Hello and welcome Year 2012 AD!
Ini entri pertama aku tahun ni. Kalau tengok balik, sepanjang minggu ni semuanya baik je. Baguslah kan, takdelah nak emo macam haritu. Sesekali jantanlah sikit, ni tak asyik nak emo je.
Anyway, New Year celebration wasn't that I expected pun. Bukannya nak berhedonisme sakan setakat nak keluar tengok bunga api, gelagat orang dan gadis-gadis tu okaylah. Asal perancangan nak dinner date dengan someone tapi dia tak berapa nak sihat. Jawabnya aku dan another two friends merangkak ke Genting Highlands. Sejuk, bau getah brake dan traffic jam di puncak, kena parking jauh kat bawah then berjalan naik ke atas. Jalan-jalan akhirnya makan di McDonald's jugak! Entah apa-apa kan… tapi yang penting mencuci mata dan minda serta bank berdialog tentang our past and future. Kinda good reflections laa. Lepas tu siap tidur dalam kereta sampai nak subuh, sebab jalan masih berkabus tebal dan sesak sikit.
Dengarnya bunga api di KL dan serata dunia meriah. Memang aku suka bunga api.
Sebelum aku ke Melaka lewat hari Tahun Baru tu, aku buat sedikit catatan:
Day 1, 2012. A day where the life adventures for the best twelve months begins. A trip to Melaka for family gathering will be a nice wrap for the day. And a high water cannon salute to Emirates (EK) on their inaugural landing of their Airbus A380-800 fleet to KUL/WMKK. May the day spark the fire to guide we all to the excellence of endeavours.
Aku missed sesi pendaratan pertama pesawat Airbus A380-800 milik Emirates Airlines di KUL/WMKK! Siap ada water cannon salute lagi… aku tahu event tu cuma aku terbangun lambat sebab balik lewat kan. Melepaslah aku, just tengok gambar jelah kat MalaysianWings tu.
Tiga hari di Melaka dengan keluarga macam biasa menyeronokkan, walaupun tak ke mana-mana pun. Paling kuat aku hantar servis dan basuh kereta, lepas tu malam melepak di tepi pantai makan seafood. Panas tu jangan ceritalah tapi seafood by-sea with family is always nice.
Hari pertama kerja aku kelam-kabut kejutkan adik aku untuk siap ke sekolah. Oh, OK… masih cuti lagi. Teruknya saya. I dressed up and drove straight to work from Melaka, being working on afternoon shift. Kerja pun takde lagi, bergembira bersama rakan dan had a lunch date with my dear cousin.
At the end of the day, aku mencatat:
It's the first working day of 2012 and I bet some are still in holiday mood. No matter how one perceives, today has promised something good or positive in life, career, relationship, etc. Let us work hard and be productive for better performance and best interest to your organization. Together we strive to excel in our fields, and always remember to conclude your day with gratitude to the Almighty. Morphinomenal!
Aku take gemar guna perkataan "azam" kerana terlalu common. Justeru, aku lebih suka guna perkataan "hasrat" untuk tujuan penambah baikan dalam tahun 2012 ni. Antara hasrat dan aspirasi aku tahun ni adalah:
- Pelaksanaan tugas secara lebih tersusun dan terurus
- Menjadual, merancang dan memantau kerja dan perbelanjaan
- Mengawal keboleh pasaran diri
- Melakukan simpanan kewangan
- Menaikkan jenama dan imej kendiri
- Mencari girlfriend (OK, ini bukan main-main ya)
Bunyi macam pekeliling kerajaan. Tak kisahlah yang penting masing-masing ada tujuan hidup, kan?
So antara tujuan untuk merealisasikan hasrat aku tu ialah mengemas, mengatur dan menyusun meja kerja aku tu. Mungkin meja aku tak seperti The Resolute Desk of the President of the United States mahupun seperti terminal kawalan menara lapangan terbang, tapi yang penting mengemas tu memudahkan aliran tenaga positif untuk bekerja. Dan bila kerja mengemas ni, dah tentu banyak sisa industri dan benda yang tak sepatutnya ada. Memang de-cluttered habis, winter cleaning katakan…
Nah, bila dah kemas, bersih dan susun, barulah nampak mood nak kerja. Energy flow pun lancar. Ada akses ke server Crew GUYS, monthly planner (manual still rocks) dan kalendar meja siap ada Neelofa lagi (ehem!). Terasa semangat baru bekerja untuk hasil lebih memberangsangkan di tahun 2012 ni.
By the end of the day, aku menulis lagi:
Life is about living the choice you've decided. Rearrange, adjust and clean your residence and workstation, you'll be amazed as your life starts changing for the good. Do them and ye shalt not falter.
Sepanjang minggu pun ada macam-macam kerenah dan hal, seperti hal orang kita yang tak habis-habis menyibuk dengan kes si Amalina tu (pada aku, itu hak dia, janji dia tak lupa keluarga dan tamat belajar OK apa) dan terserlahnya kebodohan sesetengah badan kerajaan konon nak tunjuk pandai guna English tapi dikutuk dan diketawakan dengan penuh jayanya. Remember the "poke eye" joke?
Anyway, aku menutup minggu pertama 2012 dengan catatan ringkas:
It has been a productive Week One of 2012. With some restructuring of work procedures and station rearrangements, duties are carried out well. Hopefully something good for this weekend for everybody.
Indeed, it was a fun weekend with my dad and my adik angkat. Rumah dan dibersihkan dan cantik. Kena usaha lebih lagi untuk minggu mendatang!
Tata!
0 howls:
Post a Comment