebih segak daripada sebelumnya. Kali ini juga, mereka lebih berani untuk mengajak para gadis menari bersama mereka. Mereka mahu mengahwini gadis-gadis ini dan berhasrat untuk kekal sebagai manusia biasa.

Pada masa yang sama, beberapa pemuda yang telah menunggu kedatangan mereka di tebing mula menjalankan aktiviti yang sudah dirancang. Masing-masing ketawa dan puas kerana dendam terbalas.

Para pemuda itu sedang asyik menari pada lagu terakhir apabila angin mulai bertiup dan guruh berbunyi. Angin bertiup membawa sekali suatu bau ke arah kampung. Dan pada masa yang sama, mereka berhenti serentak dan berkumpul sesama sendiri, pada kehairanan semua yang ada di situ.

“Lain menar bau tok, kedak bau kulit kenak tunok (Lain betullah bau ni, macam bau kulit terbakar)

“Aku rasa sik nyaman ati ko. Aku rasa kulit kita ya kenak tunok. Jom pulang! (Aku rasa tak sedap hatilah. Aku rasa kulit kita tu yang dibakar. Jom balik!)

Mereka meminta diri secara tergesa-gesa dan keluar daripada pesta itu. Cuaca menjadi semakin buruk dan kilat mula sabung-menyabung. Angin bertambah kencang dan penduduk kampung bertempiaran lari. Tujuh pemuda itu bergegas pulang ke tebing, tanpa disedari mereka diikuti beberapa pemuda kampung.

Di tebing, sebahagian kumpulan pemuda itu bersorak-sorai disekeliling kulit-kulit buaya yang mereka bakar tanpa menghiraukan cuaca yang buruk itu. Setibanya di tebing sungai, tujuh pemuda itu terperanjat besar dan hampir menerpa ke arah kumpulan pemuda itu, tetapi dihentikan oleh ketua pemuda yang mengikuti mereka dari kampung.

“Kamek orang dah tauk sapa kitak orang tok. Kitak orang bukan manusia… kitak orang boyak! (Kami tahu siapa kamu. Kamu bukan manusia, kamu buaya)

“Kulit kamek orang! Kulit kamek orang! Kenak ditunok? (Kulit kami! Kulit kami! Mengapa dibakar?)

“Tok pake balas dendam rah kitak orang. Kamek orang sik suka dengan kitak orang datang ngaco orang kampung semua. Kitak orang bukan manusia! (Ini ialah pembalasan pada kamu. Kami tak sukakan kamu datang ke kampung kami. Kamu bukan manusia!)

Sambil itu cuaca semakin buruk, mereka mulai bergaduh; tetapi akhirnya kulit mereka habis hangus rentung tak dapat diselamatkan lagi.

“Sampe ati kitak orang tunok kulit kamek orang… kamek orang bersumpah akan ngaco keturunan kitak orang sampe mati. Jaga-jaga ajak, tok sumpah kamek! (Sampai hati kamu membakar kulit kami… kami bersumpah akan memburu keturunan kamu sampai mati. Berjaga-jaga, inilah sumpah kami!)

Seraya dengan sumpahan yang diungkapkan, mereka bertujuh terus terjun ke dalam sungai, tidak timbul-timbul selama beberapa minit dan bertukar sepenuhnya menjadi tujuh buaya besar, secara kekal, dan masing-masing menghala ke beberapa kawasan sekitar Batang Samarahan dengan dendam membara.

Sejak dari peristiwa itu, telah banyak orang kampung yang terkorban kerana dendam buaya-buaya itu, termasuklah pemuda-pemuda tersebut. Beberapa kes korban buaya Samarahan pernah dilaporkan dalam media pada pertengahan 1990an. Aneh tapi benar seperti sumpahnya, mangsa-mangsa ini semuanya mempunyai pertalian keturunan dengan ketua pemuda itu tadi.

Begitulah kisahnya sambil Hj. Putit menghabiskan rokok Dunhillnya di malam sepi itu.

* Sebagaimana yang diceritakan kepada aku semasa berambeh (bermalam=Bahasa Melayu Sarawak) di Kampung Mang, Kota Samarahan, Sarawak pada 2004. Kisah ini hangat kembali pada pertengahan 90an di mana dua mangsa yang mempunyai pertalian keluarga mati dibaham buaya di sungai tersebut. Sekarang kisah ini hanyalah sebahagian daripada cerita malam hari di kampung-kampung sekitar Batang Samarahan.

