Hmm.
I just did my 2012 general budget calculation. To my surprise, I might have no savings at all!
Talk about financial obligations.
It is true that an individual should put aside a portion of income into savings, but if one's financial obligations leave the leftovers enough for monthly expenses, how can you save?
Dunia ni semakin mahal. Semua benda nak naik. Itu tak diselaras dengan kadar inflasi lagi. Nak bersara umur 55 tahun kena ada simpanan sekurang-kurangnya RM 1.5 juta kalau mahu hidup selesa. Masa muda ni macam-macam nak buat.
OK, mungkin antara financial obligations tu ialah salah aku sendiri dan kena jelaskan mengikut kontrak. Ya, aku dah serik berhutang. Aku dah rasa perit kewangan negatif tahun lepas. Aku nak make amends with respective sides... PTPTN dan bank. Aku nak aliran wang lancar, takde sangkut-paut.
Nama je seorang eksekutif tapi tak berduit. Kalau macam ni, bila la aku nak kahwin, nak beli rumah semua. Parah. Itu tak masuk belanja dapur, minyak, tol semua... Mana nak tolak untuk savings?
Tapi kalau ikutkan kiraan tadi, tahun depan mungkin aku lega sikit. Aku dah siapkan pelan belanjawan dan kena patuh. Rasanya tak perlu berbelanka sakan tahun depan ya. Berseronok ala kadar cukuplah.
Oh ya, aku demam lagi ni. Nak rest. Esok nak berunding dengan PTPTN.
Khallas.
0 howls:
Post a Comment