LEGENDA BUJANG SENANG

* Seperti yang diceritakan kepada wartawan NST dan BH, James Ritchie dan Normah Mullie. Dan statistik serta rekod daripada Pejabat Daerah Sri Aman, Sarawak. Juga sedikit sebanyak dikaut sendiri oleh aku semasa menetap di Sri Aman sekitar 2003-2006. Terima kasih kepada Pak Baie di Kampung Hilir, Sri Aman atas urutan badan dan cerita yang best-best di malam hari.

Lungu ialah seorang pahlawan Iban yang terkenal di sekitar Sungai Skrang, Sarawak. Kehebatan beliau sewaktu ekspedisi mengayau (potong kepala) musuhnya digeruni dan bukan sedikit yang terkorban ditangannya. Kehebatan beliau bukan sekadar di Sungai Skrang tetapi juga sampai ke Batang Lupar (batang=sungai besar dalam bahasa Iban) di Bahagian Sri Aman hari ini.

Musuh-musuh beliau percaya Lungu punya ilmu kebal yang tidak lut parang, lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Lungu dapat diketahui. Dilema antara kebanggaan suku dan kasih sayang, Lungu datang ke Batang Lupar dengan harapan membebaskan isterinya dan membunuh penculiknya. Namun, isteri Lungu ditombak mati sebaik dibebaskan, manakala Lungu bertarung bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ke tepi sungai Batang Lupar. Musuhnya telah mengetahui kelemahan Lungu iaitu kekebalannya musnah tatkala beliau berada di perairan sungai itu. Lungu ditombak, dipanah dan disula terbalik oleh musuhnya di sungai itu. Mayatnya dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang.

Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui. Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya itu sering kali dijumpai.

Terus ke masa depan, tahun 1982…

Bangan anak Pali telah dilantik sebagai penghulu Rumah Pali oleh pihak residen Sri Aman. Dua hari sebelum majlis pelantikan rasmi di rumah panjang mereka, beliau dan abangnya, Kebir, berhasrat untuk mencari rezeki di sekitar Batang Lupar. Menyusuri sungai ke arah hilir, mereka masuk ke kawasan Sungai Sungga, salah sebuah cabang Batang Lupar yang besar itu dan mula mencari udang. Dengan menggunakan sadak (sejenis bekas diperbuat daripada rotan), mereka menyusuri sungai yang berparas pinggang dan mencedok udang.

Hari sudah meninggi, sudahpun tengah hari. Seekor burung embuas (burung raja udang (kingfisher), dalam bahasa Iban) tiba-tiba melintas. Kebir berasa tidak sedap hati, kerana lintasan embuas bermakna sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kebir memanggil adiknya naik ke tebing, tetapi Penghulu Bangan tetap berkeras meneruskan pencarian udang.

Penghulu Bangan mula berpaling ke arah abangnya dan meredah air separas pinggangnya apabila beliau terpijak sesuatu di dasar sungai yang keruh itu.

“Nama utai tok, baka batang… (apakah benda ini, macam batang rupanya)

Kebir baru saja mahu membalas kata-kata adiknya apabila satu deburan kuat berdentum. Penghulu Bangan hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian, seekor buaya besar gigantic timbul dengan mayat Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir terus terjun dan memeluk ekor besar buaya itu demi menyelamatkan adiknya, tetapi tidak berjaya. Kebir menyedari bahawa buaya itu berbelang putih dibelakang, terus pulang ke rumah panjang dengan perkhabaran buruk.

Operasi mencari berterusan selama 5 hari dengan pihak polis serta Perhilitan turut serta. Suasana sedih menyelubungi rumah panjang itu apabila mayat Penghulu Bangan dibawa pulang hanya bahagian atas sahaja. Tiada tanda-tanda buaya itu serta sisa-sisa mayat ditemui.

Itulah kebangkitan Bujang Senang dan mula diketahui umum. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai-sungai besar yang berpotensi tinggi, seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Batang Lupar, 1984.

Badong anak Apong, dari Rumah Nyawin tidak jauh dari Sungai Stirau, Batang Lupar sedang sibuk mencedok udang apabila seekor buaya besar membaham beliau dan diperhatikan beberapa penduduk kampung. Buaya itu dilihat melambung-lambung mayat Badong sebelum menghilangkan diri di dalam sungai. Saksi berkata lebar ekor buaya itu sebesar tong dram dan ada garis putih dibelakang. Usaha diteruskan dan mayat mangsa dijumpai 2 hari kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Operasi memburu dijalankan lagi tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.

Batang Lupar, 1987.

Seekor burung embuas melintas tatkala Berain anak Tungging sedang mencedok tanah liat di dasar sungai untuk menutup lubang-lubang di perahunya. Setelah siap, Berain mahu pulang ke tebing apabila seekor buaya besar menariknya ke dalam sungai dan kejadian ini disaksikan sendiri anak saudaranya. Dengan maklumat yang sama seperti sebelumnya, seluruh penduduk sekitar Batang Lupar ketakutan dengan nama Bujang Senang.

Tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun percaya buaya ini sememangnya Bujang Senang dan buaya yang sama membunuh adik beliau, Inchi anak Tunchun pada 1962. Beliau yakin bahawa sumpahan itu memang benar dan buaya itu ialah suatu entiti yang berhantu. Kata beliau, semua mangsa terlibat seperti adiknya, Penghulu Bangan, Badong dan Berain mempunyai pertalian langsung dan ini tidak dipertikaikan.

Menjelang 1989, banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan kisah kemunculan kerap buaya-buaya besar di sekitar Batang Samarahan dan Batang Sadong, seolah-olah menggambarkan sesuatu bakal berlaku. Terdapat pelbagai cerita, seperti kononnya Bujang Senang telah berada di sungai-sungai tersebut untuk melunaskan dendamnya bersama buaya-buaya lain. Benar atau tidak, wallahu’alam.

Sungai Pelaban, cabang kecil Batang Lupar, 1992.

Seperti kebiasaan, keluarga Bayang akan mudik ke hulu ke arah sawah padi mereka tidak jauh di Sungai Pelaban. Air ketika itu hendak pasang, dan Dayang membantu ibunya melintasi sungai separas pinggang ke seberang, sebelum dia naik ke tebing. Abang beliau Enie Bayang sudah mula bekerja di kebun sambil ayah mereka hendak ke rumah panjang mengambil kelengkapan.

Awan kelihatan berbalam-balam. Dayang baru saja hendak naik apabila satu deburan kuat menariknya ke dalam sungai. Dayang menjerit sekuat hati dan ibunya terkejut besar apabila anak gadisnya sedang diheret seekor buaya besar. Terpekik terlolong memanggil pertolongan, orang-orang yang ada terus menerpa ke arah ibu Dayang. Abangnya bergegas dan bersama-sama rakannya terus menjalankan operasi menjejak buaya itu.

Rumah Bayang bergegar dengan berita itu, lantas turun ke sungai memburu buaya. Dayang sudah hilang dibawa buaya ke dasar sungai. Bersama-sama mereka, Mandau mula membaca mentera. Setelah lebih dua jam, Enie, abang mangsa menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Buaya itu kembali dan mengganas. Dengan beberapa tembakan, buaya itu tetap melawan. Oleh kerana besarnya saiz buaya itu, pasti sukar ditewaskan. Tetapi Mandau tetap bermentera dan mula membaling tombak ke kepala buaya, tetapi patah. Awan semakin gelap, air mulai surut. Buaya besar itu mula melarikan diri ke arah Batang Lupar, tetapi dihalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut sungai itu. Buaya itu terus diserang, ditembak dan ditombak. Buaya itu mengganas dan meronta-ronta sehingga pergerakannya menjadi sedikit aneh. Buaya itu berpusing dan mengelilingi puing-puing kayu seolah tahu kematiannya, dan tidak lama kemudian, buaya besar itu menemui ajalnya.

Buaya yang besar ini diangkut ke rumah panjang selama 4 jam perjalanan, dan barulah disedari dibelakangnya ada garisan putih. Inilah dia Bujang Senang yang diperkatakan, dan ramai sekali polis, Perhilitan serta wartawan datang membuat liputan. Sayangnya bangkai buaya ini dibuang begitu sahaja ke laut tanpa sebarang usaha membawa balik oleh pihak muzium, cuma kepalanya sahaja telah dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Ada yang mempertikaikan kesahihan buaya yang ditangkap, kerana ada yang berpendapat buaya itu bukanlah Bujang Senang, dan pelbagai cerita lagi. Ada sesetengah masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar mempercayai Bujang Senang masih hidup, lebih besar dan sentiasa berada di sungai itu. Wallahu’alam.

Khallas.